Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16

PUNGGUNG dilabuhkan di sebelah anak saudaranya yang masih khusyuk merenung bintang malam. Sudah dua hari berlalu dan mereka dua beranak masih belum berbaik. Tuan Nadhir rasa tak seronok jika dia perlu menjalani hari-harinya begini. Selalunya, Naaila yang banyak berceloteh. Dua hari ini, anak gadisnya hanya menjauhkan diri.

"Naaila marahkan baba lagi?"

Diam. Naaila masih tak menjawab.

"Tell me, how can I fix this?"

Tuan Nadhir mula merayu. Entah kenapa, sikap Naaila sekarang benar-benar buatkan dia rasa dia gagal sebagai seorang ayah. Bunyi esakan yang ditahan tidak mampu lagi dibendung. Naaila mula berpaling menghadap ayah saudaranya. Kepala yang sedang menunduk itu dipandang.

"Percayakan Naaila. Itu yang baba perlu buat."

Tidak lagi tersisa rasa marah. Malam ini, Naaila mahu leraikan semua yang berselirat di antara mereka berdua.

"I'm not a kid anymore. Fitri bukan penjaga Naaila. Dia sahabat Naaila. Kalau Fitri tak ada, Naaila takkan ada kawan. Naaila akan rasa sunyi. Fitri dah macam abang untuk Naaila. Sekalipun Naaila tak pernah anggap dia orang asing."

Apa yang terbuku di hati, perlu diluahkan malam ini. Naaila sudah penat jika ada orang lain yang dipersalahkan jika dia diapa-apakan.

"Suruh Fitri ada dengan Naaila sebagai penjaga itu buatkan Naaila rasa sesak. Tak cukup dengan tu, baba hantar lagi orang untuk ikut Naaila dari jauh. Apa tu, baba? Naaila rasa baba tak percayakan Naaila. Apa guna semua seni mempertahankan diri yang Naaila belajar selama ni? Baba suruh Naaila belajar semua tu, bukan ke untuk lindungi diri sendiri? Naaila boleh jaga diri dan Naaila hanya perlukan Fitri sebagai sahabat. Dia satu-satunya manusia yang boleh terima kehidupan Naaila sebagai kawan. Naaila tak nak hilang dia, baba."

Dengar saja tanggapan Naaila tentang Fitri membuatkan Tuan Nadhir rasa ditikam berkali-kali. Begitu banyak jasa Fitri terhadap anak saudaranya. Bukan setakat menjadi penjaga malah dianggap sahabat. Tuan Nadhir tidak dapat menafikan bahawa kehidupan Naaila sangat sunyi tanpa watak yang dipanggil kawan. Hanya Fitri yang sudi berkawan dengannya.

"Naaila nak baba lepaskan Naaila?"

Kepala digeleng. Naaila rasa, babanya sudah salah faham. Tangan tua itu dipegang.

"Bukan lepas tapi percaya. Naaila nak baba percaya yang Naaila boleh jaga diri, boleh pertahankan diri sendiri tanpa bantuan sesiapa, tanpa diekori sesiapa. Fitri tu, Naaila nak dia ada di sisi Naaila selalu sebagai sahabat. Boleh kan?"

Sekarang, barulah Tuan Nadhir mengerti. Dia sedar bahawa dia agak kasar dengan pekerjanya beberapa hari lalu. Tak pernah-pernah dia hinggapkan tangan di wajah bersih Fitri. Itu pertama kali.

Mata dipejam. Nafas dihembus perlahan sebelum Tuan Nadhir kembali memandang anak gadisnya. Sungguh, berat sekali untuk biarkan Naaila sendirian tanpa orang pantauannya.

"Baba percayakan Naaila."

Air mata Naaila mengalir tanpa dipinta sebaik sahaja matanya dipejam. Cukup dengan sebaris ayat itu, dia rasa lega dan bebas berterbangan di awangan. Ini merupakan satu petanda bahawa Tuan Nadhir sudah boleh melepaskan anak gadisnya yang sudah berusia dua puluh empat tahun ini.

"Terima kasih, baba. Terima kasih."

Tangan tua itu dikucup. Lama. Naaila lega kerana Tuan Nadhir sudah boleh mula percayakan dirinya.

"AKU dah tak nak buat semua tu. Fadh nak bunuh aku kalau aku muncul depan dia!"

Tania mula menjerit seperti orang yang dirasuk. Sudah lama dia dikurung di dalam bilik usang ini. Entah bila dia akan dilepaskan. Tawa jahat mula bergema di dalam kamar itu. Terhinjut-hinjut bahunya ketawakan ayat yang Tania ucapkan.

"Aku tak tahu pula kau takut mati."

Tawanya masih bersisa beberapa ketika. Kemudian, wajahnya berubah bengis dan marah. Matanya penuh dengan biasan kebencian yang tak terkata. Tania yang diikat pada kerusi, dipandang bagai mahu telan.

"Pilih. Fadh atau lelaki yang kau sayang?"

Liur ditelan. Tania tahu siapa yang lelaki di hadapannya ini maksudkan.

"Tak! Jangan kacau hidup dia! Aku mohon, aku merayu. Dia tak ada salah!"

"Jadi, kau tahu apa yang kau patut buat kan? Aku nak dengar tu je."

"Lepaskan aku. Tolong, lepaskan aku. Aku tak nak kacau bahagia Fadh. Dia tak patut merana. Dia lelaki yang baik."

Lelaki tinggi di hadapan Tania mula tersenyum sinis. Kemudian, emosinya berubah. Gigi diketap kuat, penumbuk digenggam.

Pang!

"Pergi matilah dengan pendapat kau tentang Fadh! Yang aku tahu, dia perlu merana! Selagi kau tak nak buat apa yang aku nak, kau jangan mimpilah aku nak lepaskan kau!"

Kaki diangkat keluar dari bilik kurungan itu. Pintu dihempas kuat.

"Kau memang nak teruskan semua ni ke? Kenapa kau tikam belakang orang yang kau cinta?" Soalan Tania membuatkan seorang lelaki yang ada di dalam itu ketawa besar. Masih ada seorang lelaki yang menjaganya. Lelaki gila.

"Kau tak pernah ke tikam belakang orang yang dah cintakan kau? Kau tu perempuan murah je, Tania. Jangan bercakap tentang tikam belakang apa semua."

"Kau tahu aku tak nak. Aku tak sedar masa aku tidur dengan orang suruhan kau. Kau dengan dia yang paksa aku!" Kuat Tania menjerkah namun lelaki kedua ini hanya ketawa berdekah-dekah sehingga terhinjut bahunya.

"Tania, Tania. Kau pun sama sajalah. Konon cinta. Padahal, hati kau dekat lelaki lain. Kau pun tak guna juga."

Liur ditelan. Tania tahu dia bersalah kepada Fadh. Sungguh-sungguh membuat lelaki itu jatuh cinta kepadanya padahal hatinya sudah dihuni.

"GOOD morning, baba!" sapa Naaila dengan ceria.

"Good morning, princess!"

Syukurlah hubungan mereka dua beranak kembali pulih. Nak gaduh lama-lama pun, Naaila hanya ada Tuan Nadhir sebagai darah dagingnya. Takkan ada yang lain mampu menggantikan tempat ayah saudaranya.

Naaila duduk di meja makan dan mula mencedok telur hancur untuk sarapan.

"Hari ni kena masuk tempat intern lagi ke? Bukan dah habis?" soal Tuan Nadhir.

"Memang dah habis. Hari ni kena pergi kelas. Professor Lana nak jumpa sebab nak tengok draf laporan sebelum hantar next week," jawab Naaila sambil mulutnya mengunyah roti.

"Faham. Malam ni ada apa-apa acara? Baba nak ajak Naaila jumpa anak kawan baba."

Roti yang sudah dimakan separuh itu diletakkan di atas pinggan. Naaila memandang bapa saudaranya. Bila dah janji tak nak hantar orang ikut sana sini, sibuk nak carikan jodoh pula!

"Baba ni. Dah janji kan tak nak atur hidup Naaila."

Tuan Nadhir ketawa kejap. "Bukan itu maksud baba. Saja nak ajak Naaila jumpa dia. Lagi pun, Naaila kenal anak Dato' Zack tu. Kau orang kan pernah berkawan dulu."

Naaila memandang ayah saudaranya dengan wajah tak percaya. "Anak Dato' Zack? Vince ke?"

"Ha, yang tulah! Kamu okey kan?" tanya Encik Nadhir dengan penuh harapan.

Oh no! Kalau orang lain, Naaila boleh terima. But not him. Gila ke apa nak dekatkan diri dengan lelaki yang pernah cuba melanggarnya? Ini kalau Tuan Nadhir tahu, mahu mengamuk ayah saudaranya. Sebab itulah Naaila rahsiakan hal itu daripada pengetahuan Tuan Nadhir. Kalau Tuan Nadhir tahu, boleh jadi bergaduh pula ayah saudaranya dan Dato' Zack.

Tambahan pula, Vince bukanlah lelaki yang baik untuk dijadikan kawan. Mabuk setiap hari. Kaki kelab malam. Lelaki semacam itu ke yang nak dijadikan kawan? Jangan kata kawan, kenalan pun tak nak kalau boleh!

"Baba dah berhubung semula dengan Uncle Zack? Bukan ke baba dah tak contact dengan uncle sejak tiga tahun lepas?"

"Iya. Zack yang cari baba. Katanya, ada urusan dekat Malaysia. Dia bawa Vince sekali. Itu baba nak ajak kamu jumpa mereka malam ni."

"Kiranya uncle dengan Vince akan balik Ireland semula?"

Sengaja Naaila bertanya, mahu tahu juga perancangan Vince dan ayahnya.

"Ya. Tapi Zack balik seorang saja. Vince ada urusan lain di Malaysia. Kamu ikut ya? Sekali ini saja. Dato' Zack sendiri cakap dekat baba yang Vince nak jumpa Naaila. Lepas ni, kalau Naaila tak nak jumpa dia, baba takkan paksa."

Aduh! Lemah betul dengar suara Tuan Nadhir yang lembut ini. Naaila pun tak sanggup nak membiarkan pak ciknya merayu lagi.

"Iyalah. Naaila ikut malam ni."

"Good!"

Mata dijulingkan ke atas. Tahu saja apa kelemahannya. Jam di tangan sudah menunjukkan angka lapan. Naaila berjanji dengan Profesor Lana untuk menemuinya jam sembilan. Lekas dia bangun untuk berangkat. Selepas bersalaman dengan Tuan Nadhir, Naaila terus naik kereta. Kalau dia berlama, memang boleh berlaku peperangan sebab orang luar.

"Fitri, jom! Dah lambat ni."

"Okey." Fitri mula memandu kereta tanpa banyak soal. Sepanjang perjalanan, Naaila curi-curi pandang sahabatnya yang khusyuk memandu.

"Aku okey, Naaila. Jangan risau," kata Fitri sebaik sahaja dia sedar Naaila memerhatikan dirinya. Pasti si gadis risau tentang kejadian tempoh hari.

"Aku tahu kau akan okey tapi aku tetap rasa bersalah. Sorry..."

Dengar sahaja permintaan maaf keluar daripada mulut Naaila membuatkan Fitri rasa bersalah. Tiada siapa yang perlu meminta maaf kepadanya. Semua yang terjadi sekarang ini pun, atas keinginannya yng mahu berada di sisi Naaila. Menyalahkan diri sendiri ketika ini tidak akan mengubah apa-apa.

"Naaila, kau tak salah sebab aku yang berkeras nak ada di sisi kau. So stop saying sorry."

"Okey..."

Bibir nipis Fitri menguntum senyum. Fahamlah bahawa Naaila takkan sebut lagi perihal itu.

Sampai sahaja di hadapan universiti, mata Naaila terbeliak besar.

"Apa yang dia buat kat sini?"

Naaila memandang jejaka yang memakai pakai serba serbi hitam itu. Itulah warna yang sering dipakai. Tak hitam, kelabu. Memang suka hidup dalam kegelapan ke?

"Kau nak aku halau dia ke?" tanya Fitri.

"Tak payah. Bukannya dia tu makan saman pun. Tak apalah. Kau ambil aku macam biasa petang ni. Aku gerak dulu."

Naila terus keluar daripada kereta. Jalan terus tanpa menoleh kiri kanan walaupun jejaka di sebelah mula mengekorinya.

"Hai, cantik."

Kaki berhenti melangkah. Mata mula menjeling Fadh yang sedari tadi hanya tayangkan senyuman. Tak sakit ke tulang pipi tu?

"Kau tahu aku tak suka kau panggil aku macam tu kan?"

"Suka hatilah. Kau memang cantik."

Ugh! Memang tak faham bahasa agaknya lelaki bernama Fadh Qayeed ini. Lagi satu. Bukan ke mamat ni dah habis pengajian? Tunggu nak graduat sahaja. Sibuk lagi nak bertenggek dalam universiti ni dah kenapa?

"Kita kan dah janji nak jumpa dekat library next week. Kenapa kau kena ikut aku sampai sini?"

"Hati aku hari-hari menjerit nama kau. Otak aku ni pula tak habis-habis tayang muka kau senyum. Aku rindu."

Pengakuan Fadh membuatkan pipi Naaila terasa panas. Aduh! Ini penangan sebab tak jumpa enam bulan ke macam mana? Sejak mereka kembali bertemu, Fadh bukan main berani lagi mengayat dirinya.

Sebelum masuk ke dalam bilik kuliah, jejaka itu membuka pintu untuk Naaila. Naaila tidak menghalang. Walaupun bengang, Fadh duduk sahaja di sebelahnya. Naaila memandang terus ke hadapan. Malas mahu melihat lelaki yang pelik di sebelahnya.

"Naaila cantik dah makan ke?" soal jejaka serba serbi memakai pakaian hitam tadi. Naaila hanya mendiamkan diri. Disebabkan itu, kerusi ditarik rapat. Naaila pula mengundur kerana terkejut dengan perbuatan drastik lelaki tadi.

"Kau nak apa, Fadh?" tanya si gadis dengan perasaan bengang. Fadh tersenyum nipis.

"I love your voice, chica! Macam madu," kata Fadh dengan selamba. Naaila pula dah tayang muka bengis. Kali ni, tak rasa sweet dah. Rasa nak bagi penampar je. Dalam kelas ni pun nak mengayat ke?!

"Fadh, kau nampak macam psikopat tahu tak? Ikut aku ke sana ke sini. Kau tak takut ke orang gelar kau stalker?" Naaila mula menyoal. Bukan niatnya mahu membuatkan lelaki itu terasa hati tapi Naaila benar-benar tak selesa menjadi perhatian orang ramai. Dalam kelas ni, semua orang memandangnya tak puas hati. Maklumlah, alumni yang digilai ramai ini asyik melekat dengan dirinya. Mahu peminat Fadh tak cemburu atau naik hantu?

Kepala digeleng. Fadh memandang mata Naaila. "Dah aku memang peminat kau. Nak aku buat apa? Kenapa kena gelar sebagai stalker sedangkan boleh jadi forever?"

Fadh mengenyit matanya. Naaila dah naik darah. Betul-betul naik penamparnya ke muka Fadh nanti.

"Kau pernah kena lempang?" soal Naaila.

Fadh mengangguk.

"Nak rasa pelempang aku pula tak?"

"Dah pernah rasa. Tapi kalau itu hal yang tunjukkan kau sayang aku, aku rela dilempang."

Ya Tuhan! Fadh ini benar-benar sudah gila agaknya? Parah benar si Fadh ini. Kena rasuk syaitan mana sampai macam ni sekali sikapnya?

"Aip! Bukan syaitan tapi rasa cinta," kata Fadh secara tiba-tiba. Terbuntang mata Naaila mendengarkan hal itu.

"Kau baca fikiran aku ke?!"

Fadh melorek senyuman manis. "Bukan setakat fikiran tapi isi hati kau pun aku tahu."

Malas mahu melayan, Naaila hanya memandang ke hadapan. Selang beberapa minit, Porf Lana masuk ke dalam kelas.

"Mr. Fadh Qayeed? Buat apa dekat sini? Bukan ke kamu dah habis semester?" soal Profesor Lana sambil bercekak pinggang.

"Betul tu, prof. Tapi ada si cantik ni macam magnet. Saya rasa nak melekat dengan dia setiap masa."

Membulat mata Naaila apabila mendengar kenyataan Fadh. Memang nak kena luku kepala lelaki ini! Profesor Lana gelengkan kepala. Dia kenal benar dengan perangai anak muridnya yang satu ini. Selamba sangat. Penat nak melayan dan ditegah.

"Terserah kamulah. Asalkan kamu tak ganggu fokus pelajar saya, buatlah sesuka hati kamu."

Naaila pejamkan mata lalu menghela nafas berat. Aduilah!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro