Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6

                         “JEMPUT minum, Tuan Megat." diletakkan secawan kopi di atas meja makan. Lelaki tua dalam lingkungan 40 tahun itu hanya mengangguk kepala. Surat khabar dilipat dan kopinya diteguk sedikit.

"Anak saya dah sampai ke?" soal Tuan Megat. Kemudian cawan kopi itu diletakkan semula ke atas meja. Dia mengerling ke arah pembantu rumahnya, Cik Sum. Wanita muda yang usianya baru 26 tahun. Kebanyakan pekerja di rumah agam ini semuanya muda-muda. Dia tidak berapa suka untuk mengambil pekerja yang sudah meningkat ke 40 tahun. Nanti macam-macam alasan mereka untuk cuti.

Cik Sum menggeleng kepala. Tadi semasa dia keluar menjenguk ke halaman, tak nampak pun kereta milik Tuan Muda. "Belum, kenapa ya Tuan?"

"Tak ada apalah, sebab semalam dia kata nak datang ke rumah hari ini. Katanya nak datang pukul 9 pagi tadi. Sekarang dah pukul 1 masih tak sampai-sanpai. Pelik."

"Mungkin jalan jem kot tuan?"

Tuan Megat mencebik bibir dan menjongket bahu. Entah. Takkan awal-awal pagi lagi dah jem? Atau Andrew terlampau sibuk di rumah?

"It's okay. Saya rasa saya nak pergi ke rumah dia sendiri." cadang Tuan Megat. Dia bangun dari kerusi.

"Tuan tak nak breakfast dulu ke?" soal Cik Sum. Bimbang pula jika big boss tak ambil sarapan pagi. Buatnya jatuh sakit nanti, apa pula alasan dia nak bagi kepada Tuan Muda Andrew nanti? Malah lelaki tua itu hanya menggeleng kepala.

"Saya tak rasa lapar pun. Tolong arahkan Encik Mat untuk siapkan kereta untuk saya. Saya nak pergi bersiap sekejap."

"Baik, Tuan Megat." Akur Cik Sum. Lantas, Tuan Megat mengatur langkah meniti anak tangga menuju ke tingkat atas. Kemudian, Cik Sum melangkah ke halaman rumah, meluru ke arah pondok sekuriti yang berada di tepi pagar. Mengarahkan Encik Mat untuk menyiapkan kereta membawa Tuan Megat ke rumah anaknya.












      

                           PERLAHAN-LAHAN kelopak mata Andrew terbuka. Mukanya berkerut saat terasa berdenyut-denyut di kepala. Apabila dia sudah tersedar, terus dia mengubah posisi kepada duduk. Anak matanya melingas ke segenap ruang tamu. Kenapa dia terbaring di atas lantai? Keningnya berkerut pelik. Manakala otaknya cuba memproses apa yang berlaku kepadanya beberapa jam yang lepas.

"Aisyah." terpacul nama itu dibibirnya. Muka laju terpaling garang ke arah dapur. Kedengaran air singki mengalir, pasti Aisyah berada di sana. Terketap-ketap gigi menahan amarah. Panas membara! Berani betul wanita itu menyerangnya dari belakang. Tak guna!

"Kurang ajar punya perempuan!" Desisnya, geram. Tanpa berlengah, dia terus bangun dari situ. Dengan langkah bengis, Andrew berjalan menuju ke dapur. Sakit hatinya melihat Aisyah yang ralit menggaul tepung untuk membuat cucuk udang. Wanita itu nampak gembira, seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Siap boleh bernyanyi kecil lagi.

Apa Aisyah sudah terlupa kesalahan yang dibuat kepadanya?

"Berani kau pengsankan aku tadi?!" keras Andrew menyoal dengan riak bengis. Air mukanya juga semakin keruh dan tegang. Bengang dengan tindakan Aisyah tadi.

Namun wanita itu hanya tersenyum menyenget. "Itu sahaja jalan terakhir yang saya ada. Siapa suruh awak degil sangat? Tapi awak jangan risau, saya tak buat apa-apa pun." ujar Aisyah dengan nada mengejek. Dia mengenyitkan sebelah matanya sebelum melangkah ke arah singki. Sayur kucai dicapainya lalu dibasuh.

"Tiada siapa yang berani serang aku daripada belakang!"

"Well... saya berani." balas Aisyah selamba. Sengaja hendak menaikkan darah lelaki itu. Makin menyirap Andrew mendengar balasannya.

"Kau... Kau memang nak mati dengan aku!" baru sahaja hendak menyerang, Aisyah terlebih dahulu memusing ke belakang sebelum menendang kuat ke perut lelaki itu.

Dan Andrew terundur ke belakang dalam keadaan membongkok. Boleh tahan senak juga perutnya diterjah begitu. Beginikah rasanya kahwin dengan sesama Mafia? Terbiasa disakiti, dia kembali berdiri tegak. Saat ini dia tidak boleh terleka mahupun alpa. Wanita itu memang licik dan pantas!

"Cukuplah, awak bukan lawan saya. Saya nak masak cucur udang. Please, jangan ganggu."

"Cucur udang kepala hotak kau!" Terlalu geram dengan ejekan Aisyah yang menganggapnya lemah. Terus dia menghayunkan tendangan ke arah wanita itu, kemudian ditepis laju oleh Aisyah. Kali ini dia akan membuktikan bahawa Aisyah yang lemah. Bukan dirinya! Pergerakan Andrew memang pantas, malah Aisyah muka diserang bertubi-tubi.

Mereka tak ubah seperti pasangan gusti. Hampir keseluruhan tapak lantai dijelajahi. Tendangan demi tendangan, malah tumbukan Andrew sentiasa cuba mengerangnya. Tanpa jemu. Namun satu pun tidak di balas. Aisyah hanya main elak-elak dan tepis saja.

Malas dia tidak mahu  menyakiti suami sendiri. Karang, ada juga yang pengsan sekali lagi di dapur!

"Stop it! Awak tak boleh lawan saya. Even saya ni perempuan!" suara Aisyah membentak geram. Sakit jiwa melihat Andrew yang bersungguh-sungguh cuba untuk menjatuhkannya.

"I don't care!" anak matanya melingas ke segenap ruang dapur. Mangkuk yang berisi tepung itu dicapai lalu dibaling ke arah wanita itu apabila tersedar peluang terbuka luas. Aisyah tak sempat mengelak. Tak semena-mena tepung itu mengena ke seluruh mukanya. Elok muka comel terus bertukar putih melepak macam hantu Jepun. Aisyah terkelu.

Andrew terdiam sejenak. Tak sampai beberapa minit, dia ketawa besar. "Padan muka kau!"

"Tak guna!" Gigi Aisyah terkacip geram. Diraba-raba kabinet di belakangnya sebelum tangannya berjaya menyentuh apa yang dicari. Kuali dicapainya dengan muka bengang lalu dibaling ke arah Andrew. Pantas Andrew melompat ke tepi. Dia agak sedikit terkejut.

"Kau baling kuali dekat aku? kau nak kepala aku bocor ke macam mana?!"

Segala barang dapur yang ada berdekatan dengannya di baling ke arah Andrew. Cawan plastik, pinggan, periuk, senduk dan macam-macam lagi dibaling bertubi-tubi ke arah lelaki itu. Geram! Sekejap Andrew mengelak ke kiri, sekejap lagi ke kanan. Mengamuk betul minah ni!

"Stop baling barang!"

"Awak yang cari pasal dengan saya dulu!" anak mata Aisyah melilau ke sekeliling. Mencari barang dapur yang masih ada untuk dibaling ke arah Andrew. Ah, tak guna! Dah habis! Sekilas anak matanya menoleh ke arah mangkuk berisi tepung gandum yang sudah dicampur dengan serbuk kunyit. Dengan pantas Aisyah mencapainya lalu dibenam mangkuk itu ke muka Andrew.

"Sedap tak cucur udang saya?" soal Aisyah dengan nada sinis.

Andrew terkelu. Habis mukanya berubah menjadi kuning. Baguslah! Seorang hantu Jepun, seorang lagi mambang kuning! Dua-dua seri satu sama.

Dia mengatup mata sesaat. Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan. "How dare you..." terketap-ketap gigi Andrew menahan geram. Kedua-dua belah tangannya mengepal kuat.

TING! TONG!

Kedengaran loceng ditekan sekali menghentikan pertarungan mereka. Serentak pandangan Andrew dan Aisyah menoleh ke arah pintu utama. Siapa pula yang datang ketika perlawanan sengit ini?

"Assalamualaikum!" suara garau itu memberi salam. Mereka terkejut.

"Papa!"

"Papa!"

Serentak panggilan itu disebut. Pandangan mereka saling bersatu. Alamak! Macam mana ni? Aisyah dan Andrew sudah mula gelabah. Dengan keadaan dapur dah macam pecah masuk dek perompak. Selepas itu, muka mereka yang bersalut tepung. Jika mereka membuka pintu dalam keadaan macam ini, tidak ke terkejut orang tua itu? Tak pasal-pasal ada yang mati sakit jantung!

"Ini semua salah kau! Kalau kau tak cari pasal dengan aku benda ni takkan jadi!" tuduh Andrew.

"Excuse me? Salah saya? Awak yang serang saya dulu! Habis punah harapan saya nak masak cucur udang hari ni kerana awak! Dah lah lemah macam sotong!" ejek Aisyah.

Andrew melopong terkejut. Sotong dia gelarkan aku? Aku punyalah gagah berlawan tadi! "How could you..."

"Papa masuk ya? Pintu tak kunci ni!" jerit Tuan Megat. Mereka semakin resah. Tiada masa nak bertekak sekarang. Ini bukan masa yang sesuai! Apabila mendengar tombol pintu dipulas, makin berdebar-debar jantung dibuatnya. Macam hantu pula yang bakal menyergah tak lama lagi.

Apa nak buat ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro