Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10 • Cubaan Memujuk Yunho

Sejak rumah mereka turut didiami oleh enam orang bujang lain, kehidupan mereka di rumah tersebut semakin berwarna.

Namun terdapat juga waktu ketika mereka agak buntu serta berjaya dibuat tertekan dengan pelbagai kerenah serta sikap para penyewa bilik.

Pertama, kejadian ketika San menumbuk Yeosang hanya kerana salah faham. Yeosang tidak mengunci pintu bilik air perkongsiannya yang boleh juga diakses dari bilik Jongho.

Setelah perkara itu berlaku, Hongjoong memberikan tumpuan lebih terhadap Jongho kerana remaja polos nan manis itu sememangnya tidak patut dibiar sendiri.

Bagi Honjoong, senyuman Jongho sungguh unik. Dengan barisan gigi tersusun serta penampakan gusi merahnya. 

Indah, menenangkan.

Hongjoong dibuat teringat kembali ketika kali pertama dia bertentang mata dengan Jongho.

Cermin mata bulat, pipi tembam, bibir tebal serta wajahnya nan suci itu berjaya menarik hati Hongjoong. First impressionnya terhadap Jongho amat baik belaka.

Sembari berjalan, Hongjoong tersenyum kecil kerana teringatkan moment dia bersama housemates lain.

Pintu bilik kerja Seonghwa di hujung tingkat bawah diketuk perlahan.

Pintu terkuak sebaik sahaja Seonghwa mengizinkan Hongjoong masuk.

" Abang. Saya bawa Jongho sekali.

Ada perkara yang dia mahu bincangkan."

" Oh ya, Dik Jongho.

Mari, duduk.

Hongjoong sayang, buatkan air untuk kami berdua ya ? Kering pula tekak abang ni, lama benar menghadap kerja. Terima kasih. "

Hongjoong mengangguk kemudian keluar dari bilik kerja itu

" Ya, Dik Jongho nak beritahu apa ? "

" Hyung. Maaf kalau saya ganggu hyung.

Saya nak minta izin hyung untuk ubah suai bilik saya sebagai ruangan kerja dan belajar saya dan Yeosang hyung.

Sejak bersama dengan Yeosangie hyung, saya tidur sebilik dengannya. Di bilik dia.

Jadi, saya rasa ada eloknya kami guna bilik saya sebagai ruangan kerja/belajar mahupun kami simpan barang.

Ada beberapa alatan pertubuhan sukarela yang saya sertai saya bawa pulang, seperti speaker, kotak-kotak plastik isi barang dan perkakas kecil.

Tambahan pula, baru-baru ini saya meniaga kepada kelompok siswa kolej saya, saya jual hard-disk, phone cases dan set keyboards dari kedai ayah saya. Memang stoknya ada pada saya.

Itulah saya nak minta izin hyung, boleh ? "

Seonghwa mengangguk faham.

Jari serta tubuhnya direggangkan sedikit, pegal terasa kerana lama duduk menghadap komputer.

" Hyung faham. Lagipun jika ada ruang kerja atau study sendiri lebih mudah dan teratur, bukan ?

Cuma .. Kamu berdua akan modified apa-apakah nanti di bilik itu ? ", soal Seonghwa.

Pintu kembali terkuak memaparkan Hongjoong yang membawa dulang berisi air serta snek ringkas.

Dituangkan air ke dalam gelas kemudian diletakannya di hadapan Seonghwa dan Jongho.

" Jemput minum, Dik Jongho. ", pelawa Hongjoong.

Hongjoong kemudiannya beralih berdiri di belakang Seonghwa kemudian mengurut kedua belah bahu Seonghwa perlahan.

" Hehe, maaflah. Seonghwa hyung kamu ni kalau dibiarkan sengal-sengal badan tanpa urut, nanti memang akan bisa-bisa badannya sampai ke malam.

Biasalah, ketua keluarga.

Dah tualah katakan. Hihi.", kata Honjoong

Seonghwa yang sedang meneguk air itu tersedak kecil.

Seonghwa menangkup wajahnya sedikit, malu.

Dia bukan sengaja ingin menunjuk kemesraan mereka di hadapan Jongho.

" Hihihi. Tak apa, saya faham.

Baguslah Hongjoong hyung faham kehendak Seonghwa hyung.

Yeosang hyung pun macam tu juga kadang.

Geram betul bila dia diam saja, padahal nak minta urutkan badan dan kepala diakan boleh saja. Ini tahu-tahu ngiau sana ngiau sini. Sebab lenguh-lenguh badan. Hehe.

Oh ya, berkenaan soalan Hwa hyung tadi.

Ya, kami cadang nak pasang beberapa para dan kabinet kecil. Kalau boleh kami nak bawa masuk dua meja dan kerusi juga. "

" Baik, hyung izinkan.

Bila pekerja pemasangan perabot tu akan datang, jangan lupa maklumkan pada kami.

Apa-apa chat saja.

Oh, yalah Jongho !

Kenapa susah-susah saja datang berdepan dengan hyung, kan boleh saja kamu chat hyung ? "

" Hehe.

Saya ada terfikir juga, tapi nampak kurang sopan pula. Sebab saya selalu saja terserempak hyung. Lagi pula, terasa lama dah saya tak berbual dengan hyung berdua.

Oh ya, ada lagi satu perkara yang saya nak katakan.

Berkaitan .. Yunho hyung.

Belakangan ini, dia dah tak radiate energy as our golden retriever dah. Saya cuma kasihankan dia.

Saya bukannya mahu menyibuk, 

cuma kalau boleh saya nak bantu.

 Saya tak tahu bagaimana nak bantu.

Kata Yunho hyung, segala mesej dan panggilannya tak sampai kepada Mingi hyung.

Bertentangan dengan kisah saya. Mingi hyung setiap selang beberapa hari akan chat serta video call saya. Tanya khabar kami tak lupa juga terkadang ada masa dia mahu tahu tentang Yunho hyung, ada masa, dia buat tak tahu saja. "

" Oh, hyung faham.

Betullah, waktu dia di sini kamu yang paling rapat dengan dia, betul ?

Kamulah yang selalu teman dia beli barangan runcit, kemas rumah dan jaga rumah hijau tu sama-sama. 

Hyung faham niat kamu. 

Terima kasih Jongho, sebab ada niat yang baik.

Buat masa sekarang, kita tunggu dulu.

Sebab, hyung dah minta izin dengan EO tempat kerja kami supaya izinkan hyung untuk cover kerja Yunho di pejabat.

Hyung masih boleh bantu dan siapkan kerja bidang dia.

Bila hyung dah tolong uruskan kerja dia,

barulah dia boleh minta cuti dalam seminggu untuk dia pulang ke kampung.

Hyung belum beritahu dia sebab baru semalam EO luluskan usul hyung.

Jadi, sekarang ni..

.. Usaha memujuk Mingi hanya boleh dan sepatutnya dilakukan oleh Yunho saja.

Tinggal dia untuk terima cadangan hyung dan pulang ke kampung.

Dah tiga bulan mereka berjauhan tanpa khabar. Hyung pun tak sampai hati tengok. ", kata Seonghwa.

Seonghwa memegang tangan Hongjoong yang sibuk mengurutnya, dipimpin tangan itu supaya duduk di sampingnya.

" Hyung sendiri tak akan senang duduk kalau berjauhan dari Hongjoong. 

Melihat situasi Yunho, hyung sempat rasa takut."

Katanya kemudian mencium belakang tangan Hongjoong.

" Jangan pergi jauh dari abang, ya sayang ? "

ARGGHSJDYSJIEKDOFGF

(^ Bunyi hati Jongho menahan gemas)

Hongjoong tertunduk malu.

Tangannya bingkas ditarik kemudian dia menepuk bahu Seonghwa perlahan.

Papp

" Aduh, sakitlah sayang . "

" Selesaikan dulu perbincangan awak dengan Jongho ! Mengadalah abang ni ! " , marah Hongjoong.

Seonghwa dan Jongho tertawa sebaik sahaja melihat wajah Hongjoong bertukar rona merah kerana menahan malu.

" Dik Jongho jangan risau, ya.

Yunho mesti akan ambil cuti bila hyung ambil alih sementara tugasan dia di pejabat.

Peluang itu akan dia gunakan untuk balik ke desa, untuk baiki segala yang berselerak antara dia dan Mingi. "

.

.

.

.

" Saya tak mahu. Saya tak setuju.

Bukan sebab saya tak percayakan hyung untuk siapkan tugasan saya.

Tapi sebab saya tak akan balik sana.

Tempat tinggal dan kediaman saya sekarang di sini.

Dia nak merajuk, dia nak hidup sendiri.

Baik, biarkan.

Seronok sangat kat sana sampai tak balik,

entah-entah dah jumpa pengganti saya.

Biarkan dia.

Saya tak akan tunduk dengan sikap keanak-anakan dia.

Saya boleh hidup di sini sendiri,

tanpa dia.

Tiga bulan berlalu, tiada apa lagi yang perlu saya risaukan jika dia tinggalkan saya. "

Setelah berkata begitu, Yunho terus berdiri dan naik ke atas—menuju biliknya.

Seonghwa terkedu.

Gila. 

Parah.

Mereka sudah terlambat.

Tempoh tiga bulan ini bukannya menjinakkan hati Yunho sebaliknya, egoisnya semakin memuncak.

'Saya boleh hidup sendiri di sini, tanpa dia.', katanya ?

Pembohong.

Seorang pun dari penghuni teres dua tingkat ini tak akan menyetujui frasa yang Yunho ucapkan sebentar tadi.

Dialah yang paling merana.

Dialah yang mula hilang tenaga dan sumber keceriaannya.

Bagi mengubat jiwanya, dia sering pulang lewat kerana sibuk bekerja sehingga larut di pejabat. Cuti hujung minggunya juga digunakan dengan dirinya yang sibuk berkutat di pejabat.

Jika dulu, sewaktu Mingi masih tinggal di sini, dialah yang paling bersemangat untuk pulang awal dari tempat kerja.

Kini, wajahnyalah yang paling liat untuk ditemukan di rumah ini.

Mengapa dia bertindak sebegitu ?

Semua itu kerana apa ?

Kerana rumah ini, bilik mereka serta penghuni rumah ini banyak mengingatkannya terhadap Mingi.

Memori dan segala kenangan indahnya dari awal Yunho menyewa bersendirian di sini, wajah Yunho nan begitu ceria sewaktu menceritakan bahawa Mingi bersetuju untuk tinggal di sini, sehinggalah mereka berdua berada di sini. 

Tak lupa juga celoteh Mingi dan perkongsian Mingi kepada Yunho setiap kali sebelum tidur, wajah Mingi yang begitu gembira dan asyik menceritakan bahawa dia suka tinggal di sini.

Honjoong hyung, Wooyoung dan Jongho sangat rapat dengannya. Mereka menjaga Mingi dengan baik di sini.

Semua itu..

Yunho akan terimbau kembali semua perihal itu sebaik sahaja dia menapakkan kaki masuk ke rumah ini.

Dialah yang paling merana dan kehilangan sekarang .

.

.

.

.

" Seminggu ini hyung berdua tak ada.

Hyung saja nak melawat Mingi.

Yeosang tengok-tengokkan rumah, ya ?

Kamu kan sepupu hyung, sebab tulah hyung minta kamu jagakan rumah. " , pinta Seonghwa.

Yeosang mengangguk kecil.

Dia sendiri tidak pasti dengan amanat itu kerana dirinya juga sering keluar berkerja pagi dan balik menjelang senja.

" Nanti saya minta Jongho dan San pegang kunci rumah seminggu ni. Yang lain balik lewat. Mereka sajalah yang ada lebih banyak masa di rumah. "

Seonghwa dan Hongjoong mengangguk setuju.

" Yunho tahu yang hyung nak ke sana ? "

" Hyung tak beritahu. Rasanya dia boleh agak.

Sepatutnya dia yang cuti, tapi keras kepala sangat.

Lagipun, di desa nanti bolehlah hyung dan Hongjoong berehat, makan angin sekali. "

Yeosang mengangguk.

" Saya in charge masak sarapan, Jongho pulak masak makan malam. 

Makan tengah hari, haa pandai-pandailah mereka beli di luar ! " , sampuk Wooyoung.

" Ish, bisinglah. ", marah Yeosang.

" Hihi, maaflah. Saya teruja ni.

Mana tahu lepas seminggu Seongjoong hyung bercuti, balik-balik sini bawa adik. ", usiknya.

" Otak kau. ", jeling Yeosang.

Hongjoong dan Seonghwa menggeleng kecil.

Mereka sudah terbiasa dengan gurauan Wooyoung. Itulah caranya mengekspreskan sayangnya kepada orang.

" Seminggu di sana, jangan lupa kami.

Muwah. Mwah ! ", katanya lantas mengucup  pipi Hongjoong dan Seonghwa.

Kemudian dia kekal duduk di samping Hongjoong dan memeluknya.

" Mana mungkin mereka lupa.

Lagipun ini rumah mereka.

Young-ah, kalau cakap tu biar logik sikit. ", sampuk San.

Wooyoung mencebirkan bibirnya sedikit.

Seonghwa hanya tergelak menyaksikan mereka.

" Jam 8:30 nanti kami akan bertolak. "

" Baik, kami akan jaga rumah hyung . "

.

.

.

Sebelum mereka bertolak, Jongho sudah memaklumkan kepada Mingi perkhabaran Seonghwa dan Hongjoong yang ingin melawatnya.

Bukan main gembira lagi Mingi.

Diajaknya Jongho untuk ke sana sekali namun Jongho terpaksa menolak kerana aktiviti kolejnya begitu padat.

Jam tiga setengah, mereka sampai di sana.

Mereka disambut dengan cukup baik oleh Mingi.

Sebaik sahaja mereka turun dari kereta, Mingi berlari kecil ke arah Hongjoong.

Dipeluknya Hongjoong erat kemudian diangkatnya hyungnya yang lebih kecil itu.

Tak cukup dengan itu, dia memusing perlahan tubuh mereka yang masih berpelukan.

" Hyung, saya rindu !

Hyung makin cantiklah . hehe. ", pujinya.

Seonghwa turut bersalaman dan berpelukan kecil dengan Mingi.

" Terima kasih kerana sudi terima kami di sini. ", ucap Seonghwa.

" Terima kasih juga hyung berdua, sudi melawat saya. ❤😆 "

Seonghwa membalas senyuman Mingi.

Hongjoong pula tanpa sedar telah berjalan sepanjang kawasan hadapan rumah Mingi.

Begitu banyak bunga-bunga dan tanaman ringkas yang ada.

Rumahnya juga ada taman tanaman mini !

Sungguh cantik sekali !

Di sudut tepi pula dapat Hongjoong lihat beberapa pokok limau dan pokok cili.

Hongjoong membelek cili itu sekilas.

" Ya, itu pokok cili hyung. Anak pokok dia dah besar.

Biji dia saya keringkan dan jadi anak pokok baru lagi. "

" Wah ! ", bersinar mata Hongjoong.

Best.

Melihat itu, Seonghwa tersenyum sendiri.

Rasa serba salah terbit di hatinya.

Jika bukam kerana dia, Hongjoong tak akan membuat keputusan untuk menjadi suri rumah.

Dan jika dia tidak menjadi suri rumah, tiadalah dia terperuk dan penat menguruskan kerja rumah.

Kasihan dia.

Kerana itulah Seonghwa suka apabila dia melihat Hongjoong aktif ke sana ke mari, untuk melihat pokok-pokok bunga serta tanaman di perkarangan rumah Mingi.

Masih banyak lagi untuk diterokai, Mingi berjanji kepada Hongjoong bahawa esok mereka akan memusing kawasan rumah Mingi lagi.

Mingi kemudiannya menghidangkan mereka makanan dan mengizinkan mereka berdua untuk tidur di rumahnya.

" Bagasi hyung boleh letak di bilik ini.

Memang ni bilik kosong. "

Setelah mereka makan, mandi dan menyalin pakaian, mereka tidak terus berehat, sebaliknya Seonghwa terpaksa mengikut kehendak Hongjoong.

Dia begitu bersemangat untuk menjenguk ladang-ladang Mingi.

Mingi tersenyum cerah, mengiyakan.

Akhirnya, kereta pacuan empat roda khas kebun Mingi itu mereka tumpangi untuk menuju ke ladang-ladang Mingi.

Tidak begitu jauh.

Tiga bulan berjauhan dari Yunho, Mingi akhirnya memaksa diri untuk berani membawa kereta semula.

Ya, ada rasa takut dalam dirinya atas kejadian lampau.

Namun sekarang, dia perlu tahu bagaimana untuk hidup sendiri.

" Selamat sejahtera, Encik Mingi. ", sapa beberapa pekerja di sana.

" Ya, selamat sejahtera juga.

Oh, ya.

Ada tomato, petola dan peria yang sudah hampir terlebih masak dalam bakul-bakul sana tu. Nanti ambil saja ya jika mahu.

Kita nak jual pun tak boleh, tak sempat sampai pekan, dah terlampau lembik pula nanti hihi. "

Para pekerja mereka mengangguk sambil mengucapkan terima kasih.

Pemilik ladang merangkap bos mereka ini sangatlah pemurah dan baik hati.

Ada juga beberapa gerai makan beroperasi bertentangan dengan ladang, jika ada buah-buahan atau sayur-sayuran yang terlebih banyak serta hampir masak, gerai itu akan memproses dan menyajikan makanan menggunakan hasil tanaman tersebut.

Seterusnya dijual kepada pekerja.

Namun setiap hari Khamis dan Jumaat, biasanya gerai itu akan menyajikan makanan secara percuma bagi para pekerja di ladang Mingi kerana Mingi akan menanggung segala kos pada dua hari itu.

Semakin lama berada di sini, Seonghwa dan Hongjoong semakin faham mengapa Mingi sangat menyayangi ladang-ladang serta pekerjaannya.

Walaupun dia hanya tinggal untuk memantau dari jauh, kerana para pekerja sudah cukup ramai dan mahir mengendalikan pekerjaan.

Plot-plot pokok cili, terung, kacang buncis , kacang panjang serta banyak lagi sempat mereka lawati.

Ini baru ladang sayur-sayuran.

Esok Hongjoong akan mengajak Mingi untuk membawanya ke ladang buah-buahan pula.

.

.

Malam pun tiba, sempat mereka berdua menonton rancangan televisyen bersama.

Ada banyak sekali perkara yang masing-masing ingin katakan namun kondisi Seonghwa dan Hongjoong kini begitu lelah sekali.

Perjalanan selama enam jam lebih ke mari, tak lupa juga kaki mereka yang melangkah jauh menerokai ladang sayuran Mingi.

Mingi mempelawa Seonghwa dan Hongjoong untuk masuk tidur dahulu. Tampak jelas di wajah mereka bahawa mereka begitu letih.

Setelah mengucapkan terima kasih serta selamat malam, mereka mula berbaring di atas katil bilik kosong itu.

Nyaman, sejuk.

Suasana desa yang sangat mereka rindukan.

Sejanak, Seonghwa terfikir.

Bilalah kali terakhir dia dan Hongjoong pulang ke kampung halaman mereka ya ?

Lamunannya terusik apabila terasa ada sepasang tangan merangkul pinggangnya.

" Ya, sayang ? "

Hongjoong menggeserkan tubuhnya dekat ke arah Seonghwa.

Kepalanya disandarkan sedikit di bahu Seonghwa.

" Terima kasih. ", katanya.

Suara mengantuknya cukup menandakan bahawa dia sudah ingin terlena.

" Sama-sama.

Terima kasih juga atas segala pengorbanan awak selama ini, sayang.

Hari ini baru kita dapat luangkan masa di tempat senyaman ini, awh. "

Sebelum tidur, Seonghwa sempat berfikir tentang kegiatan mereka esok.

Kata Mingi, mereka akan dibawa melawat ladang buah-buahan serta kilang pemprosesan produk tanaman Mingi nanti.

'Seronoknya.

Mesti Hongjoong akan tersenyum lebih ceria berbanding tadi.', batinnya bersuara.

Nampaknya, tujuan utama mereka datang ke sini untuk memujuk Mingi sudah dilupakan begitu sahaja.

.

.

.

" Wah, tembikai ! Besarnya ! "

" Pokok belimbing ! "

" Uwoa, pokok mangga ! "

" Ayy, ada nenas ! 

Itulah antara sorakan kecil Hongjoong.

Setiap teriakan terujanya itu diselangi dengan lonjakan kecil tubuhnya ke atas dan ke bawah.

" Sukanya !

Hyung memang minat bab-bab begini !

Dulu di kampung, hyung jual cili dengan buah limau masakan tau !

Ey, rindunya ! ", kata Hongjoong girang.

Mingi tersenyum lantas memeluk sebelah bahu Hongjoong.

Kemudian Mingi berjongkok sedikit untuk berbisik di telinga Hongjoong.

" Kalau Hwa hyung buat perangai, hyung datanglah sini.

Kita healing di sini sama-sama.

Hindari 'masalah' di kota sana tu. Hihi. "

Hongjoong tahu bahawa Mingi sebenarnya memaksudkan 'pasangan bermasalahnya' di sana, Yunho.

Hongjoong tertawa kecil lantas mengangguk.

" Hmph, mesti ! "

Kemudian mereka tergelak bersama, meninggalkan Seonghwa yang kehairanan.

.

.

.

Mereka kemudiannya bertolak ke kilang pemprosesan.

Kilang ini bukanlah sepenuhnya milik Mingi.

Perusahaan kilang itu diwariskan kepada Yunho bersaudara. Bapa, ibu saudara serta para sepupunyalah yang memegang kendali atas kilang ini

Memandangkan Mingi merupakan pemilik ladang buah-buahan dan sayur-sayuran, dialah pembekal utama bahan input di sini.

Jem nenas, sos tomato, kerepek, pisang salai, serta beberapa produk lain juga menjadi pilihan utama penduduk di sekitar sini.

Setelah memakai pakaian tambahan yang menepati prosedur operasi standard seperti penutup kepala, pelitup muka, apron dan kasut but, mereka masuk ke dalam seterusnya melawat bahagian pemprosesan, aktiviti pembungkusan dan banyak lagi.

Sepanjang sesi itu, Seonghwa tersenyum bahagia melihat Hongjoong yang sentiasa beriak ceria seperti pelajar sekolah yang sedang mengikuti lawatan sambil belajar.

Mingi turut tersenyum, hari ini saudara Yunho, pengurus kilang itu sendiri yang mengetuai sesi lawatan mereka.

Menjelang senja, mereka kembali ke rumah Mingi. Hongjoong terus membersihkan diri kemudian merebahkan dirinya ke atas katil.

" Barang-barang abang letak tepi sini dulu ya, sayang. ", kata Seonghwa yang masuk ke bilik sambil menjinjit beberapa beg kertas hasil belian Hongjoong di kilang serta cenderahati Mingi kepadaHongjoong.

" Sayang ? " , panggilnya lagi.

Melihat Hongjoong yang sudah tertidur, Seonghwa menaikkan selimut ke paras bahu Hongjoong.

Dahi si kesayangan dikucup lama.

Tangannya merangkul tubuh yang lebih muda.

Tanpa sedar, air mata Seonghwa gugur.

Mengalir dan menitik membasahi wajah Hongjoong.

Hal itu berjaya membuatkan Hongjoong berasa tidak selesa kemudian terbangun dari tidurnya.

" Abang, kenapa ini ? ", soalnya cemas.

Seonghwa tidak membalas malahan dia mengeratkan lagi pelukannya terhadap Hongjoong.

Bunyi esakan kecil kedengaran.

" Abang, saya ada buat salahkah ?

Maafkan saya. ", kata Hongjoong.

Itulah.

Inilah dia yang membuatkan Seonghwa terharu, hiba, sebak, terkadang begitu gembira. Perasaannya sering berkecamuk.

Kerana Hongjoong, si buah hatinya itu sangatlah prihatin.

Sering berkorban masa, tenaga serta kegembiraannya sendiri demi menjaga kebajikan Seonghwa.

Hongjoongnya, yang sentiasa memberikan yang terbaik hanya untuknya.

Masa yang mereka luangkan di sini menyedarkan Seonghwa bahawa sudah lama dia tidak membawa Hongjoong bersiar-siar, makan angin menenangkan diri, berehat mahupun bercuti.

Hongjoong kelihatan begitu gembira sepanjang berada di sini.

Mereka juga dulu berasal dari desa terpencil.

Namun sejak Seonghwa ditempatkan untuk bertugas di bandar, Hongjoong hanya sibuk dan penat menguruskan perihal rumah.

" Hongjoong sayang abang.

Maafkan abang. ", katanya.

Hongjoong membalas pelukan itu kemudian mengusap belakang tubuh Seonghwa perlahan.

" Terima kasih, bawa saya nikmati suasana desa lagi.

Saya sayangkan awak. 

Sentiasa. "

Hongjoong membelai sisi wajah Seonghwa dengan penuh kasih.

Bibirnya mendarat di dahi Seonghwa.

" Hwa saya, sayang saya. "

Seonghwa merenung mata Hongjoong dalam.

Ya, Hongjoong memang memaksudkannya.

Tempelan kecil dihadiahkan di kening Seonghwa sebelum Hongjoong mencium bibirnya,

     Dalam.

Hangat.

.. dan ...

Penuh kasih.

.

.

.

.

// Selingan //

Mingi tersenyum sendiri tatkala melihat Seonghwa menjijit beg-beg kertas masuk ke dalam rumahnya menuju bilik tumpangan mereka.

Setelah mengunci semula booth kereta, Mingi terus menuju ke bilik air, mandi, mengganti baju kemudian bergerak ke dapur untuk memasak makan malam.

Dia cukup gembira kerana kedua hyungnya itu amat menikmati aktiviti mereka pada hari ini.

Biarlah hyung berehat dahulu, setelah siap masak nanti barulah mereka berkumpul untuk makan bersama.

Mingi akan memasak makanan hidangan kegemaran Hongjoong dan Seonghwa.

Daging perap dan ikan tiga rasa.

Tanpa sedar, Mingi turut memasak hidangan sampingan kesukaan Yunho, peria panggang.

Mingi terdiam sejenak.

Dia secara refleks akan menyediakan hidangan yang disukai si dia setiap kali hatinya begitu gembira di dapur.

Dia beriak sedih sedikit.

Sampai hati Yuyu.

Tak balik jenguk Ming di sini.

Dia tidak perlu diberitahu, dia sudah faham benar tujuan utama Seonghwa dan Hongjoong berada di sini.

Untuk memujuknya pulang ke rumah.

Namun bagi Mingi, desa inilah tempatnya.

Walau jauh dalam sudut hati Mingi dia sedar bahawa Yunho ialah rumah ternyamannya. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro