Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6 • Amarah Yeosang

" Selamat pagi pasangan tuan rumah,

Seonghwa hyung, Hongjoong hyung ! ",

Sapa Jongho ramah sambil tersenyum.

Penghuni Seongjoong Terrace yang lain turut tersenyum.

Pagi mereka dimulakan dengan melihat senyuman gusi milik Jongho nan manis.

" Pagi, Dek Jongho !

Mari sarapan. Hongjoong, Mingi dan Wooyoung tolong masak sekali tau . ", balas Seonghwa.

" Woa.. Baik ! " , balasnya ceria.

Sedang mereka bersarapan, sekali lagi Jongho memecahkan kesunyian.

" Inilah Mingi hyung, ya ?

Woa, tampan sungguh.

Kalah Yunho hyung. ", usiknya.

Belum sempat Mingi ketawa, perhatiannya terus dialihkan kepada Yunho yang sudah tersedak hebat di sebelahnya.

Segera dia menghulurkan gelas air kosong miliknya kepada Yunho yang meneguknya rakus.

Yang lain mula ketawa , hanya Jongho yang memandang Yunho dengan wajah panik.

" Tak mengapa, jangan risau.

Tersedak biasa saja tu. " , kata Mingi sambil memandang Jongho yang serba salah itu.

Yunho mengangguk kecil.

Sempat dia beri senyuman kepada Jongho.

" Oh, ya.

Selamat datang, Mingi hyung ! ",

Sambung Jongho lagi.

Tangan Mingi terulur lalu mereka saling menggenggam telapak tangan masing-masing dan berlaga bahu.

Yunho tersenyum.

Pandangan yang memuaskan hati.

Mingi sudah mula membiasakan diri dengan penghuni-penghuni di sini.

Sesi sarapan diteruskan lagi sambil mendengarkan kisah Yunho di lebuh raya malam semalam. Hujan renyai mengakibatkan pandangannya terganggu sedikit.

Sejak pulang, dia tidak tidur.

Namun tak mengapa, kerana kerjanya di pejabat hari ini ringan sahaja.

Tiba-tiba kedengaran bunyi gesekan kaki kerusi menandakan seseorang telah selesai makan.

Wooyoung. Kakinya melangkah ke singki dan meletakkan pinggan serta cawannya di sana.

" Woo, letak saja pinggan tu.

Tak perlu basuh. ", kata Hongjoong.

" Maaf ya, hyung.

Saya dapat mesej, ada ibu sudah dalam perjalanan ke taska. Perlu buka awallah taska tu.

Saya yang paling dekat dari taska.

Maaf ya, hyung. Saya tinggal saja pinggan saya. Pergi dulu. ", ujarnya sambil menunduk terhadap Seonghwa dan Hongjoong.

Mereka mengangguk.

Hari masih terlalu pagi dan gelap, perjalanan mengambil masa selama 10 minit ke taska di hujung kawasan perumahan, itupun jika Wooyoung menggunakan lorong-lorong kecil sebagai jalan pintas.

Yeosang tak gemar dengan gambaran itu.

Tak sempat Seonghwa mahu tawarkan tumpangan kepada Wooyoung, Yeosang sudah bersuara.

" Woo, mari aku hantarkan.

Jongho pun mahu gerak awal ke kolej hari ini.

Mari, Jongho. "

Dengan itu, mereka bertiga bertolak ke destinasi masing-masing dengan ditumpangkan Yeosang.

San memasang wajah kesal.

Awalnya Jongho, kini bekas kekasihnya pula yang Yeosang sibuk buntuti.

Walaupun hakikatnya San sudah tahu bahawa Yeosang dan Jongho itu memang kenalan Wooyoung sebelum dia berpindah masuk ke sini.

Melihatkan reaksi San, Hongjoong mengubah angin situasi dengan bertanya pada San bilakah jadual kelasnya pada hari ini akan bermula .

" Oh, jam dua petang nanti hyung.

Jam lima saya baliklah. "

Wajahnya yang beriak agak kesal tadi bertukar manis.

Hongjoong suka melihat senyuman manis milik San. Tambahan pula, Sanlah penghuni pertama di rumah ini. San banyak memberikan impression yang baik buat Hongjoong dan Seonghwa.

" Okay, makan tengahari nanti hyung masakkan jajangmyeon kesukaan San.

Boleh bawa bekal juga. "

Sekali lagi San tersenyum manis.

"Eum, terima kasih banyak hyung."

Genap sebulan San dan Jongho menginap di sini.

Bonding mereka dengan tuan rumah juga makin baik dan rapat.

.

.

Seonghwa menumpangkan Yunho ke tempat kerja kerana mereka bekerja di tempat yang sama. Badan Yunho mesti pegal kerana memandu pulang ke sini sepanjang malam.

San pula kembali ke biliknya dan sempat menelaah beberapa topik silibus kolej kemudian kembali terlelap.

Setelah selesai membasuh pinggan, Hongjoong bergerak menuju bilik laundry.

Mesin basuh manual.

Mesin lama automatik kering lama mereka juga ada. Namun kerana mereka sudah tinggal berlapan, mesin basuh yang lebih besar diperlukan.

Mujur hari ini cuaca cerah.

Jadi Hongjoong berinisiatif untuk menggunakan mesin basuh manual sahaja.

Selesai meletakkan serbuk sabun basuh baju dan pewangi, dia menyalakan mesin itu kemudian kembali ke ruangan tamu untuk mengemas sedikit, hanya tinggal menunggu pakaian itu dispin.

Awalnya Mingi ingin menolong namun dihalang oleh Hongjoong kerana wajah Mingi jelas menunjukkan bahawa dia sedang letih. Maklumlah, baru sampai semalam.

Badannya mesti sengal-sengal.

Bantuannya membuat sarapan pagi tadi pun sudah cukup Hongjoong hargai.

Hongjoong kemudian bergerak ke laman bunga serta rumah hijau kecil di belakang rumah mereka.

Unit teres mereka unik kerana halaman belakang ada padang yang luas. Berbanding deretan teres kanan dan kiri mereka yang ada lorongan, pagar dan dinding tinggi sahaja.

Setelah tugasnya selesai, Hongjoong kembali ke laundry space lalu bergerak ke ampaian untuk menjemur baju.

Itulah rutin harian Hongjoong sebagai suri hati Seonghwa-- eh, suri rumah.

Sewaktu matahari mula memancarkan bahang,

tibalah saatnya buat Hongjoong berkutat di meja ruangan tamu, sibuk menjahit dan menyiapkan pesanan kraf tangannya.

Menjelang tengahari, dia mula memasak buat penghuni rumah. Kali ini juga dibantu oleh Mingi.

.

.

Menjelang malam, sekali lagi Hongjoong masuk dapur. Memasak makanan malam namun malam ini makanan mereka terdiri daripada pelbagai hidangan kerena mereka ingin menyambut dan mengalu-alukan kedatangan Yunho dan Mingi.

Semestinya Yunho dan Mingi berasa terkejut kerana mereka sendiri tidak tahu bahawa mereka akan disambut sebegitu.

" Aww.. Terima kasih banyak Seonghwa hyung, Hongjoong hyung. Semua, terima kasih. Huwaa.. " , esak Mingi perlahan.

" Maaflah, boyfriend saya ni memang emo.

Silap-silap penampilan dia pun dia nak buat rambut tutup mata sebelah. Kekeke. " , sakat Yunho.

Mingi yang menangis terharu itu ditarik ke dalam dakapan Yunho. Wajahnya dibenamkan di ceruk leher Yunho.

" Honey.. Hey, calm down. "

Mingi terkadang mengalami paranoid kuat,

belakangan ini dia begitu mudah terkejut dan berlebihan dalam memberi reaksi.

Mereka juga tahu itu kerana Yunho told them beforehand.

Disebabkan itulah Yunho kini berusaha memujuk kekasihnya perlahan.

"Honey, pandang saya, sayang."

Dagu Mingi didongakkan perlahan memandang Yunho kemudian Yunho mengucup bibir tebal cinta hatinya dengan penuh kasih.

Sekali lagi Mingi dibuat teresak , bercampur terharu sebentar tadi dan malu apabila dihadiahkan kucupan di hadapan housemates baharunya.

Wajahnya kini disebamkan di dada bidang milik Yunho yang masih memeluknya.

Yunho mengusap perlahan belakang tubuh Mingi, membantu meredakan tangisan si kekasih.

Hongjoong turut membelai manja pucuk kepala Mingi.

Mingi akhirnya keluar dari tempat persembunyian dan memeluk Hongjoong seketika.

Mingi kembali duduk di sofa berhampiran Wooyoung kemudian dirinya ditarik oleh Wooyoung dan didakapnya Mingi erat.

Sesekali Wooyoung mencium pipi Mingi dan menggigit jejari Mingi manja.

Wooyoung, itulah caranya mengekspresikan afeksi.

Belum sempat Wooyoung kembali menggigit belakang tangan Mingi, Jongho bersuara.

" Yah, Wooyo hyung !

Mingi hyung tak termasuk dalam menu yang Hongjoong hyung masak tadilah !

Dia bukan makanan , jangan gigit dia !

Ka kka~ " , katanya sambil mencucuk-cucuk sisi tubuh Wooyoung.

Wooyoung sempat membalas usikan Jongho namun Jongho lebih tangkas.

Jongho berakhir dengan menjatuhkan dirinya ke dalam pelukan Mingi.

" Tolong saya, Mingi hyung.

Ada kucing hitam nakal ! "

Akhirnya, Mingi tersenyum semula dan turut tergelak kecil.

Terima kasih housemates saya.

.

.

.

" Hongjoong hyung, pergilah masuk tidur.

Tak mengapa, lebihan pinggan ini biar saya cuci.

Terima kasih atas kerja kerasnya dan masakannya tadi ! Sayang hyung ! ", kata Wooyoung sambil memeluk tubuh manis milik Hongjoong.

Wooyoung balik lewat tadi, sesampainya dia di rumah, majlis sudah dimulai. Timbul rasa bersalah dalam diri kerana sedikit pun dia tidak membantu menguruskan rumah hari ini.

Ya, melainkan membantu Hongjoong menyediakan sarapan pagi tadi.

Mujur sahaja esok mereka semua bercuti.

Weekends. Wooyounglah yang paling semangat menawarkan diri untuk membasuh pinggan hari ini kerana yang lain telah mengemas-ngemas dan membantu dalam hal lain.

Fikirnya yang lain sudah tidur.

Namun sangkaannya meleset apabila tengah sibuk dia membasuh pinggan sambil bersenandung kecil, pinggangnya dirangkul oleh dua pasang lengan dari belakang.

" Ahk . " , refleksnya terkejut.

Rangkulan di pinggangnya sungguh kemas.

Selesa dan menghangatkan.

Bahu belakangnya terasa berat sedikit menandakan ada kepala yang bersandar di situ.

Wooyoung hanya beriak biasa.

Berpura-pura tidak peduli.

Dia menyambung kerjanya membasuh pinggan.

Selang beberapa minit, Wooyoung bersuara.

" Tepi. Aku nak pasang paip air .

Nak bilas pinggan yang siap sabun ni.

Aku nak ambil apron, supaya tak basah baju aku. Tepi. " , arah Wooyoung.

Namun insan bertubuh agak kekar di belakangnya ini hanya diam tak berkutik.

Hidungnya sesekali mendusel di leher jenjang Wooyoung yang dia rindui.

Persis habit kucing yang

menunjukkan kasih kepada pasangannya.

Wooyoung melepaskan keluhan kecil.

" Kau tak nak cari pasal dengan aku, Choi San !

Aku lumur muka kau dengan buih cuci pinggan ni nanti ! "

San segera berundur ke belakang, niatnya bukanlah ingin mengganggu Wooyoung.

Setelah memakai apron, Wooyoung kembali meneruskan kegiatan membilas pinggan seterusnya menyusunnya.

" Siap . " , katanya sendiri.

Sekali lagi dia dibuat terkejut apabila dirinya dipeluk dari belakang lagi. Kali ini, lebih erat.

" San ? Aku ingat kau dah masuk tidur. ", katanya bersahaja.

" Saya rindu awak, Young-ah. "

" San, sudahlah.

Kita dah tiada apa-apa hubungan.

Cukup. Lepaskanh ! " , marahnya.

" Sekejap saja.

Izinkan saya peluk awak begini. "

" Hm. Baik, cuma sebentar.

Itu pun sebab kau yang terdesak sangat.

Tiada maknanya aku yang nak. ", katanya dingin.

" But your heartbeat can't lie, Youngie.

It beats so fast. " , kata San.

Lidah Wooyoung kelu.

Ya, dia masih sayangkan San

Katalah dia jual mahal, ya.

Demi kebaikan dirinya.

Tubuh Wooyoung San putarkan menghadap dirinya.

Sekali lagi tubuh insan yang dia kasihi dan rindui itu dia peluk. Menzahirkan kerinduan yang berat menumpuk di dada.

" How about we be together again ? ", katanya lirih.

" San, berhentilah berharap.

Engkau perlu teruskan hidup kau. "

" Bagaimana untuk saya teruskannya tanpa awak, Youngie ? You are my life. "

" Used to be. "

.

.

# • Warning ; ||

kekerasan,

serangan panik minor ||

San tidak mahu mengalah, dia membelai lembut pipi Wooyoung kemudian menyatukan bibir mereka.

Wooyoung terkejut. Dia berusaha menentang namun San mengeratkan lagi pelukan mereka dan menaut kasar bibir si manis.

Tidak, Wooyoung tidak mahukan ini.

Mereka sudah tidak berhubungan lagi.

Bukk

Tubuh San terhempas ke lantai.

" Engkau !

Brengsek betul perangai !

Habiskan dulu kolej kau, baru fikir soal cinta.

Nak ke kolej pun masih naik motor, kau ajak dia ni hidup dengan kau ?

Sedarlah, apa lagi kau nak ? ", bentak Yeosang.

San bangun, menghalakan penumbuk ke arah Yeosang.

Seolah serangannya itu bukanlah apa-apa, Yeosang menangkap pergelangan tangannya dan kembali menghumban San ke lantai.

" Jangan jadi bangang, Choi San !

Kau dah sakiti dia sebelum ni.

Sudahlah !

Aku dah pernah beri amaran pada kau supaya ..

JANGAN BERANI TAYANG MUKA TAK TAHU MALU KAU DEPAN WOOYOUNG LAGI ! ", Jerkahnya kuat.

Wooyoung turut terkejut mendengar Yeosang berteriak keras.

Sepanjang 14 tahun bersahabat dengan Yeosang, tidak pernah dia dengar Yeosang menjerit sekuat itu.

Yeosang itu dingin.

Pendiam.

Tidak suka ikut campur urusan orang.

Ingatkan Wooyoung untuk mengucapkan tahniah kepada San kerana telah membongkar sisi gelap Yeosang.

• Oh ya, ingatkan Wooyoung untuk berterima kasih juga, setelah ini dia tak akan pernah berani menyakat atau menaikkan amarah Yeosang. Seram.

Yeosang berlari ke arah San, menarik baju bahagian kolarnya-memaksa San untuk berdiri semula kemudian kembali melayangkan penumbuk di rahang San.

" Kau jauh lemah berbanding aku, San.

Hari tu kau berjaya belasah aku sebab aku sikit pun tak mahu bergaduh dengan kau.

Tapi kali ni, kau melampau sangat.

Wooyoung bukan milik kau lagi, San.

Banyak kali aku nasihatkan kau, sebelum kita ke sini lagi.

Cukuplah. " , kata Yeosang kemudian menarik tangan Wooyoung- memimpinnya menuju biliknya.

Jerkahan kuat Yeosang berjaya membangunkan pasangan tuan rumah dan Jongho yang tinggal di aras bawah.

Seonghwa hanya memandang Yeosang yang membawa Wooyoung menaiki tangga.

Hongjoong dan Jongho pula berlari ke arah San. Hongjoong menyokong tubuh San yang berposisi duduk dengan kaki terlunjur itu dari belakang sementara Jongho mengambil kain dan besen kecil untuk mengelap kemudian mengompres luka San.

Rahang belah kirinya lebam.

Bahu kirinya juga mula terlihat kebiruan sedikit.

Kaki San turut terseliuh kecil dek impak Yeosang yang mendorong dirinya jatuh ke lantai.

The action has be taken.
The damage has been done.

Seonghwa membantu San bangun. Dia dan Hongjoong masing-masing memapah San membantunya mendaki tangga menuju biliknya.

Mereka berpapasan dengan Yeosang yang baru keluar dari bilik Wooyoung, ingin turun .

Yeosang memandang San tajam.

" Biar saya tolong.

Dah dekat dah pun dengan bilik dia.", pelawa Yeosang.

San gemar membina otot badan, tidak hairanlah mengapa Yeosang yang lebih tegap itu menawarkan bantuan.

Tambahan pula, sang pasangan tuan rumah terlihat sungguh lesu untuk terus memapah San.

Melihatkan itu, Seonghwa mengangguk sambil melirik Hongjoong.

San hanya diam. Benar, itu memang salahnya.

Sebaik sahaja papahannya beralih ke lengan Yeosang, mata Seonghwa dan Hongjoong kembali terbeliak.

Bbuk.

Sekali lagi, tubuh San dicampak tersembam ke lantai aras atas pula.

" Jangan ingat aku tak tahu perbuatan hina kau , jahanam !

Setiap kali Wooyoung tidur, kau ceroboh masuk bilik dia.

Kata kau apa, cuddles ?

Kau cuma tunggu waktu sesuai untuk ambil kesempatan kan ?

Supaya dia hanyut dan akhirnya kembali pada kau.

Berhambus ! "

Kali ini Yeosang menampar wajah San kuat.

Jongho yang hanya melihat dari bawah sedari tadi, berlari ke atas .

Tidak, Sanie hyung.

San hyung yang selalu lindung Jongho.

Badannya mengongkong dan memeluk San erat. Sanggup dia jadi penghadang kepada San.

" Yeosangie hyung.

Berhenti.

Ber--henti.. " , nafasnya mencungap-cungap.

Jongho benci kekerasan. Dia cukup trauma dengan perkara tersebut.

" Berhenti, Sang , sudah ! " , bentak Hongjoong sementara berusaha membantu Seonghwa memegang kedua-dua belah lengan Yeosang.

Namun amarah Yeosang melebihi kekuatan mereka kemudian dia kembali mengangkat penumbuknya ke udara.

" Yeosangie hyung.

Jangan.. " , kata Jongho yang memberanikan diri menghadap Yeosang namun dia masih menempel dekat pada San, menjadi taming abang seniornya.

Yeosang kecewa dengan dirinya,

mata indah nan berbinar Jongho itu berubah takut kerana dirinya.

Penumbuk Yeosang yang sudah dilayangkan itu berkahir tepat ke lantai jubin, betul-betul di sisi wajah San.

Air mata dan jeritan histeris Jongho bergema di tingkat dua itu. Membangunkan Yunho, Mingi serta Wooyoung yang baru saja terlelap.

Mereka ada satu lagi masalah.

Jongho.

Traumanya kembali.

Serangan paniknya kembali membuat dirinya menggeletar hebat.

Wajahnya didongakkan tinggi, meraup udara sedalam-dalamnya.

Kepalanya sakit, jiwanya terasa perit.

Suhu tubuhnya turut menaik.

Sesak di dadanya terasa bukan kepalang.

Air matanya deras mengalir. Kerongkongnya perit kerana sejak tadi dia tidak berhenti menjerit.

Dapat dia rasakan ada beberapa tangan yang memegangnya .

Dia tahu, itu hyungnya, housemates yang ingin menenangkannya.

Namun situasi itu memaksa dirinya untuk kembali ke masa silamnya, di mana dia diperleceh, dibuli dan dihina teruk.

" Jangan, jang--an..

Ber--henti.. Menjaugghh-- " , akhirnya suaranya dapat dikeluarkan.

" Tenangkanlah dia !

Kau hebat sangat kan ?

Kau sendiri sakiti Dek Jongho, Yeosang!

Kenapa, kau tak mampu ?

Oh, tak puas hati lagi ke belasah aku ? " , provok San.

Darah Yeosang kembali mendidih, dia sudah mara ke hadapan, yang lain masih fokus untuk menenangkan Jongho.

Mujur sahaja Yunho dan Seonghwa sempat menahan Yeosang.

" Kau pun bukan sesiapa Yeosang.

Kau sendiri mengamuk dan tumbuk aku.

Gila. "

Papp

Perih. Tamparan daripada Wooyoung.

" Diam.

Kau punca utama masalah ini.

Lagi sekali aku dengar kau berbunyi,
aku tak akan teragak-agak minta Yeosang belasah kau lagi. "

San akur.

Betul, situasi sudah seteruk ini.

Tak perlulah dia mencurah minyak tanah ke nyalaan api lagi.

Mingi mara ke arah Jongho.

Remaja berusia 19 tahun itu masih berkutik-kutik sebegitu.

Mingi membuat isyarat meminta yang lain supaya jangan terlalu dekat dan menghalang pencahayaan serta akses udara Jongho.

Mingi menangkup kedua belah pipi Jongho,
mengelap wajah Jongho yang penuh keringat itu dengan lengan bajunya dan mengucup lembut dahinya.

Wooyoung pula memegang kedua belah bahu Jongho dari belakang. Menahannya agar tidak jatuh.

Hongjoong kembali dengan bekas air berisi air ais. Niatnya ingin menurunkan suhu Jongho yang naik begitu mendadak.

Sembari Hongjoong mengelap bahagian tubuh si paling muda, Mingi mendekatkan mulutnya ke telinganya Jongho.

" Sweetheart, tarik nafas.

Dalam.

Tarik nafas, sayang.

Dek Jongho sayang kami. "

Hampa, Jongho masih menggigil sambil matanya melilau-lilau ke merata tempat.

Mingi mengambil sapu tangan di dalam poketnya, mencelup air sejuk itu kemudian meratakan sapuan itu ke wajah Jongho. Lembut.

" Baby bear, dengar kata hyung. ! ", suaranya dinaikkan sedikit.

Sebelah tangannya menggerakkan sapu tangan itu di wajah kemudian bahagian belulang kolar Jongho.

Sebelah tangannya lagi menekan dada Jongho perlahan.

Sekali lagi, dia mencuba.

" Baby bear, tarik nafas.

Ikut hyung, sayang. "

Tangannya mengusap dada Jongho, meminta bernafas. Sementara itu, dia tempelkan kehangatannya di tubuh Jongho.

Bibirnya turut memimpin pendengaran Jongho untuk mengikuti bunyi deruan nafasnya.

Terasa dada Jongho mula mengembang dipenuhi oksigen, Mingi kembali bersuara lembut.

" Baby bear, lepas. "

Sambil tangannya menekan kecil dada Jongho.

Beberapa minit kemudian, deruannya kian memperlahan.

Sekali lagi Mingi kembali memimpin Jongho untuk bernafas.

" Tarik nafas, dalam. " , pintanya lembut.

Jongho kembali bernafas dalam dan menghembusnya panjang.

Sememangnya itu bukanlah tugasan yang mudah.

Beberapa minit kemudian, Jongho kembali bernafas normal. Dahinya mula berhenti mengeluarkan peluh.

" Jangan risau baby beruang, take your time.

Take as much time as you need.

Hyung ada saja di sini. "

" Maaf .. Ma--aaf . "

" Tidak, tidak.

Kamu tak salah apapun, Dek Jongho ",
ujar Mingi.

Mingi kembali mengelap lengan dan wajah Jongho.

" Sejuk. " , katanya halus.

" Okay, sayang.

Sikit saja lagi.

Okey, siap. "

Jongho membalas ucapan Mingi dengan senyuman gusi indahnya.

" Good job !

Anak beruang kami dah balik ! ", kata Mingi yang masih tidak meninggalkan sisi depan Jongho.

Jongho berjaya dibuat tertawa kecil dalam esakannya yang masih tersisa.

Dia mengambil masanya, diam dan menghayati pelukan Mingi.

Kemudian Jongho bergeser ke arah San yang masih separa terbaring di lantai akibat gelombang amukan kedua Yeosang.

Tangan San digenggam.

" Maafkan Jongho ya, hyungdeul.

Maafkanlah Sannie hyung juga.

Dia cuma.. Terlebih sayangkan Wooyoung hyung saja . "

.

.

.

Bab ini menekankan topik San
(student 23 tahun) iaitu bekas kekasih Wooyoung yang ingin kembali menjalin hubungan dengan Woo.

Awalnya Woo juga tak ingin,
namun kehadiran San
menghangatkan hidupnya.
Sebab itulah dia boleh dikatakan jual mahal terhadap San.

Playing hard to get bukan tanpa sebab.
Sebab utamanya adalah kerana
kekhilafan San sendiri.

Dia ..

Cemburu buta, sangat posesif terhadap Wooyoung dahulu ketika mereka masih bersama.

Fokus chapter depan ;
Jongsang
Moment Mingi
Woosan

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro