Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

9

                        “KAU rasa bos suka tak pakai jaket kulit macam ni?" soal Badri sambil dia membelek-belek jaket kulit berwarna hitam di kedai pakaian lelaki itu.

"Kenapa kau tanya? Kau nak beli untuk bos ke?" soal Criss. Seolah-olah tidak percaya sahaja. Tiba-tiba je tanya tentang kesukaan bos. Pasti ada sesuatu!

"Haah, aku nak beli untuk bos. Kau tak nampak ke mood dia selepas tahu siapa ketua H black rose tu? Aku kesian dekat bos. Mesti dia tengah kecewa sekarang. Jadi aku nak belikan jaket ni untuk dia kalau dia suka." ujar Badri. Dia memang nampak kekecewaan di wajah Andrew pada malam itu. Pasti remuk hati ketua mereka selepas tahu yang selama ini dia dipermainkan oleh isteri sendiri. Auch! I feel you bos. Entah apalah yang terjadi kepada Andrew dan Aisyah sekarang. Mungkin sedang bercakaran seperti singa jantan dan harimau betina!

Criss mengangguk kepala tanda faham. Sekilas dia menoleh ke arah kedai Watsons. Dia tergamam sejenak apabila melihat Aisyah bersama seorang lelaki berdarah Thailand memasuki kedai produk kecantikan itu. Nampak mesra sungguh! Sehingga main cuit-mencuit seperti pasangan bahagia. Ini kalau bos tahu, pasti mengamuk tak ingat dunia!

Criss mengetap bibir geram. Sampai hati wanita itu mempermainkan hati big bossnya!

"Macam mana? Okay ke tak ni Criss?" soal Badri. Namun soalan itu langsung tidak di jawab. Macam bercakap seorang diri pula. Dia mengangkat muka memandang Criss yang sedang memerhatikan sesuatu. Bahu lelaki itu ditepuknya. Criss sedikit tersentak. Terus dia menoleh memandang Badri di sisi.

"Kau pandang apa? Aku cakap dengan kau ni? Ish, ada juga yang makan kaki sekejap lagi!"

"Ish, Aku pandang tu lah! Itu bukan isteri bos ke? Aisyah?" Criss menunding jari ke arah Aisyah yang sedang meneliti produk pencuci muka itu bersama seorang lelaki tampan di sebelah. Badri ikut sama memerhati ke arah yang ditunjukkan. Dia terlopong, terkejut.

"Haah lah... siapa lelaki dekat sebelah dia tu?" soal Badri. Mula tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki tampan itu. Nampak seperti rapat sangat dengan Aisyah. Siap boleh bergurau manja sama seperti pasangan suami isteri. Sekejap main cubit lengan, selepas itu cuit pinggang. Ish! Aku pula yang panas hati melihatnya.

"Entah-entah... perempuan tu selama ni curang belakang bos?" Criss membuat andaian sendiri.

"Kau biar betul? Kalau kita main tuduh je, tak pasal-pasal minah tu bagi penampar free je dekat kita. Kau bukannya tahu tangan perempuan tu macam mana? Sekali tampar boleh herot bibir, kau tahu tak?" herdik Badri. Dia masih ingat lagi kejadian yang berlaku di gudang pada malam pertarungan itu. Dia juga salah seorang kuncu Mafia yang merasa penumbuk si Aisyah. Sampai sekarang terasa berdenyutnya. Perempuan itu bukan mudah untuk dikalahkan. Sekali tumbuk pun dah boleh pengsan, belum termasuk sepak terajang lagi!

"Habis dah macam merenyam sangat dengan lelaki tu, takkan kawan je kot? Kau tengok tu!" Criss memuncung bibir menunjuk ke arah mereka. Membuntang mata Badri apabila melihat lelaki tampan itu mencium pipi kanan Aisyah. Sah! Perempuan tu memang sengaja tikam belakang ketuanya.

"Siap cium pipi lagi!"

"Aku rasa kita kena bagitahu bos lah. Aisyah tu memang dah melampau! Bos punyalah sayang sangat dekat isteri dia, tapi perempuan tu boleh pula curang belakang bos? Memang nak kena!" Terketap bibir Badri menahan geram. Kedua belah tangannya sudah mengepal penumbuk. Meluap-luap amarahnya melihat kemesraan pasangan di kedai Watsons itu.

Alamak! Mereka mula gelabah saat melihat Aisyah dan lelaki tampan itu, melangkah keluar dari kedai Watsons. Bimbang pula wanita itu perasan yang dia sedang diperhatikan! Lantas, Badri terus menarik lengan Criss mengikutnya menyorok di belakang patung pakaian.

"Aku balik dulu ya, cayang."

"Alright. Me too. Jumpa lagi. Ingat, jangan sampai terkantoi dengan suami kau pula." ejek Chai Yang. Dia mencuit hidung Aisyah, manja. Wanita itu tergelak kecil. Setelah meminta diri hendak pergi, mereka pun sama-sama melangkah meninggalkan kedai Watsons itu. Aisyah ke sebelah kanan. Manakala lelaki itu pula melangkah ke laluan kiri.

"Cayang?" Badri dan Criss saling berpandangan. Maknanya betullah tekaan mereka. Lelaki itu adalah teman lelaki kepada Aisyah. Oh, patutlah selama ini Aisyah tidak pernah menggelarkan Andrew dengan mana-mana panggilan manja. Rupa-rupanya gelaran itu sudah dirampas oleh lelaki tak guna itu!

"Kurang ajar betul Aisyah ni! Dia gelarkan mamat bajet handsome tu sayang? Criss, kita kena bagitahu bos sekarang juga supaya dia tak tertipu lagi!"

Criss mengangguk kepala tanda setuju. "Yeah, let's go!"

















                              HAISH! Duduk sudah. Berguling-guling di atas katil pun sudah. Main game? Heh, tak ada masa dia nak main permainan yang membuang masa itu. Sekarang ini fikirannya lebih serabut memikirkan tentang Aisyah. Dah nak dekat senja pun masih belum pulang ke rumah lagi. Nampak sangat perempuan tu terlampau seronok bersama si 'cayang' itu.

"Handsome sangat ke mamat tu sampai kau lupakan aku dekat rumah ni? Kot iya pun call lah aku. Sekejap pun jadilah. Ini tidak! Ish, nampak sangat lelaki tu lebih bahagiakan dia daripada aku! Oh, sh*t I hate that!"  Berbakul-bakul bebelan daripada Andrew. Halkumnya bergerak-gerak menelan air liur. Hati kian menggelegak kecewa. Apa agaknya yang mereka sedang buat sekarang?

Tengah suap makanan? Tak mungkin. Tengah main lari-lari dekat tasik? Oh, klise sangat!

Atau mereka sedang makan aiskrim? Selepas itu ada kesan comot di bibir isterinya. Dan lelaki 'cayang' itu mengelap kesan airkrim itu dengan ibu jarinya!

"No!!" Andrew terus bangun dari katil. Semakin mahu ditahan, semakin dia tidak mampu. Bagaikan belati tajam, hatinya terhiris. Kalau dia tahu lelaki itu menyentuh Aisyah, memang aku patah-patahkan tulang lelaki tak guna tu! Cayang tak cayang!

"Dah macam orang gila dah aku sekarang. Ah, kesah apa? Aisyah tu isteri aku, suka hati aku lah nak rasa apa sekalipun! Yang penting mamat tu tak boleh sentuh dia. Kalau berani, langkah mayat suami Mafia dia dulu!" bebel Andrew seorang diri. Dia menarik nafas panjang, cuba disabarkan hati yang kian menggelegak.

Ting! Tong!

Kedengaran loceng rumah ditekan, terus mengalihkan perhatian Andrew. Pasti isterinya sudah pulang. Aku akan soal siasat perempuan tu cukup-cukup! Disenteng lengan baju T shirtnya hingga ke siku. Ingin menampakkan garang. Biar perempuan tu kecut sikit melihatnya.

Dengan langkah menderu, dia keluar daripada bilik. Miniti anak tangga menuju ke tingkat bawah dan terus ke pintu utama. Lantas, tombol pintu dipulasnya lalu ditarik laju.

"Baru kau nak balik huh?!" Keras Andrew menyoal. Tak ada ayat intro-intro dah. Terkelip-terkelip mata Badri dan Criss yang memandangnya. Terkejut apabila tiba-tiba dimarahi.

Andrew tergamam. Lah? Aku ingat Aisyah yang tekan loceng. Budak dua ekor ni mengacau je lah! Baru nak action garang sikit tadi. Andrew mengeluh kecil. "Kauorang buat apa datang sini? Kalau budak-budak H black rose ganggu lagi, kauorang pandai-pandailah settle sendiri. Aku dah penat asyik turun padang."

"Kami datang bukan sebab geng isteri bos tu." Terketar-ketar Badri bersuara.

"Habis tu?"

"Tapi... kami nampak Aisyah dengan seorang lelaki dekat Pavilion tadi. Nampak mesra semacam je."

"What?!" Andrew melangkah dengan lebih dekat seperti tidak puas hati. Badri dan Criss berundur setapak ke belakang, serentak. Kecut perut pula melihat muka tegang ketua mereka. Jarang sekali nak nampak muka bengis itu. Tertelan air liur dibuatnya.

"Siapa lelaki tu? Kacak ke dia? Kau nampak dia buat apa dengan Aisyah? Mesra sangat ke? Tell me!" bertubi-tubi soalan keluar dari mulutnya. Wajah Badri dan Criss dipandang silih berganti. Menantikan salah seorang untuk memberitahunya.

"Ka... Kami tak tahu siapa lelaki tu. Tapi dia panggil cayang."

"I hate that cayang..."Gumam Andrew, geram. Terkepal-kepal kuat tangannya saat ini.

"Lagi?"

"Dia tak adalah handsome sangat." Ujar Criss.

Andrew menjuih bibir dengan muka berlagak. "I'm know it!" desisnya. Dah agak. Dia lebih kacak berbanding lelaki itu. Aisyah sengaja berkata begitu sekadar ingin memprovokasikan dirinya.

"Dan ki... Kitaorang nampak lelaki tu..." takut pula Badri hendak meneruskan ayat.

"Lelaki tu apa?"

"Le... Lelaki tu... cuit pinggang Aisyah."

"Cuit?" hati Andrew sudah menggelegak amarah. Aku akan potong tangan yang bermain cuit pinggang Aisyah! Kau tunggu mamat cayang!

"Lepastu... dia cubit lengan isteri bos." sambung Criss pula. Makin membuak-buak angin Andrew mendengarnya. Tak mengapa, nanti aku cubit lelaki tu sampai bengkak satu badan!

"Dan... dia cium pipi Ai..."

"What?!" terus kolar baju Badri dicengkamnya. Badri terjerit kecil. Nafas Andrew mula turun naik saat ini. Air liur ditelan Badri, kesat. Menakutkan sungguh ketua mereka hari ini! Seperti singa yang sudah lama menahan lapar.

Berani sungguh mamat tu cium isteri aku. Memang nak kena belasah dengan aku si cayang tu! Ah, Aisyah pun satu. Kenapa dia boleh bagi lelaki bukan mahram itu menciumnya? Sedangkan dia sebagai suami tidak pernah dapat sedikit pun kucupan daripada Aisyah. Mana pergi adilnya?

"Macam mana dia cium isteri aku? Tunjukkan dekat aku!"

"Tun... Tunjukkan ke ceritakan bos?"

"Tunjukkan! Aku nak tengok macam mana dia cium pipi Aisyah. Senang aku nak balas dendam nanti dekat dia. Cepat tunjuk!"

Badri menelan air liur. Ah, sudah... takkan dia nak kena cium pipi ketua mereka pula? Nak tak nak, dia terpaksa juga menunjukkan demonstrasi demi Andrew. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya, lalu dihembus. Cuba untuk menenangkan diri. Lantas, pipi Andrew terus di kucup ringan.

Criss menekup mulut. Terkejut. Nak muntah lah pula...

"Dia kiss Aisyah macam tu?"

Badri hanya mampu mengangguk kepala tanda benar. Terus kolar baju Badri dilepaskan. Kasar. Mujur Badri sempat mengimbangkan diri daripada tersungkur jatuh ke lantai.

Terkacip-kacip gigi Andrew menahan amukan. "Kurang ajar betul kecayangan tu. I will kill him!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro