Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3

Tudung saji ditarikku, memasang niat untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong, lapar. Namun aku terkedu sejenak, saat dalamnya kosong tanpa sebarang makanan. Aku mula mengeluh kecil, tudung saji diletakkan kembali keatas meja.

"Mak!" jerit Neldia Rose, memanggil puan Haya yang sibuk menjahit baju dibiliknya. Lekas Puan Haya bangun dan berlari anak menuju ke dapur saat mendengar suara anak perempuannya memanggil.

"Ya, Neldia kenapa?"tanya Puan Haya.

"Makanan semua mana? Takkan satu sen pun tak ada? Sekurang-kurangnya hidanglah biskut ke apa, bukan kosong macam ni!" herdik Neldia Rose, tudung saji ditepisnya dengan amarah. Puan Haya menunduk kesal sambil kepala digelengnya, tanda dia tidak mempunyai satu sen pun untuk membeli makanan.

"Maaflah Neldia. Upah jahit baju mak belum dapatkan lagi. Lagipun, mak nak kumpul duit untuk bayar hutang bapak kamu. Along-along itu dah mula ugut mak."rungut Puan Haya.

Aku mendengus.

“Inilah sebabnya… inilah sebab utama Nel jadi macam ini, dah lah hidup miskin selepas itu kena tanggung bala orang tua jahanam tu lagi! Yang mak pandai-pandai pergi nikah dengan orang macam bapak tu kenapa? Yang dia tahu cuma bawa mala petaka aje dalam hidup kita! Kalau mak tak kahwin dengan dia, kita ni takkan sengsara macam sekarang tahu tak? Nel pun takkan kemaruk goda jantan untuk kikis duit diaorang!"

"NELDIA!" Puan Haya menyentuh dadanya yang terasa digiris dengan kata-kata yang dilemparkan Neldia Rose tanpa rasa bersalah. Akan tetapi, Neldia Rose hanya menjuliing anak mata ke atas dengan mimik muka menyampah.

Mulalah tu nak back up orang tua tu…

"Sejahat-jahat bapak kamu, dia berkorban juga cari duit untuk beri kamu makan! Sampai hati kamu cakap macam tu pada ayah sendiri.."

"oh, bagi makan…. bagi makan guna duit apa? Duit along atau duit judi?" soal Neldia, sinis.

Puan Haya terkesima. Dia kematian kata. Terkulat-kulat ingin menjawab soalan dari anak perempuannya. Ya, memang tak dinafikan arwah suaminya mencari duit dengan hasil pertaruhan judi dan pinjaman daripada along.

Neldia Rose tersenyum menyenget, tahu pun nak terdiam! Kemudian, aku menapak menuju ke arah pintu utama. Langkah di berhentikan saat sampai dimuka pintu. Aku menoleh kebelakang, memandang puan Haya yang masih tercegat didapur.

“Neldia tak pernah salahkan mak dalam hal ni. Dah memang takdir kita hidup macam ni, kan? Nak buat macam mana lagi? Tapi satu aje yang Nel nak mak tahu… Nel takkan biarkan kita hidup macam ni sampai bila-bila. Dan kalau Mak cik tua kerepot tu ada hina mak selepas ni, mak tak perlulah nak layan dia. Biar aje mulut celupar dia tu mengata orang. Anak dia tu pun, dua kali lima sahaja. Tak adalah baik sangat pun.”Sinis Neldia Rose. Puan Haya tidak membalas apa. Langkah disambung kembali keluar daripada kawasan rumah itu, meninggalkan Puan Haya berseorangan.








GERAI kecil ditepi jalan menjadi sasaran Neldia Rose untuk membeli makanan. Bau keropok lekor yang digoreng menusuk masuk kehidungnya, begitu membuat aku terliur.

"Kak, bagi keropok lekor empat ringgit!" pinta Neldia Rose. Jurujual itu mengangguk kepala. Penyepit kuih dicapainya, lalu mencapai satu persatu keropok lekor seraya dimasukkan ke dalam plastik.

"Akak dengar cerita kau tolak pinangan anak Mak cik hasnah tu, betul ke?" jurujual itu menegur.

Haih… cepat betul si nenek kebayan tu sebarkan cerita. Tak guna betul! Neldia Rose hanya pekakkan telinga, kepala dipaling ke arah jalan raya. Memandang kereta yang lalu-lalang dikawasan itu.

Malas nak layan pertanyaan mak cik-mak cik bawang ni, buat sakit hati aje! Kalau betul pun, macamlah diaorang nak back up aku. Lagi nak dikutuk adalah. Selepas itu, canang satu kampung.

"Orang macam dia mana nak mengaku kalau kau tanya soalan macam tu… " ejek wanita disebelah jurujual itu separuh berbisik. Namun telingaku tajam menangkat setiap bait perkataan yang keluar dari mulutnya. Cuma aku memilih untuk berdiam diri. Kalau hilang tingkat kesabaran aku, boleh melayang gerai kecil ini aku kerjakan!

"Ya lah, dia cuma tahu guna duit orang aje. Bukan anak Mak cik Hasnah aje, tapi ramai lagi. Katanya sampai nak dekat 10 ribu habis dekat perempuan gold digger depan kita ni.."balas jurujual itu.  Terkekek_kekek mereka ketawa. Dah macam orang kena sampuk!

“Well…kauorang bernasib baik aje sebab bukan anak kauorang jadi mangsa aku.”sampukku.

Mereka terdiam. Serentak pandangan mereka teralih ke arahku yang tersenyum berlagak.

“Kalau aku tahu anak kauorang jadi mangsa aku, tahulah aku nak kikis sampai mana? Biar jadi pengemis. Waktu tu… baru padan dengan muka mak cik macam kauorang berdua! Nak ejek aku tapi tak cermin diri. Kau tu pun bukanlah kaya sangat. Setakat gerai yang macam kandang kambing macam ni… sekali petik aje dah boleh runtuh!”

“Hei, mulut kau memang kurang ajar, kan?!” jurujual itu membentak, tidak puas hati.

“Aku atau kau yang mula-mula kurang ajar?!”

“Eh, semiskin-miskin aku… aku tak mengikis macam kau lah perempuan sundal!”

“Kau panggil aku apa? Sundal?” terketap-ketap bibirku menahan geram. Kedua-dua belah tangan sudah mengepal kuat. Dia memang sengaja cari pasal dengan aku! Mak cik ni belum kenal aku orang yang bagaimana? Sekali kejut harimau yang sedang tidur, tak cukup tanah kau berlari nanti!

“Memang kau tu sundal pun. Tak sedar diri!” hambur jurujual itu lagi, berani. Limit kesabaranku sudah mula meletus. Tanpa sebarang isyarat, aku terus menyerang jurujual itu dengan menarik sanggulnya dengan kasar. Dia pun tidak mahu mengalah, turut menarik rambutku dengan kuat. Suasana mula menjadi kacau-bilau. Seorang lagi wanita tua yang berada di situ tak tahu ingin membuat apa. Nak masuk campur, tak berani. Hanya mampu menjerit minta tolong mengharapkan ada orang lain yang dapat menghentikan pergaduhan mereka itu.

“Lepaslah! Sakit!” jurujual itu mengaduh sakit. Tangannya masih belum melepaskan rambut Neldia Rose. Selagi wanita muda itu tidak melepaskan sanggulnya, selagi itu dia takkan melepaskan rambut Neldia Rose.

“Kau yang cari pasal dengan aku dulu!”

“Hei, cukup! Apa yang dah jadi ni?!” suara garau itu menyampuk. Waktu itu aku terasa seperti lenganku ditarik oleh seseorang sehingga akhirnya aku melepaskan sanggul perempuan tua itu. Nafas turun naik menahan amarah. Sungguh, kemarahanku masih belum reda lagi.

Habis rosak sanggul perempuan tua itu aku kerjakan. Rambutku juga lebih kurang sama. Serabai.

“Sial kau mak cik!”

“Hei, cukup!”

Aku terdiam saat dijerkah oleh suara garau itu. Aku menoleh ke belakang, terkaku sebentar apabila melihat lelaki tinggi lampai yang memakai kot itu merupakan orang yang menghentikan pergaduhan ini tadi. Anak mata aku dan dia bertentangan buat beberapa minit. Dapatlah juga aku mengamati wajah tampan lelaki itu sebelum ditolak kasar olehnya.

Wait?

Dia tolak aku?

Mujur aku sempat berpaut pada tiang dari jatuh menyembah ke bumi. Aku terkesima. Sekali lagi kemuncak darah aku naik.

“Apa masalah dengan perempuan macam kau ni huh? Dengan orang tua pun kau nak ajak bergaduh ke?!”soalnya dengan nada meninggi. Aku ketap bibir, tidak puas hati. Aku yang cari gaduh?

Excuse me?!

“Siapa yang cari gaduh dengan siapa huh? Mak cik tua kerepot ni yang hina I dulu! You tak tahu apa-apa cerita jangan nak main tuduh-tuduhlah!” balasku, geram.

“Hei, engkau yang tarik sanggul aku dulu!” tuduh jurujual itu. Aku menjegil tajam ke arahnya. Tahu pula dia nak berpaling ke lain saat itu.

“Tak kesahlah siapa yang mula dulu. Kau sepatutnya hormat orang tua!” hambur lelaki itu.

Aku terlopong. Jari terlunjuk aku tunding ke muka sendiri.

“I? You nak I hormat dia? Sorry sikit. Aku takkan pernah hormat orang tua mulut puaka ni lah! Dia tua ke? Muda ke? Kalau dah nama pun kurang ajar, itu aje cara nak mengajar diaorang. Takut nanti turun pula mulut puaka tu dekat cucu diaorang!” sindirku, menjeling tajam ke arah perempuan tua itu. Dia mendengus.

“Kau tak payah nak layan dialah, Nik! Neldia tu memang macam tu, dia bukannya tahu apa itu hormat. Biasalah… dibesarkan dengan keluarga kaki judilah katakan.” ejek jurujual itu lagi.

“Kurang ajar punya orang tua!”
“Stop it!” lelaki yang digelar bernama Nik itu pantas menarik lenganku dari menyerang orang tua itu lagi. Aku mendengus geram. Kemudian, tangan lelaki itu aku tepis dengan kasar. Rimas!

“Tak payah nak sentuh I lah!” herdikku. Berpaling ke lain. Sakit hati apabila lelaki itu selalu menghalangnya dan menyanjung perempuan tua itu.

Dia mencekak pinggang. Kedua belah keningnya terangkat sedikit ke atas.

“So? Kau rupanya Neldia.”
Keningku berkerut pelik. Aku mendongak memandang wajah lelaki itu dengan penuh tanda tanya.

“Apa maksud you?”

“Tak sangka kau rupanya perempuan yang tolak pinangan Aiman tu. Well…aku bakal adik ipar dia. Patutlah kau dengan dia jodoh tak panjang. Rupa-rupanya perangai dah jelas-jelas tunjuk yang kau tak layak dengan dia.” sindirnya.

Aku menjuih bibir. Ini lagi seorang mamat nak cari pasal dengan aku. Mak cik Hasnah ni memang busuk hati betul. Semua orang dia nak burukkan nama aku! Tak apa… ada ubi ada batas. Ada hari, aku sendiri yang akan balas.

“You siapa judge I macam tu? You belum kenal I lagi. Oh… lupa. I baru perasaan ayat you tadi. Siapa? Adik ipar? Maksudnya you bakal isteri Adindalah ni,kan? Baguslah. Kena sangat perempuan lahanat tu dengan you!”

“Kau siapa nak cakap dia macam tu huh?” nada suara lelaki itu naik satu oktaf. Neldia rose tersenyum menyenget. Terasa hati ke?

“Memang sesuai sangat kalau you jadi sebahagian keluarga dia tu. Jenis talam dua muka!”

PAP!

Laju tangan Nik menampar pipiku. Kuat jugalah tamparannya sehingga kepalaku terteleng ke kiri. Turun naik nafasnya menahan amarah. Geram apabila mendengar Neldia Rose menghina keluarga ‘bakal’ isterinya.

“Kau jaga sikit mulut tu.”

“Berani you tampar I?” aku memandangnya dengan muka merah padam.

“Perempuan macam kau layak kena tampar.” balasnya, tanpa rasa bersalah. Aku tersenyum sinis. Oh, begitu ya…
Aku mengangguk kepala berkali-kali.

“Faham. Perempuan macam I memang layak kena tampar ek? Okay, I terima tamparan ni. Cuma I harap sesuatu hari nanti you tak datang minta maaf dengan I baliklah. Yalah, you kan baik. I ni pula jahat tak macam bakal isteri you tu. Tapi I cuma nak ingatkan you sesuatu… kadang-kadang kaca pun orang nampak permata. I lebih kenal siapa dia. Harap you tak menyesal nanti.” ujarku dengan maksud tersirat. Lelaki itu hanya diam tak membalas apa-apa. Kemudian, aku terus beredar meninggalkan gerai kecil itu. Tak jadi ingin membeli keropok lekor itu lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro