Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5

HARI berganti malam, tidak sangka hari ini surau Al-Nur dipenuhi dengan jiran-jiran kampung yang terdekat yang dijemput hadir dalam majlis yang diadakan oleh Mak Cik Hasnah.

Menyambut majlis sempena anaknya Adinda yang bakal bertunang tidak lama lagi dengan jejaka kaya. Mak mana yang tidak gembira kalau tahu menantunya seorang lelaki yang berduit?

Adinda meletakkan cawan yang telah dibasuhnya keatas meja. Dia tersentak saat merasakan telinganya dituip seseorang. Pantas dia memusing ke belakang, melihat Nik yang ketawa kecil.

"Ya Allah, abang. Abang buat Adinda terkejut aje lah. Malulah orang nampak."rengek Adinda, dia mencebik bibir. Mukanya memerah menahan malu.

“Ala.. Biarlah orang nampak. Kita tak lama lagi nak kahwin juga, Kan?"

“Ish, bertunang pun belum apatah lagi kahwin. Orang kata jangan teruja sangat, karang apa yang kita nak takkan jadi." ujar Adinda.

Nik mengalah. Dia mengangkat kedua berlah tangan.. Dia ketawa kecil, wajah Adinda ditatapnya lama. Suka dia memandang wajah wanita itu. Ayu dan jelita dimatanya.

"Abang tak sabar nak halalkan Adinda untuk jadi isteri abang. Dah lama kita kenal dan abang tak nak sia-siakan perkenalan kita. Malam ni… Abang nak semua orang tahu yang Adinda bakal jadi milik abang seorang." ucapnya, penuh romantik. Membuatkan Adinda tersipu malu, sehingga dia menunduk kepala ke bawah. Bahagia dia rasakan apabila bersama dengan lelaki dihadapannya ini.

"Amboi pasangan romantik ni, belum apa-apa lagi dah ber-sweet macam semut." Sampuk Datin Huda.
Adinda tersengih menampakkan giginya, lantas dia menghulurkan tangannya ingin menyalami tangan Datin Huda. Bakal ibu mertuanya tidak lama lagi.

"Lama tak jumpa mama, mama pun dah nampak makin berseri."ujar Adinda berbaur pujian. Datin huda ketawa, bahu Adinda ditepuknya perlahan.

“Mentang-mengtanglah tak lama lagi nak jadi menantu, makin banyak pujinya ya?"

"Ish, ya Allah. Adinda ikhlas puji mama. Bukannya cuma nak ambil hati.”

“Yalah, mama tahu. Saja nak bergurau senda dengan bakal menantu. Mak kamu mana? Alang-alang datang sini, boleh bincang terus pasal hari pertunangan nanti."kata Datin Huda. Anak matanya melilau memandang sekeliling.

Tercari-cari kelibat Mak cik Hasnah.
“Mak ada aje dekat belakang surau, tengah bersembang dengan kawan-kawan surau dia."

“Oh, mama pergi sana kejap ya. Kauorang Sambunglah balik adegan sweet tadi." ucap Datin Huda. Lalu mengatur langkah pergi daripada situ, menuju ke belakang surau mencari Mak Cik Hasnah disana.

Adinda tersengih-sengih menahan tawanya. Dia memandang Nik yang masih berada dihadapannya. Dulang yang berada diatas meja, dipeluk.

“Adinda minta diri kejap. Nak pergi ambil cawan. Abang tunggu sini ya."

"Adinda nak abang tolong?"

"eh, tak payah. Sikit sahaja. Abang tunggu sini tau. Sekejap aje!" ujar Adinda, meminta diri untuk pergi. Pantas dia melangkah menuju ke arah cawan kaca yang tersusun diatas meja, sudah siap dibasuh.

Sementara dia menunggu Adinda, air oren dicapainya lalu diminum. Membasah tekaknya yang mula kekeringan. Anak mata pula sibuk mengerling kearah tetamu yang sedang enak menjamu selera dibawah kemah.

"Mak makanlah, Nel nak pergi tandas kejap." pinta Nel. Puan Haya mengangguk perlahan, sebelum melangkah masuk kedalam kemah. Ikutkan hati memang tak nak pergi, tetapi Puan Haya pula yang tidak mahu pergi seorang diri. Katanya risau aku dirumah seorang-seorang, jadi terpaksa ikut dia ke majlis ini.

Langkah Neldia Rose terhenti apabila dia bertembung dengan Adinda yang sedang membawa dulang berisi beberapa gelas cawan kaca kosong. Mata mereka saling bertentangan, jelinga tajam dimata Neldia Rose jelas menunjukkan kebencian.

“Haih, dalam dunia ni memang tak ada rupa lain ke selain muka kau?”soal Neldia Rose, tidak puas hati. Adinda mendiam, dia menunduk kepala ke bawah. Neldia Rose tersenyum sinis, dia melangkah beberapa tapak mendekati Adinda yang masih tercegat disitu.

"Kau tak payah berlakon baiklah depan aku. Mentang-mentang dekat sini ramai orang, kau boleh tutup perangai yang kononnya alim kau tu dengan pakaian kau."

"Ya Allah, Neldia.. "kepalanya kembali terangkat memandangku.

“Kau tak payah guna perkataan Allah tu untuk tegur aku. Kau cuma wanita yang bertopengkan syaitan. Aku tak tahu ilmu apa kau pakai sampai semua orang kampung sanjung kau macam kau lah yang paling alim dalam dunia ni. Padahal.. hanya aku seorang aje yang tahu baik buruk kau." Kata Neldia Rose.

Adinda senyap tanpa sepatah pun balasan yang terkeluar daripada mulutnya. Lidahnya juga terasa kelu untuk berkata. Neldia Rose tersenyum menyenget, dia memandang orang sekeliling yang sibuk menjamu selera. Anak matanya terhenti apabila melihat Nik yang berdiri disebelah meja berisi tong air. Dia tersenyum bermakna, pandangan kembali teralih kearah Adinda.

"Sekarang mungkin kau dapat segalanya. Dan mungkin ini bahagia untuk kau. Tapi.. Jangan ingat aku tak boleh rampas apa yang kau ada. Termasuk lelaki tu.. "ucap Neldia Rose, sambil dia menunding jari ke arah Nik yang jauh darinya.

“Dia bakal suami kau, kan?” Neldia Rose meneka.
Adinda tergamam. Matanya membuntang terkejut. Bagaimana Neldia boleh tahu tentang Nik?

"Aku boleh dapatkan apa yang aku nak. Cuma.. Aku kesian dan tak kesian sahaja dekat kau. Tapi atas apa yang aku turutkan selama ni dah buat aku bosan untuk kesiankan kau. Jadi, tak salah kalau aku ambil dia kan?"

"Neldia, tolonglah jangan buat hal sekali lagi. Awak tak kesian ke dekat Mak Cik Haya yang selalu tanggung nasib awak?"soal Adinda, lembut sekali suaranya.

"Heh, dia takkan tanggung semua tu kalau tak kerana kau, Adinda. Semua yang kau ada, takkan kekal lama. Faham?!" Dulang ditangan Adinda ditepisnya kasar sehingga cawan-cawan kaca yang dibawa jatuh berderai ke tanah. Nik yang mendengarnya tersentak, pantas mengalih pandangannya ke arah mereka. Dia terus meletakkan cawan itu, dan berlari ke sana.

"Hei, Kenapa ni?! Engkau lagi? Eh, siapa yang jemput kau datang ke majlis ni? Kau memang suka cari pasal dengan orang ke? Tiba-tiba datang majlis orang nak buat hal, kau tak malu ke?! " Nik mencelah. Suaranya keras menegur Neldia.  Lengan Adinda yang berlapik baju ditariknya, membelakangi tubuhnya yang tinggi dan tegap. Neldia Rose tersenyum sinis.

"Oh dear...Kenapa? Majlis ni untuk orang alim macam Adinda aje ke macam mana? Dan untuk soalan you yang pasal malu tu ermm…tak kut? Malang sekali, you yang akan malu dengan calon pilihan belakang you tu." ejek Neldia Rose, sambil tangannya cuba menyentuh wajah lelaki itu. Pantas Nik menepisnya. Anak matanya tepat memandang mata wanita itu dengan renungan tajam.

"Kau tak layak sentuh aku."dia memberi amaran.

"Yeah. Orang macam I mana layak kan? Lainlah kalau bakal isteri you yang solehah sangat tu. Haha. But, I cuma mampu doakan yang terbaik untuk you berdua. Semoga hubungan you kekal sangat sampai ke akhir hayat." dalam doa pun masih lagi sempat aku menyelit sindiran. Menekan ayat ‘kekal sangat’ yang bakal hancur tak lama lagi.
Aku buat-buat ketawa sambil kepala digelengkan dan terus melangkah menuju ke arah tandas wanita yang berada di belakang surau.

Adinda dan Nik saling berpandangan. Wajahnya berubah pucat ketakutan memandang Nik. "It's okay, Adinda. Abang ada dengan Adinda. Kalau perempuan tu kacau, Adinda bagitahu sahaja abang. Okay?"

"Baik abang.."Adinda menurut.








“NEL, wait! Wait!" Pantas Aiman menangkap tangan Neldia Rose, memaksanya untuk berhenti. Kebetulan dia nampak wanita itu keluar dari tandas, lantas dia terus mengejarnya. Ini sajalah peluang yang ada untuk dia bertemu dengan wanita itu. Neldia Rose mengeluh kecil, dia memusing memandang Aiman.

“You nak apa lagi dekat I, huh?! Kita dah tiada apa-apa hubungan lagi, kan?!"

"Neldia.. " Puan Haya menegur lembut. Dia menggeleng kepala, tidak sepatutnya Neldia Rose melayan Aiman begitu kerana lelaki itu telah banyak berkorban deminya.

Aiman tersenyum kecil. "Mak cik, izinkan saya nak berbincang dengan Neldia kejap."pinta Aiman, meminta izin.

"Boleh.. "

"No!" pintas Neldia Rose, laju. Tegang sahaja dia memandang Aiman atas dan bawah.

"Neldia, please. only five minutes." Rayu Aiman, kedua belah tangannya dicantum seperti merayu. Anak matanya memandang tepat ke arah anak mata Neldia Rose, membuatkan Neldia Rose terpaksa mengalah dengan pandangan itu.

"Fine!"

Tanpa menunggu lama, Neldia Rose mengatur langkah menuju ke tiang lampu jalan yang jauhnya hanya dalam beberapa meter sahaja. Mengambil ruang untuk mereka sahaja yang mendengar perbincangan itu. Jauh daripada masyarakat sekeliling.

"You nak bincang pasal apa? Kalau you nak bincang pasal pinangan you tadi, jawapan I tetap akan sama. Iaitu, tak nak!" degus Neldia Rose, memeluk tubuhnya. Berpaling menghadap sawah padi dihadapannya yang kini gelap. Hanya bunyi serangga kecil sahaja yang membingitkan telinga waktu ini.

"Betul ke awak nak goda Nik, saya dengar cara awak bercakap dengan Adinda tadi seolah-olah awak nak rampas Nik dari dia?" Tanya Aiman.
Neldia tidak pula menjawab, pura-pura mendongak memandang langit yang kini gelap dan suram. Aiman mengeluh nafas kecil.

"Neldia, kenapa awak perlu cari orang lain untuk kahwin dengan awak sedangkan saya dekat sini setia menunggu awak? Nik tu bakal adik ipar saya dan awak tak boleh nak halang perkahwinan diantara dia dan Adinda. Mereka bahagia, Neldia. Kenapa awak nak rosakkan hubungan diaorang secara tiba-tiba?"

"Heh, salah ke kalau I nak rosakkan perkahwinan diaorang? Sedangkan, adik you boleh rosakkan hidup I?" Soal Neldia Rose, tidak puas hati. Dia memusing ke belakang, memandang Aiman yang berdiri tegak dibelakangnya.
Kening lelaki itu berkerut.

“Apa yang Adinda dah buat dekat awak?"soalnya, keliru.

"Ermm.. Banyak. Sampaikan tak terkira jari I untuk kumpulkan semua kesalahan adik you tu. Plus mak you yang tambahkan pedasnya buatkan I rasa lagi tercabar." ujar Neldia Rose, dengan senyuman sinis.

Aiman mengeluh. Dah agak. Pasti kerana mulut celupar Mak Cik Hasnah yang membuatkan Neldia Rose enggan menerima pinangannya.

"Im sorry because of that. Saya tahu mak saya tak sepatutnya cakap awak.."

"No. Ini bukan sebab mulut mak you ataupun mulut adik you. Maybe I terasa sikit, tapi itu semula biasa bagi I. Yang buatkan I rasa luar biasa bila, I buat untuk diaorang, tetapi I sendiri yang makan nama buruk tu." Pintasku.

Aiman mengerut kening. Kepala digeleng perlahan, tidak faham.

"Maksud awak?"

"Nothing. I malas nak burukkan nama keluarga alim you. Karang, I juga yang akan kena curse balik. Kalau you nak jawapan, you tanya adik you sendiri."ucap Neldia Rose.

Aiman tidak membalas apa-apa. Dia hanya menunduk kepala, sambil fikirannya cuba untuk meneka apa yang keluarganya telah lakukan pada Neldia Rose. Aku hanya tersenyum sinis, dan terus mengambil langkah untuk pergi daripada situ.

Tak sampai beberapa tapak, Aiman sudah menangkap kembali tangan Neldia Rose. Dia terkejut, spontan pandangannya teralih kearah Aiman.

"Lepaskan I!"

"Dia orang.. paksa awak untuk tinggalkan saya ke?" Tanya Aiman, dalam masa yang sama dia cuba untuk meneka. Neldia Rose tergamam. Tidak keruan dia mendengar pertanyaan daripada Aiman, membuatnya jantungnya mula berdegup laju. Riak wajah Neldia Rose juga sudah bertukar gelisah.

"Neldia.. "

"Dah cukup waktu untuk kita berbincang! You kata lima minit aje kan?"

“Please answer my question first!"

“No!" Tangan Aiman direntap kasar. Membuatkan lelaki itu tersentak sedikit. Jelingan dilemparkan kearah Aiman sebelum aku berlari anak mendapatkan Puan Haya yang masih menunggu di hadapan pagar surau Al-Nur.

Aiman mendengus. Dia masih lagi belum puas hati. Selagi belum dapat jawapan yang sebenar jangan harap dia akan berdiam diri.

“Nel, tunggu saya!” pantas Aiman mengejar langkah wanita itu yang semakin menjauh.

Ish! Apalagilah yang mamat ni nak?
Tanpa mempedulikan panggilan lelaki itu, aku terus melangkah dengan laju. Tangan Puan Haya terus ditarik. “Jom, mak. Kita balik!” ajakku. Puan Haya terpinga-pinga. Kenapa tiba-tiba sahaja nak balik? Padahal baru beberapa minit mereka berada di dalam majlis ini.

“Kenapa ni, Nel?”

“Cepat, Mak!”

“Neldia tolonglah…” rayu Aiman.

“Kenapa susah sangat awak nak berterus-terang dengan saya, Neldia?” soal AIman sedikit meninggi suaranya.

“Aiman!”

Bahu Aiman sedikit terhinjut. Dia tersentak apabila namanya tiba sahaja diseru oleh Mak cik Hasnah. Spontan langkah mereka terhenti. Serentak menoleh ke arah Mak cik Hasnah yang menuju ke arah mereka bertiga dengan mencekak pinggang. Tegang sahaja dia memandang Puan Haya dan Neldia Rose.

“Kamu buat apa ni, huh? Yang kamu pergi layan dua beranak tak guna ni kenapa? Tak ingat ke apa yang diaorang dah buat dekat kamu?” bentak Mak cik Hasnah.

“Mak! Jangan cakap macam itu boleh tak? Ramai orang dekat sini. Kasihanlah sikit pada mereka!”herdik Aiman.
Mak cik Hasnah menjuih bibjr.

“Nak kesian buat apa? Ada diaorang kesiankan kau ke sebelum ni? Tak, kan?Keluarga dia ni asyik pentingkan diri aje. Tak layak untuk bergaul dengan orang macam kita ni!" sinis Mak cik Hasnah. Jelingan tajam dilepaskan kearah Puan Haya.

Puan Haya hanya menunduk kecewa, tanpa sepatah perkataan pun yang keluar. Dia tidak mahu menimbulkan masalah disurau, cukuplah pagi tadi mereka sudah bertengkar di hadapan rumah. Aiman menggeleng kepala, entah apa nak jadi dengan emaknya ini menengking orang sesuka hati dihadapan tetamu.

"Mak.. Sudahlah tu. Ada sebab Nel tinggalkan Man, mak. Mak jangan buat macam ni dekat diaorang.. "

"Ha, kau tengok Haya. Kau tengok apa anak kau dah buat dekat anak aku sampai sikit pun dia tak kesah tentang apa yang berlaku pagi tadi! Si Nel tu pakai ilmu apa ek? Ilmu hitam? Huh? Kau dah santau anak aku supaya taat pada anak kau? Macam tu?"tuduh Mak cik Hasnah.

"Ya Allah, Hasnah. Jangan disebabkan anak aku tolak pinangan anak kau, kau tuduh macam tu pada keluarga aku. Anggap sajalah mereka tiada jodoh Hasnah.. "kata Puan Haya.

"Jodoh? Kau nak cakap tentang jodoh? Kau tunggu sini!" Mak cik Hasnah melangkah ke arah Adinda dan Nik yang sedang berbual di meja makan. Tangan mereka ditarik serentak, memaksa Adinda dan Nik untuk bangun mengikutnya kembali menuju kearah Puan Haya.

"Kenapa ni mak?" Tanya Adinda, pelik. Dia memandang Nik dan mak cik Hasnah silih berganti.

"kau nak cakap tentang jodoh sangatkan? Ini jodoh sebenar! Setia, jujur, dan sanggup buat apa saja demi orang yang dia cinta. Bukan macam anak kau, penipu! Tak setia! Mata duitan pulak tu!"Sindir Mak cik Hasnah.Tersenyum puas dia melihat Puan Haya yang menunduk malu. Bahu Nik digosoknya, bangga mendapat menantu baik seperti Nik, bukan seperti Neldia yang hanya perlukan anaknya ketika susah!

"Mak, tak baik buat Mak cik Haya macam tu. Yang salah Neldia, mak. Bukan Mak cik Haya.. "Ujar Adinda.

“mak dengan anak sama sahaja! Muka aje nampak bersih, tapi hati hitam! Busuk!" sinis Mak cik Hasnah lagi.Kedua belah tangannya memeluk tubuh. Dia tersenyum sinis, sambil Kepala dipaling ke arah lain apabila Neldia Rose menapak menhampiri dengan muka tak puas hati.

Neldia Rose memberhentikan langkahnya setibanya dia berdiri betul-betul di hadapan orang tua itu.

"Mak cik Hasnah.. Aku bukan tak nak hormat kau. Tapi, kau jangan bangga sangat dengan anak kau yang kononnya dapat menantu kaya macam jantan ni." Bidas Neldia Rose, geram.

"Heh, aku tahu sebenarnya kau jealous kan sebab anak aku dapat lelaki kaya, handsome macam ni? Kenapa? Kau nak guna tektik goda kau tu dekat menantu aku? Dah basilah, Nel!"

"Mak!" keras Aiman. Terkejut dengan layanan Mak Cik Hasnah terhadap Neldia Rose begitu. Kepala digelengkan perlahan, malah Mak cik Hasnah hanya tersenyum sinis.

"Lelaki ni? Aku tak rasa hubungan dia dengan anak kau akan kekal lama. Lebih-lebih lagi kalau tahu Adinda ni perangai dia kalah aku yang kononnya gold digger."balasku.

"Hei, Neldia! Kau jaga sikit mulut kau tu. Anak aku, tak macam kau ek. Kau jangan nak samakan Adinda dengan kau, jijik!"

"Heh, aku harap suatu hari kau tarik balik kata-kata tu. Setakat tudung labuh macam ni.. Aku pun boleh pakai, Mak cik. Betul tak Adinda?" Soal Neldia Rose, dengan menayang senyuman sinis dibibirnya. Adinda hanya mendiamkan diri, dan menunduk kepalanya ke bawah. Nik menggeleng kepala, tidak setuju dengan apa yang Neldia lemparkan tadi.

"Hormat sikit cara bercakap tu sebelum kau nak orang lain hormat kau. Kau tak kesian ke dekat mak kau? Huh? Kalau kau tak malu dengan perangai kau, kau kesiankan lah mak kau yang seksa menanggung dosa-dosa kau." Nik bersuara.

Neldia Rose tergamam. Tidak sampai beberapa minit dia ketawa buat-buat sambil menepuk tangan. Aiman dan Nik mengerut pelik.

“You cakap seolah-olah I yang salah? Kenapa? Mesti susahkan orang macam you nak percaya I? Cinta sejatilah kononnya… percayakan kekasih hati seratus peratus. So sweet! Tapi lagi sweet… kalau you dengan I aje. Tak ke itu lebih bagus macam tu?”soal Neldia sambil mengenyitkan sebelah mata. Kening Nik berkerut, tidak faham.

“Daripada you berkahwin dengan dia. Baik you pilih I. Sekurang-kurangnya muka I tak ada talam.”

“Hei, perempuan! Kau jangan nak cuba rampas bakal tunang anak aku pulak ek? Mati kau aku kerjakan!” sampuk mak cik Hasnah.

Aku tersenyum sinis sebelum menoleh memandang orang tua itu.

“Maknanya you yakin I boleh dapatkan dia?” soalku. Mak cik Hasnah terdiam. Kalau YA pun kenapa? Wanita itu memang licik. Entah apa ilmu yang dia guna sehingga ramai lelaki boleh tumbang kepadanya. Jangan selepas ini Nik pula sasaran Neldia.

“Mak cik jangan risau. Saya takkan pernah berpaling dari Adinda.” Nik bersuara dengan yakin. Aku menjongket sebelah kening.
“Are you sure?”
“Kau takkan mampu buat aku berpaling dari Adinda. Aku cuma cintakan dia seorang. Dan aku takkan bodoh untuk suka perempuan yang boleh dibeli dengan duit macam kau!” ujar Nik.
Aku mengangguk kepala. Manis betul kata-kata yang terluah dibibir lelaki itu. Kadang-kadang aku pula yang berasa cemburu mendengarnya. Tapi tak apa… kita lihat siapa yang akan mengubah ayat manis itu?

“Kalau you cakap macam itu, kita tengok nanti. You belum tahu I memang mahir dalam buat orang jatuh cinta. Dan satu lagi, I bukanlah wanita yang boleh dijual beli. I am not for sale, mr. Nik. Neldia Rose adalah seorang yang sangat limited. You takkan boleh jumpa orang macam I lagi kalau I dah tak ada. And you Adinda… harap bersiap sedia. Takut-takut nanti bersanding seorang diri pula. Mak cik Hasnah pun sama. Stand by ya?” ejekku dengan ketawa berlagak. Lantas, aku terus melangkah ke arah Nik. Aku lihat ada kad kerja di dalam poket baju melayunya. Dengan laju aku mencurinya. Nik terkejut.
Aku tersenyum-senyum membaca nama yang tertera di kad itu.

“Nik Ashraf CEO of Agro farm…menarik.”

“Pulangkan kad tu!”

“Aip!” dia cuba untuk merampas kad itu semula dengan pantas aku sorok ke belakang badan. Nik mengetap bibir. Tajam anak matanya merenungku.

“Jumpa nanti.”ucapku dengan nada manja. Sempat aku menghadiahkan flying kiss kepadanya sebelum beredar meninggalkan surau itu bersama Puan Haya. Nik buat muka geli. Nak muntah pun ada apabila wanita itu memberinya flying kiss. Kalau nak diikut hati mahu saja dibalas dengan flying kick!

“Kau takkan dapat Nik lah perempuan tak guna!” jerit Mak cik Hasnah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro