Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19

CUTI benar-benar sudah bermula! Tesis pun dah dihantar, laporan akhir latihan industri pun sudah siap. Tinggal tunggu nak konvokesyen sahaja memandangkan Naaila baru sahaja melakukan clearance selepas keputusan semester latihan industrinya keluar.

"Kita konvo sama-samalah next year!"

Bukan main seronok Naaila apabila tahu Fadh dan Waail akan tamatkan pelajaran mereka secara sah bersama. Fadh kata, sengaja mereka tangguh untuk melakukan clearance kerana mahu bergraduat bersama Naaila. Buat clearance sama-sama, dapat grad satu tarikh!

Sementara menunggu majlis istidat konvokesyen hujung tahun hadapan, Naaila ingin melakukan hal yang berfaedah. Jadi, dia pergi ke perpustakaan awam untuk melakukan beberapa pembacaan. Alang-alang, dia hendak mencari rumah kebajikan untuk berkhidmat dalam tempoh masa tertentu. Lumayanlah untuk cari pengalaman sebelum benar-benar bekerja.

"Hati-hati, Naaila. Apa-apa, call aku terus." Fitri mula berpesan. Risau juga nak biarkan Naaila seorang diri namun dia ada urusan yang perlu diuruskan.

"Iya, Fitri. Aku ingat pesan tu. Selagi aku tak call, jangan datang ambil tau. Aku tak nak kau tunggu aku lama."

Bibir merah gadis itu mengukir senyuman nipis sebelum pintu dibuka untuk dia keluar dari perut kereta. Langkah diatur masuk ke dalam perpustakaan. Dia berjalan mendekati rak buku yang untuk bidang psikologi. Kemudian, beberapa buku diambil dan dia duduk di meja paling belakang. Jauh daripada pandangan manusia lain. Paling penting, dekat dengan aircond!

Lama dia melihat dan mencari beberapa pendekatan yang boleh dia guna pakai untuk berdepan dengan kanak-kanak. Ada banyak cara yang menarik seperti permainan fizikal, konstruktif dan permainan mengikut peraturan. Semua itu bagus untuk tumbesaran kanak-kanak supaya lebih peka dan faham keadaan sekeliling ketika menginjak dewasa. Tambahan pula semua pendekatan dan permainan itu akan meningkatkan lagi daya fikir dan tindak setiap kanak-kanak.

Ikutkan hati, Naaila mahu berkhidmat di rumah yang menempatkan ramai kanak-kanak kerana dia sangat sukakan budak-budak. Disebabkan Naaila 'cuti am' solat, dia menghabiskan masa di perpustakaan itu sehingga petang.

"Fadh lupa ke?" soalnya sendiri. Terasa hati jugalah apabila satu pesanan pun Fadh tidak balas. Janji nak jumpa hari ini.
.
.
.
.
.
.
"KAU tak ada hak nak masuk campur dalam urusan aku!"

Ditolak tubuh tegap itu sehingga menyembah tanah. Kalau diikutkan memang habis dia kerjakan lelaki ini!

"Fadh, kawal perasaan kau. Dia pesakit dekat sini. Kau nak kena saman ke?"

Waail mengingatkan sahabatnya supaya tidak keterlaluan melepaskan perasaan marah. Silap hari bulan, mereka dilarang daripada menjejakkan kaki ke hospital ini.

Vince bangun dan berdiri menghadap Fadh. "Kau ingat kau hebat sangat ke sampaikan aku nak masuk campur dengan urusan kau? Bodoh ke?"

"Habis tu, apa niat kau suruh Niel rahsiakan maklumat yang dia dapat tentang orang yang bakar rumah anak yatim tu?"

"Aku yang suruh Niel? Hoi! Kau ada otak tak? Selain dia ni..." Jari telunjuk dihalakan kepada Waail. "Niel yang paling setia dengan kau. Kalau aku suruh dia belot kau sekalipun, kau ingat dia nak ikut cakap aku? Kiamat agaknya dunia ni kalau dia dengar cakap aku."

Fadh dan Waail terdiam. Apa yang Vince cakap itu ada betulnya. Niel yang paling setia dengan dirinya selepas Waail. Kalau apa yang Vince cakap ini kebenarannya, siapa dalang di sebalik semua ini? Kenapa Niel menipu dan katakan Vince yang memberi arahan?

"Aku takkan percayakan pengkhianat macam kau. Kau dengar sini. Sekali lagi aku dengar budak-budak aku sebut nama kau, aku sendiri buat kau mati terseksa."

Vince tersenyum senget. Sinis. Riak Mukanya langsung tidak gerun dengan amaran Fadh.

"Fadh Qayeed, aku tiada hal untuk disesalkan. Tapi kau..."

Sengaja Vince biarkan ayatnya tergantung kemudian ditayangnya senyuman keji. Fadh mula naik hantu kerana dia mengerti apa yang cuba Vince sampaikan.

Kolar baju Vince digenggam kuat.

"Kalau aku tahu kau apa-apakan Naaila, aku takkan maafkan kau sampai aku mati."

Ketika itu, Vince mendekatkan bibirnya pada telinga Fadh.

"Fifteen minutes. Kalau kau lambat, bye-bye Naaila sayang," katanya dengan nada mengejek. Membulat mata Fadh mendengarkan hal itu. Kolar baju Vince dilepaskan dengan kasar dan dia terus melangkah ke kereta. Sungguh, dia sendiri lupa tentang janjinya untuk bertemu Naaila di perpustakaan hari ini!

"Fadh, kau nak pergi mana?"

"Aku nak cari Naaila."

Kereta Mercedes AMG GT Coupe berwarna hitam itu laju membelah jalan raya.

"Naaila, please be safe!"
.
.
.
.
.
LENANYA terganggu kerana peluh yang mula membasahi diri.

"Kenapa gelap ni?"

Komputer riba cuba dihidupkan namun gelap gelita. Mungkin, baterinya sudah habis. Maklumlah Naaila tertidur tanpa menutup dahulu peranti itu.

Telefon diambil dan hasilnya juga sama.

"Semua mati. Dah pukul berapa ni?"

Jam ditangan dilihat. Sudah jam lapan malam. Patutlah perpustakaan ini sudah gelap.

Sudah gelap?

"Cis! Pintu depan dah kunci ke?"

Segera Naaila mengemas barang-barangnya dan menuju ke pintu depan. Sangkaannya betul. Pintu perpustakaan sudah dirantai daripada luar. Naaila mengeluh berat.

"Itulah. Tidur mati lagi. Macam mana aku nak balik ni? Dahlah telefon mati. Penjaga library ni pun satu! Bukannya nak check dulu ada orang ke tak."

Naaila duduk di hadapan pintu. Apa yang perlu dia buat sekarang ni? Nak minta tolong, Naaila tak nampak sebuah kereta pun yang diletakkan di hadapan perpustakaan. Mata masih merenung ke luar pintu. Tak lama kemudian, ada seorang lelaki yang memakai serba-serbi hitam bersama topeng muka berwarna putih dengan berwajah senyum ngeri. Terkejut Naaila apabila lelaki itu menghampiri pintu dan mula menggegarkan pintu secara tiba-tiba. Naaila melangkah setapak ke belakang.

Lelaki itu melambai Naaila perlahan sebelum sebilah pisau dikeluarkan dan dihalakan ke arahnya. Sengaja mahu mengacah si gadis.

"Tolong!"

Kuat Naaila menjerit namun mustahil akan ada bantuan dari dalam. Lelaki yang bertopeng putih dengan senyuman mengerikan itu ketawa. Tawanya tidak terlalu jelas namun Naaila yakin lelaki itu sedang ketawa terbahak-bahak kerana bahunya terhinjut-hinjut. Seronok dia melihat Naaila menjerit begitu.

Tok! Tok!

Pintu perpustakaan itu diketuk kejap sebelum lelaki tadi menunjukkan ke satu arah untuk Naaila pandang. Dia tunjuk ke arah satu lubang udara yang berdekatan. Tak lama kemudian, asap mula keluar dari lubang udara itu.

Satu lambaian diberikan kepada Naaila sebelum si penjahat pergi menghilang. Naaila menutup hidung dan mulutnya daripada menyedut asap yang mula memenuhi ruang perpustakaan dan rongga hidungnya. Terbatuk-batuk Naaila menahan nafasnya. Dia berjalan ke muka pintu. Ditolak sekuat hati pintu itu namun dia sudah tiada tenaga. Tangan yang tadinya menutup hidung dan mulut juga dilepaskan kerana hampir sesak nafas.

"Tolong..."

Pintu diketuk. Sungguh, dia benar-benar berharap ada orang masih berada di sekitar kawasan perpustakaan. Tolong...

"Naaila!"

Wajah Fadh memenuhi pandangan. Naaila yang tadinya hampir memejamkan mata kembali tersedar.

"Fadh..."

Fadh memberi isyarat supaya Naaila mengundur jauh ke belakang. Naaila gagahkan diri untuk bangun dan berselindung di tiang yang paling hampir. Mudah bagi Fadh untuk memecahkan pintu itu dengan batu bata yang ada di tanah. Dengan sekali balingan, habis pecah pintu kaca itu dan loceng kecemasan juga berbunyi. Segera Fadh mendapatkan Naaila yang masih terduduk di belakang tiang. Malangnya, gadis itu sudah menutup mata. Naaila dikejarkan ke hospital secepat mungkin.

Ya Tuhan, jangan ambil Naaila.
.
.
.
.
.
TERBAHAK-BAHAK lelaki itu ketawa apabila Vince berkata Naaila sudah dikejarkan ke hospital. Bukan main dia ketawa sampai keluar air mata.

"Padan muka! Baru Fadh tahu langit ni tinggi ke rendah. Dasar lelaki lembik. Sebab perempuan je dah gelapar."

Seronok mengata Fadh sampaikan dia tidak sedar bahawa kata-kata itu juga tertuju kepada dirinya sendiri. Vince hanya berdiri sambil tundukkan kepala. Lelaki itu mendekatinya dirinya dan menariknya untuk duduk kembali di atas katil.

"Jangan tegang sangat, Vince. Kau kan tengah sakit. Jangan macam ni."

"Bila kau nak serahkan dia dekat aku?" soal Vince dengan nada mendatar. Lelaki itu senyum.

"Bila dia setuju nak buat apa yang aku suruh."

Terangkat kepala Vince apabila dia dengar ayat itu.

"Tapi kau dah janji kau akan lepaskan dia bila aku balik dan takkan ganggu dia lagi!"

"Hei, bodoh! Aku tak bengap macam kaulah. Kalau aku bagi dia pada kau sekarang, mesti kau akan lari dengan dia kan?"

Mengigil kepala lutut ketika lelaki di hadapannya ini tahu niatnya. Mata mula meliar ke sekeliling kamar rawatan. Lelaki yang berjambang itu mendekati Vince dan mencekiknya. Tangan Vince memegang tangan majikannya, memohon untuk dilepaskan.

"Sekali lagi kau terfikir nak lari daripada aku, aku takkan teragak-agak nak bunuh kau dengan kekasih kau sekali. Faham?"

Cengkaman itu dilepaskan secara kasar. Terbatuk-batuk Vince menyedut nafas. Sekali lagi, dia didekati tuannya. Kepala Vince diusap perlahan.

"Jangan macam ni. Kau kena sihat. Aku perlukan kau untuk belot kawan-kawan kau lagi. Okey?"

Lalu dia bangun dan meninggalkan Vince yang penuh dengan rasa marah dan dikhianati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro