Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4

"Hya, makanlah!"

Geonu meletakkan chopstick dalam kotak makanan yang diletakkan pada riba Jungwon.

Geonu masih memandang Jungwon.

"Hya nak aku suap.. "

Jungwon menepis tangan Geonu.

Geonu merengus 

"Haish budak ni."

Ikutkan hati mahu saja dia tampar kepala Jungwon. Tetapi tidak sampai hati pula.

"Kenapa Hyung balik? "

"Wae, kau tak suka?"

Jungwon tersenyum sinis. Namun sayangnya,  lesung pipitnya yang timbul menampakkan Jungwon lagi comel berbanding sarkastik.

"Selepas eomma dan appa mati baru hyung tahu jalan pulang  ke?  Mana hyung tiga tahun lalu?  Mana hyung waktu Jungwon terkontang-kanting sendiri tanpa sesiapa dua tahun lepas?"

Geonu  terkedu. Dia ingin membalas tapi lidahnya seakan  kelu.

"Balik sajalah, selama ini aku hidup baik saja tanpa hyung."

Jungwon meletakkan kotak makanan di atas meja.

Tangannya naik bergerak merasa objek disekeliling. Kaki diatur berjalan pergi dengan berpimpin dinding.

Geonu menunduk sambil melepaskan keluhan

Gedebuk!

Geonu bingkas berdiri mendengar bunyi hempasan kuat.

Pintu bilik Jungwon diterjah lalu terlihat Jungwon terbaring lemah di lantai.

"Hya Jungwon!  Kau kenapa?"

********

"Awak tak bagi dia makan apa-apa ke?"

Geonu mendongak melepaskan nafas menahan sabar.

"Doktor  cakap dia malnutrion. Tak cukup apa yah. Lupa pulak. Khasiat? Vitamin?  Karbohidrat? Apa sajalah. Awak ni waris dia kan?  Tak tahu tanggungjawab awak ke?"

"Hey, hey aku baru balik sini dua hari. Yang kau nak marah tiba-tiba ni kenapa?"

"Ouh,  ya dua hari balik tapi takkan tak sempat bagi dia makanan berkhasiat? "

"Ah, sudahlah. Kalau kau rasa mampu sangat. Jagalah dia."

Geonu terus berlalu dari situ keluar dari rumah.

Nara melepaskan keluhan.

Pintu bilik dipandang lemah.  Jungwon sedang berehat di kamarnya setelah dia dibawa ke hospital kelmarin. Semalaman dia pengsan.

Nara menoleh melihat sekeliling.  Rumah yang bersepah buat dia rasa terganggu.

Nara memulakan misi mengemasnya.  Ruang tamu yang bersepah dengan bekas sisa  plastik, dan tin  dikutip. Pinggan mangkuk dibersihkan.

Nara terlihat cawan kaca yang berderai seolah  dua tiga kerana berderet di lantai. Pasti Jungwon terjatuhkannya.

Bahan makanan segar juga dibawa keluar dari plastik.

Usai memasak dua tiga hidangan, Nara memandang Sup sayur, Kimchi kubis, dan daging salai buatannya dengan senyuman.

Krek!

Pintu kedengaran terbuka. Terlihat Geonu menjengah masuk ke ruang tamu.

"Baru tahu balik?"

"Hya!  Kau masih ada kat sini.  Tak reti balik ke.. "

"Sedapnya bau.. " kata-kata Jungwon mematikan kata Geonu.

Dia segera mendapatkan adiknya memapah dia ke meja makan.

Nara menceduk nasi lalu diletakkan di hadapan Jungwon.

Geonu cuba berjalan pergi dari situ.

"Hyung! "

Terkejut dia dipanggil adiknya.

"Duduk sekali. Boleh tak?"

Geonu terpaku  dengan kata-kata adiknya.

Nara segera bersuara memerli, "duduk sajalah. Tercegat apa lagi?"

Nara duduk di sebelah Jungwon lalu menyuapkan Jungwon makan.

Geonu turut mengambil tempat di sebelah Jungwon 

Pada mulanya suasana senyap.  Tetapi setelah percubaan Jungwon yang ingin menyuap abangnya kembali meriuhkan suasana.

"Hya, kena pipi hyunglah.  Biar hyung suapkan kau jelah."

Kedengaran gamat suara tawa Jungwon dan Nara.

Geonu tersenyum.

Rasanya ini kali pertama mereka adik-beradik kembali seperti dulu setelah lima tahun lepas.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro