Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4

DUM!

bunyi guruh berdentum kuat menyebabkan K sedikit terkejut.

Aku tersengih. Inilah kelemahan K. Dia agak trauma dengan bunyi guruh dan kilat.

"Apa gelak-gelak?  Sukalah kan aku nampak pengecut. "

Aku memuncungkan bibir.

"Esh, awak ni period ke apa?"

Aku lihat K seperti menahan senyuman.

Abang tergugat ke tu?

K berdehem lalu memandang ke arah lain.

"Muka huduh tak boleh bawak bincang." Kata-kata K itu melucukan hatiku.

"Eleh, macamlah awak tu hensem sangat." Aku sengaja mencipta perbualan. Bukan senang nak mengusik K macam ni. Hari-hari dia moody saja mengalahkan aku yang period tiap-tiap bulan.

"Aku hensem okey." K tak nak mengalah.

"Hensem tang mana nya?"

"Kau tu yang  tak cantik. Taik lalat besar."

"Eh, saya yang taik lalat ni jugak awak berkenan."

Tawa Kecil K mengusik hatiku.

"Mesti aku gilakan masa tu."

Aku turut ketawa kecil. Lantas bibir dimuncungkan.

Tak guna betul  K!

"Aku masih ingat lagi. Kau budak nerd tahun satu dekat universiti Okinawa."

"Awak pun sama. Rambut gulung-gulung tak leh belah." Terbayang aku wajah Gu Jun Pyo watak yang dimainkan Lee Min Ho dalam drama Boy over flower.

"Rambut gulung-gulung ni yang kau kejar jugak." K tak mahu mengalah kata.

"Eh, awak yang selalu cari saya mintak saya jadi fake girl friend awak!" Aku menjeling K. Hei, datang dari mana keberanian.

K tiba-tiba menarik aku mendekati wajahnya. Serta merta bahang terasa.

"Merah-merah tu kenapa?  Dah macam tomato."

Aku mengetuk dada K.

"Dasar punya awak!"

K tergelak.

Aku tersenyum lalu lehernya aku rangkul.

Suara sayuku bergema, "saya rindu K yang ini."

Suasana jeda seketika.

"Kau yang buat aku jadi macam ni Ara."

K melepaskan rangkulan lalu berjalan berjengket masuk ke bilik.

Serta merta tubir mata mulai bergenang.

Peristiwa dua tahun lalu kembali mengulit.

Tbc...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro