
15
DI kediaman rumah banglo Ayahanda, Chai Yang memarkir kereta Honda miliknya bersebelahan dengan kereta Alphard. Dia keluar dari perut kereta, lalu terus meluru masuk ke dalam rumah agam itu. Setiap pekerja yang terserempak dengannya, pasti akan menunduk hormat dan menyapanya. Anak big bos lah katakan.
Dia berpaling ke tepi. Memandang Ayahanda yang duduk diruang tamu sambil menikmati hidangan ringan petang di sana. Lantas, kaki diatur menuju ke arah Ayahanda.
"Aku harap kau datang sini ada berita baik untuk aku." Ayahanda bersuara. Bibir kering itu mengukir penuh sinis. Sebelum diangkat memandang Chai Yang yang sudah berdiri di tengah ruang tamu. Secawan teh diatas meja dicapai, lalu dihirupnya perlahan-lahan.
"Just forget about it. Aisyah takkan buat apa yang ayahanda suruh." keras Chai Yang.
Cawan teh itu diletakkan semula ke atas meja.
"Apa kena dengan kauorang berdua ni huh? Aku kahwinkan Aisyah dengan Andrew bukan untuk jadi sepasang suami isteri yang bahagia tapi..."
"Yeah, I know. Tapi untuk rosakkan hidup lelaki tu. Sorry, aku datang sini bukan nak rosakkan minum petang kau, tapi aku cuma nak bagitahu yang Aisyah takkan buat apa yang kau nak. Andrew tu suami dia. Dia takkan mampu nak balas dendam macam apa yang kau rasa sekarang ni. Aku nak kau stop plan bodoh ni!"
"Habis kenapa dia setuju untuk kahwin kalau dia tak mampu buat apa yang aku suruh?!" Soal Ayahanda. Nada suaranya mula meninggi. Spontan dia bangun penuh amarah dengan nafas Menderu. Geram!
"Sebab dia tahu kalau dia tak kahwin dengan Andrew, kau akan upah orang lain untuk musnahkan lelaki tu."
Ayahanda menjuih bibir. "Kalau ya pun aku buat semua tu, apa kena mengena dengan dia? Kau dengan Aisyah sama sahaja tak boleh diharap. Sebab tu lah aku call Edward! Dia lebih arif untuk settlekan semua ni."ujar Ayahanda.
Chai Yang terlopong. Terkejut. Matanya tak berkelip memandang Ayahanda. Seolah-olah tidak percaya tentang apa yang didengarkan tadi. Ayahanda rupa-rupanya yang hubungi mamat tak guna itu! Patutkah tiba-tiba muncul semula.
"Patutlah Aisyah bagitahu aku yang Edward ada ganggu dia di butik tadi. Rupa-rupanya kau yang bagitahu dia?"
"Yes. Sebab lelaki tu akan buat apa yang aku suruh. Bukan macam Aisyah! Kalau perempuan tu tak boleh buat apa yang aku nak, maknanya mereka kena berpisah. Aku tak nak ada keturunan daripada lelaki sial tu!" bentaknya.
Namun, Chai Yang menjeling menyampah.
"Kau fikir Edward tu boleh dapatkan Aisyah semula huh?" soal Chai Yang penuh sinis.
Ayahandanya tersenyum menyenget. Dia kembali melabuh punggung di atas sofa. Sebelah kakinya disilangkan ke atas paha kiri penuh berlagak. " Edward mungkin tak boleh dapatkan Aisyah semula. Tapi lelaki tu lebih hebat daripada househusband bodoh tu."Ejeknya.
“I balik dulu you all's! Hati-hati, anak dara tak elok lama-lama waktu malam macam ni. Nanti kena sambar dek harimau." ujar Shami sengaja hendak menakut-nakutkan mereka sambil berjalan menuju ke arah kereta Myvi berwarna merah jambu yang terparkir bersebelahan dengan kereta BMW milik Aisyah.
Aisyah hanya menggeleng kepala bersahaja. Dia ketawa kecil. Ada ke harimau yang berani terkamnya? Silap-silap patah gigi harimau tu dia kerjakan terlebih dahulu. Setelah siap mengunci pintu butik itu, dia pun melangkah ke arah kereta.
"Yalah mak Oii... yang kena jaga-jaga tu kami, engkau tu tak apalah. Harimau takut nak terkam." sindir Maya dengan gelak tawa nakal. Damia juga turut ketawa.
"Haah, betul tu. Kalau harimau tu terkam kau, tak pasal-pasal dia muntah balik." sambung Damia pula. Mereka ketawa lagi. Sampai nak terkeluar anak tekak mereka ketawa bagai nak gila. Bab mengusik Shami ada sahaja!
Shami mengecilkan anak matanya merenung dua orang wanita itu. Ish, kecik besar kecik besar je mak pandang! Tumbuk kang, tak pasal-pasal rongak gigi tu. Ingat aku ni lembik sangat ke?
"Hei, mulut korang ni memang tak ada insurans kan? Aku tinggal kauorang dekat sini baru tahu! Dah lah tumpang kereta mak!" herdik Shami, geram. Dia menjeling meluat. Kebiasaannya, mereka memang akan pulang bertiga. Maklumlah, rumah sebelah-menyebelah sahaja jadi mereka tumpang kereta sekali.
"Alaa... sorrylah, mak. Kitaorang gurau je." rayu Damia dengan rengek suara gediknya.
Shami mendengus kecil. "Nasib baik kau minta maaf, kalau tak aku tinggalkan je. Heh! Cepatlah masuk kereta. I nak balik cepat ni, nak layan drama Korea! My Shuben dah tunggu."
"Baik mak!"
"Baik you!"
Balas Damia dan Maya serentak. Kemudian mereka berpaling memandang Aisyah di sebelah.
"Kitaorang balik dulu ya, bos." pamit Maya. Aisyah mengangguk kepala. Lantas, Damia dan Maya pun masuk ke dalam perut kereta.
"Hati-hati ya you. Kalau ada harimau, jerit je nama Shuben. Insyaallah dia datang macam capten America."
"Ish, kau ni ada-ada je lah! Pergi balik tu!"
Shami tersengih-sengih seperti kerang busuk. "Kirim salam dengan hot daddy ek. Bye! Muah!" dilemparkan flying kiss ke arah Aisyah, lalu Aisyah membalasnya kembali dengan mencampakkan flying kiss itu jauh-jauh daripadanya dengan gelak tawa senda. Nampak dekat Andrew, mahunya dia ingat jantan mana yang ingin mengorat isterinya malam-malam buta begini!
Lantas, Shami juga masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan, lalu pacuan empat roda itu bergerak selaras meninggalkan butik D' Aisyah. Kini tinggal Aisyah seorang sahaja di situ. Dia pun harus pulang segera. Nanti apa pula Andrew fikir.
Pintu pemandu ditariknya. Sekilas dia terpandang tayar hadapan kereta yang bocor. Mata Aisyah membulat terkejut.
"Ya Allah!" pintu ditutup semula. Baru dia sedar keempat-empat tayar keretanya bocor. Siapa punya angkara ni? Memang tak guna betullah! Sudahlah dia tidak bawa tayar spare.
"Ish, kurang ajar betullah!" maki Aisyah tidak puas hati. Dia mencekak pinggang seketika. Sekilas dia menoleh memandang segenap kawasan itu yang kini sunyi sepi. Nak minta tolong pun, tiada kenderaan lain yang lalu lalang disini waktu tengah-tengah malam. Aduhai...
Nampaknya, dah tiada cara lain lagi selain hubungi Andrew. Tapi malulah pula nak minta tolong dengan dia. Eh? Buat apa nak malu? Dia suami kau Kut? Bicara hati Aisyah sendiri. Kepala digelengnya. Lantas, dia mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya. Jari-jemari tangkas mendail nombor telefon lelaki itu, lalu dilekapkan pada telinga.
"He... Hello?" ah, sudah... kenapa aku tiba-tiba sahaja jadi gagap?
"Hmm... Apa dia? Kenapa kau belum sampai rumah lagi? Selalu time macam ni dah sampai?" ujar suara garau di dalam talian itu. Aisyah tersengih.
"Saya ganggu awak ke?"
"Tak adalah. Aku tak buat apa pun. Kenapa?"
"Tayar kereta saya bocor. Awak jemput saya boleh?" pinta Aisyah. Dia menggigit bibir menahan malu. First time minta tolong dengan suami. Namun, tiada sebarang balasan di sana. Kening Aisyah bertaut pelik. Sekilas dia menatap skrin telefon, manalah tahu jika lelaki itu sudah menamatkan panggilan. Namun, pengiraan masa tetap berjalan menandakan dia masih dalam talian.
"Hello? Awak dengar tak? Kereta saya bocor ni, saya nak minta tolong awak jemput saya dekat sini. Nak call grab pun..."
Tut!
Panggilan terus dimatikan oleh Andrew. Aisyah tergamam. Skrin telefon yang sudah gelap ditatapnya. What?!
"Dia tutup?!" terkacip-kacip gigi Aisyah menahan geram. Buat bazir kredit aku sahaja call dia!
"Ingatkan nak balas, ya sayang tunggu abang sekejap ya? Nanti abang sampai. Abang takkan biarkan isteri abang seorang diri. Wait for me ya sayang? Tapi tak! Erghh!" Aisyah mendengus geram. Rasa nak campak sahaja telefon ini ke tanah. Biar berkecai macam hati aku yang tengah berkecai sekarang! Ada suami pun tak boleh diharap!
"Like I said, Househusband tu memang tak boleh diharapkan langsung." sampuk suara garau itu menyentakkan Aisyah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro