Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

human .

"Terima kasih." Merupakan perkataan terakhir yang disebutnya sebelum Soon mencangkung di atas pentas sambil menyembamkan wajah ke lutut. Suara sorakan bergema di ruangan stadium yang menampung hampir enam ratus ribu orang itu menyebabkan air matanya semakin laju mengalir. Senyuman terukir di bibir saat dia mengangkat kepala memandang ratus ribuan manusia yang sedia menyokongnya sejak dulu. Air mata diseka perlahan.

Mungkin orang lain akan kata dia berpura-pura atau mungkin juga hanya mahukan perhatian, tapi dia betul-betul sayangkan semua manusia yang memenuhi stadium itu hari ini. Kerana mereka, dia mampu jadi Soon yang sekarang. Kerana semua insan yang bergelar penyokongnya ini, dia mampu capai impian yang dulu dia rasakan mustahil.

"Sooneul, thank you for everything."

❤❤❤

Soon baringkan tubuh ke atas sofa. Nafasnya dihela berat. Dua hari mengadakan konsert di Itali, dia dapat rasakan sendi-sendinya mula sakit. Tapi entah kenapa, setiap kali terpandangkan wajah Sooneul-Sooneul yang susah-susah berdiri dan bersorak hanya untuk menyokong dia, Soon puas. Sekurang-kurangnya dia dapat buat enam ratus ribu orang tersenyum selama dua hari ni.

"Soon-ah. Ni bukan masanya untuk kau bersenang-lenang macam ni." Tegas suara pengurusnya menegur dengan tangan disilang ke dada. Mata yang dipejam sejak tadi dicelikkan. Dengan kening berkerut, Soon angkat kening kirinya. Memberi isyarat 'kenapa'. Sondeuk mengeluh perlahan sebelum mengambil tempat di sebelah Soon. Tablet dikeluarkan dan skrin tablet ditunjukkan betul-betul di hadapan wajah Soon. "Rumor pasal kau dah kahwin makin tersebar sekarang ni."

Beberapa gambar yang jelas menunjukkan susuknya dan seorang wanita ditatap Soon tanpa perasaan. Sesekali jarinya melarik skrin tersebut, dizoom in sedikit untuk melihat 'bukti' yang disediakan di website 'Dispenser', tempat gosip-gosip idol dikumpulkan. "Memang aku dah kahwin pun."

"Itu atuk aku pun tau, tapi Sooneul tak tau."

Soon tersentak. "ATUK KAU TAU? KAU BAGITAU ATUK KAU, DEUK? KALAU DIA CANANG KAT MEMBER DIA MACAM MANA?"

"Atuk aku dah tua, nyah. Member-member dia semua dah balik ke tempat yang sepatutnya dah. Masalah dia sekarang, ada Sooneul yang dah percaya dengan benda ni, start hilang kepercayaan dekat kau. By hook or by crook, kau kena buat statement deny rumor bodoh ni." Sondeuk memberi cadangan. Soon ketap bibir perlahan. Matanya dilarikan ke lantai sebelum satu ayat terpacul di bibirnya. "That stupid rumor is true though." Entah kenapa, hati Soon terasa bersalah untuk menipu semua orang yang mempercayainya. Semua orang yang banyak menghabiskan masa untuk menyokong dia.

Sondeuk mengeluh sambil menepuk belakang tubuh Soon perlahan. Dia faham perasaan Soon sekarang. Bukan mudah untuk selebriti muda itu memilih antara menipu atau beritahu kebenarannya. "Really, if you still wanna be an idol, kau terpaksa menipu, Soon. Tapi kalau kau betul-betul yakin Sooneul akan tetap sokong kau, then go ahead. Aku cuma manager kau, keputusan dekat tangan kau."

"Bos...?"

"Haih, orang tua tu. Pandai-pandailah kau deal dengan dia nanti. Dia tak nak kau, company lain ada kan? Do what make you happy, Soon. Bukan ikut apa orang suruh kau buat."

Soon terdiam. Lama dia merenung siling mewah tempat dia menginap selama dua hari ini. Dengan mata tertutup, ada satu senyuman pahit yang terukir di bibirnya. "And I'll do what make Sooneul happy."

❤❤❤

"BERITA PERKAHWINAN SOON DISAHKAN SEKADAR BERITA PALSU."

Tajuk utama surat khabar pada pagi Ahad itu melegakan Sooneul-Sooneul di luar sana. Yang sedang menjalankan mogok fangirl hari ini kembali browse merchandise murahan di laman web haram. Yang sedang menghirup udara segar di Seoul Park untuk menghiburkan hati yang lara berikutan rumor tersebut kini mula menunjukkan taring melompat riang di tempat umum.

"Hei, kau dengar pasal berita Soon dah kahwin tu?" Satu suara sumbang mula kedengaran. Si rakan mula mendekat, turut sama mengambil bahagian dalam sesi mengumpat retis tempatan itu. "Huh, come on. Baru pagi tadi keluar dekat surat khabar dengan laman web Dispenser yang tu semua tak betul. Soon siap tunjuk kad pengenalan lagi, status single em em." Gadis berskaf polka dot menggeleng kepala sambil tersenyum riak. Bangga mungkin apabila mengetahui hal itu lebih awal daripada rakannya.

"Haih, lega aku. Kalau tak, memang aku unstan dia. I mean - aku tak akan sokong suami orang."

"Kan? Soon aku punya. Just mine. Aku tak teragak nak serang perempuan tu kalau benda ni betul."

"Aku senang, buang je dia dari senarai bias aku."

"Tak payahlah emo memasing em em. Dah terbukti benda ni tak betul, kan?"

Tawa yang terkeluar dari mulut empat orang gadis itu ceria, tapi cukup untuk mengguris hati seorang insan yang hanya berdiri berdekatan mereka daripada tadi. Terpaku mendengarkan kenyataan demi kenyataan yang dibentangkan gadis-gadis itu. Matanya berkaca di sebalik topi yang dipakainya. Perlahan dia tarik nafas dan ukirkan senyuman kelat. Langkah terus dibawa jauh ke pondok yang disediakan di Seoul Park itu lalu pandangan dibawa memandang gelagat orang awam. Ceria. Inilah sebabnya dia suka datang ke Seoul Park. Menyaksikan orang lain menjalani kehidupan yang normal, kehidupan yang tak mampu dia rasai.

Baby baby geudaeneun,
Caramel macchiato ~

Telefon berjenama Samseng yang berada di dalam poketnya terus dikeluarkan sebaik ringtone kegemarannya berbunyi. Senyuman semakin melebar dan suara cuba diceriakan. Cepat-cepat dikesat air mata yang sempat bertandang di pipinya tadi.

"Yes, Haerang-ah." Panggilnya lembut. Gadis di hujung talian tertawa kuat sebelum menyapa. "Ya, Soon-ah! Oh, aku baca artikel harini. Single lagi ke, bang?" Nada perlian kedengaran dari suara gadis itu. Soon balas dengan tawa perlahan. Dia tahu Haerang cuma bergurau. "Kau faham kan kenapa aku buat macam ni?"

"Tau. Aku gurau je duh. Bila kau nak balik sini?"

Ketika soalan itu diajukan, Soon terasa serba tak kena. Duduk dibetulkan sambil bibir dibasahkan sekali. "Haerang, aku - sorry sayang." Akhirnya hanya itu yang mampu dia ucapkan. Setiap kali Haerang telefon dan tanya bila nak balik, hanya itu yang dia lontarkan.

Sekali lagi tawa Haerang kedengaran. Kedengaran biasa, tapi Soon tahu, isterinya kecewa. "Tak apalah weh. Aku tanya je pun. Aku faham kerja kau banyak. Take care tau. Ah, lagi satu please jangan nangis masa konsert. Kau nampak buruk, serious. Tergelak aku tengok fancam kau AHAHAHAHA!"

Soon ketawa sama. Hilang rasa sedih yang bertandang tadi apabila suara ceria Haerang menyapa pendengaran. "Soon-ah, mama panggil. Bye, bestie!"

"Bestie jadah kau? Aku -"

Talian dimatikan. Soon tersenyum di sebalik penutup mukanya sambil menatap telefon dan menggeleng perlahan. Samseng dimasukkan ke dalam poket kardigan hitamnya lalu dia mengeluh memandang langit.

Sooneul tak suka kenyataan yang dia dah berkahwin.

Jadi apa boleh dia buat?

❤❤❤

"KIM SOONWON!"

Soon hanya berdiri dengan tangan yang disulam bersama, menanti ayat yang akan dilontarkan bosnya sebentar lagi. Lelaki berumur lima puluh tahun dihadapannya mengurut dahi sambil mencampak kertas yang berada di tangannya sejak tadi. "APA NI SOON? PENAT-PENAT KAMI BUAT STATEMENT, BERSIHKAN NAMA KAMU, TIBA-TIBA GAMBAR NI VIRAL DEKAT SOSIAL MEDIA!"

Soon memandang kembali print out screenshot laman instagram ibu saudara Haerang. Tertera gambar perkahwinan dia dan Haerang yang sudah semestinya berada di rumah mertua Soon, keluarga Jeon. Soon ketap bibir. Mak cik penyibuk tu masih tak insaf rupanya.

"Lagi satu, macam mana gambar ni boleh wujud? Photoshop? Huh. Pandai betul orang zaman sekarang ni. Mudah-mudah nakkan perhatian -"

"Itu gambar betul."

"Apa dia?"

Soon angkat wajah, bertatapan mata dengan bosnya yang sudah menjegil memandangnya. "Itu - itu gambar betul. That's me, beside her and yes. Saya dah kahwin, Encik Lee."

Satu fail yang tebal dicampak ke wajah Soon hingga wajahnya terpaling ke tepi. Sakit, tapi sikit pun dia tak bersuara. Dia menunduk, bersedia untuk terima segala makian. "KAMU GILA KE KIM SOONWON? DENGAN TAK BAGITAHU COMPANYNYA? KAMU INGAT INI APA? KAMU -"

"Kalau saya bagitahu, saya dapat kebenaran ke? No, I wouldn't."

"Tahu pun kamu tak dapat kebenaran. Itu peraturannya. Even dating is not allowed, yet you get married instead? Wah, maju kamu Soon." Bosnya bertepuk tangan, penuh sinis nada suaranya.

Diam. Soon masih menunduk, tak punya ayat untuk membalas. Encik Lee meraup rambutnya ke belakang sebelum jari telunjuk dihala tepat-tepat di hadapan muka Soon. "Clarify with Sooneul. Tell them those photo is nothing!"

Soon tersentak. Cepat-cepat dia mengangkat kepala mencari wajah Encik Lee lalu dilontarkan perkara yang bermain di fikirannya sejak dua hari lepas. "Bos, saya - saya nak bagitahu Sooneul benda sebenar. Saya tak nak menipu diorang lagi. Saya percaya Sooneul dapat terima semua ni -"

"Jangan jadi bodoh, Kim Soonwon! Kamu ingat ini apa? Drama? Tak ada yang akan sokong kamu lagi kalau diorang tahu kamu ni dah kahwin!" Kuat jerkahan Encik Lee bergema di segenap penjuru pejabat. Soon tersenyum nipis. "Sesetengah. Sesetengah mesti masih sokong saya. Saya tak peduli, Encik Lee."

"Kamu yang tak peduli. Saya tak setuju. Ingat, kamu bawah syarikat ni, Soon-ssi."

"Tapi saya -"

"Choose. Sooneul, or your wife. Senang kata, beritahu Sooneul kebenaran dan hilang apa yang kamu usahakan selama ni, atau ceraikan isteri kamu dan jalani kehidupan macam biasa."

Soon terpaku apabila Encik Lee terus keluar dari pejabat meninggalkan dia yang masih tak dapat memproses kata dua yang diberikan lelaki tua itu. Tubuh Soon jatuh ke atas sofa. Rambut diraup perlahan sambil memejam mata. Dia ada jawapan. Tapi, mampu ke dia lukakan jutaan hati manusia yang dia sayang?

❤❤❤

"Soon-ah. Baliklah, nak. Mak rindu." Suara Puan Kim di hujung talian cukup buat air mata Soon mengalir perlahan. Hampir setahun dia tak ada masa untuk balik ke Daegu. Dalam tempoh setahun itu pun, jarang-jarang dia dapat berkomunikasi dengan keluarga di sana. "Nan - nanti tak lama lagi Soon baliklah." Beserta senyuman yang terukir nipis di wajah, dia lontarkan jawapan. Puan Kim tersenyum lega. "Ah, pasal rumor tentang kamu, mak dah bagitahu jiran-jiran yang itu semua tak betul. Kesian anak dengan menantu mak, habis kena serang dengan orang." Pujuk wanita tua itu lembut. Dia tahu hal ini boleh menjejaskan kerjaya Soon, jadi dia hanya mampu bantu apa yang termampu.

Lama Soon diam. Dari balkoni apartmentnya, dia mendongak memandang langit, membiarkan air mata mengalir turun tanpa dikesat. Penat. "Mak, kenapa - kenapa Soon tak boleh hidup macam orang lain? Soon cuma nak capai impian Soon, bukan jadi patung orang. Soon - Soon pun ada hati, kan?" Di situ, dia lepaskan tangisan yang telah lama dia simpan seorang diri. Ikutkan hati, mungkin dia akan menjerit sekarang juga, beritahu semua orang yang dia tak suka diperlakukan macam ni. Seolah dia hanya berada bawah telunjuk orang lain, hinggakan hidup peribadi dia pun orang lain yang tentukan.

"Syh, jangan nangis. Soon kuat, kan? Bertahan dekat situ. Ingat apa impian Soon."

Soon menggeleng perlahan dengan senyuman kecil menghiasi bibir. "Can I just leave that dream?"

"Buat apa yang Soon nak, bukan apa yang orang suruh Soon buat."

❤❤❤

Haerang berdiri di hadapan pondok telefon dengan tangan diseluk ke dalam poket. Lama dia menanti sebelum panggilan disambung. "Hey, kau okey?" Perkara pertama yang terpacul di bibirnya.

"I'm not fine, dear."

Mendengarkan jawapan itu, senyuman kelat terukir di bibir Haerang. Dia ketap bibir perlahan. "Aku mintak maaf."

"Apa ni? Bukan salah kau pun." Tegas suara Soon menegur. Tak suka apabila Haerang meminta maaf akan perkara yang langsung tak berpunca dari dia. "Haih, kalau aku halang Aunty Yera daripada masuk rumah, mesti dia tak dapat gambar tu. Aku -"

"It's okay. Sekurang-kurangnya aku dah tak payah tunggu lagi dah."

Dahi Haerang berkerut. Pintu telefon awam ditutup bagi memastikan tiada yang mencuri dengar. Logam berukir 100 won ditambah ke dalam tempat syiling. "Maksud kau apa?"

"Haerang-ah, aku penatlah nak tipu."

"Jangan cakap kau buat keputusan bodoh, Kim Soonwon. Kau kat mana ni?" Sedikit tinggi suara Haerang apabila terdengarkan bunyi yang agak riuh di hujung talian. Hati dia terasa sesuatu.

"Wo, language, girl."

"Peduli apa aku? Kau kat mana, Kim Soonwon? Tell me quick!"

"Somewhere to fix everything. Haerang, aku kena pergi. Duduk rumah diam-diam dan jangan pergi mana-mana." Dengan itu, talian dimatikan. Auto tercarut Haerang sambil jari pantas mendail semula nombor Soon. Lama menunggu, hanya suara operator yang sering difitnah sebagai skandal lelaki sahaja yang kedengaran. Dengan nafas yang turun naik, laju dia keluarkan telefon bimbit.

Jangan tanya kenapa dia tak call je Soon pakai phone tu.

Dengan kepakaran IT kelas atasan, dalam beberapa saat Haerang berjaya menjejaki keberadaan Soon. Di syarikat tempat Soon bekerja. Tanpa berfikir baik dan buruk, langkah kaki Haerang laju berlari menuju ke bangunan Budu Entertainment. Niat untuk memberi kejutan pada Soon dengan ketibaannya di Seoul dilupakan seketika.

❤❤❤

Halaman bangunan Budu Entertainment penuh dengan wartawan dan orang awam yang sedang menanti ketibaan 'watak utama' sidang media hari ini. Masing-masing berbisik, saling berspekulasi apakah sebab tiba-tiba sidang media tentang artis di bawah syarikat itu diadakan.

Sebaik mikrofon berbunyi, masing-masing menumpukan perhatian ke pentas kecil yang tersedia. Berdiri tegak seorang Soon bersama pengurusnya Sondeuk di hadapan mic stand. Bunyi sorakan kedengaran. Gembira agaknya dapat berjumpa Soon secara percuma.

"Selamat pagi kepada semua yang berada di sini. Saya, Kim Soonwon, atau lebih dikenali sebagai Soon mengadakan sidang media pagi ni untuk menjelaskan berita yang tersebar tentang saya sejak akhir-akhir ni."

Suara berbisik semakin rancak kedengaran. Terik matahari langsung tak dihiraukan. Ayat Soon yang seterusnya bagaikan penentu hidup dan mati mereka.

"Saya nak jelaskan yang, berita tu - betul."

Haerang yang baru tiba statik di tempatnya. Bulat matanya memandang Soon yang masih tenang biarpun suara-suara sumbang semakin jelas kedengaran.

"Soon - Soon tipu kita?"

"LELAKI TAK GUNA!"

"KATA TU BERITA PALSU, SEKARANG NI APA?"

"TAK GUNA!"

Soon tersenyum pahit. Dia sangkakan, ada sedikit golongan yang akan tetap tenang, tapi dia silap.

Semua Sooneul yang berdiri di hadapannya sekarang, sedang lemparkan kata-kata kesat kepada dia.

❤❤❤

soonhensemkopetau
Aku dah agak dah benda tu betul huh. Dasar penipu. #cancelKimSoonWon

hatersterunggul
LAA KU PIKIRKAN SONGSANG, DAH ADA ISTERI RUPANYA SKSKSK BAGUSLAH #cancelKimSoonWon #SoonWonSampah #LayakKenaBuangNegara

bAwaNg MeRah oFfiCiAl
t@k 5@ngk@ @rt1s terken@l m@©@m tu rup@ny@ pen1pu #c@nce1K1m500nW0n

soon-ah~~❤❤
Aku percaya dia bulat-bulat kut. ARGH UNSTAN YOU SOON! #cancelKimSoonWon

sooneul×soon❤🍒
SERIOUS DISGUSTED DUH DENGAN ORANG MACAM NI! BATAK FANS KE MACAM MANA? #cancelKimSoonWon

oldmoneycollecter
hi! I'm old money collecter. Did you have any old cent to trade with me? Kindly dm.

seketulkuetiau
not a sooneul either but this man is trash #cancelKimSoonWon

ProudEx-Sooneul
Unstanned him since last year. To be honest his music suck, yall just stay for his look, right? Shame on you anyways. #cancelKimSoonWon

sooneul❤❤❤❤✊🍒
I cried so much. Heck you Kim SoonWon! Your face is so disgusting rn I'm serious. #cancelKimSoonWon

makleha-
Anda cari iphone murah? Kamera umpama GoPro 798 namun bencikan harga bak Yahudi? Carilah sendiri, saya tak jual.

haters××
Padan muka. Welcome to haters side anyways. #cancelKimSoonWon

Soon cuba kekalkan senyuman di wajah. Dia tarik nafas dalam sebelum meletakkan tablet di atas meja. Lama dia renung pemandangan kata Seoul di sebalik tingkap kaca apartmentnya.

Jadi ini akhirnya? Impian yang dia kejar sejak tingkatan satu kini hancur begitu saja. Lima tahun dia hidup menjadi seorang trainee, susah tapi dia usaha demi mencapai cita-cita sendiri. Telan komen-komen menyakitkan hati yang bersepah di laman web, diherdik oleh staf dan orang atasannya, berlatih siang dan malam sampaikan kadangkala tidur pun dia tak sempat. Tiga tahun berjuang di bawah bayang-bayang orang lain, ditindas dan dilayan buruk oleh pihak media semata-mata kerana datangnya dia dari syarikat kecil. Baru dia mencapai tangga yang cuba diraih selama ini, segalanya berubah sekelip mata. Orang yang dia percaya, buang dan hina dia.

Telefon bimbitnya bergetar. Lama dia biarkan sebelum mengambil keputusan untuk menjawab panggilan. "Sondeuk." Sapanya mesra. Suara diceriakan, tak mahu pengurusnya risau akan keadaan dia.

"Soon, jom pergi makan."

Dahi Soon berkerut. Tawa kecil terlepas di bibirnya. "Tiba-tiba je?"

"As friend."

Soon tersenyum sebelum mengangguk biarpun Sondeuk tak akan nampak. "Okey. As friend."

Kerana sekurang-kurangnya sekarang dia masih ada kawan untuk bercerita.

❤❤❤

"Talk with them."

Dengan satu ayat daripada Sondeuk, Soon duduk di hadapan meja kerjanya, memasang kamera di meja tersebut. Berkali-kali dia tarik nafas dalam. Sebelum memulakan kerjanya, dia belek telefon pintar lalu mengetik ikon hijau yang berlambang 'YouVerse'. Senyuman kelat terukir di bibir saat terpandangkan post-post kasar yang tertera di akaun 'YouVerse'nya. Untuk seketika, dia berkira-kira, patut atau tak dia teruskan. Gitar yang tersedia di bawah meja dia genggam kuat, cuba menyalurkan kekuatan dengan cara itu. Sekali dia mengangguk sebelum satu kata yang dia ulang sejak tadi dia sebut semula. "Talk with them."

Jarinya terketar-ketar saat menaip tajuk 'WLive' yang akan bersiaran sebentar lagi. Sesekali jari-jarinya mengetuk permukaan meja, cuba memikirkan tajuk yang sesuai. Satu senyuman terukir di bibir, nafas ditarik panjang, cuba mengusir rasa sedih yang mula masuk perlahan ke dalam hati.

One Last Time, My Star

Sebaik tajuk itu ditaip, butang start live diketik.

Lama, lama dia tunggu.

Hinggalah sejumlah sepuluh ribu orang masuk ke dalam live yang diadakan itu. Soon tersenyum. Dia tak peduli biarpun bilangan penonton berkurang berbanding sebelum ini. Walaupun sebelum ini lebih dua puluh juta orang menyertai live dia, dia tak peduli. Sejumlah kecil ini pun cukup bermakna untuk dia.

Dan sekali lagi, dia silap.

Ruangan komen penuh dengan kata-kata makian yang dilontarkan pada dia. Tiada satu pun yang menyapa dengan baik. Atau mungkin ada, tapi dia tak nampak itu. Nafas ditarik lagi. Dia tahu hala tuju live ini tak akan kemana. Namun dia simpan kemas kata-kata Sondeuk.

Talk with them.

"Hai, guys. Its Soon. I'm sorry for being late in reaching out to you. I'm - I'm sorry." Dia tak pernah sekaku ini sepanjang bergelar idol. Selama ini dia yakin, mereka yang melihat dia terima apa yang dia lakukan. Tapi sekarang tak lagi. Semua yang menonton, adalah orang yang bencikan dia.

"I'm sorry for everything, Sooneul. I love you but - I do fell in love with someone specific. I'm sorry, it's all my fault. None of you is in the wrong side." Air mata diseka laju. Mata terpandangkan satu komen yang sempat lalu di ruangan komen tadi.

Lala1938394
So now you're crying like - heck?! Go cry in your room alone YOU LOSER!!

Didi273739
Mintak simpati.

Oyeah?839392
Pathetic gila.

Senyuman cuba diukir lagi. "Sooneul-ah. Thank you for everything. I think, I might end it here. Thanks for being my biggest support, thanks for being there from the start up until now. Thank you, thank you, thank you Sooneul." Semakin laju air mata yang mengalir, hingga Soon tertunduk di situ. Nafas ditarik lagi dan gitar dibawa keluar dari bawah meja. "One last time, let me perform for you. One last time, please watch me. One last time, please Sooneul please. Put your attention to me." Langsung dia tak hiraukan komen yang masih rancak memaki dia.

Gitar dipetik dan dia menyanyikan satu lagu yang selalu bermain di kepalanya. Terlalu sering.

I can hold my breath
I can bite my tongue
I can stay awake for days
If that's what you want
Be your number one
I can fake a smile
I can force a laugh
I can dance and play the part
If that's what you ask
Give you all I am

I can do it
I can do it
I can do it

But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human

I can turn it on
Be a good machine
I can hold the weight of worlds
If that's what you need
Be your everything

I can do it
I can do it
I'll get through it

But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human

I'm only human
I'm only human
Just a little human

I can take so much
'Til I've had enough

'Cause I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human

Soon tertunduk sebaik lagu itu tamat. Kuat dia menangis di dalam studionya sendiri. Dia tak peduli jika ada yang kata dia lemah atau minta perhatian. Yang dia nakkan cumalah layanan layaknya seorang manusia. "I'm a human, Sooneul-ah. I do get hurt." Gumamnya perlahan, namun cukup untuk didengari ribuan penonton saat itu.

"I'm sorry for being a human. I'm sorry, I'm sorry."

Nafas ditarik sebelum dia sebutkan satu ayat. "For the first time, please treat me like a human."

Dengan itu, dia tamatkan siaran langsung tersebut.

❤❤❤

Soon celikkan mata akibat sinaran matahari yang menyinari biliknya saat itu. Wajah gembira Sondeuk menyapa mata. Soon kerutkan kening. Sejak akhir-akhir ini, jarang Sondeuk tayangkan senyuman. Soon angkat kening, tanda kenapa. Malas nak buka mulut. "Kau baca laman web Budu Entertainment?" Soon keliru. Takkan dia teruja baca laman web tu? Suka tengok Soon kena kecam ke lelaki ni?

"Aku - tak faham."

"Haish, pasal sidang media kau semalamlah. Tulah kau, balik-balik terus tidur, dengan tak tukar bajunya. Broken sangat ke?" Perli Sondeuk sambil jari melarik skrin tablet. Kemudian, alat elektronik tersebut ditunjukkan kepada Soon.

"Semalam? Bukan dah seminggu ke aku buat sidang media tu?"

Sondeuk tayang wajah toya. "Mimpi apa kau bang? Cuba tengok kalendar tu. Kan baru semalam kita buat sidang media."

Laju Soon capai kalendar yang terletak di atas meja. Terkejut saat angka 13 menyapa mata. Sidang media memang diadakan semalam. Maksudnya dia -

Dia mimpi?

"Tengok ni."

Soon❤🍒
I love him better now. Tahu tak company suruh Soon pilih antara bagitahu Sooneul dan tinggalkan kerjaya dia ataupun ceraikan isteri dia dan rahsiakan dari Sooneul? Well, he chose to tell us. WHAT AN AMAZING MAN UWAA MAK SAYA FALL IN LOVE

soon-sooneul🍒
SAYA SAYANG SOON SAYA DIAM

lovelies🍒
Its okay Soon. People fell in love, of course they do. And I'm happy for you❤

🍇grapesoon
LAWA DUH ISTERI SOON HAKUW INSEKIYO HSHSHSHS ANYWAY CONGRATS SOON-AHH!❤

✊lalau29e283
I knew it! AHAHAHA tak sabar actually nak dengar dia umumkan yang dia dah kahwin❤ selamat bebas Soon❤

Terkejut Soon dengan komen-komen positif yang diterimanya. Bukan tak ada yang menyebarkan ayat benci, tapi jumlahnya sangat sedikit. Jauh berbeza dengan mimpi dia semalam.

Sooneul terima dia.

"Happy?"

"I do, Sondeuk. So much."

"Pergi makan jom?"

Soon tergelak. Laju dia mengangguk. "Of course! Aku nak dating dengan Sooneul dalam WLive harini AHAHAHA!"

"Ajak Haerang sekali." Soon mengangguk. Bayangkan pun dah cukup indah untuk dia. Kenalkan Haerang pada jutaan manusia di luar sana.

"Mandi! Apa kau ni pukul 9 baru bangun?" Sondeuk tepuk belakang tubuh Soon kuat. Soon ketawa lagi.

Dan untuk hari ini, seorang manusia bernama Soon, temui sedikit kebebasan dalam dunianya yang serba terkawal.

Oh, awak yang membaca tu. How are you? Happy for today?

Tamat🍒

"It's hard being an idol, knowing that one day you need to break million of hearts."

~Jeon Jungkook







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro