Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

NAAILA ditugaskan untuk menjaga booth jualan selama satu jam sebelum bertukar dengan rakan fakulitnya yang lain. Fakulti sains sosial membuka khemah jualan minuman dan khidmat kamera polaroid yang boleh disewa sepanjang malam akhir semester ini. Jam tangan dilihat. Tepat jam sembilan malam, tugasnya selesai. Rakan fakulti yang ditugaskan untuk menjaga booth jualan itu menggantikan tempat Naaila.

"Sorry Naaila aku lambat. Kau pergilah jalan-jalan. Aku jaga."

"Thanks!"

Naaila bangun daripada kedudukannya dan mula melangkah untuk menikmati apa yang ada pesta. Banyak khemah jualan yang dibuka. Makanan, minuman dan pakaian juga tidak terkecuali. Melihat ada beberapa pelajar yang jalan secara berpasangan tak kira rakan atau kekasih membuatkan Naaila dihuni rasa sunyi. Disebabkan kehidupannya berbeza daripada orang lain, Naaila tidak mempunyai kawan rapat. Cukup sekadar teman belajar. Tuan Nadhir sudah memberi amaran awal lagi supaya Naaila tidak mudah percayakan orang.

"Tipu. Kata nak jadi kekasih untuk satu malam." Keluhan berat dilepaskan. Naaila masih ingat pada janji Fadh untuk meluangkan masa bersama malam ini. Tapi, batang hidung lelaki tu pun tak nampak.

"Wait for me, huh?"

Tersentak Naaila dengan teguran itu. Kepala ditoleh ke sisi.

"Fadh!" ujarnya teruja. Namun, cepat-cepat senyuman yang terukir di bibir tadi dipadam.

"Eh? Kenapa senyuman tu hilang? Tak happy ke aku ada dekat sini?"

Mata dikecilkan. Naaila menjadi geram apabila teringatkan lelaki di hadapannya ini hilang begitu sahaja.

"Tak! Tak payah datang terus pun tak apa."

"Kenapa pula ni?" soal Fadh bingung. Diam. Naaila masih lagi membisu. Disebabkan itu, Fadh mula mengerti apa yang cuba gadisnya sampaikan.

"Kau marah sebab aku hilang tanpa khabar dan muncul tiba-tiba? Kan?"

"Dah tahu pun tanya lagi," gumam Naaila perlahan yang mengundang senyuman nipis si jejaka.

"Chica, jom jalan-jalan. Tak naklah merajuk macam ni. Malam ni, aku belanja semua yang kau nak."

Terus Fadh meluru ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. "Kalau lambat, kau bayar!"

"Isy! Tunggulah!"

Kaki melangkah laju, cuba menyaingi langkah Fadh. Mereka berdua jalan seiringan malam itu. Di mana ada Naaila, di situ ada Fadh. Disebabkan Fadh yang belanja, Naaila tidak lepaskan peluang itu untuk singgah di setiap khemah jualan. Kejap beli air, gula-gula kapas, sandwich. Permainan mini yang disediakan juga mereka berdua main bersama. Seronok!

Sedang Naaila menunggu Fadh mengambil burger pesanan mereka, Naaila perasan akan sesuatu. Ada persembahan yang diadakan di mini auditorium universiti.

"Nah, burger."

"Terima kasih. Fadh, jom tengok orang menyanyi!"

"Menyanyi?"

Lipatan di dahi mula terbentuk. Naaila pula laju mengangguk. "Jom!"

Tak menunggu balasan jawapan Fadh, si gadis itu terus melangkah menuju ke dalam mini auditorium. Fadh hanya mengikut sahaja. Ketika mereka berdua masuk ke dalam ruangan itu, semua penonton sudah bertepuk tangan dengan kuat menandakan persembahan itu sudah tamat.

"Alah, dah habis ke?" Nada kecewa kedengaran daripada Naaila. Fadh yang mendengar akan hal itu rasa tidak enak. Kemudian, dia meninggalkan Naaila di situ.

"Baiklah. Itu sahaja..."

Kata-kata penyanyi itu dipotong ketika ada seorang lelaki mendekatinya. Daripada atas, wajah lelaki itu kurang jelas di mata Naaila.

"Fadh, kau rasa kenapa tu?"

Sebaik sahaja kepala ditoleh, baru Naaila sedar bahawa Fadh tiada bersamanya. "Fadh?"

"Test mic. One, two, three."

Terus kepala Naaila terpusing, memandang ke arah suara itu. Fadh sudah berada di atas pentas bersama satu gitar bersamanya. Tanpa sedar, Naaila mula menyelit diantara semua pelajar itu untuk menonton persembahan si jejaka dengan lebih dekat.

"Maaf ganggu masa semua. Malam ni, saya nak nyanyikan satu lagu. Khas untuk peneman saya malam ini. Terimalah, I love you."

Lagu yang berjudul Abc (I love you) yang dinyanyikan oleh penyanyi tempatan Syed Shamim itu mula memenuhi ruang mini auditorium itu. Semua penonton diam dan menghayati nyanyian merdu Fadh. Bukan itu sahaja, ada juga beberapa pelajar perempuan yang sudah tersengih lebar setiap kali perkataan I love you itu dinyanyikan.

"ABCDEGH I love you, oh no baby,
I will never let you go for sure,
cause you're everything I've been waiting,
for whole my life."

Entah kenapa, Naaila merasakan ada makna tersirat yang cuba Fadh sampaikan. Sudahlah sepanjang persembahan itu, jejaka itu memandang tepat ke arah Naaila. Tidak dialihkan pandangan walau sekali. Debaran di dada Naaila semakin menggila apabila anak mata Fadh menikam mata hitamnya.

Ini luahan cinta melalui lagu ke macam mana?

Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, semua orang yang berada di situ bangun dan memberikan tepukan yang gemuruh pada Fadh Qayeed. Jejaka gilaan universiti yang menyanyi. Mahu semua tidak teruja!

"Itu dia persembahan hebat daripada senior kita, Fadh Qayeed! Wah, ramai betul ya peminat abang senior kita ni!"

Pengacara majlis mula mengambil alih. Sedang jejaka gilaan ramai itu mengatur langkah menuju ke gadisnya, semua yang berada di situ mula berbisik-bisik sesama mereka. Mungkin, tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.

"Sedap tak suara aku?" soal Fadh perlahan. Naaila kemam bibir, cuba menyembunyikan senyum yang ingin terukir.

"Diam pun tandanya ya," sambung Fadh yang membuatkan pipi Naaila terasa bahang. Suasana sepi diantara mereka berterusan sehinggalah sesi busking itu bersurai.

"Jom keluar."

Naaila dan Fadh duduk di bangku kosong bawah pohon rendang yang dihiasi lampu warna-warni. Cantik.

"Naaila, ada jawapan dah untuk soalan aku?"

"Soalan apa?"

"Kau tahu maksud aku. Aku bukannya nyanyi lagu tu saja-saja."

Sepi. Naaila membuang pandangannya ke sisi kiri. Fadh yang duduk di sebelah kanannya itu menghela nafas berat. Susah benar mahu dapatkan hati gadis ini.

"Aku terima kalau kau cakap kau perlukan masa. Tapi kalau kau diam macam ni, itu akan buat aku bertambah gila, Naaila. Please, give me an answer."

Dengar suara merayu Fadh, Naaila tergamam sendiri. Jujur, dia juga rasakan yang sama. Tapi tidak mungkin juga Naaila mahu jujur tentang perasaannya ini. Dia tidak mahu Fadh dalam bahaya.

Naaila berpaling kembali memandang Fadh. Empat mata itu bertemu. Sesaat, Naaila terus mengalihkan anak matanya daripada terus merenung mata hitam Fadh. Jantungnya bagaikan baru selepas lari pecut ketika Fadh menatapnya berani. Tidak sekali pun mata lelaki itu mengalihkan pandangan.

"Kau takut untuk pandang aku sebab kau pun rasa apa yang aku rasa kan? Kenapa kau nak nafikan sedangkan kau tahu sakitnya bagaimana?"

"Sebab aku—"

Tak sempat Naaila mahu menghabiskan ayatnya, Fadh laju mencelah.

"Jangan toleh belakang."

"Hah?"

Naaila naik bingung ketika Fadh berkata begitu. Ketika itulah, baru Naaila perasan mata Fadh tidak lagi fokus pada dirinya. Fadh seperti memandang sesuatu di belakangnya. Disebabkan rasa ingin tahu, Naaila mahu menoleh ke belakang namun cepat-cepat dihalang Fadh. Kedua bahu Naaila dipegang kuat.

"Jangan toleh." Tegas Fadh berbicara membuatkan Naaila cuak. Ada apa sebenarnya ni?

Mengejut, Fadh bangun berdiri di hadapannya dan melangkah beberapa jejak ke depan sebelum...

Zzaap!

"Fadh!"

Urat di dahi mula terlihat jelas. Peluh mula merembes keluar ketika sakit itu ditahan. Selepas itu, laju lelaki yang berpakaian serba-serbi hitam tadi berlari seperti lipas kudung. Hilang daripada pandangan manusia lain. Fadh mula meronta. Rebah lelaki itu di atas pangkuan Naaila selepas ditikam.

Ya, Fadh ditikam!

Naaila ingin mengejar tapi Fadh lebih perlukannya sekarang. Kepala Fadh diletakkan di atas riba. Darah pekat tak henti-henti mengalir. Laju mutiara jernih itu mengalir di lekuk pipi.

"Tolong! Call ambulans!"

Cepat mereka yang berada di situ mendail nombor kecemasan. Naaila pula tak mengalihkan pandangan daripada memandang wajah Fadh yang berkerut, menahan sakit tikaman tadi. Terasa tidak berguna, Naaila hanya mampu menangis dan berdoa tanpa henti sehingga bantuan tiba.

"Fadh, tolong bertahan. Tolong..."
.
.
.
.
.
DENGAN keadaan darah masih segar di tubuh, Naaila masih setia menunggu khabar Fadh yang sedang dirawat di ruangan kecemasan. Zikir tidak henti meniti di bibirnya. Naaila betul-betul berharap Fadh selamat.

"Naaila."

Waail dan Fitri sampai hospital. Terkejut mereka berdua melihat Naaila yang berlumuran darah.

"Naaila, macam mana keadaan Fadh?" Waail menyoal lembut. Tak mungkin juga dia tunjukkan dia cemas apabila melihat keadaan Naaila yang seakan-akan trauma.

"Masih dekat dalam. Riyad tengah rawat dia."

"Siapa yang buat semua ni, Naaila? Kau nampak dia?" Giliran Fitri pula menyoal. Kepala digeleng sebagai jawapan. Macam mana Naaila mahu nampak wajah itu sedangkan pelaku tadi menutup seluruh wajahnya? Hanya mata sahaja yang tidak tertutup. Sudah sama seperti orang yang memakai niqab.

Tiga puluh minit berlalu, doktor keluar dari ruang rawatan itu. Terus mereka bertiga meluru ke arah Riyad.

"Macam mana keadaan Fadh?"

"Tikaman Fadh agak dalam tapi tidak kena mana-mana bahagian penting dalam badan. Saya dah jahit luka dia dan sekarang Fadh masih dalam keadaan tidur kerana ubat bius. Mungkin, esok pagi baru dia akan sedar. Saya akan tahan dia beberapa hari untuk pantau keadaan dia."

Berkali-kali rasa syukur dipanjatkan di dalam hati ketika Naaila mendengar khabar itu. Syukurlah, lelaki itu baik-baik saja.

"Naaila, polis akan datang esok untuk soal siasat. Saya tak boleh biarkan pesakit saya dibiarkan macam tu. Saya nak awak buat kenyataan sebagai saksi."

"Sure, Riyad. Terima kasih sebab dah rawat Fadh."

"Sama-sama. Saya pergi dulu."

Riyad beransur dari situ dan memberikan ruang kepada Naaila, Fitri dan Waail untuk bertenang. Riyad merupakan rakan Naaila yang dia kenal beberapa tahun lalu.

"Naaila," panggil Fitri dengan satu renungan. Naaila mengerti maksud Fitri dan pandangannya bertukar kepada Waail.

"Waail, tolong tengokkan Fadh. Kalau dia dah bangun nanti, bagi tahu aku. Aku nak jumpa dia."

"Sure. Aku akan akan jaga dia. Kau jaga diri juga."

Naaila dan Fitri berlalu selepas itu. Masuk saja dalam kereta, Naaila mula bersuara. "Aku yang patutnya kena tikam."

"Orang tu ikut kau sampai ke universiti? Naaila, aku tak rasa kau selamat dalam masa sekarang. Kita kena bagitahu Tuan Nadhir."

Fitri memberi cadangan. Sekurang-kurangnya, ada orang lain yang boleh turut memantau keadaan Naaila. "Jangan! Aku tak nak baba tahu."

"Naaila, kau hampir dibunuh!"

"Tapi Fadh yang jadi mangsa!"

Naik turun dada Naaila berteriak, cuba untuk fahamkan Fitri bahawa tidak ada yang boleh tergadai nyawa lagi semata-mata ingin selamatkan dirinya.

"Sebelum ni kau, Fitri. Sekarang ni, Fadh. Masa aku habis sekolah dulu, berapa ramai anak buah baba yang dah mati sebab nak lindungi aku? Berapa ramai yang sanggup berbunuhan semata-mata nak lindungi aku? Kau rasa, aku boleh hidup dengan tenang ke lepas apa yang dah jadi? Aku ni punca kematian manusia lain, Fitri!"

Segala rasa yang dipendam sendiri itu akhirnya diluahkan. Disebalik senyuman dan kecekalan gadis itu, tersembunyi berbagai rasa yang perit untuk ditanggung sendiri. Senyuman yang terukir itu hanyalah topeng untuk menutup setiap cerita dukanya.

"Aku cintakan Fadh. Aku tak boleh biarkan dia sakit sebab aku. Cukup sekali ini. Aku tak boleh terima apa-apa kemungkinan bahaya yang akan datang."

Fitri yang mendengar semua rintihan sahabatnya itu turut terasa sakit. Dia hadir dalam hidup Naaila agak lewat. Fitri tidak berada di samping Naaila daripada awal. Walaupun begitu, lelaki ini tahu bahawa sahabat perempuannya menyimpan satu cerita yang susah untuk diluahkan. Fitri seharusnya jadi manusia yang paling mengerti keadaan Naaila.

Tapi, kenapa malah dia yang bersikap tidak mengerti begini?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro