Part 6 (semi final)
Lagu ini FLAVOR OF LIFE jugak antara soundtrack Hana Yori Dango jugak. Lagu ni sentiasa dimainkan saat Tsukushi dan Tsukasa gembira. Arrghhh harap korang dapat feeling baca part ni dengan dengar lagu ni okay.
Let's go!
Setelah seminggu lebih Shizuka membawak Tsukushi balik kerumahnya dengan keadaan Tsukushi sedang sarat mengandung sukar untuk shizuka melepaskan dia balik kerumah Doumyouji.
Tsukushi sudah berhenti menangis dan sekarang dia lebih kepada termenung fikirannya hanya teringatkan Tsukasa. 'Doumyouji aku rindu kau' bisik Tsukushi di dalam hati.
Tsukushi mengosok perutnya yang sudah membesar hanya tunggu masa untuk melahirkan saja. "Tsukasa Jr maafkan papa yea. Sebab papa busy sibuk berkerja. Sekarang biar mama temankan kamu. Nanti kamu keluar papa akan jaga kamu dengan penuh kasih sayang" kata Tsukushi dengan perlahan namun sempat didengar oleh Shizuka dan Rui yang baru sampai.
Rui yang baru sampai mendengar semua apa yang dicakapkan Tsukushi turut merasa sedih. Rui ingin ceritakan segalanya tentang apa yang terjadi namun Tsukasa sudah berpesan awal awal agar tidak terlepas cakap dengan Tsukushi takut menjejaskan kesihatan Tsukushi dan anaknya.
"Makino-san" Rui memanggil Tsukushi yang masih lagi termenung keluar tingkap. "Kau sudah makan?" Tanya Rui mengajak Tsukushi berbual denganya.
Tsukushi diam saja dan hanya mengelengkan kepalanya. "Kenapa taknak makan?" Tanya Rui lagi lalu berdiri disebelah Tsukushi diikuti shizuka turut berdiri disebelah Rui.
"Doumyouji" perlahan saja Tsukushi menyebut nama suaminya.
"Tsukasa tengah sibuk makino" Rui cuba menyedapkan hati Tsukushi. "Kau makan sikit ye" sambung Rui lalu menyuruh shizuka menyediakan makanan.
Tsukushi mengelengkan kepala lagi. Tekaknya berasa pahit untuk menelan apa saje lalu Tsukushi memandang jauh ke luar tingkap sambil mengosok perutnya.
"Makino kalau kau tak makan nanti anak dalam perut kau akan lapar dan Tsukasa jugak akan sedih nanti sebab dia kau terseksa begini. Makan ye walaupun sikit" pujuk Rui tidak henti henti.
Tsukushi mengeluh. " aku nak jumpa dia" luah Tsukushi apa yang terbuku dihatinya. Rui mengeluh dia sendiri buntu untuk mencari jalan untuk bantu Tsukasa.
"Tsukushi-chan tunggu ye nanti dia datang jumpa kamu" shizuka lembut saja memujuk Tsukushi namun dia senyap tidak berkata apa apa. Di dalam hatinya berharap agar Tsukasa datang berjumpa dengannya setelah seminggu Tsukasa pergi.
- Doumyouji Enterprise -
Tsukasa memandang ke luar tingkap biliknya di dalam hatinya hanya dia saje tahu berapa sakitnya rindukan sesorang yang amat dia cintai. Dia berharap agar Tsukushi baik baik saja di rumah shizuka buat sementara waktu. Tsukasa mula teringatkan perjanjian yang telah dia buat dengan Taeyeon kerana perjanjian ini dia terpaksa berpisah dulu dengan Tsukushi.
*seminggu yang lepas*
- okinakawa hotel -
"Jadi apa pilihan kau?" Tanya Taeyeon sambil menghirup air tea yang sudah tersedia di dalam biliknya.
"Kalau aku pilih Doumyouji Enterprise kau takkan apakan isteri serta anak aku kan?" Tsukasa inginkan kepastian agar keselamatan Tsukushi terjamin.
"Makino Tsukushi akan selamat asalkan kau ceraikan dia serta memilih Doumyouji Enterprise " balas Taeyeon lalu berdiri dihadapan Tsukasa. "Kau ceraikan dia dan dia akan selamat dari apa apa" sambung Taeyeon lalu lalu ingin menyentuh muka tsukasa . Namun sempat mengelak dari disentuh Taeyeon.
"Apa semua itu aku boleh percaya kau?"
"Kau nak cuba?" Taeyeon mengambil telefonnya dan menelefon seseorang." Habiskan dia" kata Taeyeon matanya tidak lengkang memandang kearah Tsukasa.
"Jangan!" Jerit Tsukasa apabila dia tahu siapa yang Taeyeon maksudkan.
Taeyeon tersengih lalu mematikan panggilannya tadi.
"Sekarang kau percaya?" Tanya Taeyeon.
Tsukasa menganggukkan kepala.
"Bagus! Nanti kau uruskan pasal cerai tu. Minggu depan aku nak kau adakan meeting pasal syarikat" kata Taeyeon lalu berjalan duduk disofa.
Tsukasa berpusing mengadap Taeyeon. "Aku nak jumpa isteri aku buat kali terakhir sebelum meeting berlansung" pintai Tsukasa seperti merayu.
Taeyeon tersenyum sinis sudah dia jangkakan yang Tsukasa pasti membuat permintaan seperti ini. "Boleh. Tapi selepas itu aku taknak kau ada urusan apa2 lagi dengan dia!"
Tsukasa menganggukkan kepala. Buat masa sekarang dia akan ikut apa saja yang disuruh oleh Taeyeon sehingga Akira dapat menyiasat siapa Taeyeon sebenarnya. 'Akira cepat lah' jerit Tsukasa di dalam hati.
Selepas dia habes berjumpa dengan Taeyeon. Tsukasa cuba menghubungi Tsukushi namun sayang hanya mailbox saja yang kedengaran. Tsukasa menghubungi Rui meminta Rui untuk menjaga Tsukushi sehingga dia selesaikan masalah ini.
"Rui" apabila panggilan sudah disambungkan.
"Tsukasa.. aku baru nak telefon kau. Aku nak bagitahu yang Tsukushi ada dengan shizuka" ucap Rui seakan tahu apa yang ingin ditanya oleh Tsukasa.
"Bagus lah. Rui aku ada permintaan sedikit."
"Apa?"
"Pasal Taeyeon"
"Kenapa dengan dia?"
Tsukasa mula cerita dari A-Z tentang apa yang baru terjadi tadi. Dia ingin Rui faham situasinya sekarang.
"Jadi sebab itu aku nak Tsukushi berada di bawah jagaan kau dengan shizuka. Kaeda tak tahu pasal ni lagi. Dan kalau boleh kau jangan cerita apa2 dekat makino aku taknak dia stress" luah Tsukasa.
"Pasal itu kau jangan risau aku akan jaga dia baik baik ye. Tsukasa ingat kami ada dibelakang kau" kata Rui cuba memberi semangat kepada Tsukasa
"Arigato" Tsukasa terus mematikan panggilannya. Buat masa sekarang dia ingin sendiri memikirkan jalan untuk selesaikan masalah ini.
-end flashback-
Tsukasa mengapai telefonnya dan number shizuka dicari. Dia ingin berjumpa dengan Tsukushi buat kali terakhir sebelum meeting itu berlansung. Number shizuka didail.
"Moshi moshi?" Suara shizuka kedengaran.
"Shizuka-san ini aku tsukasa" kata Tsukasa apabila suara shizuka kedengaran. "Makino ada?" Tanya Tsukasa ingin mencari isterinya.
"Tsukushi-chan ada. Sekejap yea"
"Moshi Moshi" suara yang paling dirindui Tsukasa kedengaran.
"Makino"
"Doumyouji" suara Tsukushi berubah menjadi sedih. Tsukasa faham mungkin Tsukushi rindukan dia.
"Ahad Ebisu Gardan place Clock Tower Square jam 1 pm" Tsukasa taknak buangkan masanya lalu menyatakan hasratnya.
"Kenapa nak jumpa kat situ?"
"Kau akan tahu nanti"
Tsukushi terdiam sungguh tempat itu sangat dekat dengannya. Dari Tsukasa mengajaknya berjumpa pertama kali sehingga mereka mengadakan masjid perkahwinan disitu jugak.
Tanpa menunggu balasan dari Tsukushi. Tsukasa segera mematikan panggilannya. Dia tak sanggup mendengar suara lemah isterinya. Dan berasa sangat bersalah atas apa yang terjadi.
- shizuka house -
Tsukushi menangis teresak apabila Suaminya terus mematikan panggilan seperti itu saja. Sungguh banyak bende yang ingin ditanya.
Shizuka menghampiri Tsukushi yang sedang menangis. "Doumyouji nak jumpa esok". Terus Tsukushi memeluk shizuka akhirnya dia dapat melepaskan rindu kepada Tsukasa.
"Esok saya dan Rui akan teman kamu yea" shizuka memeluk Tsukushi. Esok memang perlu dia menemani tsukushi memandangkan kandungan tsukushi sudah hampir due date.
- Ebisu Garden -
Tsukushi sampai awal 5 minit dari masa yang ditetapkan oleh Tsukasa. Dia ingin melihat suaminya dari jauh dulu sebelum dia berjumpa dua mata.
"Hensem" ucap Tsukushi secara sepontan apabila matanya melihat susuk badan yang amat dirinduinya segak berpakaian kemeja dan Kot.
(Hensem kan Doumyouji Tsukasa aka Jun matsumoto crush author ni.. jgn kacau🤣)
Tsukushi segara menghampiri Tsukasa. "Doumyouji !" Jerit Tsukushi dengan kuat.
Segera Tsukasa berlari mendapatkan Tsukushi yang perlahan lahan jalan. "Makino!" Tsukasa laju memeluk Tsukushi.
"Baka!" Kata Tsukushi lalu membalas pelukan Tsukasa yang amat dirindui.
Tsukasa tergelak sungguh dia pun rindukan usikan Tsukushi.
"Mana kau pergi Doumyouji? Kau tak kesian kat Tsukasa jr?" Tanya Tsukushi sambil mengesat air matanya yang mengalir tadi.
"Aku busy makino." Tsukasa mengosok perut Tsukushi dan berlutut lalu medekatakn telinganya diperut Tsukushi.
"Maafkan papa sayang.. papa tinggalkan kamu. Nanti kamu keluar papa janji takkan tinggalkan kamu serta mama lagi" ucap Tsukasa mengosok lembut perut Tsukushi.
Tetiba perut Tsukushi ditendang dari dalam. "Dia sudah maafkan kau Doumyouji!" Tsukushi bagitahu apa maksud disebalik tendang Tsukasa Jr.
Tsukasa tersenyum. Tsukushi pun sama. Mereka akhirnya berjumpa setelah seminggu lebih berpisah. Tsukasa membawa Tsukushi duduk dibangku yang ada disitu.
Tetiba telefon milik Tsukasa berdering. Dan membuat muka tsukasa berubah menjadi masam. Tanpa berlengah dia menjawab panggilan tersebut dan menjauhi sikit dari tempat Tsukushi duduk.
Selesai menjawab panggilan tersebut Wajah Tsukasa masih lagi tidak berubah. Riak wajahnya masih lagi masam. Dan dia mengeluh dan terus mengeluh.
"Makino nanti kita jumpa lagi ye" luah Tsukasa sebaik saja duduk disebelah Tsukushi.
"Tapi kita baru je jumpa" suara dan riak muka Tsukushi berubah menjadi sedih. Tak sampai setengah jam dia berjumpa Tsukasa sudah meminta untuk pergi.
"Aku pergi dulu" lalu mencium Tsukushi serta perut Tsukushi.
"Doumyouji! Arrghh" jerit kesakitan Tsukushi apabila perutnya mengeras. Tsukasa yang mendengar jeritan Tsukushi segara berlari mendapatkan Tsukushi.
Rui dan Tsukasa berada berhampiran turut berlari mendapatkan Tsukushi.
"Doumyouji sakit!" Kata Tsukushi apabila melihat suaminya sambil mengerang kesakitan.
"Bersabar kita pergi hospital" tidak membuang masa Tsukasa terus mengangkat Tsukushi lalu memuatkan Tsukushi di dalam kereta milik Rui.
Tsukushi masih lagi mengerang kesakitan. Cecair putih sudah mula membasahi skirt yang dipakainya membuatkan Tsukasa cemas.
"Cepat Rui!" Gesa Tsukasa kepada Rui yang memandu apabila melihat Tsukushi menahan sakit.
Tsukushi menggengam kemas tangan Tsukasa. Walaupun berasa sangat sakit dengan genggaman Tsukushi dia seolah-olah membiarkan sakit. Sakitnya tidak sama seperti sakit melahirkan.
Tsukasa baru teringat janji yang dia buat tadi. Patut lah anaknya ingin keluar awal kerana Tsukasa Jr tidak mahu Tsukasa meninggalkan Tsukushi dan dia lagi. Sekarang dia faham erti keluarga. Tsukasa memandang Tsukushi yang berpeluh menahan sakit.
"Kau kena kuat makino. Aku sayang kau sangat sangat!" Luah Tsukasa lalu mencium dahi Tsukushi seperti ingin semangat kepada Tsukushi agar terus kuat.
_ to be Continues _
Hit the star ⭐️
Comments
Share this story with Your friend
Thanks being my readers.
#top 8 in psyco
Sebab kenapa author letak part 6 (semi Final) kerana author akan extand part. Tetiba tadi dapat banyak idea. That why author extand satu part lagi.. hehehehe next will be the last part.
Dekat last part baru korang tahu Taeyeon ni macam mana. Hehehehe..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro