Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

TIKAR sejadah dipilih sebagai tempat dia bersujud malam itu. Sesukar apa pun kehidupan, jangan lupa untuk merintih kepada sang pencipta. Itu yang Naaila pilih. Bukan ketika dia rasa gundah-gelana sahaja tetapi sejadah akan jadi tempat gadis itu mencari ketenangan setiap masa. Namun dalam keadaan sekarang, dia benar-benar ingin bercerita dengan Tuhannya.

Tangan diangkat, menadah dan ingin mulakan penceritaannya.

"Ya Allah, ujian ini... Akan bantu aku untuk terus kuat, kan?"

Sebaik sahaja ayat itu diluah, empangan air mata Naaila pecah. Sesiapa sahaja yang mendengar suaranya itu pasti akan merasakan bahawa dunia gadis ini sedang runtuh satu persatu.

"Ya Allah, kenapa sesukar ini dugaannya? Kenapa... Aku selalu diuji dengan orang-orang yang aku sayang? Adakah tiada bahagia untuk aku..."

Sejak kecil, Naaila mula rasa kehilangan. Bermula dengan atuk kesayangannya lalu orang tuanya. Atuknya meninggal kerana sakit jantung. Ibu dan ayahnya pergi kerana ingin melindungi dirinya. Masih segar dalam ingatan Naaila, bagaimana ibu dan ayahnya kemalangan lalu ditembak kejam hanya kerana ingin memastikan dirinya selamat.

"Aku penat, Ya Rabb. Tapi aku tahu, kemampuanku lebih daripada ini. Sebab itulah, aku diuji begini. Kalau ini caranya Engkau mahu menjadikan aku hamba yang taat, aku reda. Aku ikhlas. Namun, dalam masa yang sama, Engkau selalulah kirimkan rasa kuat supaya semua ini akan berakhir dengan baik. Jaga orang-orang yang aku sayang, Ya Allah."

Malam itu, Naaila Natasha yang selama ini gah di hadapan mata orang lain, menjadi seorang gadis cengeng apabila menghadap Tuhannya. Hanya tangisan yang lebat menemani. Ingin bercerita dengan manusia lain, adakah orang akan memahami perasaannya?

Dunia kejar-mengejar yang dia sedang hidup di dalamnya ini, takkan mudah untuk diceritakan kepada orang lain. Disebabkan itu, Naaila perlu bertahan sehingga perjuangannya untuk jernihkan semua ini, berakhir tanpa perlu adanya permulaan menyakitkan yang baru.
.
.
.
.
.

"NAAILA."

Bahu anak perempuannya digoncang perlahan. Tuan Nadhir cuba mengejut Naaila yang lena di atas tikar sejadah. Selepas subuh tadi, Naaila terlelap di situ. Perlahan-lahan, matanya dibuka. Tangan mula menggosok mata supaya pandangan kabur itu berubah menjadi jelas.

"Kenapa tidur atas sejadah?" soal Tuan Nadhir.

"Naaila terlelap tadi lepas subuh. Sekarang dah pukul berapa, baba?"

"Pukul sepuluh. Kenapa? Ada nak ke mana-mana?"

Naail mendiamkan diri kejap kerana dia masih belum sedar sepenuhnya. Masih mamai dalam mengantuknya.

"Nak keluar dengan Fitri kejap. Baba izinkan?"

"Kalau dengan Fitri, baba izinkan. Naaila kena jaga diri betul-betul. Ada apa-apa yang mencurigakan, terus bagi tahu baba. Faham?"

"Okey, baba."

"Sebelum tu, baba nak tanya. Semalam balik pukul berapa? Kata ada majlis dekat universiti. Baba balik pukul dua belas semalam, kamu dah ada dekat rumah. Biasanya tengah pagi baru balik sebab nak kemas-kemas kan?"

Liur ditelan. Kerongkong mula terasa pedih. Nampaknya, Naaila perlu berbohong kepada ayah saudaranya. Untungnya semalam, tiada anak buah Tuan Nadhir yang mengikutnya dari jauh. Jadi, kejadian semalam masih tersimpan rapi tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Fitri.

"Naaila balik pukul sebelas semalam. Lepas habis je busking, Naaila terus balik. Tak sedap badan sikit"

"Habis tu, larat ke nak keluar ni? Kalau tak sedap badan, tak payah keluar."

"Larat, baba. Naaila dah janji dengan Fitri."

"Iyalah. Jaga diri elok-elok. Pergilah siap. Kesian pula Fitri tunggu lama nanti."

Sebaik sahaja Tuan Nadhir hilang daripada pandangan, si gadis menghela nafas lega. Lalu, Naaila pun bangun dan mula membersihkan diri. Dia mahu melawat Fadh dengan harapan, lelaki itu sudah membuka mata. Seperti biasa, Fitri yang akan menemani Naaila sepanjang masa. Setelah apa yang berlaku, tidak mungkin gadis itu akan dibiarkan sendiri.

Sepanjang perjalanan menuju ke hospital, hanya bunyi penyaman udara yang kedengaran. Menunjukkan betapa sunyinya keadaan diantara mereka berdua.

"Naaila, are you okay?"

Lamunan si gadis lenyap. Pandangan yang sedari tadi dicampakkan ke luar tingkap, memandang ke arah Fitri yang tekun memandu.

"Tak. But I have too. Orang-orang penting dalam hidup aku dah cedera. Aku tak boleh berdiam diri. Aku kena buat sesuatu."

"Kau nak buat apa? Nak bahayakan nyawa kau?"

"Kalau perlu, why not?"

"Jangan buat hal gila, Naaila Natasha." Suara Fitri berubah tegas.

"Halanglah aku macam mana sekalipun, aku tetap dengan keputusan aku. Faham?"

Kalau Fitri kata putih, Naaila pilih hitam. Dan keputusan gadis itu takkan boleh diubah. Bagi orang lain, mungkin mereka akan memandang Naaila seperti orang yang tegas. Tetapi, bagi mereka yang sudah mengenali perempuan itu, Naaila Natasha sebenarnya perempuan yang sangat keras kepala. Degil!

.
.
.
.

"WAAIL."

Lelaki itu terus berdiri sebaik sahaja namanya diseru. Waail mendekati sahabatnya yang masih terbaring lemah.

"Kau nak apa-apa ke, Fadh?"

"Naaila..." Nafas ditarik dalam-dalam. "Mana Naaila...?"

Hujung kiri bibir Waail naik sedikit. Dia tahu Fadh akan selalu utamakan gadis itu. "She's fine. Totally fine."

Barulah nafas lega dihembus. Fadh percayakan Waail. Dan apa sahaja yang keluar daripada mulut rakannya ini, memang boleh dipercayai.

"Dia nak datang melawat kau. Kejap lagi sampailah tu."

Panjang umur, baru sahaja dibicarakan. Naaila menolak dedaun pintu. Terus matanya tertumpu kepada Fadh yang masih terbaring. Lelaki itu mula mengukir senyum nipis. Senang melihat kehadiran gadisnya.

"Aku tunggu dekat luar," pamit Waail. Sengaja dia mahu memberikan privasi kepada dua rakannya ini. Pintu dibiarkan terbuka sedikit untuk mengelakkan fitnah. Naaila duduk di kerusi kosong yang disediakan.

"Anything to say?" Fadh memulakan bicara.

"Kau macam mana hari ni? Makin sihat? Atau ada sakit dekat mana-mana?"

"Aku okey. Kau jangan risau. Aku kan kuat. Nak jadi suami Naaila, tak boleh lemah."

Kemudian, suasana kembali sepi. Naaila tidak tahu mahu memberikan reaksi apa ketika Fadh memberikan kenyataan begitu. Biarpun raut lelaki ini sentiasa mendung, tidak pernah Naaila rasa gentar apabila menatap wajah itu. Yang ada, cuma rasa tenang.

"Cantik, jangan tenung aku macam tu."

"Jangan panggil aku macam tu."

Laju Naaila membidas kata-kata Fadh membuatkan jejaka itu terkedu sendiri. Biasanya, perempuan akan suka apabila diri mereka dipuji. Kenapa Naaila marah?

"But, you are beautiful."

"Simpan untuk diri kau seorang. Aku tak nak dengar kau panggil aku macam tu lagi."

"Sebab?" Fadh mula menyoal. Hairan dengan sikap Naaila yang tiba-tiba membeku.

"Bila kau panggil aku macam tu, aku rasa kau akan tinggalkan aku. Macam sebelum ni." Naaila mula jujur. Jujur dengan ketakutan yang dia rasa. Dia takut untuk kehilangan jejaka di hadapannya sekarang. Entah kenapa perasaan semacam ini wujud. Tetapi, Naaila tidak boleh berbohong kepada dirinya sendiri.

Dia benar-benar takut kehilangan Fadh Qayeed.

Namun di sisi lain, Naaila tidak mahu Fadh terlalu dekat dengan dirinya. Ah! Kenapa permainan hati dan perasaan ini terasa sulit?

Lelaki yang masih terbaring itu menguntum senyum. Entah kenapa, Fadh senang apabila dia dengar ayat itu keluar daripada mulut Naaila. Mungkin, peluang yang selama ini dia cari kini sedang terbuka luas.

"So do I, chica. Sebab tu aku akan lindungi kau semampu aku."

"Tapi aku tak perlukan perlindungan daripada kau, Fadh. I can take care of myself."

"Tolaklah aku sejauh mana sekalipun, aku akan datang dekat dengan kau."

"Dan aku akan terus tolak kau sampai kau betul-betul putus asa."

"I'll never give up."

"Just give up, Fadh!"

Suara Naaila mula meninggi namun itu tidak memberikan apa-apa kesan kepada Fadh. Wajah biasa masih lagi ditayang.

"Cukup sekali ni saja kau jadi mangsa. Aku tak boleh nak biarkan kau jadi mangsa sedangkan aku yang diburu. Aku tahu kau nampak semua tu. Kau tahu hidup aku bukannya macam orang lain. Hidup aku dikejar, Fadh. Ada orang nak aku mati. Aku tak boleh hidup dengan kau selagi hidup aku dikejar macam ni. Jadi kenapa? Kenapa kau buatkan semua ni susah untuk aku?"

Mata Naaila mula berkaca-kaca. Air hangat itu ditahan sebaik mungkin supaya tidak tumpah. Cukup Fitri dan Tuan Nadhir yang relakan diri untuk berkorban apa saja untuk dirinya walaupun telah dilarang keras. Naaila tidak mahu ada mangsa baru yang lain. Bukannya gadis itu tidak sedar, setiap kali ada orang baru yang rapat dengan dirinya, pasti orang itu turut menjadi mangsa. Dan sekarang, Fadh yang menjadi mangsa.

Naaila mahu elakkan hal itu. Dia tidak mahu ada lagi nyawa yang terkorban semata-mata mahu melindungi dirinya.

"I just made it easier, chica. Kau tak boleh tolak aku, kan? Jadi, biar aku yang dekat dengan kau. Kalau kau nak tolak aku pun, aku takkan menjauh. Jadi secara logiknya, kalau aku cedera, bukannya salah kau. Salah aku sendiri sebab degil nak ada dengan kau. Faham?"

Terlopong Naaila apabila Fadh seakan-akan cuba memanipulasikan ayatnya tadi. Nak kena ni!

"Fadh Qayeed!" getus si gadis. Bengang.

"Ya saya, Naaila Natasha?" balas Fadh dengan nada yang lebih tenang.

"Kau ni!" Sungguh Naaila bengang dengan sikap Fadh sekarang. Lelaki ini benar-benar rela tercabut nyawa semata-mata dirinya ke?

"Diamlah. Daripada kau bebel dekat aku, baik kau suapkan aku makan. Aku tak larat nak makan sendiri."

Selamba sahaja Fadh mengubah topik bicara mereka. Hal itu yang membuatkan Naaila semakin geram. Buku lima digenggam. Sebal!

"Kalau kau ni abang aku, dah lama aku tumbuk muka kau."

"Dah kenapa kena jadi abang sedangkan boleh jadi suami?"

Dush!

Pedulikan sajalah sakit lelaki itu, Naaila betul-betul panas hati dengan sikap selamba Fadh. Buku lima yang Naaila genggam tadi mendarat di paha Fadh. Meminta sangat.

"Aduh! Sakitlah!"

"Padan muka! Loyar buruk lagi dengan aku!"

"Tak baik kau buat aku. Dahlah sakit, tak ada orang nak jaga."

Garisan di bibir Naaila mula melengkung ke bawah. Senyuman tadi cepat-cepat dia sembunyikan. Tidak mahu Fadh sedar perubahan itu.

"Banyaklah kau tak ada siapa nak jaga. Waail tu apa? Robot?"

Fadh diam. Tangannya masih lagi mengusap tempat dia ditumbuk tadi. Cuba mencari simpati namun Naaila malas mahu melayan.

"Ni ada bubur untuk kau."

Terus wajah Fadh berubah ceria. "Wah! Kau masakkan bubur untuk aku? Baiklah kau ni. Sayang juga kau dekat aku rupanya."

"Bukannya masak. Aku beli dekat McDonald je tadi."

Perasaan ceria tadi lenyap. Naaila benar-benar menahan diri daripada ketawa besar. Alahai! Tadi bukan main acah gangster. Sekarang ni, jadi mat jambu pula?

"Aku dah kena balik. Ada urusan. Kalau ada apa-apa, bagi tahu aku. Esok, aku datang lagi."

"Tak nak suap aku ke?"

Soalan Fadh itu mematikan tingkah Naaila. Kemudian, pandangan mereka bersabung.

"Jadi suami aku dulu. Then, I'll treat you like a king."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro