Bab 5
JAWAPAN akhir ditulis dan...
Siap!
"Semua pelajar boleh hantarkan buku jawapan ke hadapan dan keluar dari dewan."
Pensyarah yang memantau peperiksaan akhir bagi kursus yang Naaila ambil memberikan arahan. Akhirnya, peperiksaan akhir semester tujuhnya sudah tamat. Hanya tinggal latihan industri pada semester hadapan sebelum dia benar-benar menjadi alumni. Kertas terakhir Naaila adalah subjek Pengajian Malaysia. Begitu juga Fadh dan Waail. Namun, mereka bertiga tidak berada di dalam satu dewan yang sama. Naaila di dewan satu manakala Fadh dan Waail di dewan dua memandangkan ramai pelajar yang mengambil subjek ini.
Selepas Naaila berkemas, dia mengatur langkah ke dewan peperiksaan Fadh dan Waail. Walaupun Naaila tahu bahawa perjanjiannya untuk mengajar mereka berdua itu agak terganggu kerana dia perlu berulang-alik ke hospital untuk beberapa waktu, Naaila sudah membantu Fadh dan Waail semampunya.
Naaila menunggu di hadapan pintu keluar. Jam tangan dilihat. Sudah pukul 3 petang. Sepatutnya, peperiksaan Fadh dan Waail sudah tamat. Tak lama kemudian, dedaun pintu dewan ditolak. Ramai pelajar yang mengulang keluar dari dewan.
"Fadh! Waail!" Panggil Naaila sambil tangannya melambai-lambai ke arah mereka berdua. Dua jejaka itu tersenyum manis ke arah Naaila dan melangkah menuju ke arah gadis itu.
"Naaila!" sapa dua jejaka itu lalu berjalan ke arah si gadis.
"Kau dah habis jawab exam ke? Cepatnya?" soal Waail dengan nada agak kagum.
"Tak adalah cepat pun. Aku pun baru je sampai sini. Jadi, kau berdua boleh jawab tak paper tadi?"
Sejurus itu, wajah Fadh dan Waail menjadi muram. Naaila mengerutkan dahi. Tidak mampu tafsir apa maksud raut wajah jejaka berdua ini.
"Fadh? Waail? Kau berdua boleh jawab soalan tadi, kan?" soal Naaila lagi.
"Kita orang..." ucap mereka berdua serentak. "Mestilah dapat jawab!" sambung Fadh dan Waail bersama-sama sambil mengukir senyum ceria kembali. Sengaja mahu kenakan Naaila.
"Isy! Kau orang buat aku sakit jantung tahu tak?" getus Naaila kerana geram dengan sikap dua sahabat yang suka bergurau ini.
"Relax, chica. Aku dengan Waail dapat jawab soalan tu berkat pertolongan kau juga. Jadi, aku nak belanja kau makan sebagai tanda terima kasih. No is not an acceptable answer."
Dah itu yang Fadh kata, pilihan apa lagi yang Naaila ada? Nak menolak pun, perutnya memang tengah bergendang.
"Okey! Aku nak makan sedap-sedap tau!"
"As you wish, kuschlebär." Fadh tersenyum manis. Waail yang mengerti maksud panggilan yang digunakan itu hanya menggelengkan kepala. Nak mengayat pun, cubalah guna bahasa yang orang faham!
"I am not a bear," kata Naaila sebelum dia berjalan ke hadapan. Terkedu Waail mendengar balasan Naaila. Dia menyiku Fadh perlahan.
"Naaila faham bahasa German ke? Apa hal aku tak tahu?" tanya Waail dengan rasa kagum.
"She knows and understands everything. Don't worry."
Fadh tersenyum bangga. Itulah salah satu kelebihan Naaila yang membuatkan Fadh kagum dengan gadis itu. Naaila Natasha seorang yang minat dengan bahasa. Setakat panggilan semudah itu, pastilah si gadis itu mengerti.
"Waail, kau call Niel suruh ambik kau. Aku nak dating dengan Naaila. Bye!"
Terus Fadh berlalu menyaingi langkah gadis pujaan hatinya. Waail mengetap gigi, tidak puas hati dengan keputusan Fadh.
"Nak dating, aku yang menjadi mangsa. Huh!"
.
.
.
.
.
SELESAI memesan makanan, Fadh menongkat dagu sambil memandang gadis di hadapannya. Bibir juga mengguris senyum. Matanya bersinar-sinar seperti orang dilamun cinta.
"Kau kenapa pandang aku macam tu? Ada tahi lalat baru ke dekat muka aku?"
Fadh ketawa. Suara yang keluar dari celahan gigi itu membuatkan jiwa Naaila terusik. Aura lelaki di hadapannya ini berbeza. Walaupun hanya tawa kecil, itu sudah cukup membuatkan hati Naaila menggila. Bagaikan itulah hal yang ingin dia dengar selalu. Terasa seperti satu obsesi yang memenuhi minda.
Naaila berdeham bagi mengurangkan debaran jantung yang mula laju kerana senyuman Fadh yang manis. Tak cukup dengan itu, ada satu lekuk terbentuk di pipi kanan si jejaka. Lesung pipit Fadh agak dalam. Sweet!
"Tak salah kan kalau aku pandang hiasan terindah Tuhan di muka bumi?"
"Aku ni hiasan untuk suami je. Bukannya kau," jawab Naaila dengan selamba. Namun, jawapan Fadh lagi membuatkan dirinya terkedu.
"I am your husband to be, chica. Biarlah aku nak pandang kau pun."
Uhuk!
Terbatuk Naaila apabila mendengar jawapan Fadh. "Kau merepek apa ni? Gila ke?"
"Yes. Aku gilakan kau. Kenapa?"
Terus berubah riak wajah Naaila ketika Fadh menjawab begitu. Apa yang Fadh cakap? "Kau sembang apa ni? Ingat ni drama pukul tujuh ke? Sekali pandang terus jatuh cinta? Kita baru kenal tiga bulan kut."
"Cinta tak perlukan masa. Sesaat pun boleh jatuh cinta. Tiga bulan tu, tak cukup lama ke untuk kau?" Berani Fadh menyoal si gadis. Naaila dah hilang kata. Debarannya mula menggila apabila Fadh menatap matanya dalam-dalam. Mata itu nampak dingin namun penuh dengan satu rasa indah.
Makanan yang dihantar ke meja itu menjadi penyelamat dalam meleraikan suasana tegang mereka. Ah! Naaila betul-betul tak selesa dengan renungan Fadh. Bukannya tidak selesa kerana takut tapi rasa itu wujud kerana Naaila sendiri cuba untuk melawan perasaannya daripada terus hanyut dengan kebaikan Fadh.
"Sila makan dulu. Nanti kita sambung bahas, okey?"
Terus mulut dibuka luas dan spageti karbonara masuk ke dalam mulut Fadh. Naaila turut menjamu selera. Selagi topik itu tidak dibuka, semuanya akan baik-baik saja.
Sedang mereka makan berdua, Naaila disapa seseorang.
"Naaila!"
"Zahin!" sapa si gadis kembali. Kaki diatur ke meja makan yang diduduki oleh Naaila. Zahin memandang teman makan kekasihnya.
"Awak tak cakap awak nak lunch dekat luar. Tak ajak saya pun."
Suara Zahin sedikit menjauh. Selalunya, Naaila akan mengajak dia kalau si gadis itu mahu makan di luar. Tapi kali ini, tak tanya apa-apa pun.
"Sorry. Tadi lepas habis exam terus jumpa dia ajak makan. Saya okey sajalah."
Biarpun perasaan yang ada dalam hubungan Naaila dan Zahin ini secara sepihak, Naaila tetap bersikap baik terhadap Zahin. Mereka setuju untuk bercinta pun atas arahan Tuan Nadhir. Bagi Naaila, Zahin hanya seorang kawan. Tidak lebih.
"Siapa ni?" soal Zahin merujuk kepada Fadh.
"Fadh, kawan Naaila."
"Zahin, teman lelaki Naaila."
Mereka perkenalkan diri sesama mereka.
Dengar sahaja perkataan kawan meluncur keluar daripada mulut Fadh membuatkan Naaila sengap. Entah kenapa, hatinya rasa... pedih. Ah! Untuk apa dia rasa macam tu? Bukankah mereka berdua memang sebatas teman? Apa yang Naaila harapkan sebenarnya? Dia sudah ada Zahin. Kan?
"Oh, kawan! Mengganggu ke saya dekat sini?"
Tak sempat Naaila nak menjawab, Fadh mencelah.
"Duduklah sini, makan sekali," ajak Fadh malas-malas. Ikutkan hati, mahu saja dia menghambat Zahin pulang kerana sudah mengganggu makan tengah hari berdua.
"Cool!"
Zahin melabuhkan punggung di kerusi kosong bersebelahan Naaila. Kali ini, gadis itu betul-betul rasa tidak selesa. Mana tidaknya? Fadh pandang Zahin macam nak telan! Kenapa Fadh macam tak suka benar dengan kehadiran Zahin di sini? Sebab Zahin kenalkan diri sebagai kekasihnya?
Sepanjang makan tengah hari itu, hanya suara Zahin yang kedengaran. Naaila hanya melayan Zahin biasa-biasa saja kerana dia sedar akan perubahan riak wajah Fadh. Lelaki ini sedang marah. Kalau tidak, takkanlah Fadh hanya tayang muka menyampah sepanjang makan tengah hari mereka?
Sebaik sahaja pinggan Naaila licin, segera dia meminta izin pulang. Makin tidak betah dia berada di situ lama-lama.
"Zahin, saya balik dulu. Kena tengok Fitri."
"Nak saya hantar awak ke hospital?" soal Zahin dengan penuh prihatin. Kekasih yang romantiklah sangat.
Tak sempat Naaila nak menjawab, Fadh laju mencelah.
"Tak payah. Biar aku yang hantar dia. Dia datang dengan aku, balik pun dengan aku. Kereta dia dekat kampus. Tak jadi masalah kan kalau aku jadi lelaki bertanggungjawab untuk kekasih kau, Zahin?"
Bukan main sinis lagi nada suara Fadh. Dia benar-benar menyampah dengan kehadiran lelaki ini tiba-tiba. Mengganggu sahaja makan tengah harinya. Tak kesahlah teman lelaki atau apa. Selagi belum sah bergelar suami, Naaila bukan hak sesiapa.
Itu prinsip hidup Fadh Qayeed.
Naaila sudah cuak. Fadh betul-betul marah ke? Perlu ke dia jelaskan pada Fadh yang dia terpaksa bercinta dengan Zahin sebab arahan Tuan Nadhir?
"Sure. Jaga girlfirend aku elok-elok!"
"Zahin," tegur Naaila kerana dia kurang suka apabila Zahin menggelarnya begitu.
"Pergilah dengan Fadh. Lagi pula saya ada kerja sikit. Hati-hati ya? Mesej saya kalau dah sampai hospital."
Bibir melorek senyum. Zahin cuba sedapkan hati.
"Boyfriend kau dah bagi izin. Let's go, chica."
Sengaja ditekan perkataan boyfriend itu. Terus kunci kereta diambil dan Fadh angkat kaki keluar dari kafe itu. Naaila tersenyum janggal kepada Zahin sebelum mengikut langkah Fadh yang laju.
SAMPAI sahaja di hadapan hospital, Naaila tidak terus keluar. Sebaliknya dia memandang Fadh di sebelah. Wajah lelaki itu benar-benar serabut.
"Fadh, kau okey?" soal Naaila takut-takut. Fadh masih lagi statik di tempatnya. Tangan kanannya tidak diturunkan lagi dari stereng.
"Fadh..." panggil Naaila perlahan. Tubir matanya mula terasa panas. Entah kenapa Naaila lebih pentingkan perasaan Fadh berbanding Zahin. Logiklah, bukannya Naaila ada perasaan pun terhadap Zahin walaupun mereka berdua pasangan kekasih. Hanya menurut permintaan ayah saudaranya untuk berkenalan dan memberikan lelaki itu peluang. Tapi sejak Naaila mengenali Fadh, tidak dinafikan ada satu rasa yang terbit kerana lelaki ini selalu cuba membuatkan dirinya tersenyum. Jejaka ini selalu muncul sebagai penyelamat dan cuba menghiburkan hati dengan menjadi dirinya sendiri. Tak perlu bermuka-muka. Lagi pula, perasaan selesa itu sememangnya sudah wujud dalam diri Naaila sejak dia berkenalan dengan Fadh.
"Fadh..." panggil Naaila lagi. Kali ini, jelas kedengaran nada suaranya bergetar menahan tangis.
"Damn it! Don't call me with that voice, chica."
Fadh mengetuk stereng sekali apabila dia dengar suara Naaila bergetar menahan tangis. Dia rasa bersalah. Fadh tidak mahu dirinya menjadi punca Naaila mengalirkan air mata.
"Habis tu, kenapa kau diam je dari tadi? Kau marahkan aku ke?"
"No, I'm not mad at you. Aku cuma tak suka kau rapat dengan lelaki tadi."
Fadh terus jujur dengan Naaila tanpa berselindung. Dia benar-benar tidak suka Naaila ada hubungan dengan lelaki lain. Kalau boleh, dia mahu lenyapkan semua lelaki yang mendekati Naaila secara romantik. Takkan ada mana-mana lelaki boleh berdiri di samping Naaila kecuali dirinya.
"Break up with him. Afterall, I am your future husband. Not him."
Naaila mati kata. Suara Fadh yang serius itu membuatkan Naaila tahu yang lelaki ini tidak main-main dengan apa yang dikatakan. Takkanlah tiga bulan kenal terus nak ajak kahwin?
"Jangan merepek, Fadh. Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku. Hidup kita berbeza," jawabnya laju. Naaila tidak pernah terfikir mahu mendirikan rumah tangga selagi hidupnya masih diburu. Kalau benar sekalipun dia cintakan lelaki di hadapannya ini, biarlah mereka hidup tanpa gangguan yang tidak patut.
"Berbeza? Kenapa? Aku alien ke?" sinis sekali balasan jawapan Fadh.
"Bukan tu maksud aku. Kau takkan faham kalau aku cerita."
"Mana kau tahu? Kau tak pernah pun bercerita dekat aku tentang diri kau. Kalau aku tak faham, fahamkan aku."
Sebaik sahaja Fadh berbicara, Naaila keluar dari perut kereta Mercedes AMG GT Coupe berwarna hitam itu. Fadh tidak menghalang. Tahu inilah risikonya selepas dia mula jujur dengan Naaila tentang perasaan yang sudah lama dia pendam bertahun lamanya. Mungkin, Naaila baru mengenali Fadh tiga bulan lalu tetapi bukan lelaki itu. Mata Fadh sudah lama tertumpu pada gadis berani yang bernama Naaila Natasha.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro