18
SEKEJAP mata mereka ke kiri, sekejap mata mereka bergerak ke kanan. Melihat Andrew yang daripada tadi ke hulur ke hilir berjalan memikirkan sesuatu. Big boss mereka memang begini. Jika memikirkan sesuatu, mesti tidak boleh duduk diam. Kalau duduk diam, otak pun sama terhenti. Bila berjalan, banyak sikit idea bernas yang masuk.
Tapi sekarang sudah hampir 1 jam berlalu. Badri dan Criss pun mula bosan. Bilalah idea nak keluar? Penat mata mereka melihat Andrew yang daripada tadi berjalan ke kiri dan ke kanan berulang kali.
Badri mengeluh kecil. Kedua belah tangannya menopang dagu. "Bos ni dah kenapa? Daripada tadi macam kucing hilang anak? Apa kata bos bagitahu je kenapa bos suruh kitaorang datang sini?"
"Shut up. I'm want to focus."balas Andrew. Dia masih lagi tidak berhenti berjalan. Kadang-kadang dia mengetuk kepala. Kenapa kosong fikirannya sekarang?
"Kalau bos nak fokus lebih baik bos jangan panggil kitaorang. Kitaorang ni tukang kacau orang sahaja." sampuk Criss.
"Betul tu. Kalau bos ada masalah, bos bagitahulah dekat kitaorang. Everything will be settle."
Andrew berhenti melangkah. Kepalanya berpaling memandang Badri dan Criss yang duduk di meja makan. "Betul kauorang boleh tolong aku?"
Badri dan Criss mengangguk kepala dengan serentak. Segera Andrew berlari menuju ke meja makan. Kerusi yang berada di hadapan mereka ditarik lalu dia melabuh punggung di situ.
"Actually, semalam aku ada jumpa dengan seorang mamat poyo dekat butik Aisyah. Aku geram sangat dengan mamat tu! Dia kata aku langsung tak ada ciri-ciri yang Aisyah suka." luah Andrew penuh geram.
"Eh, baguslah tu. Bos kan dah tak suka Aisyah?" celah Badri.
"Say's who? Aku bukannya benci tapi aku marah je. Siapa je yang tak marah kalau dapat tahu berkahwin dengan musuh? Tapi lama-lama bila aku fikir semula, aku tak boleh benci dia. Hasyai atau Aisyah, dia tetap isteri aku dan mamat squidwerd tu tak boleh rampas Aisyah!"
ujar Andrew. Sebelah tangannya menghentak meja penuh amarah.
"Habis tu bos nak buat apa?" soal Badri lagi.
Andrew tersenyum sinis. Dia bangun semula dari kerusi dan berjalan ke ruang tengah. “Tadi aku ada tengok satu rancangan. Profesor tu kata, kebanyakan wanita suka lelaki jahat tetapi dalam masa yang sama alim. Dan aku ada tanya Aisyah, sama ada betul atau tak yang perempuan suka lelaki macam tu? And dia angguk!"
"Jadi, apa yang bos nak buat?" soal Criss pula.
"I want to change my self to BadLim!" jawab Andrew penuh berlagak.
"BadLim?"
"BadLim?"
Serentak mereka bersuara. Kening Badri dan Criss berkerut tidak faham. Pandangan mereka saling bersatu. Apa maksud BadLim? Tak pernah dengar pun sebelum ini. Mereka memandang Andrew semula.
"BadLim tu apa bos?" soal Badri ingin tahu.
"Bad boy tapi alim."
"Oooo..." kepala mereka terangguk-angguk sendiri. Itu maksud BadLim rupanya. Gabungan perkataan badboy dan alim. Ingatkan nama orang cina mana tadi yang bos petik.
"Tapi macam mana bos nak jadi jahat dalam masa yang sama baik? Orang kalau nak jadi jahat, jahatlah. Mana ada pernah jahat campur baik." ujar Criss.
"Itulah yang aku asyik fikir daripada tadi. Aku patut mulakan dengan apa dulu?"
"Ha, saya tahu bos! Saya tahu!" Badri mengangkat tangan seolah-olah budak kecil yang ingin menjawab soalan di kelas.
"Apa dia?" tanya Andrew.
"Kita mulakan dengan pakaian. Sebab selalunya orang akan menilai bermula daripada pakaian yang kita pakai." ujar Badri.
Andrew menyapu dagu. Ya ke?
"Baju apa aku nak kena pakai?" soal Andrew, bingung. Setakat ini baju yang nampak alim yang dia ada cuma baju melayu. Itu pun baju tema perkahwinan dia dan Aisyah dahulu.
Badri tersenyum menyenget. "Mari kita pergi shopping, bos. Saya belanja."
"Kau belanja? Kalau promosi pun dah buat aku hampir gila apatah lagi kalau orang nak belanja. Let's go!"
DI Butik D' Aisyah, boleh tahan ramai juga pelanggan mereka hari ini. Kebanyakannya menempah pakaian pengantin dan ada juga yang menempah pakaian untuk pergi ke majlis Dato' dan Datin. Banyak sangat kerja yang mereka kena buat selepas ini. Sampaikan tiada waktu untuk mereka membawang. Shami sedang melayan pasangan lelaki dan perempuan di sudut baju pengantin. Maya pula sedang memperkenalkan reka bentuk baju baharu kepada pelanggan berpangkat Datin. Manakala, Damia pula sedang melayan pelanggan di kaunter pembayaran.
"This design memang kena dengan awak. Kami ada dua warna yang sesuai, putih dan merah. Mana yang awak nak cuba dulu?" Aisyah menayang dua pasang dress berwarna merah dah putih yang dihiasi dengan batu permata kecil di bahagian lengan dan pinggang.
"I think I nak cuba merah dulu." ujar pelanggan wanita itu.
"Sure. Nice choice. Bilik salin pakaian ada di sana." Aisyah menyerahkan dress berwarna merah kepada pelanggan itu dan menunding jari ke arah bilik yang berada di hujung sebelah kanan. Pelanggan wanita itu mengangguk kepala. Lantas dia melangkah ke bilik itu untuk mencuba pakaian yang dipilih tadi. Dress putih yang dipegang disangkut semula ke tempat asal.
Ding! Dong!
Loceng berbunyi tanda ada pelanggan baru yang masuk ke dalam butik. Aisyah menarik nafas panjang lalu dihembus. Banyak juga pelanggan hari ini sehingga tiada masa dia hendak merehatkan diri. Tak apalah, mungkin rezeki lebih hari ini. Setelah menarik nafas berkali-kali, dia memusing ke belakang ingin menyambung pelanggan yang baru tiba.
"Hai, selamat datang ke butik..." kata-kata Aisyah terhenti apabila melihat figura di depan mata. Tak berkelip matanya melihat. Mereka semua mengalihkan perhatian ke arah lelaki yang baru masuk itu. Terkesima.
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh." Andrew memberi salam yang panjang. Kelu lidah Aisyah saat ini. Dia memandang pakaian lelaki itu dari bawah hinggalah ke atas. Tak tahu nak kata apa. Pelik sungguh pakaiannya! Aisyah memandang pelanggan lain yang berada di sekelilingnya. Ada yang tertunduk menahan tawa. Ada yang sudah tergelak.
Merah muka Aisyah saat ini kerana malu.
"O... M... G... Ustaz the rock. Hilang jantung mak." ujar Shami dengan menyentuh dadanya yang berdegup kencang. Shami menggigit bibir. Hot betul suami Aisyah ni. Nasib aku lelaki, kalau perempuan dah lama aku pikat!
Makin seksi bila Andrew pakai macam itu. Habis patah tulang rusuk mak!
Tanpa menunggu masa lagi, Aisyah terus menarik tangan Andrew keluar dari butik itu. Setelah mereka jauh dari butik, barulah Aisyah memberhentikan langkah. Dia memusing memandang lelaki yang berpakaian jaket berduri berwarna hitam, berseluar jeans dan memakai serban di kepala.
"Baju atok mana awak rembat ni huh? Kenapa awak pakai macam ini?" soal Aisyah begitu geram sekali.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro