Bab 1
"JALAN tu pakai mata boleh tak? Orang buta pun tak halang laluan macam kau!"
Amboi! Bukan main lelaki ni mengata.
"Helo, cik abang! Kau tu yang jalan meluru tak tengok orang kiri kanan. Aku pula yang kena marah!" Naaila membidas kata-kata lelaki tadi. Geram betul dengan manusia yang suka menyalahkan orang lain.
"Eh, kau ni! Menjawab pula. Tahu tak aku ni senior tahun akhir?"
"Kesah pula aku kau senior ke tidak? Kalau dah salah tu, mengaku jelah!"
Mata pelajar lelaki itu membulat. Tidak sangka ada orang yang berani menjawab mulutnya. Budak perempuan ni sedar tak siapa di depan dia?
"Fadh, cepatlah! Dah lambat ni nak masuk kelas Prof Hassan."
Dengar saja namanya diseru, Fadh terus meninggalkan gadis itu. Naaila juga tidak menghiraukan lelaki tadi. Senior tapi kurang adab!
Kaki melangkah masuk ke dalam dewan utama. Kelas hari ini adalah kelas Pengajian Malaysia. Subjek sampingan sahaja. Tapi kalau tak lulus, tak boleh bergraduat juga.
Naaila dikenali sebagai pelajar yang lone ranger. Kalau power rangers tu berlima, si Naaila ni pula selalu bersendirian. Sebab tu semua pelajar di situ menggelarnya lone ranger. Naaila tak pernah ada kawan rapat sepanjang tempoh belajarnya. Susah. Naaila pun bukannya jenis yang banyak mulut. Dia selalu berjaga-jaga dan memilih kawan.
Naaila duduk di kerusi baris ketiga dari bawah. Disebabkan barisan di atas sudah hampir penuh, ini sajalah tempat yang ada. Ramai pelajar daripada fakulti lain turut mengambil subjek ini. Sebab itulah dewan kuliah utama penuh.
Masuk saja pensyarah, kuliah dimulakan. Naaila terus bersiap sedia untuk mendengar kuliah itu. Naaila belajar dalam bidang psikologi. Subjek sampingannya adalah subjek Pengajian Malaysia. Naaila sangat suka membaca. Sebab itulah dia sukakan subjek yang berkait dengan sejarah dan apa-apa pelajaran yang memerlukan banyak pembacaan.
"Jadi, siapa boleh ringkaskan apa yang kita belajar kelas lepas?"
Profesor Hassan memandang semua pelajarnya. Naaila terpusing-pusing untuk melihat sekiranya ada yang mahu menjawab soalan pensyarahnya. Disebabkan tiada, Naaila dengan beraninya mengangkat tangan.
"Yes, Naaila. Silakan."
"Kelas lepas, prof ada sebut tentang faktor kebangkitan nasionalisme kaum melayu. Ada tiga sebab iaitu tahap keagamaan, sosioekonomi dan politik. Ketiga-tiga tahap ini juga memperlihatkan tentang perkembangan nasionalime Melayu yang dipengaruhi dan dipimpin oleh tiga golongan utama iaitu golongan Pendidikan Islam, Melayu dan Inggeris."
Habis sahaja penjelasan ringkas yang diberikan oleh Naaila, satu dewan bergema dengan tepukan. Bukan senang ada pelajar nak jawab soalan Profesor Hassan sebab kalau salah sikit je, memang pen marker boleh terbang!
"Good! Jadi, hari ini kita akan sambung tentang kebangkitan nasionalisme kaum Cina dan India."
Kelas kuliah pembelajaran dimulakan. Naaila khusyuk mendengar semua penjelasan yang diterangkan oleh Profesor Hassan. Sesekali, pen marker yang dipegang itu terbang juga pada pelajar yang terlelap sewaktu kelasnya. Hihihi!
.
.
.
.
HABIS saja kelas pagi itu, Naaila mengemaskan barangnya dan mula melangkah keluar. Sedang dia berjalan mahu menuju ke pintu utama, ada suara garau memanggilnya.
"Hoi, katik!"
Panggilan itu tidak dihiraukan. Kemudian, mulalah suara lelaki tadi menjerit seperti pembesar suara.
"Naaila Natasha!"
Terus terhenti langkah si gadis apabila suara garau itu menyebut namanya. Bukan hanya Naaila, pelajar yang berada di sekitar turut memandang ke arah pemilik suara garau tadi. Fadh tersenyum puas dan selamba berjalan menuju ke arah Naaila.
"Jadi kaulah Naaila Natasha. Studen psikologi yang selalu Prof Hassan banggakan. Menarik! Hai, aku Fadh Qayeed. Kau boleh panggil aku Fadh. Yours pun boleh!"
Wink!
Sebaik sahaja melihat perlakuan tidak tahu malu Fadh, Naaila julingkan mata ke atas. Menyampah! Kemudian, si gadis memandang si jejaka atas bawah. Macam pernah nampak. Tapi, di mana ya?
Oh!
Ini pelajar lelaki yang melanggarnya tadi! Si teruna hanya mengenakan baju kemaja hitam dan seluar slack berwarna hitam. Rambutnya yang panjang menghampiri bahu diikat kemas. Badannya juga tegap dan tinggi melangit.
Patutlah panggil aku katik, getus hati Naaila.
"Nak apa?" soal Naaila dengan bengang.
"Garang sangat kau ni. Aku yang patutnya marah sebab kau langgar aku pagi tadi."
Laju Naaila memalingkan wajahnya memandang Fadh. Riak bengang ditayang. Fitnah ni!
"Kau yang jalan tak tengok kiri kanan. Tak betul ke tiba-tiba tuduh aku?"
"Aku tak kesahlah siapa yang salah. Yang aku tahu, aku betul."
Naaila mendengus. Gigi diketap, penumbuk digenggam. Geramnya dengan perangai senior ni! Fadh pula hanya ketawa kecil dengan reaksi Naaila. Terasa lucu pun ada.
"Kau nak apa?" tanya Naaila lagi tanpa basa-basi.
"Ajarkan aku subjek yang Profesor Hassan. Paper repeat budak final year dah tak lama. Lagi tiga bulan."
Naaila bingung. Kalau tahun akhir, untuk apa Fadh ambil subjek Pengajian Malaysia lagi? Bukan sepatutnya tak perlu ke sebab dah ambil semester lepas?
Oh lupa. Pelajar ulangan.
"Kenapa aku pula? Aku ni satu semester bawah kau tau."
"Semester satu tahun bawah sekalipun, tak semestinya kau tak pandai. Prof Hassan selalu sebut nama kau. Maknanya kau betul-betul cerdik dalam subjek dia. Kau tahu tak susah nak dapat validation daripada Prof Hassan? Kiranya, kau hebat! Boleh tak ajarkan aku dengan kawan aku? Dia pun gagal juga subjek ni semester lepas."
Naaila berfikir kejap. Nak kata tak, rasa bersalah pula. Fadh minta dengan cara baik. Bukannya marah-marah macam pagi tadi.
"Okey. Aku boleh tolong."
Akhirnya, Naaila hanya setuju.
.
.
.
.
SELEPAS waktu isyak, Naaila menemui Fadh dan Waail di perpustakaan. Petang tadi, masing-masing penat kerana ada kelas sampai waktu zohor. Malam sajalah masa yang ada.
Naaila mulakan dengan topik pertama dan kedua. Nak ajar topik tengah tiba-tiba, ada yang jadi hulk. Mengamuk tak tentu pasal sebab tak faham apa-apa.
"Kita mula dengan topik awal. Nak faham subjek ni, kau orang tak boleh baca je. Kena buat latihan sambil tengok nota. Nanti automatik akan ingat. Untuk malam ni, kau berdua buat topik satu dan dua."
Kertas soalan kuiz semester lepas diberikan pada Fadh dan Waail. Dua jejaka idaman universiti itu saling berpandangan. Liur ditelan. Kemudian, mereka memandang Naaila kembali.
"Naaila, lima puluh soalan satu malam? Boleh muntah aku dengan Waail."
Waail di sebelah hanya mengangguk laju. Tepu otak nak jawab lima puluh soalan satu malam! Si gadis tertawa kecil apabila melihat reaksi dua jejaka di hadapannya ini. Muka cuak nak jawab soalan Pengajian Malaysia macam nak kena soal selidik dengan keluarga mentua!
"Ingat aku kejam sangat ke? Lima puluh soalan tu, topiknya berbeza-beza. Malam ni, jawab sepuluh soalan pertama dulu. Itu je merangkumi topik satu dan dua. Nanti aku balik check dekat rumah. Kalau okey, kita jawab soalan seterusnya. Faham?"
Fuh!
Barulah Fadh dan Waail boleh menghela nafas lega.
"Sambil cari jawapan, tulis sekali dekat ruang kosong soalan tu tentang apa yang penting dalam subtopik tu. Lepas tu, tulis juga setiap jawapan tu ada dalam topik apa dan isinya tentang tajuk apa. Nanti, kalau nak ulang kaji, tak payah nak belek buku tebal-tebal dah. Boleh tengok semula kertas soalan latihan je."
"Baik!" jawab Fadh dan Waail serentak. Terus pen diambil untuk menjawab soalan yang Naaila berikan. Mereka berdua akan menduduki peperiksaan akhir tak lama lagi. Kalau boleh, naklah habis belajar dengan berjaya tanpa ada apa-apa yang menghalang.
Naaila tersenyum melihat tingkah dua lelaki di hadapannya. Comel juga kalau ditenung lama-lama. Tak dinafikan, satu kampus mengenali Fadh dan Waail sebagai belangkas. Di mana ada Fadh, di situlah ada Waail. Walaupun Naaila ini jenis tak ambil tahu hal manusia lain, dia tak terlepas daripada tahu siapa Fadh dan Waail. Hari-hari ada saja yang menyebut nama mereka, pastilah Naaila tahu kewujudan dua manusia ini.
Dua jejaka tampan universiti. Bukan setakat tampan, malah jaguh bersukan. Pantang mereka berdua turun ke padang, pasti penuh gadis-gadis bertenggek di tepi padang.
Fadh di hadapan, dipandang. Rambut lelaki ini licin seperti dijaga sangat rapi. Ikatan rambut pun kemas memandangkan rambutnya panjang paras bahu. Bila Fadh fokus begini, nampak extra hot! Mana taknya? Dengan kemeja hitam yang dilipat sehingga siku, kaca mata yang dipakai, pen yang digunakan.
Hot nerdy.
Isy! Apa kau ni, Naaila?!
Sedar dia terlanjur menilik anak teruna orang, Naaila segera mengalihkan pandangannya. Beralih untuk melakukan tugasnya yang perlu dihantar minggu hadapan. Lagi elok dia buat kerja daripada pandang lelaki di hadapannya ini. Jaga mata!
Tiga puluh minit berlalu. Fadh dan Waail masih lagi gigih mencari jawapan untuk setiap soalan latihan yang Naaila berikan. Buku tebal di atas meja sentiasa dibelek. Si gadis pula sibuk dengan tugasnya. Selagi Fadh dan Waail tak bertanya, dia beranggapan mereka berdua baik-baik sajalah.
Satu jam berlalu, telefon Naaila bergetar.
"Awal betul telefon," gumam gadis itu perlahan sambil mengerutkan dahi.
Panggilan itu diangkat.
"Ya, Fitri. Ada apa? Kan aku dah cakap aku balik pukul sepuluh," tanya Naaila dengan nada berbisik.
"Naaila, aku—"
Bang!
Satu tembakan kedengaran di hujung talian. Terangkat kepala Fadh dan Waail apabila mereka turut mendengar bunyi tembakan itu. Kuat!
"Fitri!" tempik Naaila kuat kerana terkejut dengan bunyi tembakan yang dia dengar. Tak semena-mena, memorinya memutarkan tragedi hitam belasan tahun lalu. Namun, dia tidak boleh layan perasaan. Fitri lebih penting ketika ini.
"Naai... la..."
Suara Fitri kedengaran betul-betul seperti orang menahan sakit. Tersekat-sekat dan tidak terlalu jelas di telinga Naaila.
"Kau dekat mana?!"
Sudah tak peduli jeritan yang mungkin mengganggu orang lain di perpustakaan, kaki diatur melangkah keluar dari situ. Disebabkan itu, Fadh dan Waail turut keluar, mengikut langkah Naaila.
Bergetar tangan gadis itu mahu mencari kunci keretanya. Pencariannya terganggu apabila Fadh menegur.
"Naaila, kau nak ke mana?" soal Fadh, cemas.
"Jangan kacau akulah!" Naaila mula berteriak apabila Fadh menghalang laluannya.
"Kau menggigil ni, Naaila! Nak mati accident ke drive kereta dalam keadaan macam ni?!"
Terus terhenti tingkah Naaila dan gadis itu terduduk. Tubir matanya yang terasa panas dan penuh sedari tadi mula tumpahkan isi kerana takut memikirkan nasib Fitri tadi. Waail menyiku lengan Fadh perlahan. Disuruhnya Fadh untuk pujuk gadis itu kembali.
"Kau nak ke mana? Aku hantarkan." Lembut nada bicara si jejaka. Tidak tinggikan suara seperti tadi. Kemudian, satu panggilan masuk ke dalam telefon Naaila. Segera panggilan itu dijawab.
"Cik muda, Fitri dah dibawa ke hospital," lapor si pemanggil. Naaila menghela nafas lega. Berkali-kali dia memanjatkan syukur di dalam hati.
"Ba... Baik. Saya ke sana sekarang." Hampir tidak terkeluar ayat itu dek terlalu risau dengan nasib yang menimpa Fitri. Naaila cuba untuk bangun namun lututnya terasa longgar. Hampir saja rebah jika tidak disambut oleh Fadh. Laju sahaja Naaila menolak badan tegap lelaki itu.
"Sorry, aku tak ada niat nak sentuh kau."
"It's okay. Thanks sebab tolong aku."
"My pleasure. Kau nak ke mana? Aku hantarkan. Lagi pula, tak mungkin kau nak drive dalam keadaan macam ni kan?"
"Aku nak jumpa Fitri..." luah si gadis. Fadh hanya mengerti.
"Sure. Aku bawa kau jumpa dia. Jom."
Entah siapa Fitri yang Naaila maksudkan, Fadh sendiri tak tahu. Yang dia pasti, dia perlu membantu gadis ini sekarang. Fadh memandu kereta Naaila dan mereka menuju ke hospital.
.
.
.
.
.
SAMPAI sahaja di hospital besar, Naaila melangkah laju ke ruang rawatan rapi. Ada seorang lelaki yang berpakaian serba hitam berdiri, menunggu kehadiran Naaila.
"Macam mana dengan keadaan Fitri?" tanya Naaila dalam keadaan cemas.
"Doktor cakap, peluru di bahagian bahu dah berjaya dikeluarkan. Polis pun dah ambil kes ini sebab tembakan tu terjadi dekat kawasan umum. Sekarang kita cuma perlu tunggu Fitri untuk stabil," lapor Hamid kepada majikannya.
Mata ditutup kejap. Tangan kanannya diletakkan di dada. Syukur. Naaila betul-betul rasa lega kerana mendengar hal itu.
"Jumpa siapa yang buat semua ni?" Naaila mula menyoal.
Hamid menundukkan kepalanya dan menggeleng perlahan. Kecewa.
"It's okay. Baba dah tahu pasal ni?"
"Belum. Tuan Nadhir masih di Bangkok."
"Nasib baik. Terima kasih Hamid sebab bawa Fitri ke sini. Awak boleh balik dulu."
Kepala ditundukkan sedikit sebelum Hamid berlalu pergi, meninggalkan Naaila dan Fadh. Lalu, si gadis mendekati si jejaka yang berada tidak jauh di belakangnya.
"Fadh, terima kasih sebab tolong aku. Aku minta Hamid hantarkan kau balik ya?"
"Eh, tak apa! Aku dah mesej Waail. Dia datang ambil aku kejap lagi."
Naaila mengangguk perlahan. "Sorry sebab susahkan kau."
Melihat sinar mata Naaila, Fadh mula rasa sesuatu. Mata bulat gadis itu seperti menyimpan satu kisah duka sendiri. That puppy eyes. Fadh mula rasa dia ingin peluk dan menenangkan gadis di hadapannya.
"Are you okay, chica?" soal Fadh secara tiba-tiba.
Terkedu Naaila apabila soalan itu diajukan. Tambahan pula, suara Fadh yang berubah prihatin itu membuatkan jantung Naaila bekerja keras. Berdebar. Tak cukup dengan itu, tatapan mata Fadh tampak ikhlas.
"Kenapa kau tanya macam tu?" soal si gadis kembali.
"Your eyes are hiding something. If you want to know, aku paling tak suka tengok orang dalam keadaan sedih. Lebih-lebih lagi perempuan."
Naaila tidak menjawab sebaliknya hanya merenung mata Fadh dalam-dalam. Mencari kebenaran di sebalik bicara lelaki ini. Beberapa saat kemudian, Naaila mengalihkan pandangannya. Mata dipejam kejap. Cuba mengatur nafas kerana debaran yang mula menggila.
"Aku okey. Kau tak perlu risau."
Naaila membelakangi Fadh. Kemudian, lelaki itu bertanya hal yang agak gila.
"You are afraid to falling in love, aren't you?"
Kaki Naaila terpasak di tempatnya. Ah! Naaila benci jika dia mula rasakan sesuatu di hati. Perasaan ini tak sepatutnya ada. Nak pula, Fadh baru sahaja dia kenal. Takkan semudah ini jatuh cinta?
"I am not. Kau dah boleh balik, Fadh. Thanks sebab hantarkan aku ke sini."
Terus Naaila melangkah pergi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro