Semi final (ii)
Part ni agak panjang sedikit.. harap kalian suka yea! Let's go!
- Doumyouji Enterprise -
Taeyeon menghempas fail diatas meja Tsukasa apabila dia mendapat info keberadaan Tsukasa. Taeyeon mengetap bibirnya menahan marah. "Ini balasan kau yea? Kau tunggu Doumyouji Tsukasa" Taeyeon mengumpal kertas sambil tersenyum sinis.
- Keio University hospital -
Rui dan shizuka menunggu dengan penuh gusar dan takut. Tidak tahu apa yang belaku di dalam hanya Tsukasa menemani Tsukushi bersalin.
Yuuki dan Soujiroh baru sampai setelah mendapat panggilan dari Rui tentang Tsukushi . Mereka berempat berdoa agar Tsukushi serta bayinya selamat. Pintu bilik bersalin dibuka dan Tsukasa keluar dengan muka sedih sambil mengalirkan air mata.
"Kenapa?" Mereka berempat mendapatkan Tsukasa yang masih berdiri kaku dihadapan pintu. "Jawab lah Tsukasa!" Marah Soujiroh apabila Tsukasa terdiam membisu.
Tsukasa mengesat air matanya dan wajahnya berubah senyum. Mereka berempat pelik dengan riak wajah Tsukasa. Time macam ni pun nak main main lagi ke? Fikir mereka berempat.
"Tsukushi selamat melahirkan baby lelaki!" Jerit Tsukasa dengan penuh gembira. Impiannya untuk mendapat anak lelaki akhirnya tercapai!
"Tahniah Tsukasa!" Kata Rui terus memeluk tsukasa bersama Soujiroh.
Tsukasa tersengih sengih saja. Yuuki dan shizuka memeluk sesama mereka gembira amat gembira.
Tsukasa tidak menyangkakan yang dia akan bersama Tsukushi untuk menyambut kelahiran anak pertama mereka. Tsukasa tersangat bersyukur diberi peluang untuk merasainya.
"Macam mana dengan Tsukushi- chan?"tanya Yuuki ingin mengetahui tentang kawan baiknya.
Tsukasa tersenyum lalu membalas "dia okay nanti nurse pindahkan dia ke wad"
"Tak sabar nak jumpa Tsukasa jr" kata Rui.
"Mesti rambut curly curly macam bapak dia" Soujiroh menambah.
Tsukasa hanya tersenyum apabila kebahagian dikongsikan bersama F4 cuma sekarang Akira saja tiada di Jepun kerana dia pergi ke Korea ingin menyiasat sesuatu yang penting.
-private room -
Tsukushi memaku anaknya diatas pahanya. Sungguh bibir hidung kening semua mengikuti wajah Tsukasa cuma mata saja seperti matanya.
"Kamu sangat comel. Mama sayang kamu" Tsukushi menganggkat anaknya terus dicium bertubi tubi. Ini lah semangat dia sewaktu Tsukasa sibuk berkerja.
Pintu bilik dibuka. Tsukasa masuk kedalam bilik sambil tersenyum memandang isterinya dan anaknya yang masih lagi dibuai mimpi.
"Arrigato" ucap Tsukasa lalu mencium mulut Tsukushi. Tsukushi terkedu sungguh lama Tsukasa tidak berbuat begini kepadanya.
"Tsukasa Jr kamu asyik tidur saja" Tsukasa menyentuh pipi anaknya yang berada diatas paha Tsukushi. Tsukasa lalu menganggkat anaknya dan diletakkan di tempat tidur yang disediakan oleh hospital.
"Kau mesti penat kan?" Tanya Tsukasa kepada Tsukushi yang menyandarkan tubuhnya di kepala katil.
Tsukushi mengelengkan kepala. Sungguh dia tidak berasa penat walaupun lepas bersalin. Kepenatan dia hilang apabila dia melihat wajah suci anaknya.
"Aku ada hadiah untuk kau.." bisik Tsukasa lalu memanggil hadiah yang dimaksudkan.
Laju saja pintu biliknya dibuka. "Kamu semua?" Ucap Tsukushi apabila melihat sahabatnya berada di hospital.
"Tsukushi-chan tahniah!" Jerit Yuuki berlari mendapatkan Tsukushi diikuti shizuka dari belakang.
"Tahniah" kata Rui dan Soujiroh serentak. Tsukasa memberi ruang untuk Yuuki dan Shizuka bermain dengan anaknya.
"Dah ada nama?" Tanya Rui kepada Tsukasa yang tersenyum gembira melihat isterinya gembira.
"Makino? Ada nama tak?" Tsukasa mengajukan pertanyaan kepada Tsukushi rasanya Tsukushi yang layak memberi nama kerana dia telah bertarung dengan nyawa untuk melahirkan anaknya.
"Tsukashi Doumyouji" ucap Tsukushi dengan perlahan membuatkan Tsukasa tersenyum sendiri. 'Pandai gabungkan nama' detik hati Tsukasa.
"Wahhhh comelnyaaa nama" Yuuki lansung saja mencium pipi bulat tsukashi yang nyenyak tidur.
Tsukushi menyiku lengah Yuuki sambil memandang kearah Soujiroh yang sedang berbual bersama Tsukasa dan Rui. Yuuki memandang sambil kening terangkat sebelah.
"Cepat lah kahwin nanti anak kau mesti comel macam anak aku" kata Tsukushi diikut gelak dari shizuka membuat muka Yuuki merah.
"Ehem!" Semua mata memandang kearah Soujiroh yang sedang meminum air mineral. "What?" Tanya Soujiroh dengan muka blur. Semua tergelak melihat muka Soujiroh.
Setelah habis waktu pelawat mereka semua beredar hanya tinggal Tsukushi, Tsukasa dan anaknya yang nyenyak tidur.
"Ne Tsukushi arrigato kerana melahirkan anak aku" ucap Tsukasa lalu mencium dahi Tsukushi membuat pipinya merah. "Haa Tsukushi kau berehat lah biar aku pulak jaga Tsukashi ni" sambung Tsukasa lagi. "Takpe aku boleh lagi ni" balas Tsukushi tidak puas bermain dengan anaknya.
"Nani? Kau telah bertarung nyawa lahirkan Tsukashi-chan banyak tenaga kau hilang oleh sebab tu aku suruh kau berehat yea! Dah jangan degil" Tsukasa mengambil anaknya sambil menolak Tsukushi baring lalu diselimutkannya.
"Tsukasa-sa kalau ada apa apa kejutkan aku ye." Kata Tsukushi sebelum menutup mata untuk berehat. Tsukasa mengangguk faham.
Tsukasa bermain main dengan anaknya. Membuatkan dia tersenyum sendiri. Tetiba perutnya sakit ingin membuang air besar dengan tergesa gesa dia meletakkan anaknya disebelah Tsukushi dan terus ke toilet.
Setelah berapa minit dia dalam toilet. Tsukasa terdengar sesuatu yang pecah dari luar. Dia cuba membuka pintu toilet namun gagal seperti ada sesuatu menahannya dari luar. Tsukasa mendengar suara Tsukushi yang menangis minta jangan apakan anaknya.
"Tsukushi apa yang belaku!" Jerit Tsukasa dalam toilet semakin panik dia apabila mendengar suara anaknya menangis. Dia cuba menendang namun gagal untuk membukanya. "Takguna!" Marah Tsukasa.
"Tolong jangan apakan anak aku!" Jerit Tsukashi berjaya membuat Tsukasa menolak pintu toilet. Setelah dia berjaya keluar mereka semua dah tiada dan keadaan bilik amat huru hara. Tsukasa melihat Tsukushi tidak sedarkan diri dan Tsukasa perasan anaknya telah hilang. Dengan tergesa gesa dia mengangkat Tsukushi dari lantai dan baring diatas katil. Dia cuba melihat keluar namun mereka semua telah jauh.
Di tingkat yang menempatkan Tsukushi amat sunyi membuatkan nurse dan doktor tidak mengetahui apa yang belaku.
"Takguna!" Marah Tsukasa tetiba dia teringatkan seorang dalang dalam kejadian ini. "Taeyeon Kim"
- To be continued-
Apa yang akan belaku seterusnya. Adakah Tsukasa akan jujur dengan Tsukushi tentang apa yang sebenarnya belaku?
Plot twist is coming!
Hahahaha
Lama tak update cerita ni kan.. sekarang baru rajin🤣.. hope korang tak boring lah.
Hit the star! And Share this story!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro