Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

FADH masuk ke dalam rumah sewanya dan terus berbaring di atas sofa. Tangan kanannya direhatkan di atas dahi. Mata mula merenung siling putih. Fikirannya kosong. Waail yang baru sahaja labuhkan punggung memandang rakan serumahnya.

"Fadh, kau kenapa ni? Ada apa-apa jadi ke dekat hospital tadi?"

Sepi. Tiada jawapan bagi persoalan yang Waail ajukan. Sudahnya, bantal dibaling dan tepat mengena ada wajah Fadh.

"Hoi!" Protes Fadh apabila bantal itu mendarat di wajahnya.

"Jangan nak marah eh! Kau tu mula dulu. Aku tanya, kau buat derk je."

Fadh bangun dan duduk. Dia memandang Waail. "Logik ke kalau seseorang tu takut untuk jatuh cinta?"

Waail menelan liur. Kenapa soalan Fadh ni macam ditujukan untuk dirinya sahaja? Fadh bukannya tak tahu kisah silam Waail. Kisah silam yang menyebabkan Waail tutup hatinya untuk semua perempuan buat masa sekarang.

Ketika itu, Fadh berdecit. Lupa akan masa lalu tak Waail yang tidak berapa baik. "Sorry, bro. Aku tak berniat pun nak buat kau terasa. Aku tanya sebab Naaila ada perasaan tu. Kau rasa kenapa? Sama ke dengan kisah kau?"

"Amboi! Kau ni tak fikirkan perasaan aku langsung! Sama dengan kisah aku atau tak, manalah aku nak tahu. Kau pergilah tanya Naaila sendiri."

Ikutkan hati, mahu saja Waail smackdown Fadh dekat tengah-tengah ruang tamu ni. Mulut memang tak bertapis! Jarang fikir pasal perasaan orang lain kalau rasa ingin tahu menebal dalam diri.

"Kalau aku boleh tanya Naaila, aku tak minta pendapat kau!"

Fadh bersandar pada sofa sambil memeluk tubuh. Bingung benar dengan sikap Naaila tadi. Ini pertama kali dia melihat seorang perempuan memandangnya begitu. Biasanya, pelajar perempuan di universiti semuanya memandang Fadh dengan penuh rasa kagum dan minat.

Tapi Naaila ini... Lain sungguh!

Mata gadis itu penuh dengan tanda soal, ketakutan dan ada satu cerita yang dipendam sendiri. Seperti Naaila sentiasa mencari kejujuran dalam diri seseorang supaya dia tahu orang yang sedang dia dekati itu ikhlas dan tidak mempunyai muslihat tersembunyi. Bukan itu sahaja, mata pelajar perempuan yang muda dua tahun daripada Fadh itu juga seperti mahu hentikan sesuatu yang sudah lama bersarang dalam jiwa. Macam meminta tolong.

"Aku nak dekat dengan Naaila."

"Hah?!" Terkejut Waail apabila Fadh berkata sebegitu. "Kau gila ke? Kita baru kenal dia sehari tau."

"Itu kau, bukan aku."

.
.
.
.
.

NAAILA masih setia di sisi Fitri. Menanti untuk lelaki itu sedarkan diri. Syukurlah, Fitri sudah dipindahkan ke wad biasa. Selesai solat isyak, Naaila nampak jemari Fitri bergerak sedikit. Pantas Naaila mendekati lelaki yang masih terbaring itu.

"Fitri! Kau boleh dengar aku?"

Mata masih belum dibuka penuh namun jemari lelaki itu digerakkan sedikit menandakan dia dengar suara Naaila. Gadis itu menguntum senyum. Sekurang-kurangnya, Naaila tahu Fitri masih ada bersamanya.

"It's okay. Take your time. Aku akan tunggu kau."

Fitri masih separa sedar. Doktor juga berpesan bahawa untuk Fitri mendapatkan kesedaran sepenuhnya, masih perlukan masa. Cukup Naaila tahu Fitri tidak pergi gara-gara dirinya.

"Ibu... Ham nak ikut ibu..."

Apabila kembali lena, Fitri mula berbicara dalam tidurnya. Naaila hanya melihat rakannya yang mengigau.

"Ayah..."

Kemudian, badan Fitri menggigil hebat. Matanya dipejam erat sehingga urat di dahi timbul. Tangan juga digenggam. Air mata lelaki itu mula mengalir perlahan. Naaila yang melihat perubahan emosi rakannya dalam tidur mula resah. Mimpi apa yang Fitri alami sehingga mengganggu lenanya?

Beberapa minit kemudian, tegangan wajah Fitri mula hilang. Nafas lelaki itu juga kembali teratur. Kembali lena seperti biasa.

"Berapa lama kau nak pendam sendiri, Fitri?"

Si gadis menyoal dirinya sendiri. Bukan sekali ini sahaja Fitri diganggu mimpi ngeri. Kadang, ingin Naaila memaksa Fitri untuk bercerita. Namun, sahabatnya merupakan orang yang sangat berahsia. Jadi, Naaila memilih untuk menunggu sahaja Fitri bercerita sendiri tanpa bertanya apa-apa.

Sedang Naaila menemani Fitri, pintu bilik rawatan itu diketuk. Satu tubuh yang sangat Naaila kenal masuk ke dalam.

"Hai, Naaila. How's Fitri?" soal si jejaka.

"Dia dah mula stabil. I'm sorry sebab tak khabarkan awak apa-apa. Saya tak boleh biarkan Fitri di bawah jagaan orang lain. Maaf, Zahin."

Zahin tersenyum manis. Dia meletakkan bunga di atas meja lalu mendekati gadis yang duduk di kerusi. "I'm fine. Saya lagi risaukan awak. Awak rapat dengan Fitri. I guess, awaklah orang yang paling risaukan dia, kan?"

Naaila mengangguk perlahan. Pandangan mula tampak kabur dek mata yang mula berkaca-kaca. Melihat Fitri yang terbaring lemah disebabkan dirinya membuatkan Naaila rasa bersalah.

"Naaila, tak salah kalau awak nak menangis."

Sejurus itu, buliran air jernih mula mengalir di lekuk pipi Naaila. Selama ini, dia seorang perempuan yang susah untuk mengalirkan air mata. Tapi, tangisan tak mampu lagi dibendung apabila keadaan sahabat baiknya begini.

"Kenapa perlu sampai macam ni? Fitri tak patut ada dalam keadaan bahaya semata-mata nak lindungi saya, Zahin."

"Naaila, semua ni bukan salah awak pun. Apa yang terjadi ini di luar kawalan kita semua. Tak ada siapa yang tahu. Awak tak boleh salahkan diri macam ni. Fitri dengar apa yang awak cakap. Selalu bicarakan hal yang baik-baik. Barulah Fitri boleh cepat sembuh. Okey?"

Zahin sedaya-upaya mahu mengusir segala fikiran jahat yang memenuhi minda Naaila. Lihat gadis ini kesedihan, dia turut berduka. Ketika itu, ada satu mesej masuk ke telefonnya. Zahin mengerutkan dahi kejap sebelum kembali tersenyum memandang Naaila.

"I've got to go. If you need anything, just call me."

"Sure. Hati-hati, Zahin."

Lelaki itu bangun dan keluar dari kamar rawatan Fitri. Sebaik sahaja pintu ditutup rapat, Naaila menghela nafasnya. Berat. Mata kembali beralih kepada Fitri yang masih pejamkan mata.

"Cepat sedar, Fitri. Aku perlukan kau. Aku sangat perlukan kau."

Sungguh, Naaila betul-betul membutuhkan Fitri. Kalau bukan kerana Fitri ada bersama, Naaila takkan bertahan sejauh ini. Lima tahun kebelakangan ini sangat lelah untuk dijalani. Walaupun mereka baru sahaja berkenalan tiga tahun lalu, Fitri benar-benar amat penting buat Naaila. Fitri bukan sahaja sahabat, tetapi sudah dianggap sebagai abang, sebagai keluarga.

Naaila memandang Fitri kejap sebelum dia melangkah keluar dari bilik hospital itu untuk menenangkan fikiran. Dia berdiri di balkoni hospital sendirian, menghirup udara malam.

"Bila semua ni akan habis?" Naaila menyoal dirinya sendiri.

"Next sem!"

Pang!

"Aduh!" Pipi yang menjadi mangsa tamparan Naaila tadi dipegang. Fadh menggosok laju pipinya.

"Fadh! Kenapa kau sergah aku? Kan dah mendapat!" Bengang Naaila apabila Fadh kejutkan dirinya begitu. Ingat ini cerita hantu ke nak ada jumpscare bagai?

"Sakitlah!" Fadh memegang pipinya yang baru ditampar sekali. Walaupun tangan Naaila ni kecil, penamparnya berbisa!

"Aku takkan minta maaf sebab bukan salah aku."

Fadh mencebik. Bengang dengan sikap selamba Naaila. Orang minta dipujuk, sikit pun tak layan. "Aku datang ni nak minta kau tengokkan jawapan aku dengan Waail. Nah kertas soalan."

Dua kertas soalan yang diklip bersama dihulurkan pada Naaila. Gadis itu tertawa kecil sebelum menggelengkan kepalanya kejap.

"Jomlah duduk dulu."

Mereka duduk di kerusi berhampiran. Sedang Naaila melihat kertas soalan, Fadh masih lagi memegang pipinya yang mula terlihat kesan merah. Sesekali, dia mendesis kesakitan.

"Fadh, boleh diam tak? Aku nak check paper pun tak fokus."

"Hey! Kau yang buat aku rasa sakit macam ni. Salah aku ke?"

Naaila memandang Fadh yang mula protes. Muka lelaki itu tidak nampak garang tapi lebih kepada merajuk.

"Padan muka kaulah! Siapa suruh sergah? Boleh je bagi salam dulu tadi," jawab Naaila dengan selamba. Fadh mengetap gigi menahan geram. Sudahnya, dia hanya bersandar dan berpeluk tubuh. Menunggu Naaila selesai memeriksa kertas soalannya.

Lama juga Naaila melihat kertas soalan mereka berdua. Hanya ada dua kesalahan. Baguslah untuk permulaan.

"Good! Kau berdua lulus untuk sepuluh soalan pertama. Jawab tiga puluh soalan seterusnya pula."

"Tiga puluh?! Kata sikit-sikit dulu?"

"Fadh, exam repeat dah tak lama. Kau dengan Waail kena cepat. Nak ulang kaji lagi. Lagipun, aku nak cuti seminggu sebab nak jaga Fitri. Next week baru aku masuk kuliah semula. Cukupkan masa tu untuk kau dengan Waail belajar?"

Soalan Naaila itu tidak dijawab sebaliknya Fadh hanya merenung wajah gadis itu. Mata bulat, hidung mancung. Kulit putih susu, pipi pun gebu. Bibir pula...

"Fadh! Dengar tak aku cakap apa ni?"

Allah! Tersentak Fadh apabila suara bengang Naaila menembus gegendang telinga. Wajah diraup sekali dua. Apa kena kau tilik anak dara orang ni, Fadh Qayeed?!

Mata kembali memandang Naaila. "Dengar. Iyalah, aku dengan Waail buat tiga puluh soalan. Kalau kami boleh habiskan, kami buat. Kau jaga diri kat sini. Erm, Naaila."

"Ya?" Naaila menoleh, memandang wajah Fadh yang sedang tayangkan riak yang sukar untuk ditebak. Mata Fadh... penuh rahsia.

"Kalau aku yang terlantar dekat hospital, kau jaga aku tak?"

Terdiam Naaila mendengar soalan yang Fadh ajukan. Dah kenapa tiba-tiba? "Kenapa aku nak kena jaga kau?"

Soalan dibalas dengan soalan.

"Sebab kau jaga Fitri dekat sini."

"Fitri tu penting untuk aku."

"Jadi, aku tak penting untuk kau?" Laju Fadh bertanya. Suaranya juga bagaikan mendesak. Bingung Naaila dengan sikap Fadh ini.

"Sekadar senior kan? Aku cuma tolong kau dengan Waail untuk lulus subjek Prof Hassan. Lupa ke?"

Ketika itu, barulah Fadh sedar bahawa dia hanya bertindak secara terburu-buru. Mendesak Naaila sekarang bukanlah caranya. Malah, bukan cara yang betul untuk jujur dengan gadis di hadapannya ini. Mungkin, masanya bukan sekarang.

"Okey. Jadi, hai junior! Boleh tolong senior ni sampai lulus subjek Prof Hassan?"

Suara Fadh berubah ceria. Tidak lagi kedengaran memaksa atau mendesak. Naaila mengukir senyum.

"Baik, deal on!"

Fadh turut mengorak senyum tipis apabila melihat senyuman Naaila yang ikhlas itu. Senyuman yang membuatkan hatinya berbunga-bunga.

.
.
.
.

FADH pulang ke rumah sewanya dengan riak yang paling bahagia. Seperti baru habis bertemu kekasih hati.

"Gembira nampak. Kau dari mana?" tanya Waail.

"Gila tak happy. Baru lepas jumpa kekasih hati kut!"

Waail dan Ray menjongketkan kening. Naik bingung dengan apa yang cuba Fadh sampaikan.

"Kau cakap apa ni? Sejak bila kau ada awek?" soal Ray.

"Sejak aku cintakan dialah. Not official yet, but will be." Bukan main yakin lagi Fadh berbicara siap mendabik dada. Nampaklah keyakinan tahap langit tu.

"Cop! Kau cakap pasal junior perempuan yang ajar kita subjek Prof Hassan tu ke?" Waail meneka. Kemudian, Fadh menghela nafas dan tayang wajahnya yang seperti orang dilamun cinta. Lalu, dia memandang rakan-rakan serumahnya itu.

"She's looks like an angel right? Ah! Ini rupanya rasa jatuh cinta."

Mula dah mamat romeo ni bermadah. Ray pula tertanya-tanya tentang gadis yang sedang menjadi bualan ini.

"Wait! Sembang apa ni? Aku tak tahu apa pun."

Disebabkan Fadh masih melayan perasaan cintanya, Waail yang jawabkan soalan Ray.

"Ada seorang studen perempuan ni, dia ajar kami berdua subjek yang aku dengan dia gagal tu. Aku tak expect pula Fadh betul-betul suka dekat budak tu. Ingatkan main-main je."

"Kau dah move on daripada Tania?"

Soalan Ray terus membuatkan suasana berubah tegang. Wajah Fadh yang berbunga-bunga tadi berubah kelat. Setiap kali nama gadis itu disebut, terasa hati Fadh ditikam berkali-kali! Waail geleng kepala. Dia tidak tahu sama ada Ray ini memang bebal atau buat-buat bebal. Apakah dia lupa apa yang pernah Tania lakukan pada Fadh dulu?

"Kenapa diam? Kau belum move on daripada dia kan? Habis tu, macam mana kau boleh sukakan studen kat universiti kau pula?" tanya Ray dengan nada yang seakan-akan mencabar.

"Jangan sebut nama dia. Kau tahu kan aku bencikan dia." Dingin nada Fadh. Senyuman yang terukir tadi pun telah hilang ditiup angin. Mata pula benar-benar tajam seperti helang.

"Tapi setahu aku, kau dah buka hati kau untuk dia. Takkanlah sebab dia curang sekali, kau dah nak buang dia?" Cabar Ray lagi.

Waail dah julingkan mata ke atas. Dua rakannya ini memang tak pernah akur. Ada saja perkara yang tak kena. Ray lebih-lebih lagi. Suka sangat provok Fadh dengan perkara yang paling Fadh benci.

"Dia bukan setakat curang tapi dia tidur dengan jantan lain!"

Suara Fadh naik seoktaf. Bergema ruang tamu dengan jerkahannya. Segala urat di wajah juga timbul menunjukkan dia benar-benar marah! Ikutkan hati, mahu saja dia jahit mulut Ray biar bisu terus. Setiap kali bercakap, mesti nak sakitkan hati orang lain.

Fadh terus naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas kuat.

"Ray, kau tahu Fadh dah haramkan nama perempuan tu dalam rumah ni. Kenapa kau kacau mood happy dia? Tak boleh ke sesekali kau berbaik dengan Fadh?"

Waail mula menegur rakan serumahnya ini. Sakit hati juga dirinya dengan sikap selamba Ray yang tak pernah fikirkan perasaan orang lain. Penat nak dinasihat supaya jaga bicara. Masih juga tak makan saman.

"Well, bukannya dapat dosa pun kalau aku sebut nama tu. Tak ada larangan dalam mana-mana undang-undang negara atau agama."

Senyum mengejek terbentuk. Giliran Waail pula naik darah dengan sikap menyakitkan hati rakan serumahnya ini. Ray bangun dan kunci keretanya dicapai.

"Kau nak ke mana?" soal Waail.

"Club. At least, dapat aku cuci mata."

Terus Ray keluar dari rumah dan menuju ke destinasinya.

"Mati dalam kelab malam tu baru tahu," gumam Waail sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro