2
Kedebuk!
Jatuh berguling-guling Geonu ke atas lantai.
"Aduh, buta ke ha tak nampak jalan?"
"Eh, kau yang buta?"
Geonu dan Hansung hampir bergaduh.
"Bersurai!" Mujurlah ada pengawal penjara yang meleraikan mereka.
"Yang Geonu."
"Nae."
"Kamu sedang menuju bilik rayuan bukan?"
Geonu mengangguk.
"Ya, saya." Geonu berdiri tegak
"Ikut saya." Geonu menuruti langkah pengawal penjara lelaki itu
Setibanya di bilik kecil itu, duduknya dia menghadap dua tiga yang sedang menunggu.
"Yang Geonu?"
"Nae." Geonu mengangguk.
"Ditahan di sini kerana pernah menipu pelanggan insurans dan mencuri beg gucci seorang mak cik. Betul kah?"
Geonu mengangguk lambat-lambat.
"Ya, dah beberapa kali awak cuba mintak keluar dari sini. Kali ni apa pula puncanya?" Salah seorang dari mereka bertiga menyoal.
"Saya baru dapat khabar berita yang adik saya mengalami kecederaan waktu dia mewakili pertandingan Judo Peringkat Daerah."
"Jadi?" Giliran Si lelaki bersebelahan perempuan tadi menyoal dengan menjongketkan kening ke atas.
"Dia tiada siapa sekarang. Ibu bapa kami meninggal dua tiga tahun lalu. Walaupun adik saya umur 20 tahun, tetapi sekarang dia dah tak berupaya. Dia perlukan seseorang untuk jaga dia. Hanya sayalah satu-satunya waris yang dia ada. Saya mesti tolong dia. Mesti dia tak biasa hidup dalam kegelapan."
Terhenjut-henjut bahu Geonu menahan tangis teresak-esak. Air mata laju merembes berlinang di pipi. Berkesan juga pakai cecair pemedih mata.
Suasana di situ agak kelam.
Tiga manusia di situ agak terkesan dengan luahan Geonu.
*********
"Akhirnyaaaaaaaa ahahahahaha!"
Burung-burung lari berterbangan mendengar jeritan Geonu.
"Aku bebas. AHAHAHHA. AKU TAKKAN BALIK KE NERAKA TU LAGI. HAISH MENYEKSAKAN."
Geonu menari-nari gembira.
"Sekarang misi aku balik rumah dan berhadapan budak tak guna tu."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro