7
BUNGA matahari yang berada didalam pasu disentuh Neldia Rose. Sesekali dia cuba menghidu bau bunga yang harum. Pokok-pokok bunga yang dijual dikedai bunga itu sungguh menarik perhatiannya. Terdetik dihati Neldia Rose untuk membelinya satu, untuk ditanam ditepi rumahnya. Yalah, asyik tanam pokok bunga mawar sahaja, apa salahnya kalau tambah lagi satu pokokkan? Barulah ianya nampak berseri.
"Err.. Mak cik saya nak.. "
"Ibu!" Tersentak Neldia Rose apabila seorang budak lelaki memeluk pinggangnya daripada belakang secara tiba-tiba. Sejak bila pula aku kahwin? Soal Neldia Rose didalam hati. Rambutnya yang ditiup angin disisir kebelakang telinga. Lantas Neldia Rose memusing tubuhnya ke belakang, menunduk memandang budak kecil itu.
"Akak bukan ibu awak, dik. Adik silap orang ni.. "
"Danny!" suara lelaki itu mencelah. Terdongak kepala Neldia memandang lelaki berbaju kemeja itu berlari mendapatkan anaknya, Danny.
Neldia Rose mengerut kening. Wajah lelaki itu seperti dia kenal. Tetapi siapa ya?
"Danial?" Neldia Rose cuba untuk meneka. Ya, aku masih ingat nama itu. Siapa yang bakal lupa nama bekas teman lelaki kan? Tipulah, kalau dah lupa.
"Eh? Awak.. Neldia kan?" Teka Danial pula. Lantas Neldia Rose mengangguk kepala mengiyakan tekaan lelaki itu.
“Yeah. Im Neldia. Tak sangka kita boleh jumpa dekat sini. How are you? You buat apa dekat sini?" soal Neldia Rose sengaja dia ingin tahu khabar tentang lelaki itu. Hampir lima tahun juga tidak berjumpa. Rupa-rupanya dah jadi suami orang.
"Im fine. Saja bawa anak jalan-jalan dekat kawasan sini. Dah lama tak luangkan masa dengan Danny. Alang-alang saya tengah free bolehlah bawa Danny jalan-jalan." ujar Danial. Neldia Rose mengangguk faham, aku menunduk memandang Danny yang memeluk paha lelaki itu. Tak sangka dia sudah berkahwin sekarang, sedangkan aku masih lagi bujang.
Mana tak bujang, kalau kerja asyik tolak pinangan orang betul tak?
"Dah kawin rupanya Ex boyfriend I. Comel pula tu anak you. I ingatkan you tak boleh lupakan I? Yalah, dulu bukan main you merayu dekat I jangan tinggalkan you."
"Untuk lupakan awak sememangnya susah, Neldia. Tapi disebabkan mak ayah saya yang paksa saya untuk bernikah, saya terpaksa lupakan awak dalam hidup saya."
"But you tahu kan kenapa I tinggalkan you? You jangan terasa hati pula dengan perbuatan I. I cuma..."
"Yes, I know. Awak tinggalkan saya sebab perempuan yang iri hati dengan awak itu." cantas Dania terlebih dahulu. Neldia Rose hanya tersenyum kelat. Baguslah, kalau dia masih ingat tentang perkara itu. Kepala Danny digosok Neldia, Ada kalanya dia mencubit pipi Danny, geram melihat pipi tembam budak kecil itu.
“Isteri you mana? Tak ikut you jalan-jalan sekali?" Soal Neldia Rose, setelah sekian lama mereka berborak.
"Isteri saya dah lama meninggal. Meninggal disebabkan kanser barah otak." ucap Danial, perlahan. Sayu suaranya.
"Oh.. " Neldia Rose terkedu. Spontan sebelah tanganku naik menyentuh dada, rasa bersalah pula apabila mengingatkan lelaki itu pada arwah isterinya. Wajah Danial juga berubah sedikit kecewa, tetapi dia cuba untuk menyembunyikan perasaan itu.
"I.. I minta maaf.. " rayu Neldia Rose.
"It's okay. Dah lama benda ni berlalu, saya dah boleh terima sikit-sikit. Cuma Danny sajalah yang susah sikit nak lupakan arwah ibu dia. Dia masih kecil untuk faham." ujar Danial. Sibuk Neldia Rose bertanya tentang arwah isterinya, terlintas difikiran Danial pula untuk bertanyakan tentang perkembangan Neldia Rose.
"Awak belum kahwin?" Tanya Danial, sengaja dia ingin tahu.
“Of course! I masih anak dara lagi tau, bukan macam you yang dah jadi duda anak satu." sindir Neldia Rose dengan harap ingin membuat lelaki itu ceria kembali. Danial tertawa kecil. Kepala digelengnya perlahan melayan wanita cantik dihadapannya itu.
"Habis tu, bila awak nak tamatkan zaman anak dara awak ni? Takkan sampai bila-bila awak nak alone? Atau... Perempuan yang iri hati dengan awak itu masih ganggu awak lagi?"
“perempuan tu sudah tentu halangan I yang pertama. Tapi sebab kedua, I tak ready. You tahu kan I sekarang bukannya sihat mana pun, I takut lepas I kahwin.. I tak sempat nak bahagiakan suami I."
"Maksud awak.. "
"Ah, I tak nak ingat tentang tu. Sekarang I nak enjoy dengan life I. Sekurang-kurangnya I sempat bahagiakan diri I sebelum bahagiakan orang lain, right?"
Danial hanya tersenyum nipis dan mengangguk perlahan. Senyuman bahagia yang terukir dibibir Neldia Rose jelas menyembunyikan beribu luka dihatinya. Entah apa yang menjadi kekuatan untuk wanita itu terus tabah dengan segala yang mengujinya.
“Abah.. Danny rasa Danny nak makan aiskrimlah." rungut Danny, hujung baju kemeja Danial ditariknya perlahan.
"Aiskrim? Abah tak tahu pula dekat sini ada jual aiskrim. Tak nampak pun kedai runcit dekat sini?"
"I tahu. Nak I tunjukkan?"aku bersuara.
“Eh, tak apalah. Ganggu awak shopping sahaja. Biar saya dengan Danny pergi cari sendiri kedai aiskrim yang dekat dengan kawasan ni."
"alaa, tak mengapa. I bukannya shopping pun. Saja jamu mata tengok bunga-bunga dekat sini. Lagipun I bosan jalan sorang-sorang." ujar Neldia Rose.
"Kalau macam itu, bolehlah. Sure ya yang saya tak ganggu awak?"
"Iya. Don't worry.. Jom Danny! Kita beli aiskrim!"ajakku’
"Jom!" Danny menyahut. Neldia Rose menghulur tangan kanannya, menantikan sambutan tangan daripada Danny sebelum mereka sama-sama melangkah pergi daripada kedai bunga itu. Danial juga turut memegang sebelah lagi tangan Danny. Nampak seperti sebuah keluarga bahagia pula daripada jauh.
KEPALA yang mula berdenyut diurutnya lembut. Serabut memikirkan tentang kerja yang masih belum disentuhnya lagi. Projek dua minggu lepas pun masih ada yang belum ditandatanganinya lagi.
"Assalamualaikum, Datin." sapa setiap perkerja bawahannya apabila bertembung dengan datin Huda. Ada yang menunduk hormat, Menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang ternama. Malah, Datin Huda hanya membalasnya dengan Senyuman mekar dibibirnya. Dia menolak pintu pejabat yang jelas tertera bertulis nama Nik Ashraf.
"Pening sangat ke buat kerja tu?" tegur Datin Huda.
Nik tersentak, dia mendongak memandang Datin Huda yang sudah pun melabuh punggung dikerusi di hadapannya. Nik tersengih. Dia menurunkan kembali tangannya ke bawah.
"Pening sikit aje, ma. Projek minggu lepas itu pun tak siap lagi, itu yang serabut gila ni." keluh Nik. Datin Huda hanya mengangguk faham. Dia meletakkan beg tangan mahalnya di atas meja dan berdehem buat beberapa kali sebelum membuka topik yang ingin dibincangkan.
"Nik. Tadi Mak Adinda ada call mama. Dia nak tahu bila kamu nak bertunang dengan anak dia? Jadi, kamu cadang nak bertunang bila?"
Nik mengeluh kecil. Kedua belah bahu dijongketnya. Entah mengapa perasaannya tiba-tiba menjadi tidak semangat untuk berbincang topik pertunangan, tetapi apabila berdepan dengan Adinda sendiri mahu pula dia bertunang secepat yang mungkin seolah-olah ada sesuatu yang mengawal perasaanya.
Datin Huda mengerut kening, pelik.
"Kenapa dengan kamu ni, Nik? Kamu jangan buat hal."
"Tak lah ma. Nik, rasa macam nak buat minggu depan saja. Kerja nik pun masih banyak yang tak disiapkan lagi."
"Alaa.. Bertunang tu bukan lama mana pun. Sekejap aje. Selepas habis pertunangan kamu dengan Adinda, kamu baliklah ke ofis semula."
“Nik penatlah, ma.." rungut Nik, dia menyandarkan tubuh ke belakang. Keluhan kecil dilepaskan. Kepala dibiarkan mendongak memandang siling bilik pejabatnya.
Datin huda menggeleng kepala, entah mana satu yang Nik mahukan. Dulu bukan main nak nikah cepat-cepat, tetapi bila disoal tentang pertunangan tak nak pula.
“Kamu sebenarnya kenapa ni, Nik? Takkan sebab kerja kamu nak lambatkan benda yang seeloknya kita cepatkan?"
“Entahlah, ma. Nik tiba-tiba rasa tak bersemangatlah nak kahwin. Tapi bila depan Adinda, Nik rasa.. Tak sabar nak kahwin. Nik tak pasti kenapa perasaan Nik jadi macam tu."
"Kamu dah bosan dengan dia ya?" Datin huda cuba untuk meneka.
"Eh, bukan macam tu ma. Nik bukan bosan dengan dia, tapi perasaan nik always berubah bila depan dia. Tapi bila nik jauh dari Adinda.. Perasaan nik seolah-olah kosong. Tak ada perasaan langsung. Mungkin sebab Nik banyak kerja sangat kut?" ujar Nik. Datin Huda hanya tersenyum kelat. Takkan kerja banyak sikit pun dah boleh buat perasaan berubah-ubah?
"Allah huakhbar, Allah huakbar.. " Azan zohor mula berkumandang kuat ditelefonnya. Tiba-tiba sahaja telinganya terasa berdesing apabila mendengarnya. Berkerut wajah Datin Huda melihat anaknya yang mula tidak duduk diam. Nik menekup kedua belah tangannya pada telinga. Ada kala dia cuba untuk mengetuk telinganya, menghalang sesuatu yang bingit ditelinganya. Apasal setiap kali aku dengar Azan, aku jadi macam ni? Soal Nik didalam hati.
"Nik nak pergi tandas kejap, ma." pinta Nik, tergesa-gesa. Dia terus bangun, berlari anak menuju ke arah tandas khas yang berada didalam biliknya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro