Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16

                      LIKE I said, househusband tu memang tak boleh diharap langsung."

Aisyah tersentak. Dia memusing ke belakang. Edward? Anak mata dijulingkan ke atas dengan mimik muka menyampah. Kenapa lelaki tu masih ada di sini? Hish! Makin bertambah serabut dalam kepala. Tanpa mempedulikan Edward, telefon bimbit dimasukkan ke dalam beg tangan semula.

Lelaki itu tersenyum sinis. Dia melangkah menghampiri Aisyah. "Kenapa dengan kereta kau?"

"Tak perlu tanya kalau awak yang pancitkan tayar kereta ni."jawab Aisyah acuh tak acuh. Aku belum bodoh lagi untuk ditipu. Kerja macam ini, kenal sangat tangan mana yang buat.

Edward hanya tersenyum menyenget. "Kalau betul pun, benda dah jadi, kan? Aku boleh tumpangkan kau, kalau kau sudi?"

"Pleaselah Edward. Saya tak ada masa nak layan perangai awak sekarang. Saya lebih rela jalan kaki daripada tumpang kereta awak." Keluh Aisyah dengan muka kusut.

"Why? Nak jaga hati suami huh?"

"Kalau ya sekalipun, tak ada kena mengena dengan awak." sinis Aisyah.

"Tapi lelaki tu takkan pernah ambil kesah pun tentang kau. Dia dah benci kau. Musuh dengan musuh, memang takkan bahagia sampai bila-bila. Just come to me, Aisyah. My heart is always open to you." Edward mencapai tangan. Aisyah dan menggenggam erat.

Aisyah pantas merentap tangannya. "Don't you dare to touch me. Aku rasa kau belum puas untuk hidup. Jadi buat cara nak hidup." terketap-ketap bibir Aisyah memberi amaran. Tidak lagi bersuara lembut. Malah panggilan kepada lelaki itu juga sudah bertukar 'aku' dan 'kau'.
Memang itu yang lebih layak!

"Hidup aku takkan puas selagi belum dapat kau. Look, Aisyah. Kita dah kenal lama. Kau kahwin dengan mamat sewel tu pun sekadar untuk balas dendam. And now I'm here. I can help you. Trust me..." sekali lagi Edward menyentuh tangannya, tetap Aisyah menepis.

"Kau merepek apa ni? Aku kahwin dengan dia ikhlas. Bukan sebab untuk jalankan dendam ayahanda. Just forget about it!" Aisyah mendengus geram. Dia membetulkan beg tangan yang tergantung di bahu sebelum melangkah meninggalkan Edward yang terkial-kial mengejarnya. Tak kesahlah ke mana sekalipun, asalkan dia tak bersama dengan Edward.

"Aisyah wait!" bahu Aisyah disentuhnya. Pantas tangan lelaki itu dipulasnya sehingga Edward terjerit kecil.

"I said. Don't. Touch. Me." Sepatah demi sepatah perkataan Aisyah menyebutnya. Kalau tak faham juga, memang sah mamat ni pekak mengalahkan badak!

Namun ada senyuman sinis dibibir Edward. Dia ketawa penuh mengejek. Dengan menggunakan sebelah tangannya, dia menolak tangan Aisyah. Lalu disilangkan ke belakang tubuh. Spontan beg tangan itu jatuh ke tanah. Tak sempat Aisyah hendak bertindak, lehernya sudah dicekup kuat. Membuatkan tubuhnya terkunci kemas. Segala yang berlaku terlalu pantas sehingga dia sendiri tidak dapat membaca gerak lelaki itu.

"Mungkin kau lupa yang kita pernah buat kerja sama-sama dulu. Jadi aku tahu setiap kelemahan kau." bisik Edward penuh sinis. Aisyah mengetap bibir geram. Meluap-luap amarahnya saat ini.

"Lepaskan aku."

"For what?"

Tiba-tiba kereta Bugatti Chiron milik Andrew meluncur di sebelah mereka. Terus Andrew keluar dari perut kereta dengan pandangan tajam. "Hei, kenapa kau sentuh isteri aku?" soal Andrew, dingin.

Spontan Edward melepaskan Aisyah. Aisyah mendengus kecil. Tahu pun nak lepaskan! Beg tangan yang berada di atas tanah dikutip semula, lantas Aisyah berlari mendapatkan suaminya. Ingatkan Andrew tak akan datang menjemputnya. Rupa-rupanya dia dah silap. Aisyah berdiri di belakang Andrew, kononnya berlindung di belakang hero dengan senyuman menyenget.

"So, kau lah househusband yang dulunya Mafia tu? Hmm?"

"Kenapa? Ada masalah ke kalau aku jadi househusband sekalipun?"

Edward menjuih bibir. "Seriously Aisyah? Kau suka lelaki yang jenis macam ni? Jenis duduk bawah ketiak isteri!" ejek Edward.

Andrew melopong. What?!

"Kau siapa nak cakap aku macam tu?"

"Jenis lelaki yang tak nampak perkasa langsung. Memasak, basuh baju, nampak sangat ciri-ciri seseorang yang lemah dengan perempuan." Ejeknya lagi.

Membuak-buak darah Andrew saat ini. Pantang sungguh bila ada yang memandang rendah terhadapnya hanya kerana dia menjadi seorang suri rumah. Bibir diketapnya geram. Kedua belah tangannya sudah dikepal-kepal kuat.

"Engkau tak kenal aku sepenuhnya lagi. Jadi jaga sikit mulut tu kalau tak nak jadi mayat malam ni."

"Oh my... So scared!" sindir Edward, buat-buat seperti ketakutan dengan ugutan Andrew. Siap ketawa lagi.

Kecil sahaja mata Andrew merenung lelaki itu dengan tajam. Ada juga yang aku jahit mulut tu karang!

"Kau fikir aku budak kecil ke nak ugut macam tu? Hmm?" soalnya dengan nada mengejek. Sebelah kening dijongketkan ke atas. Bibir Andrew terketap amarah.

"Kau..."

Shopee!

"Kau jangan..."

Shopee! Shopee!

"Kau jangan ca..."

Shopee!

"Erghh! Wait." Andrew mengeluarkan telefon bimbitnya, lalu menukar kepada silent mood. Lupa pula hari ini jualan murah Shopee. Pastilah ada banyak iklan yang masuk ke dalam telefonnya. Tak apa, kejap lagi abang shopping ya my baby boo.

Setelah itu, dia menyimpan kembali telefon bimbit itu ke dalam kocek seluar. Dia berdehem sejenak, sebelum mengangkat muka memandang lelaki itu semula.

Aisyah menjuling anak mata ke atas. Betul-betul spoil mood suami aku ni.

"Okay, sambung. Kau jangan cabar aku! Aku tak ada masa nak main-main dengan orang macam kau. By the way, nama kau siapa?"

"Ed..."

"Ah, tak penting pun. Aku tak nak kenal pun kau siapa? Tapi aku tak nak kau ganggu isteri aku lagi. Aku rasa dalam dunia ni banyak je perempuan. Bukannya seorang. Jadi, pandai-pandailah cari jodoh sendiri jangan kebas jodoh orang lain. Faham?"

Edward mengetap bibir. Dia memandang Andrew dengan pandangan tajam. Namun, Andrew hanya tersenyum sinis.

"Dah, pergi masuk kereta." arah Andrew kepada Aisyah.

"Baik, abang."  akur Aisyah dengan suara paling manja. Sengaja nak mengapikan hati Edward yang memang sudah terbakar. Kemudian, dia pun masuk ke dalam perut kereta.

"Remember, don't kacau my wife. Or I Will debik you, understand?! Nampak penumbuk ni." Andrew menunjukkan buku limanya. Sekali layang boleh patah tiga gigi hadapan.

"Penumbuk ni akan singgah kalau kau ganggu dia lagi." sinisnya. Andrew menjeling. Tanpa mempedulikan Edward, dia pun masuk ke dalam perut kereta. Lantas, pacuan empat roda itu bergerak selaras meninggalkan tempat itu.

Edward tersenyum menyenget. "Househusband tu bukan lawan aku." sindirnya. Kedua-dua belah tangannya sudah mengepal kuat. Geram dengan suri rumah itu! Dia fikir aku takutkah?
Sorry, Aku bukan jenis pengecut dan lembik seperti dia.










                

                      DALAM perjalanan pulang ke rumah tadi, mereka berdua hanya membisu. Tiada siapa yang ingin memulakan bicara. Kalau nak diikutkan, dalam kepala otak Andrew saat ini banyak sahaja soalan yang dia ingin tanya. Tapi entah mengapa tiba-tiba rasa segan. Takut Aisyah syak yang dia mula ambik peduli pula. Sedangkan dulu dia sendiri pernah kata yang dia tidak akan ambil peduli langsung tentang wanita itu.

Tiba sahaja di rumah, Aisyah terus ke bilik air membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak.

Andrew pula hanya duduk di atas katil, sambil membelek surat khabar lama. Nak tanya ke tidak? Nak tanya ke tidak? Berkali-kali dia mengulangi soalan itu di dalam hati.

Kalau aku tanya, nanti dia kata aku bizzy body. Tapi kalau aku tak tanya, aku sendiri yang rugi! Manalah tahu mamat kerek tadi tu bekas teman lelaki dia?

"Awak dah kenapa?" tegur Aisyah. Lamunan Andrew terhenti. Terpinga-pinga dia mengangkat wajah memandang Aisyah yang sudah selesai menunaikan solat. Telekung dibuka, lalu disangkut kepada ampaian kecil.

"Tak. Mana ada apa-apa."

"Ya ke? Daripada tadi asyik pegang surat khabar tapi tak baca pun."

"Siapa kata? Aku bacalah." Andrew menjeling. Dia mengangkat surat khabar.

Aisyah sekadar menjongket bahu. Malas dia nak layan. Surat khabar pun pegang terbalik tapi dia abaikan sahaja dan terus ke meja solek.

"Ehem! Ehem!" Andrew buat-buat seperti berdehem. Cuba untuk bertenang seketika. Relaxlah, kau nak tanya je pun bukannya nak ajak berperang? Bisik hati Andrew.

"Siapa lelaki tadi tu? Ex boyfriend kau ke?" soal Andrew dengan nada serius.  Anak matanya masih tertumpu di dada akhbar harian. Namun, tiada satu patah perkataan pun yang masuk ke mindanya. Cuma sekadar nak berlagak macho di hadapan isteri sendiri. Dia tak naklah nampak cemburu di mata Aisyah.

Dan Aisyah hanya membalas dengan gelengan. Losen pelembap kulit itu disapukan ditangan kiri dan kanan.

"Bukan." sepatah sahaja jawapan yang keluar dibibir Aisyah.

Andrew mengetap bibir. Jelas tidak puas hati dengan jawapan wanita itu. Surat khabar ditutup dengan kasar, lalu dilemparkan sahaja ke tepi. Lantas, dia memusing menghadap tubuh belakang Aisyah yang sedang duduk di hadapan meja solek.

"Bukan? Itu je jawapan yang kau ada?"

"Habis tu? Awak nak saya jawab apa?"

"Dia ke A.A tu?"

"Nama dia Ash Edward, jadi A.E. bukan A.A."

"Manalah tahu masa dia tulis tu, dia silap eja? Typo?"

Aisyah hanya menjongket bahu. Entahlah. Dia memang tidak tahu hadiah dari A.A tu siapa? Kalau betul Edward, dia memang nak kena! Sengajalah tu nak menakut-nakutkannya. Dia ingat aku ni budak kecil ke nak takutkan dengan benda-benda macam tu?

"Edward tu... pernah suka kau ke?"

Aisyah mengangguk kepala.

"Kau suka dia balik?"

Aisyah mencebik bibir sebagai jawapan. Siap menyapu losyen, dia lantas bangun dan melangkah keluar dari bilik ingin menuju ke dapur. Tiba-tiba tekak terasa kering pula. Tinggal Andrew seorang diri di dalam bilik.

Hilang sahaja kelibat isterinya, terus bantal busuknya ditumbuk berkali-kali. Melepaskan geram yang terbuku dihatinya sejak tadi. Benci! Benci! Benci!

Selepas cayang, Edward pula yang muncul! Makin serabut kepala dibuatnya. "Kurang ajar punya Edwerd! Berani kau suka dekat bini aku? Kau memang nak kena ajar dengan aku cukup-cukup! Kau fikir dengan ketampanan tu boleh curi hati Aisyah? Pigidah! Aku akan jadi suami perfect ten di hati Aisyah. Just wait and see!"

By the way, jemputlah follow jika sudi
tiktok.com/@cik_zalikha

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro