Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5

Gambar Heeseung ku usap lembut. Kini Heeseung menjadi memori indah masa lalu.

Ra On dan Ri Jin yang tiba-tiba masuk ke loteng kecil ini menegur,

"Eomma itu siapa?"

"Kekasih pujaan eomma masa eomma sebelum kahwin."

"Tak habis-habis dia dengan kekasih lama dia," Jay datang mendekati kami.

"Appa." kedua kembar kelihatan teruja melihat appa mereka menjenguk. Jay baru pulang dari kerja. Dia tahu aku di sini jika ruangan rumah sepi.

"Eo jeles?"

Jay mengangguk tanpa ragu.

Aigu!  Heeseung jeles tak kalau nampak Jay sekarang ni?

"Saya rindu Heeseung. Lelaki yang jaga saya selepas oppa pergi. Atas amanat oppa dia menjaga saya kerana serba salah, oppa korbankan diri untuk Heeseung yang sepatutnya dilanggar."

Jay memuji, "dia sangat hebat."

"Sangat hebat." Aku mengulangi ayatnya.

"Tapi suami awak lagi hebat."

"Geurome."

Aku mendakap Jay yang mendakap sepasang kembar kami.

Tika itu aku terimbaukan Heeseung semula. Takkan pernah ku lupa sampai bila-bila kejadian itu.

Tut~~~~~~

Telefon berdering memintaku menjawab.

"Ra.. Ra.. Im." kedengaran suara mendesah dalam kepayahan.

Aku melihat muka skrin.

"Heeseung?"

"Rasanya kita tak dapat pergi esok."

"Wae?  Heeseung wae?"

Sayup ku dengar siren ambulans.

Ambulans?

Aku yang berada di kamarku sudah merasa resah.

"Saya cuma nak cakap sebelum terlambat..." Heeseung berhenti seketika untuk mengambil nafas.

Aku agak kebingungan dengan apa yang berlaku.

"Saya cintakan awak Ra Im saya baru sedar lepas Yeonjun hyung pergi. Saya rasa gembira dapat tunaikan amanat hyung."

Kedengaran esakan kecil Heeseung bersama helaan nafas yang semakin sukar ku dengar untuk dilepaskan.

"Oksigen.. Pakai topeng tuh." satu suara sayup memasuki corong telefon.

Aku mulai menangis kerana terus diserang kebingungan. Suatu perasaan takut menjelma.

"Sa…saya boleh pergi dengan tenang sekarang."

Tit... Tit.... Tit...

Aku mendengar bunyi mesin mengeluarkan bunyi  mendatar

"Heeseung..  Heeseung...  Awak kenapa?  Heeseung jawab saya." Aku meraung.

Dapat ku dengar suasana di situ agak tidak terkawal..

Kelam kabut ku rasa.

Itu kali terakhir aku bercakap dengan Heeseung.

Aku takkan pernah lupakan dia sampai bila-bila.

Gumawo.

The end

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro