11 • Campur Tangan Seongjoong
" Hampir seminggu kami di sini, luangkan masa untuk berehat serta menenangkan fikiran.
Terima kasih banyak ya, Mingi.
Sudi terima kami di sini.
Segala layanan dan pelawaan Mingi sangat-sangat buat kami selesa dan gembira. ", kata Hongjoong.
Mereka kini duduk di sofa ruangan tamu rumah Mingi.
Hari esok merupakan hari terakhir mereka bermalam di rumah Mingi.
Mereka akan bertolak balik awal pagi lusa.
Hongjoong kini beralih duduk di samping Mingi.
Dia menggenggam tangan Mingi.
" Hyung tahu, kamu mesti tahu tujuan utama kami ke sini. ", katanya diselangi dengan jeda.
Mingi mengangguk kecil namun dia tidak berkata apa— memberikan ruang untuk Hongjoong menyelesaikan katanya.
" Ya, hyung tahu payah.
Sangat sukar.
Tapi Mingi, kamu sendiri dapat agakkan bagaimana keadaa Yunho sekarang ?
Merana, menderita sendiri.
Dia rindukan kamu, sangat.
Sejak kamu pergi, senyuman manis di wajahnya juga memudar.
Perginya kamu membawa maksud, hilangnya kawan baiknya.
Tak salah jika kamu menganggap dia sebagai rakan akrab kamu. ", sambung Hongjoong lagi.
Mingi hanya memandang genggaman tangan mereka sayu. Kemudian matanya beralih memandang Hongjoong serta Seonghwa.
" Hyung berdua pun berasal dari kampung.
Ketika Seonghwa ditugaskan untuk bertugas di bandar di tempat kami menetap tu, hyung marah. Sangat-sangat.
Hyung sudah ada butik sendiri, mahu uruskan perniagaan yang hyung berjaya bangkitkan dan ceburi.
Awalnya memang, kami berjauhan, berselesih pendapat, sering bertengkar dan mengungkit pelbagai perkara.
Sehinggalah akhirnya hyung ambil keputusan untuk beri kepercayaan hyung kepada saudara hyung untuk uruskan butik dan ikut Seonghwa tinggal di sana.
Semestinya, Seonghwa sangatlah gembira.
Namun sehingga kini dia masih berasa serba-salah dan tetap sedih kerana dia anggap diri dialah punca hyung lelah buat kerja rumah dan dia terasa seperti menjadi penghalang hyung untuk realisasikan impian hyung sendiri. " , kata Hongjoong lagi.
Sepasang mata Mingi terbuka agak luas sebaik sahaja mendengarkan perihal itu.
" Hyung tak kisah ? ", soal Mingi.
" Mestilah ya, hyung kisah sangat.
Tapi hyung tak sampai hati tengok si dia seorang tu naik tak siuman bila berjauhan dari hyung. Haha. Kelakarlah bila teringat semula. "
Seonghwa turut tergelak kecil.
" Tiga bulan Mingi.
Yunho tu tak sekuat yang kamu fikirkan.
Dia , rapuh.
Lagi-lagi bila kawan baiknya tiada di sisinya.
Tanpa khabar dan berita.
Serapuhnya dia itu masih ada sikap jauh lebih keras kepala daripada apa yang hyung fikir. "
Tawa Mingi meletus.
Ya, benarlah apa yang dikatakan oleh Seonghwa.
Yunho itu amat baik hati namun jika berkait perihal hubungan mereka, egoisnya mengatasi segalanya.
" Apa pun jadi, dia perlu izinkan kamu pulang semula ke sini dan jemput kamu jika kamu ingin balik ke sana.
Kami akan cuba bantu yakinkan dia. ", ujar Seonghwa lagi.
.
.
.
.
.
Jam 0137 pagi.
Penat.
Kerjanya di pejabat semuanya telah selesai dan dapat diuruskan dengan baik.
Namun entah mengapa dirinya terasa begitu sunyi.
Sedangkan dia ada rakan serumah yang saling membantu dan sangat baik hati.
Tempat duduk di sebelah pemandu dipandang sekilas. Selalunya ada buah hatinya di sampingnya.
Dia mengeluh kesal.
Sesampainya di rumah, Yunho meluru ke bilik air aras atas untuk membersihkan diri seketika.
Satu perkara yang dia suka dengan bilik air aras atas ialah ianya mempunyai kabinet dan beberapa rak kecil kayu yang dipenuhi dengan jubah mandi, tuala, baju-T lengan pendek nipis serta banyak lagi keperluan lain.
Dia tidak perlu mengambil baju di biliknya terlebih dahulu.
Setelah mandi, Yunho turun ke dapur seketika untuk mengalas perut sebelum tidur.
Setelah menjumpai roti bulat berinti mentega, dia mengisi gelasnya dengan air kemudian menguyah roti tersebut dan meneguk airnya pantas.
Itulah rutin Yunho.
Sepanjang Seonghwa dan Hongjoing bercuti (fikirnya) , tiada seorang pun yang dapat memujuk mahupun memaksanya untuk makan hidangan yang lebih proper.
Setiap apa yang Wooyoung serta Jongho masak dan tinggalkan untuknya,
berakhir dengan ditolak sopan.
Yunho turut meminta mereka untuk tidak meninggalkan makanan buatnya kerana dia kebiasaannya sudah makan di pejabat, kononnya.
Sedang dia berkemelut dengan suara hatinya sendiri, bunyi 'beep' kedengaran.
Menandakan ketuhar gelombang mikro sedang memanaskan makanan.
Yunho tidak berganjak mahupun menoleh, fokusnya kosong, fikirannya melayang dan berbunyi-bunyi sendiri.
Yunho menyambung mengunyah roti lagi.
Sehingga kedengaran pintu microwave sudah ditutup semula seterusnya sebuah pinggan berisi hidangan hangat diletakkan di hadapannya.
Hidangan di atas meja makan di hadapannya dipandang bersahaja.
Kemudian terdengar pintu peti sejuk pula yanh tertutup. Gelas berisi susu ais diletakkan di hadapan Yunho.
Yunho kekal tidak peduli.
Tubuhnya cukup lelah hari ini.
Yang dia fikir hanyalah dia ingin berehat hari ini.
Entah mengapa, fokusnya malam ini sungguh tidak tajam. Dia kembali menguyah dan menghabiskan roti di tangannya kemudian menyisip air suam.
Ketika itu, barulah Yunho tersedar semula.
Dia kembali melihat ke arah hidangan dan gelas susu di hadapannya.
Nasi panas berlauk ayam perap berserta peria panggang.
Peria panggang.
.. Peria .. panggang ?
Peria panggang !
Matanya segera melebar.
Dia segera mencari sosok tubuh yang menghidangkannya makanan tersebut tetapi tak jumpa.
Dia mula berlari kecil ke arah ruangan tamu.
Tiada orang.
Namun sempat dia lihat ada figura yang sedang menaiki tangga bertemankan bantuan cahaya lampu kecil di atas laluan tangga.
" Mingi ! ", jertinya kuat sambil berlari pantas.
Insan yang dipanggil terus menoleh dan tersigap sebaik sahaja tubuhnya dipeluk erat, diangkat sedikit serta dipusingkan.
Mingi kembali dipeluk erat oleh Yunho.
Bahagian bahu bajunya basah akibat air mata Yunho. Merasakan itu, Mingi membalas rangkulan Yunho dan turut mengalirkan air mata.
" Awak-- balik.
Saya rindu awak sangat.
My honey, my home.
My best friend, my boyfriend.
My Princess. My Ming.
Mingi saya. "
Ujarnya serak dan tersedu kecil lalu mengucup puncak kepala Mingi.
" Honey saya.
Sayang saya.. ", racaunya lagi.
Mingi mencapai lengan Yunho kemudian memimpinnya kembali ke dapur semula.
" Duduk.
Mari makan. Saya masak petang tadi.
Baru sampai sini jam 6:30 tadi. ", ujar Mingi.
Yunho akur.
" Awak naik bas ? ", soal Yunho yang sedang melahap hidangan yang dimasak oleh Mingi.
Sedap sangat ! Rindunya !
" Tidak, Seongjoong hyung tumpangkan saya. "
" Oh, awak terjumpa mereka di area Terminal Bas Clover ? Bukankah mereka bercuti? ", soal Yunho dengan mulut penuhnya.
" Betullah kata Jongho, sejak saya tinggalkan awak, awak hampir hilang kecerdasan akal awak.
Ya, mereka 'bercuti' di kampung saya. "
Yunho terdiam namun mulutnya masih menguyah lalu kembali menyuap makanan.
Dia sukakan masakan Mingi.
" Oh.
Kenapalah saya tak terfikir ? ", soalnya sambil meraup wajahnya kesal.
Ya, Seonghwa dan Hongjoong hyung ada menasihatinya untuk pulang ke kampung namun dia tetap berdegil.
" Mungkin betullah apa Jongho cakapkan tu.
Orang jatuh muflis, awak jatuh bengap. ", jujur Mingi.
Yunho terdiam.
" Pada awalnya, saya berkeras tak mahu.
Dan cuba awak teka mengapa akhirnya saya akur untuk pulang ke sini ? "
" Sebab awak rindukan saya ? "
" Tidak, sebab Wooyoung kata awak hampir jadi tak siuman.
Pakai pakaian kedut, tali leher tak kemas, muka tak shaved dengan betul.
Hujung minggu pun bekerja, makan tak menentu, balik jam 11 malam. Jam 7 pagi dah kembali ke tempat kerja semula.
Yang paling merisaukan saya apabila San beritahu yang awak sudah tidak seramah dahulu.
Mereka rindukan si golden retriever mereka yang ceria dan bersinar itu. "
Yunho kelu seketika.
Tangannya menggenggam tangan Mingi.
" Maaf.
Awak, maafkan saya.
Maafkan segala silap saya pada awak. ", ujar Yunho.
Mingi membalas genggaman Yunho.
Dia tersenyum.
" Ya, saya maafkan awak.
Maafkan saya juga. ", balasnya.
Mingi kembali bersuara;
" Saya tak janji akan tetap di sini,
Saya tak mahu tinggal di sini
... Selagi awak tak restu saya untuk balik ke kampung bila-bila saja saya mahu. " Kata putusnya.
Pasti para pembaca semua sudah dapat meneka reaksi Yunho.
Semestinya, keras kepalanya hanya boleh melebur dengan hentakan kecil dari keras kepala Mingi sendiri. Haha.
.
.
.
" Yeahhhhh , Mingi hyung dah balik !
Awhhhhh rindunyaaaa ! ", jerit Jongho girang.
Kebiasaannya, Jongholah orang terakhir yang akan sampai dan ditunggu di meja makan untuk bersarapan sama.
Kerana dia bertugas untuk menyiram pokok bunga bahagian hadapan rumah.
Suasana tenang awal pagi itu digoyah dengan esakan dan sedu si adik bongsu penghuni rumah itu.
" Dek Jongho. ", sapa Mingi.
Jongho sudah lama mendarat di dalam pelukannya .
" Mingi hyung bongok. Hmph. "
" HAHAHA, bongok dia kata engkau Mingi haha. " , gelak Wooyoung.
" Bukannya nak kata rindu ke, selamat kembali ke. Apalah Jongho ni.
Padahal tiap-tiap hari sebut, 'rindu Mingi hyunglah', 'apa khabar Mingi hyung ya?', 'agak-agak dia ingat Jongho tak?' ", usik Wooyoung.
" Ish, shhhh. Diam-diam sudahlah.
Malulah. Ishh. " , desisnya yang masih dalam pelukan Mingi itu.
" Sudah Woo, sudah.
Seminggu hyung tiada, tak cukup-cukupkah kamu usik Jongho ? ", tegur Seonghwa.
Nadanya terdengar separa tegas.
" Okieee, oh ya.
Lupa pula ! "
Semua mata memandang Wooyoung.
" Lupa apa, Young-ah ? ", soal San.
" HONGJOONGIE HYUNG,
SEONGHWA HYUNG,
SELAMAT KEMBALIIII !
Seminggu hyung berdua tiada,
rasa macam setahun ! Huwaaaa.
Saya bukanlah pandai sangat pun uruskan hal-hal rumah ni huwaaa.
Rinduuuuuuu. "
Kali ini Wooyoung pula yang menerjang Seonghwa dan Hongjoong.
Kedua-dua belah pipi mereka dikucup sekilas.
" Ya, tak sampai sepuluh minit jumpa kamu, hyung rasa nak balik sana balik.
Bingit.
Dah, jom makan . ", kata Seonghwa.
Wooyoung menjuirkan bibirnya.
" Iya, terima kasih Wooyoungie sayang.
Cikgu Wooyoung yang hebat.
Terima kasih, in charge bab jaga rumah, masak, sokongan mental dan moral ahaha.
Terima kasih juga Yeosangie kami pantau dan jaga rumah.
Jongho yang bantu Wooyoung masak, jemur baju. San yang pegang kunci rumah.
... Yunho dan Mingi, yang dah berbaik dan sudi tinggal dengan kami lagi.
Terima kasih, semua. ", kata Hongjoong.
Sepasang lengan melingkar di bahunya.
Wooyoung.
" Terima kasih kembali hyungie.
Love you . Mwah. "
Satu lagi kucupan didaratkan di dahinya kali ini agak lama.
" Terima kasih sangat Joongie hyung, Hwa hyung.
Terima kasih juga semua. ", kata Yunho.
Mereka saling bertukar senyuman.
" Pagi-pagi lagi hyung berjaya buat kami sebak.
Sudah, mari makan.
Lama makanan ni terhidang dari tadi. ", kata San.
Mereka mula bergerak memegang peralatan makan masing-masing dan sesi menjamu selera pun bermula.
" Saya nak roti bakar sajalah.
Tiada seleralah. ", kata Jongho.
Dia masih berada di atas pangkuan Mingi.
Tubuhnya membelakangi meja makan.
Mingi menghulurkan sekeping roti bakar kepada Jongho.
" Semua orang bukan main tunggu kamu duduk sekali, sekali kamu makan roti bakar saja, Jongho ? Sekeping saja pula tu.
Kamu okay ? ", soal Yunho hairan.
Jongho yang menyandarkan kepalanya di samping bahu Mingi dan masih berada di atas pangku Mingi itu mengangguk.
" Dek Jongho, Yuyu tak nampak kamu angguk kepalalah. Terlindung dengan hyung. Hihi. ", kata Mingi.
Jongho kembali mengangkat wajahnya memandang Yunho kemudian tersenyum.
" Ya, saya agak overwhelmed.
Dapat duduk atas pangku Mingi hyung ni pun dah cukup buat saya rasa kenyang.
Kalau lapar nanti saya makan ya, jangan risau."
Balas Jongho sebelum dia kembali merangkulkan kedua belah tangannya di balik leher Mingi.
Manja. Rindu. Kasih.
Sememangnya pergerakan Mingi agak sedikit terbatas, namun dia tidak kisah. Dia gembira apabila setiap penghuni rumah ini mengalu-alukan serta gembira dengan kepulangannya.
Beberapa minit setelah itu, Yeosang bersuara.
" Hari ni semua cuti, petang nanti,
kita pergi memancing nak ?
Mandi sungai sekalikah ? "
" Sounds good! "
" Menarik ! "
" Jom ! "
Antara sahutan yang kedengaran.
" Saya tak pandai memancing, tak pandai berenang. Hmph. ", bunyi seseorang kesal.
Yeosang menatap Jongho yang masih membelakangi semua orang. Nampaknya, pangku Mingi memberikan kesan yang begitu selesa ya ?
Yeosang mengusap ringan rambut Jongho.
" Baby, baby yang nak sangat ada moment bersama housemates kita ni bukan ? "
" Yalah, tapi takut air !
Tapi kalau Mingi hyung ada, saya ikut ! ", mengadanya.
" Ya, baby. Ya. "
" Mingi, pastikan kau ikut. " , nada suara serta pandangan Yeosang berubah sebaik sahaja dia menatap Mingi.
Tergelak hebat Yunho apabila melihat wajah terkejut Mingi.
" Ish, Sangie hyung !
Janganlah ancam Mingi hyung.
Tumbuk kang. "
" Tumbuklah baby, pipi ni juga yang kau cium hari-hari. " , kata Yeosang perlahan namun masih dapat ditangkap oleh mereka.
Ayat itu membuatkan Jongho terdiam dan malu sendiri.
Wajah yang memanas dan berubah warna itu disembunyikan di ceruk leher Mingi.
Tiba-tiba Mingi tersedarkan sesuatu.
" Wait, both of you are together ?!
KENAPA HYUNG TAK TAHU ? "
Sekali lagi, kedamaian meja makan itu teragut begitu sahaja pada pagi itu.
.
.
.
.
// Sketsa Mini //
" Sejak Jongho selalu ke kolej tumpang Yeosang ni awak dah tak pelawa dia naik motor awak dah ya ? " , soal Wooyoung.
" Yalah, pertama sebab Dek Jongho tu sekarang sudah jadi buah hati Yeosang.
Kedua, kalau dia tumpang aku, bagaimana pula caranya engkau ke taska Youngie ?
Tiap pagi sekarang aku yang menghantarmu ke taska. Lupa ? "
" Oh, ya. Hehe. "
San mengusap kepala Wooyoung perlahan.
.
.
.
.
" Hari ini hyung mahu masak makanan kegemaran kamu dan Yunholah !
Dah lama Yunho tak makan masakan hyung.
Selain peria panggang, apa lagi yang Yunho suka ? ", soal Hongjoong kepada Mingi.
" Abura soba ? Makanan Jepun. "
Hongjoong menepuk dahinya.
" Manalah hyung tahu buat masakan begitu. "
" Er-- nasi lemak ? Capati ? Ha..
Tom yam seafood. "
Sekali lagi Hongjoong menggeleng kecil.
" Tak apalah, Mingi.
Hari ini kamu sajalah yang masak.
Hyung tak mahirlah masak yang begituan. "
Mingi memasang wajah kekok.
" Apa kata.. Hari ini kita buat kelas memasak ?
Haha. Hyung ajar saya, saya ajar hyung.
Nanti pandailah kita masak hidangan-hidangan luar juga ! "
.
.
.
.
" Seonghwa hyung, terima kasih banyak atas keprihatinan hyung dan Joongie hyung pada saya. ", kata Yunho.
Masa rehat tengahari mereka diluangkan bersama di kafeteria tempat kerja.
Cermin mata yang terlorot dinaikkan kemas ke atas batang hidungnya semula sebelum tersenyum memandang Yunho.
" Sama-sama.
We've been attached tightly to all of you.
Terima kasih juga sebab menambah warna dalam hidup kami berdua. "
Yunho membalas senyuman manis Seonghwa.
" Yuyu. Comel nama manjanya.
Joong tak pernah reka nama manja untuk hyung pun. ", katanya tiba-tiba.
Yunho tergelak kecil.
" Mungkin sebab hyung berdua dah tua.
Tak minat benda-benda begitu dah . "
" Yah, kita beza satu tahun sajalah.
Jung Yunho ! "
.
.
.
.
" Sangie hyung ! "
" Ya, baby. Mengapa ? "
" Hyung ni peluk sangatlah, nak comel--
Eh ?
Hyung ni comel sangatlah, nak peluk ! ", kata Jongho sambil berlari mendakap Yeosang.
Insan yang didakap hanya diam tidak terkutik.
Jujur, Yeosang mula risau dengan hubungannya dengan Jongho.
Belakangan ini, Jongho sudah mula membina otot badannya.
Yeosang menyesali keputusannya membenarkan Jongho menjadi ahli gym.
Dia.. Mula takut, rasa tercabar mungkin ?
Bagaimana jika anak beruang itu secara tiba-tiba memilih untuk menggagahinya.
" Sangie hyung kenapa diam saja ? ", soal Jongho sebelum melepaskan pelukannya.
" Saya tahu apa yang hyung fikirkan.
Jangan risau, saya tak minat dengan peranan hyung tu. Blwekk, saya tetap nak jadi baby hyung.
Lagipun saya bina otot saya sikit saja. Supaya nampak agak tegap.
Selama ini saya kurus sangat hehe.
Tapi disadvantagenya, saya dah tak dapat duduk atas pangku Mingi hyung. Terseksa dia nanti haha. " , guraunya.
Yeosang membelai pipi si buah hati.
" Mari sini baby. ", panggil Yeosang.
Jongho duduk di atas pangku Yeosang yang sedari tadi Yeosang tepuk.
Rerambut halus Jongho dibelainya lembut.
Sekilas, belakang leher yang lebih muda dikucup kasih.
" Baby bear hyung.
Kita khawin nak ? "
" Pak cik tua miang. ". Sejurus berkata sebegitu, Jongho bangkit dan meninggalkan Yeosang.
- END -
|
|
|
• 11/3/2024 ; Isnin
Setakat sini saja dulu.
Kalau berkesempatan, saya create chapter baharu.
Kalau tak, saya end kan di sini saja ya.
Hihi, terima kasih banyak sudi baca. <3❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro