Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1

Jungwon 's Pov

Aku menjatuhkan tubuhnya ke mat

Buat ke sekalian kalinya aku memperoleh markah.

Jika aku serang  lagi kali ini,  aku akan memenangi perlawanan ini.

Kaki dimajukan ke hadapan.

Sebelum aku bertindak tidak sangka Pesaing aku menyerang dahulu.

Tetapi kali ini lebih agresif.

Buk!

Aku dijatuhkan terlentang ke lantai dengan hentakan yang kuat pada kepala.

Barangkali api kemarahan sedang menguasai dirinya.

Aku terlantar di lantai gelanggang lawan ini dengan pandangan mata yang berbalam.

"Argh..  Kenapa aku rasa pening dan sakit?"

"Jungwon!  Yang Jungwon!" Suara jurulatihku dengar sayup-sayup memanggil.

Setelah itu aku tidak sedar apa lagi. Duniaku gelap

******

"Ini bukan kecederaan  biasa. struktur mata dia rosak, telah berlaku kerosakan berkaitan dengan pembiasan (refractive) yang mana ianya gagal untuk membentuk imej ataupun arca pada retina"

Saat membuka mata, ku dengar perbualan suara tidak jauh dariku.

"Tiada ubat atau rawatan untuk kecederaan mata dia. Dia mungkin kekal begitu selamanya."

Sepi balasan.

Aku andaikan ada doktor sedang berbicara dengan seseorang.

"Saya mintak diri dulu."

"Terima kasih Doktor."

Setelah itu aku mendengar tapak kaki menuju ke arahku.

Suara lembutnya menyapa aku, "Jungwon kamu dah sedar?"

Dengan drastik bersama wajah yang masih kebingungan aku berkata, "Saya dah buta kan?"

"Anni, nae.. Ah.." Keluhan meniti keluar selepas kata gagap.

"Saya mahu bersendirian."

"Jung.. "

"Jebal."

"Baiklah... Panggil saya kalau kamu nak apa-apa."

Sebaik saja mendengar pintu tertutup, aku bangun dari baringan. Tangan aku naik perlahan menyentuh  kedua pasang mataku.

Mata aku terbuka. Tapi kenapa aku tak nampak apa-apa..

Ini tak mungkin bukan?  Semua ni takkan lama kan.

Tangisan ku berderai.

Cukup sukar untuk aku menerima kenyataan ini.

I learn karate but don't know Judo.

Ilmu baru

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro