Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

KEADAAN Fitri semakin membaik. Jadi sekarang, ke mana sahaja Naaila pergi, lelaki itu akan ada bersama. Sedang Naaila duduk sendirian di taman, Fitri mendekati gadis itu, Punggung dilabuhkan di bangku kosong berhadapan Naaila.

"Naaila, kau okey?"

Sepi. Tiada balasan jawapan. Mata bulat Naaila masih tidak berkelip dan terus memandang ke arah tasik di hadapannya.

"Naaila," panggil Fitri lagi dan kali ini, Fitri memetik jarinya betul-betul di hadapan wajah sahabatnya itu. Terus mati lamunan Naaila.

"Ya? Ada apa?" soal Naaila kelam-kabut. Fitri menggelengkan kepalanya.

"Aku yang patutnya tanya soalan tu. Kau kenapa? Asyik termenung aje sejak akhir-akhir ni. Ada apa-apa yang aku tak tahu?"

"Nothing. Aku..."

Kata-katanya tergantung. Naaila tidak tahu perkataan apa yang perlu dia keluarkan. Entah apa perasaannya sekarang. Berkecamuk seperti dilanda badai. Tak tenang.

"Pasal Fadh ke?" soal Fitri tanpa basa-basi. Dia sedar bahawa Naaila mula berubah sejak berkenalan dengan jejaka yang bernama Fadh Qayeed itu. Seperti ada sesuatu yang terjadi diantara mereka berdua.

"I guess." Jeda sebelum Naaila menyambung bicara. "Entah! Ya Allah serabut ya bila otak aku ni penuh pasal Fadh. Dia ingat dia siapa? Sultan ke nak berlegar-legar dalam kepala aku ni? Bayarlah sewa kut ye pun nak berkampung dalam kepala aku ni!"

Tawa Fitri pecah mendengar kata-kata Naaila. Apa dia ingat Fadh tahu ke dia sedang berlegar-legar dalam kepala gadis itu? Nak kena bayar sewa konon!

"Naaila, kau ni kelakar betul! Aku sebut je nama dia. Tak sangka pula betul. Jadi, kau betul-betul dah sukakan dia?"

"Tak tahu!" Suara Naaila kedengaran seperti orang yang menahan tangis. Kepala dibenamkan ke tapak tangan. Menekup muka dan nafas ditarik hembus berkali-kali. Cuba membetulkan fikiran yang mula berserabut sejak kehadiran Fadh.

"Kalau kau suka, cakap jelah. Aku tak nampak salahnya."

"Tapi aku tak nak dia hidup dalam dunia yang sama dengan aku. Dikejar sana sini. Jadi sasaran untuk dibunuh. Ingat seronok ke?"

Suasana menjadi tegang apabila isu itu dibangkitkan. Telapak tangan diturunkan. Naaila menghela nafas berat.

"Susah kan aku nak bahagia? Bila agaknya aku boleh bebas dari semua ni?"

Kadang, Naaila ingin hilang dari dunia bagaikan abu yang dititup angin. Jatuh cinta dalam keadaan dirinya masih berada dalam situasi seperti ini sangatlah rumit.

"Naaila, kau boleh bahagia. Aku yakin tu. Kau... bertahan sikit lagi ya?" Fitri cuba menenangkan sahabatnya itu. Biarpun pada hakikatnya Fitri sendiri tidak mampu untuk memberi jaminan. Tindakannya sendiri nanti pun, tak ada siapa yang tahu. Untung saja sekarang boleh kawal diri.

"Kita makan aiskrim, nak? Aku belanja," ajak Fitri cuba untuk mengusir rasa sedih sahabatnya. Naaila sudah tayang wajah ceria. Sekelip mata, emosinya berubah. Perempuan, kalau diberikan makanan, pasti tidak akan menolak.

"Nak!"

Mereka pun bangun dari tempat duduk itu dan berjalan ke penjual aiskrim di taman itu. Perisa vanila dan coklat dipilih. Ketika sedang menunggu pesanan, Naaila mahu sedar sesuatu yang aneh. Ada seorang lelaki yang memerhatikan mereka dari jauh. Pakaiannya pula serba-serbi hitam dan topeng muka juga dipakai. Dahi Naaila mula berkerut apabila lelaki itu melarikan diri begitu sahaja. Hati mula rasa tidak sedap.

"Terima kasih," ucap Fitri selepas mengambil aiskrim mereka. Sedar akan perubahan anak mata si penjual, Naaila cepat-cepat melakukan helah.

"Cantiknya burung tu!" Bukan main teruja Naaila melompat sehingga tangannya tertolak tangan Fitri yang memegang aiskrim mereka berdua.

"Naaila!"

Gadis itu hanya tersengih kambing apabila Fitri tayang riak tak puas hati apabila aiskrim mereka mencium tanah.

"Sorry! Nanti aku belikan yang baru. Jom balik!"

"Kenapa tak beli dekat sini je?" soal Fitri hairan. Naaila tersenyum geram. Apa yang slow sangat Fitri ni?

"Beli dekat kedai lainlah. Kan aku ada kerja. Jom!"

"Eh, cik! Ambillah yang baru. Tak perlu bayar. Saya belanja," tawar si peniaga aiskrim itu. Nada suara pun agak menekan dan memaksa. Naaila tayang senyum plastik.

"Tak apa. Lagi pun, saya dah tak ada selera nak makan aiskrim. Maaf ya."

"Tak apalah, cik. Boleh ambil aiskrim ni. Percuma saja," desak di penjual. Disebabkan itu, Naaila semakin rasa tak sedap hati.

"Tak apa, terima kasih."

Kemudian, laju Naaila melangkah dan Fitri pun terpaksalah mengikut. Masuk saja dalam kereta, Naaila terus pakai tali pinggang keledar.

"Naaila, aku tak faham. Apa yang jadi sebenarnya ni?" tanya Fitri sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Dia tahu, bukan saja-saja Naaila bersikap begitu tadi.

"Dekat aiskrim tu ada racun kut," jawab Naaila selamba sambil tangan disilangkan ke dada.

"Hah?!" Suara Fitri naik seoktaf. Tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar.

"Itulah kau. Fikir nak makan aiskrim je. Cubalah tengok kiri kanan tu. Tadi ada lelaki pelik duk perhati je kita dari jauh. Lepas tu, orang yang jual aiskrim tu nak paksa juga kita ambil aiskrim dia. Siap nak bagi percuma. Sahih ada racun dekat aiskrim tu!" terang Naaila panjang lebar. Fitri ni memang perlahan kalau berkait dengan keadaan sekeliling melainkan musuh tu tonjolkan diri. Kalau sembunyi macam tadi, Naaila yang lebih peka.

"Sorry. Aku tak perasan tadi." Fitri mengusap belakang tengkuknya. Sepatutnya, dia yang melindungi Naaila. Bukan sebaliknya.

"Tak perlu minta maaf. Aku faham. Sekarang, jom balik. Esok aku ada malam pesta akhir semester. Nak rehat."

"Okey!"

Sudahnya, mereka hanya pulang. Dalam perjalanan, Naaila menilik telefon pintarnya. Sesekali, dia menekan ikon berwarna hijau dan melihat bualannya bersama Fadh. Last seen lelaki itu tiga hari lalu.

Kau pergi mana, Fadh?
.
.
.
.
.
BIBIR mengukir senyum nipis apabila gambar si gadis itu memenuhi skrin telefonnya. Walaupun gadisnya hanya mengenakan seluar slack hitam dan blouse hitam separas lututs serta tudung shawl putih, perempuan itu tetap kelihatan menawan.

"Cantik."

Itulah perkataan yang tak pernah hilang setiap kali Fadh melihat gambar Naaila. Tiga tahun berlalu, hanya gadis itu yang dia pandang. Dia tidak mahu orang lain. Lelaki ini hanya inginkan gadisnya, Naaila Natasha.

"Fadh, aku nak keluar kejap. Ada apa-apa, terus call aku."

"Okey," jawabnya sepatah. Sejurus itu, Hud terus keluar. Mereka berdua datang ke Johor semata-mata untuk melihat sendiri keadaan kilang yang meletup itu. Lain pula yang mereka berdua dapat tahu sehingga hancurkan sekeping hati Hud. Ternyata, letupan kilang emas itu memang dirancang namun tiada sangkut-pautnya dengan Fadh atau kebakaran rumah anak yatimnya. Semuanya terjadi secara kebetulan. Sudahnya, hati Hud yang membengkak memandangkan kilang emas itu ada kaitan tentang apa yang menimpa wanita kesayangannya sekarang.

"I miss you, chica..." luahnya perlahan. Entah sampai bila dia harus menahan rasa ini. Fadh benar-benar mahukan gadis itu untuk menjadi pelengkap hidupnya.

Sedang dia melayan rasa sendirian, terdengar satu bunyi kaca yang berlaga dengan sesuatu. Fadh menghela nafas. Telefonnya tadi di simpan ke dalam poket. Dia berdiri menghadap langsir yang labuhnya sehingga ke lantai.

"Kau tak rasa lama sangat ke kau ada dekat belakang langsir? Tak penat berdiri dengan kasut tumit tinggi kau tu?" soal Fadh dengan tangan kanannya masih berada di dalam poket seluar. Satu keluhan kedengaran. Akhirnya, si dia keluar dari tempat persembunyian itu.

"You never changed, Fadh. Selalu peka dengan keadaan sekeliling," kata si dia.

"Kau tu yang tak pernah berubah. Masih lagi bodoh dalam bertindak," bidas Fadh dengan kasar. Ikutkan hati, mahu saja dia mencekik perempuan di hadapannya ini sehingga mati.

"Janganlah garang sangat. Tak baik tau. Cubalah senyum sikit." Tak sempat dia mahu mencuit manja dagu lelaki itu, Fadh segera menjauh. Risaunya, dia akan jadi singa yang ingin membaham mangsa. Ada yang mati dipukul.

"Tak penat ke selalu jual mahal dengan I?" kata perempuan itu tak puas hati.

"Kau tu yang terlalu murah, Tania." Fadh mengetap giginya. Rahangnya bergerak kiri dan kanan kerana menahan geram. Nada suaranya juga dingin. Penumbuk digenggam.

"Better you get out from this room sebelum aku naik hantu." Fadh mula memberi amaran. Jujur, sedaya upaya dia sedang cuba menahan dirinya daripada berkasar dengan Tania. Perbuatan curang bekas kekasihnya ini berputar di fikiran Fadh. Dia masih marah. Sangat marah!

"Tunggulah kejap. I nak duduk sini dengan you. Tak boleh ke? Lagi pun, dah lama kita tak jumpa, sayang." Bukan main manja suara Tania. Sengaja dia lenggokkan nada suaranya untuk menggoda Fadh. Tapi malang, lelaki itu tidak rasakan apa-apa. Tergoda jauh sekali. Rasa nak tampar lagi adalah!

"Nak tunggu lama-lama buat apa? Tunggu orang pejabat agama sampai ke?"

Terus cuak wajah Tania apabila Fadh menyoal begitu. Lelaki itu tersenyum. Sinis. Mata berubah garang. "Sebab tu aku cakap, kau tu tak berubah. Masih bodoh dalam bertindak. Kau ingat aku buta? Tak nampak kau ikut aku dengan Hud ke sana sini?"

Kali ini, pucat habis muka Tania. Darahnya seakan-akan berubah warna putih.

"Untuk waktu sekarang, aku mungkin tak tahu kau bekerja untuk siapa. Tapi aku akan pastikan aku dapat tahu siapa dalang di sebalik semua ni. Baliklah. Cakap dekat bos kau yang aku takkan duduk diam."

Fadh mendekatkan bibirnya ke telinga Tania. "Kalau kau masih nak hidup, jangan tunjuk muka kau depan aku lagi!"

Berderau darah Tania mendengar suara bengis Fadh. Perempuan itu tahu bahawa Fadh betul-betul memaksudkan bicaranya tadi. Fadh Qayeed, apa yang dia arahkan, perlu dijalankan.

"Get out!"

Terus kaki Tania melangkah keluar dari bilik hotel itu apabila Fadh teriak begitu. Singa dah mengamuk!

Sebaik sahaja pintu tertutup rapat, Fadh duduk di birai katil. Penumbuk yang digenggam tadi dilepaskan pada katil lembut yang tidak bersalah. Sungguh, dia terlalu geram. Sekilas, kotak fikirannya memutarkan kembali adegan yang telah hancurkan dirinya setahun tahun lalu.

Tania tidur bersama lelaki lain.

Setiap kali teringatkan hal lama, hati Fadh bagaikan ditikam berkali-kali. Sepenuh hati Fadh percayakan Tania waktu itu. Cuba buka hati untuk perempuan itu setelah melihat segala usahanya. Percaya bahawa Tania perempuan yang mampu mengisi kekosongannya yang hanya mencintai perempuan lain dalam diam namun sangkaannya meleset. Di saat dia sudah mula menerima perempuan itu, Tania mula curang dan melakukan perbuatan tidak senonoh di belakangnya. Hati mana saja tidak kecewa?

"I miss you, chica. I miss you..."

Berkali-kali ayat itu diulang. Fadh benar-benar rindukan gadisnya. Sejak matanya tertarik pada Naaila, hidupnya mula berubah. Tarikan yang ada pada Naaila sangat berbeza. Fadh sukakan semangat gadis itu yang sentiasa kuat. Bagi Fadh, Naaila terlalu istimewa. Gadis itu kuat, berani dan tidak takut membela diri. Fadh jatuh cinta dengan kecekalan gadis itu.

"Till we meet again, beautiful."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro