Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

C. XV

“Panggil saya kalau awak dah selesai.” Kata Doktor Juyeon. Dia melutut di hadapan Ran, gadis itu mengangguk lagi.

“Tolong jagakan.” Coat putih doktornya dibuka, diletak atas pangkuan gadis itu. Sekali lagi, Ran mengangguk.

Doktor Juyeon meninggalkan Ran bersendiri di sekitar taman tersebut. Menunggu datuknya sampai, sementara itu doktor Juyeon berjalan keluar hospital ke suatu tempat.

Seorang budak lelaki mendekati Ran, seraya duduk di samping gadis itu. “Noona.” Panggilnya. Ran menoleh, dan budak lelaki itu tersenyum lebar.

“Ka- kamu..” Ran menjedakan katanya, dia ingat akan budak lelaki ini juga dirawat oleh Doktor Juyeon. Tapi peliknya, budak lelaki ini sudah tidak lumpuh— sudah mampu berjalan seperti biasa.

“Oh- kamu dah sembuh?” Tanya Ran.

Budak lelaki itu membalas dengan anggukan. “Doktor Juyeon yang sembuhkan Minwoo.” Kata budak lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Minwoo.

Noona tahu,” Minwoo memandang tepat ke anak mata Ran. “Doktor Juyeon juga pernah alami nasib sama macam kita. Dia juga pernah lumpuh.” Kata Minwoo.

Ran terkedu sejenak.

“Tapi, berkat nekad Doktor Juyeon, dia sembuh. Sebab fikirkan yang masa depannya masih jauh lagi. Doktor Juyeon tak mahu putus asa, bahkan dia juga rela lepaskan impiannya.”

Sekali lagi, Ran terkedu dan terkejut dalam masa yang sama. Impian apa? Doktor Juyeon juga ada impian?

➳❥ tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro