11
"Ara kau tak habis termenung. Tak pernah berubah."
"Biarlah. Bukannya saya kacau hidup awak pun," aku membalas.
"Pandai menjawab tu satu cerita. Tak tambah lagi dengan bebel. Penat aku."
Aku membetulkan rambut yang menutupi wajah sendiri. Kelihatan K bermain-main menggulungkan rambutku.
Suasana jeda seketika. Entah mengapa terasa janggal menjelma.
Mungkin kerana aku dan K tiba-tiba berbaik. Dan sekarang aku sedang berbaring manakala tangannya menjadi alas kepalaku.
"K."
"Hurm."
"Awak masih ingat kali pertama kita bertemu?"
K tersengih.
"Ye, tertukar fon."
Jenama telefon yang sama.
"Cliche Tak sangka kita disatukan sebab tu."
"Yeah bila budak nerd start bebel macam entah apa-apa sebab fikir aku curi fon dia."
"Yelah, awak tu budak rambut gulung-gulung berlagak macho. Menyampah. Sedap je mulut tu mengata." Aku mencebik bibir.
"Budak rambut gulung ni yang jadi suami kau sekarang okei."
"Budak rambut gulung yang mintak kita jadi fake girlfriend dia sebab nak reject semua girl temu janji dia."
K tergelak.
"Eh, jangan lupa sentuhan make up Jay!"
Kali ini giliran aku yang tergelak.
Hasil effect make up Jay satu cerita. Meninggalkan kesan mendalam kerana hasil kerjanya membuatkan aku dicerca perempuan-perempuan tersebut. Akibat geram hampir jualah aku mematahkan tulang - belulang mereka.
Kali pertama selepas dua tahun krisis rumah tangga kami, akhirnya kami bersatu kembali.
Aku menyimpan pisau belati milik K dalam sebuah kotak agar K tidak sengaja lagi cederakan diri. Bukan itu sahaja semua alatan tajam aku sembunyikan di sebuah laci berkunci. Aku harap dia tak cuba cederakan diri lagi. Cukuplah.. dia perlu menghargai diri sendiri.
"K."
Dia memandang aku. Dengan pandangan penuh kasih.
"Boleh tak saya nak mintak sesuatu?"
K menjongketkan keningnya bingung.
"Saya nak ambil anak angkat."
K tersenyum.
Akibat keguguran dua tahun lalu, aku tidak bisa hamil lagi. Kerana perlanggaran kuat sebuah kereta, membuatkan organ pembiakan aku bermasalah.
*******
Bayi kecil berusia 6 bulan itu ku dukung penuh kasih.
K di hadapan tidak henti bermain-main jari bayi itu
"Baby ni Awak nak namakan dia apa?"
"Em..." K berfikir.
"Taki?"
"Taki. Nama yang cantik."
Kelihatan Taki tersenyum suka. Makin melebar senyuman K menjadi tatapan wajahku. Ah, heavennya!
Pipi Taki ku cuit. Manakala K tidak habis mengusik Taki bermain.
Aku memandang K semula lalu suaraku bertukar menjadi sayu
"K...pasal keguguran tu... "
K memintas, "jangan risau. Aku dah tahu segalanya dari awal."
"HA?"
"Jay jelaskan segala-galanya. Cuma aku je yang pekakkan telinga masa tu."
K mencapai tangan aku lalu menggengam lembut.
"Kita mulakan hidup baru."
"Tapi Eomma… Naera…"
"Jangan risau. Eomma tunggu kita balik. Dia jatuh sakit terkena serangan strok. Naera pula …"
"Dia ditangkap sebab melanggar Jay dan gugurkan kau."
"Apa? Jadi awak tahu?"
K sekadar tersenyum nipis. Dia kumpulkan bukti selama ini.
"Mianei... aku…"
"Gwaenchana." Aku memotong bicaranya.
"Kita mulai dari awal becoming happy family."
Aku tersenyum sambil memandangnya.
Kelihatan K mengangguk.
"Terima kasih K atas segalanya."
"Tak. Terima kasih Ara. I love you."
"Bolehlah aku buang selendang Naera."
"Bukan awak sayang ke?"
"Saja je nak sakitkan hati kau."
"Ey!" Aku mencubit lengan K.
"Sakitlah!" K mengaduh kesakitan.
"Padan muka."
Tawa mengakhiri perbualan kemudian dimulakan dengan tangisan Taki.
"K ambilkan susu."
"Nae!"
Kelam kabut lelaki itu berlari.
Aku tersengih
The end
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro