Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17

PERUT berkeroncong membawa Aisyah ke ruang bawah untuk sarapan. Aisyah mengintai ke ruang tamu apabila mendapati ruang bawah sunyi sepi. Selalunya waktu-waktu begini dia sudah terdengar bunyi Vacum. Andrew memang selalu Vacum lantai pada waktu seperti ini.

"Hey, morning." Sapa Andrew sepatah dengan senyuman lebar. Dia meletakkan pinggang berisi telur dadar di atas meja. Aisyah menoleh ke ruang makan. Haih, baik nampak dia sapa aku pagi ni? Ada apa-apa ke? bisik hati Aisyah. Lantas, Aisyah berjalan menghampiri meja makan.

"Morning. Banyaknya awak masak pagi ni."

"Of course. Aku kan pandai masak, jadi aku masaklah banyak-banyak. Lepas aku masak banyak-banyak, kau makan. Lepas kau makan, kenyang. Lepas kenyang, baru happy pergi kerja. Kan?" ujar Andrew sambil dia melangkah menuju ke dapur mengambil lagi hidangan yang ada di sana.

"Awak mengejek saya ke apa?" soal Aisyah. Lain macam sahaja ayat Andrew tadi. Tahulah aku tak tahu masak!

"Mana ada. Aku tak ejek kau. Eh, siapa nama mamat semalam tu? Ed... Ed..."

"Edward."

"Yes, si squidwerd tu. Dia pandai masak?" sengaja Andrew bertanya dengan nada mengejek. Geram betul dia dengan lelaki semalam tu. Disebabkan mamat sotong tu lah aku tak boleh tidur semalaman! Risau pula jika lelaki itu datang ke tempat kerja Aisyah sekali lagi.

Kening Aisyah berkerut, tidak faham. "Kenapa awak nak tahu dia pandai masa ke tak?"

"Sajalah. Manalah tahu lepas ni aku boleh jadi kawan dia ke? Boleh ajak pergi shopping sama-sama. Beli bawang, beli kunyit."ujar Andrew. Heh, kawan? Silap-silap jadi lawan!

"Dia tak pandai masak pun."

"Cincah!" Andrew menjuih bibir dengan mimik muka berlagak. Tak adalah hebat mana lelaki tu rupa-rupanya! Tak seperti aku, pandai masak, pandai basuh baju sendiri, siap jadi suri rumah lagi! Tambah pula, Aku seorang yang hot dan digilai ramai gadis. Memang aku ada ciri-ciri lelaki prefect ten.

"Nampaknya dia tak adalah hebat mana, kan? Cakap bukan main berlagak semalam. Bukan lawan dia konon, dia tu yang bukan lawan aku! Kalau kau cakap dia pandai masak, baru je aku nak ajak dia join master chef dengan aku. Tengok siapa lagi bagus." ujar Andrew. Jelas berbaur cemburu di ayatnya.

Aisyah tersenyum menyenget. "Takkan dengan Edward pun awak dah jealous?" soal Aisyah dengan nada mengejek. Dia menarik kerusi lalu melabuh punggung di situ. Nasi yang berada di dalam mangkuk disendukkan ke pinggannya. Andrew mula terkulat-kulat.

"Mana ada aku jealous."

"Habis tu yang awak nak sangat lawan dengan Edward tu kenapa?"

"Saja. Aku tengok mamat tu poyo sangat. Macam dia je yang handsome dalam dunia ni sampai kau tergilakan dia! Padahal tak adalah handsome mana, selipar jamban aku cantik lagi daripada dia!" ejek Andrew. Dia mendengus geram.

Aisyah senyum penuh makna. "Tapikan... saya tengok Edward tu boleh tahan juga."

"Apa maksud kau?" tanya Andrew. Cuba mengawal nada suaranya daripada tinggi. Tanpa sebarang isyarat, kerusi di sebelah kanan Aisyah ditarik lalu dia melabuh punggung di situ. Menantikan penjelasan. Serius benar mukanya.

"Yalah, Edward sudahlah tinggi, ada perangai bad boy pula tu. Bila dia lontarkan suara, hati saya ni rasa macam nak meletup awak tahu tak?"

"Suara aku hati kau tak meletup ke?"

Aisyah ketawa lucu. Alahai, cemburulah tu!

"Suara awak biasa-biasa je, macam pak cik jual surat khabar lama tu. Bosan." ejek Aisyah sekadar gurauan. Tanpa dia sedar, hati Andrew sudah mula rasa tercabar. Berani dia samakan suara aku dengan pak cik jual surat khabar lama tu?

"Saya makan dulu. Bismillah..." baru sahaja Aisyah hendak menyuap nasi ke dalam mulut, Andrew sudah menepis tangan wanita itu sehingga nasi itu terpelanting jatuh ke lantai. Aisyah sedikit terkejut. Pinggannya juga ditarik Andrew. Makanan yang terhidang di atas meja, semuanya dirampas Andrew dan dialihkan ke dapur semula.

"Eh, awak nak buat apa tu? Saya belum makan lagilah."

"Kau masak sendiri!" Bentak Andrew, geram. Aisyah ternganga. Sampai begitu sekali cemburunya? Kalau ketawa berdosa pula aku nanti.

"Kau cakap dia apa tadi? Handsome? Tinggi? Dengar suara sampai hati meletup? Kalau macam tu kau suruh dia masak. Jangan makan air tangan aku. Makan muka dia!" Andrew mendengus kasar.

"Okay fine, saya pergi cari Edward sekarang. Mana nombor telefon dia ek?" Aisyah mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Buat-buat seperti mencari kenalan bernama Edward di telefon.

Mata Andrew membeliak terkejut. Dengan segera dia mengalihkan semula makanan itu ke meja makan. "Aku gurau je, janganlah terasa. Nah, makan."

"Betul ni?"

"Iya. Aku masak memang khas untuk kau. Makanlah. Kalau kau tak makan siapa lagi nak makan, kan? Kalau kau makan muka Edward tu tak berkhasiat. Banyak jerawat. Entah berapa juta bakteria ada dekat muka dia? Nanti sakit perut." ujar Andrew. Aisyah tersenyum sinis. Tahu pun takut! Lantas telefon bimbit itu disimpan semula ke dalam kocek seluar.
Andrew menolak semula pinggan berisi nasi itu ke arah isterinya.

"Kau makanlah. Aku nak pergi bersiap." pamit Andrew. Aisyah mengangguk kepala.

"Okay."















DALAM perjalanan ke tempat kerja Aisyah, mereka berdua hanya mendiamkan diri. Nak berbual pun, tidak tahu topik apa yang ingin dibuka. Aisyah pun daripada tadi membelek telefon bimbit. Melayari laman Instagram. Haih, bosan betul! Andrew mengeluh kecil. Baik aku buka radio. Bolehlah hilangkan sedikit rasa sunyi di dalam kereta.

Tangan kiri menekan butang volume di stereng. Menguatkan sedikit bunyi muzik dari stereo.

"Sekian sahaja lagu Bidadari daripada Ismail Izzani. Dan sekarang seperti biasa, pukul 11 pagi era FM akan membuka sesi soal jawab bersama profesor pakar cinta kita. Dr. Dian! Say hi Dr. Dian." ujar penyampai radio era fm itu.

"Hai! Kita kembali lagi. Saya Dr. Dian. Atau anda semua boleh panggil saya Prof Dian." Wanita itu mula memperkenalkan diri. Andrew hanya memasang telinga mendengar perbualan diantara penyampai radio dan profesor Dian itu.

"Okay, Prof. Kita ada soalan daripada Mohamad Azim Hadri iaitu betul ke kebanyakan perempuan suka lelaki yang bad boy berbanding lelaki biasa? Dan kenapa perempuan suka lelaki yang jenis macam tu? Boleh Prof terangkan?"

"Okay, sebenarnya tidak semua perempuan sukakan lelaki yang berpewatakan jahat. Actually, yang suka perangai badboy ni disebabkan terpengaruh dengan dunia novel Mafia. Kononnya, nampak lebih romantik dan sweet. Tapi hakikatnya itu cumalah sekadar imaginasi dan tak wujud di realiti. Watak badboy yang wujud di dunia ini tidak sama dengan novel. Malah berlawan! Mereka lebih kejam dan tiada hati perut. Tapi jika benarlah, watak seperti novel ini wujud. Mereka mahukan lelaki itu seorang yang bad boy tapi dalam masa yang sama dia alim dan mempunyai hati yang baik."

"Wah, macam itu ya prof? Agak-agaknya macam mana nak jadi badboy dalam masa yang sama juga alim? Fuh. Susah tu. Apa-apa pun kita akan kembali selepas ini. Kita berehat dahulu dengan lagu terbaru yang trending di Malaysia iaitu aku budak girl. Enjoy!"

Stereo terus diperlahankan. Dia tertarik pula dengan topik yang dibincangkan tadi. Benarkah perempuan lebih suka lelaki yang jahat dan baik serentak? Dan adakah Aisyah juga inginkan ciri-ciri lelaki seperti itu?

"Ehem!" Andrew buat-buat seperti berdehem sebelum memulakan pertanyaan.

"Betul ke semua perempuan suka lelaki macam tu?" soal Andrew. Dia menoleh sekilas ke arah Aisyah yang masih leka bermain dengan telefon. Kepala Aisyah hanya teranguk-angguk. Mungkin jawapannya betul.

"So kau nak aku jadi macam tu?"

Kepala Aisyah masih terangguk seperti tadi.

"Aku boleh jadi macam itu kalau kau nak. Kau nak alim jenis macam mana? Aku boleh jadi PU. Tapi kalau kau tak nak aku jadi Pencetus ummah, pencetus fitnah pun boleh." Ujar Andrew. Kereta diberhentikan di hadapan butik D' Aisyah.

Aisyah mengangkat kepalanya. Keningnya sedikit terangkat ke atas. Lah! Dah sampai ke? Tak perasan pula. Lantas, earphone yang dipakai ditanggalkan lalu disimpan ke dalam beg tangannya. Terlampau leka mendengar muzik sehingga tak sedar yang kereta sudah berhenti. Aisyah tersengih.

"Thank you sebab hantar saya. Kejap lagi ambil pukul 5 ya. Saya balik awal hari ni." ujar Aisyah. Andrew sekadar mengangguk kepala. Lantas Aisyah keluar dari perut kereta dan melangkah masuk ke dalam butik D' Aisyah. Setelah kelibat Aisyah hilang daripada pandangannya, dia mengeluh panjang. Andrew menyandar tubuhnya di kusyen.

"Kenapa dia tak jawab soalan aku tadi ek? Agaknya dia malu kot? Perempuan mana je yang nak mengaku ciri-ciri idaman dia depan lelaki kan? It's okay, aku akan cuba sedaya upaya jadi BadLim."


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro