5
"Jungwon sertai sajalah Kejohanan Paralimpik tu.."
"Balik Noona. Saya takkan sertai apa-apa lagi pertandingan."
Lengan Jungwon cuba diraih namun ditepis kasar Lelaki itu.
"Jungwon jebal. Kali ni saja. Boleh lah?"
Jungwon menggeleng. Masih berkeras dengan keputusannya.
"Jungwon jebal.. "
"Hya," Geonu yang sejak tadi memerhati akhirnya masuk campur.
"Dah dia tak nak yang kau paksa kenapa?"
Jungwon terus berlalu dari situ tanpa mempedulikan Nara lagi. Tangan dibawa menyentuh sekeliling. Jungwon berjalan perlahan ke kamarnya.
"Hya, kau tak dengar ke apa dia kata. Pergi balik jelah. Dia takkan setuju."
Geonu meneruskan kata memandangkan Nara masih diam, "Semalam dia baru je happy tapi hari ni kau buatkan dia badmood balik."
"Saya cuma nak dia peroleh keyakinan dulu. Jungwon bukan biasa-biasa. Setiap pertandingan dia peroleh pingat emas. Disebabkan kecederaan mata dia. Jungwon mula kurungkan diri dalam rumah. Dia rasa diri dia tak berguna. Saya cuma nak Jungwon sedar, jadi tidak berupaya bukan penghalang."
Geonu seakan terkesima dengan kata-kata Nara yang penuh bersemangat.
"Haih!" Nara menunduk bersama keluhan.
Nara fikir mungkin Jungwon perlukan masa.
Dia memandang Geonu semula.
"Saya mintak diri dulu."
Nara beredar pergi.
Geonu mengalihkan pandangan ke muka pintu kamar. Helaan nafas dihembus berat kali ini.
****
Tok! Tok!
Semalaman Jungwon mengurungkan diri dalam bilik. Kali ini berkunci.
"Hya Yang Jungwon keluarlah. Kau nak berkurung dalam bilik tu sampai bila? Sampai mereput?"
Tiada jawapan.
Geonu meraup wajah. Cara percakapannya agak kasar mungkin. Jadi Geonu cuba memujuk.
"Bagitahu hyung apa kau nak. Hyung akan tunaikan."
Jeda.
Masih tiada balasan.
Keluhan dilepaskan
Krek...
Bunyi Pintu terbuka membuatkan langkah Geonu mati dan dia berpaling semula
"Betul ke?"
********
"Hya sini jugak kau nak datang?"
Jungwon tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Pandangannya seperti biasa. Memandang datar dengan kelopak mata yang tidak bergerak.
Geonu mencuci belakang milik Jungwon.
"Dulu kita selalu datang sini dengan appa."
Gosokan Geonu jadi perlahan.
Tetapi dia cuba mengawal reaksinya dan kembali tersenyum.
"Nak tahu, dulu Hyung selalu lepak dekat sini lepas tinggalkan rumah. Hampir setahun jugaklah berjuang, baru hyung dapat kerja tetap dari kedai runcit sampailah pekerja pembantu insurans. Tapi tempat ni lah hyung pilih untuk lepak."
Jungwon bersuara perlahan, "kenapa hyung buat keputusan pergi dari rumah?"
Geonu melepaskan keluhan
Rumah mandian itu dilihat sekeliling. Rasanya seolah terimbau dia, Jungwon dan appa mereka sedang berbual sambil gelak tawa di ruangan matanya.
Geonu tersenyum. Mata yang berair cuba dihapuskan dengan kerdipan.
"Masa remaja yang agak kebudakkan. Kau tahu.. Bila ada seorang jiran kita tegur tentang ibu kau."
Jungwon diam, setia menanti sambungan kata Geonu.
"Dia cakap, hyung buatkan mendiang ibu kandung hyung sedih sebab sayang ibu kau. Kalau ibu hyung tahu, mesti dia kecewa dengan hyung. Disebabkan terlalu marah, hyung tak fikir apa dan terus pergi dari situ."
Jungwon tertunduk dengan wajah sukar ditafsirkan.
Geonu meneruskan cerita, "ibu kau baik sangat. Dia jaga hyung dengan baik. Walaupun hyung nakal dia tak pernah merungut. Selalu masakkan bekal untuk hyung dan.."
"Selalu puji hyung pandai. Anak kebanggaan." Jungwon menambah.
"Hei, taklah!" Geonu ketawa besar.
Jungwon turut sama.
Dia masih ingat betapa cemburunya dia tika abangnya dipuji melambung ibunya tetapi dia pula dimarahi kerana terlalu aktif dalam sukan judo.
Sungguhpun begitu, dia sedar setelah abangnya pergi semuanya tak seperti dulu lagi.
Semuanya berubah.
"Aduh.."
"Kenapa Hyung."
"Anni rasa sakit perut sejak akhir-akhir ni. Biasalah tu."
Geonu sambung gosok belakang Jungwon yang terdedah
"Jangan kuat sangatlah hyung. Keluar kulit berdarah nanti ha."
"Hya, kau ingat hyung teruk sangat ke nak buat kau macam tu?"
Tawa disertai lesung pipit terbentuk membalas kata Geonu.
****
"Aduhai.. Sakit lagi." Geonu tertunduk menahan sakit.
Akibat rasa sakit yang tidak tertahan, Geonu buat keputusan untuk buat pemeriksaan.
"Apa Doktor?"
"Kanser Pankreas awak semakin teruk."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro