Bab 4
"NAAILA!"
Terkejut gadis itu apabila pintu bilik rawatan Fitri dibuka luar dengan kasar. Sudahlah Fitri masih tidur.
"Baba! Kenapa bising-bising ni? Fitri tengah tidurlah. Jom keluar."
Tangan Tuan Nadhir ditarik dan mereka duduk di kerusi menunggu. Laju saja tangan Tuan Nadhir menggenggam lengan anak saudaranya.
"Auch! Sakit, baba!"
Lekas tangan tua itu ditolak kasar sebagai refleks kerana tepat lukanya ditekan. "Kenapa dengan lengan?" soal Tuan Nadhir dengan resah.
"Ada orang serang Naaila dekat kedai runcit tadi. Terkena sikit pisau yang orang tu guna." Tenang sahaja Naaila menjawab seakan-akan kejadian seperti itu sudah biasa terjadi.
"Dapat tahu tak siapa yang hantar mereka?"
"Tak sempat pun Naaila nak desak. Naaila datang kedai tu dengan beg dompet je. Bukannya ada pistol ke apa. Lari selamatkan diri sajalah."
Naaila mendengus. Geram sungguh apabila dia mengenangkan dua lelaki yang menyerangnya tadi. Nampaklah yang sekarang, nyawanya semakin menjadi buruan. Kalau dulu, dia takkan diserang hendap sekerap ini. Semuanya berlaku dalam masa yang sangat dekat. Kecederaan Fitri, orang yang menyerangnya tadi. Kalau sebelum ini, ada juga jarak masa yang boleh Naaila agak sendiri. Sekarang, bertubi-tubi!
Melihat wajah resah Tuan Nadhir, Naaila memegang tangan bapa saudaranya itu. "Baba jangan risau. Naaila boleh jaga diri. Buktinya, dah banyak kali Naaila terlepas."
"Macam mana baba tak risaukan Naaila? Kamu satu-satunya harta yang baba ada. Baba tak sanggup nak hilang kamu."
Walaupun sebatas ayah dan anak saudara, Tuan Nadhir sangat sayangkan Naaila. Dia berjanji dengan arwah abang dan kakak iparnya untuk melindungi Naaila walaupun nyawanya menjadi ganti. Untuk Naaila, Tuan Nadhir sanggup lakukan apa-apa sahaja.
Bibir merah Naaila mengguris senyum. Dia tahu Tuan Nadhir adalah seorang lelaki dengan tindakan. Setiap hal yang diucap, pasti akan dilakukan.
"Don't worry. Baba risau macam ni sebab budak yang Hamid tangkap tu mati kena tembak kan?"
"Naaila tahu?" soal sang ayah dengan nada agak terkejut.
"Mestilah. Bad dah bagitahu awal tadi untuk hati-hati sebab dia tak boleh ada dengan Naaila. Dia pun dah cuba nak jejak orang yang serang Naaila tadi. Hamid dapat kejar tak penembak tu?"
Perlahan-lahan Tuan Nadhir menggelengkan kepala. Naaila menghela nafas. Orang yang memburu dirinya ini bukan orang biasa. Pasti sudah diberi latihan penuh sehingga tindakkannya teliti begini.
"Kalau macam tu, baba duduk je dekat rumah selagi tak ada hal penting. Minta Uncle Rosli atau Hamid temankan selalu. Kalau Naaila nak ke kampus atau hospital, Bad dan Suri boleh pantau dari jauh sementara nak tunggu Fitri sembuh. Boleh, kan?"
"Okey, baba setuju. Naaila pun kena jaga diri baik-baik."
"Sure, baba."
.
.
.
.
SELEPAS kelas terakhir untuk semester itu tamat, Fadh dan Waail berjalan keluar dari dewan kuliah. Keluar sahaja, mereka nampak tetamu yang tak diundang. Terus kaki melangkah ke arah lelaki yang memakai serba hitam itu.
"Buat apa dekat sini? Cepatnya balik," laju Fadh bertanya. Setahunya, baru dua minggu berlalu.
"Bos suruh aku balik cepat kan kalau dapat info?" soal Niel kembali. Dahinya berkerut. Hairan dengan sikap bosnya. Sejurus itu, laju Fadh menekup mulut Niel.
"Jangan panggil aku macam tu dekat dalam kampus," bisik Fadh. Dia tidak mahu orang di universiti tahu siapa dirinya yang sebenar. Cukuplah dia dikenali sebagai jejaka gilaan universiti. Bukan lelaki yang betul-betul gila.
"Jom blah."
Fadh dan Waail sama-sama mengheret Niel ke tempat letak kereta dan menolak Niel masuk ke bahagian penumpang belakang. Masuk saja dalam kereta, Fadh dan Waail memandang Niel.
"Info apa kau dapat?" soal mereka berdua serentak. Niel tertawa kecil melihat tingkah dua bosnya ini.
"Jawablah!" Sekali lagi, Fadh dan Waail berkata serentak.
"Tenang, bos-bosku sayang. Aku nak cakaplah ni. Masa kebakaran rumah pengurusan anak yatim dekat KL ni terjadi, ada tiga kilang yang meletup juga tapi di tiga negeri yang berbeza. Perak, Johor dan Kelantan. Sebab tu kes rumah anak yatim tu tak diberi perhatian sangat. Tiga kilang yang meletup tu adalah kilang penghasilan emas. Media lebih berminat dengan kilang emas tu berbanding rumah anak yatim tu."
Fadh dan Waail memandang sesama sendiri apabila Niel melaporkan hal itu. Masing-masing berkerut seperti memikirkan sesuatu.
"Kau dah hantar budak-budak ke kilang meletup tu?" tanya Fadh.
"Dah, Fadh. Esok aku gerak ke kilang Kelantan dulu. Lepas tu baru ke Perak. Last sekali, baru Johor," terang Niel yang mengundang anggukkan kepala dua sahabat itu.
"Good. Ada apa-apa lagi yang aku perlu tahu?"
"Tak ada. Itu saja."
Fadh kembali memandang ke hadapan dan tali pinggang keledar dipakai.
"Bagus! Aku belanja kau makan."
"Aip- aip, abang-abang kacak!"
Kereta mula membelah jalan raya. Niel senang bekerja dengan Fadh dan Waail kerana dua lelaki ini tidak pernah berkira dan sangat baik. Angin mereka akan baik kecuali ada yang membangkitkan jiwa singanya itu. Sekali roh singa mula mengawal diri, memang sakitlah orang itu akan dikerjakan!
Fadh hidup sebatang kara sehinggalah lima tahun lalu. Dia ada adik perempuan yang menetap di rumah anak yatim selepas Fadh membuat keputusan untuk hidup sendiri. Tidak mungkin dia mahu membawa adiknya bersama disebabkan kehidupan Fadh yang masih belum stabil waktu itu. Waail juga melayan adik perempuan Fadh dengan baik sekali. Sama seperti adiknya sendiri.
Tidak lama selepas Fadh dan Waail keluar dari rumah anak yatim yang mereka huni itu, kejadian kebakaran berlaku sehingga mengorbankan semua orang yang berada di situ. Hancur hati Fadh dan Waail apabila mengetahui hal tersebut. Disebabkan itu, mereka berdua mahu cari tahu siapa dalang disebalik berlakunya kebakaran yang berlaku. Tak mustahil semuanya berlaku tanpa rancangan. Selagi belum ketemu, selagi itu mereka tidak akan duduk diam.
Bagi Fadh, nyawa perlu dibalas dengan nyawa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro