13
SELESAI membersihkan rumah, kemudian Andrew memasukkan pula pakaian kotor ke dalam mesin basuh. Sementara menunggu pakaian siap di basuh dan kering, dia duduk sebentar di sebuah kerusi yang ada di situ. Keluhan kecil dilepaskan lembut. Penat juga bila jadi househusband. Baru dia tahu penat lelah arwah mamanya menjadi seorang suri rumah dahulu. Pagi, petang dan malam tetap berkerja. Inilah salah satu sebab mengapa dia memilih untuk menjadi suri rumah lelaki.
Jika nak diikutkan, dia sebagai seorang lelaki lebih layak bekerja. Lebih nampak cool dengan memakai kot. Malah orang lain pun akan menyanjung tinggi kepadanya. Tapi dia lebih minat untuk duduk didapur dan memasak. Melihat wanita itu memakan air tangannya, membuatkan dia terasa lebih bahagia dan ceria. Dapat meringankan beban isteri ibarat satu hadiah buatnya.
Andrew tersenyum.
Ting! Tong! Ting! Tong! Tok! Tok! Tok! Ting! Tong!
Lamunan Andrew terhenti. Ketukan pada pintu dan loceng berbunyi silih berganti bibir Andrew terketap geram.
"Siapa pula yang tekan loceng macam nak mati tu? Hish! Nak tenang sekejap pun tak boleh!" bebel Andrew. Dia terus bangun dan berlari ke arah pintu. Kalau loceng tu rosak lepas ni, memang aku cincang dia buat makan petang!
Nafas ditarik dalam-dalam. Sabar, Andrew. Cool. Dengan perlahan-lahan dia memulas tombol pintu.
"Bos!"
"Bos!"
Criss dan Badri terus menerpa ke arah Andrew. Riak wajah mereka jelas kelihatan resah semacam. Mereka membelek-belek lengan lelaki itu, konon hendak mencari kesan lebam jika ada. Malam semalam, mereka tidak dapat tidur dengan lena. Bimbang jika big boss mereka kena belasah dengan isteri sendiri. Mesti teruk kalau kena!
"Eh, eh korang kenapa ni?!" soal Andrew. Dia menepis kasar tangan mereka yang meraba-raba lengannya. Rimas! Tajam anak matanya menikam ke arah Badri dan Criss silih berganti.
"Apa yang Hasyai dah buat dekat bos semalam? Mesti dia mengamuk lepas tahu perbuatan jahat dia dah terbongkarkan bos?" soal Badri, resah. Criss mengangguk laju tanda setuju.
"Mesti bos kena belasah teruk semalam. Maaflah bos, kami tak terfikir pun yang bos akan kena pukul dengan Hasyai." sampuk Criss pula.
Kening Andrew berkerut tidak faham. Mengamuk? Pukul? Apa yang mereka merepek ni?
"Kau orang cakap..."
"Syhhhh!" Pantas jari telunjuk Criss dan Badri melekap di bibir Andrew. Tidak benarkan lelaki itu berkata apa-apa. Mereka tahu, Andrew terlampau baik. Setiap perbuatan jahat Aisyah, lelaki itu tetap ingin membela. Wahai bos, mengapa engkau terlampau berlembut hati dengan isteri yang sebenarnya musuh ketat geng Mafia?
Mata Andrew berkelip-kelip memandang mereka. Dia kaku.
"Cukuplah bos, kami dah faham. Bos mesti tak nak buka aib Aisyah, kan? Kami tahu bos terlampau kecewa bila dapat tahu yang Aisyah selama ni curang belakang bos." ujar Badri.
"Kalau bos rasa sedih, kitaorang nak bos tahu yang kami tetap ada di samping bos. Bos jangan risau, lelaki cayang tu tak handsome mana pun. Muka dia macam baru lepas kena langgar tembok! Tapi bos tak macam dia, muka bos ibarat apron hello kitty yang bos pakai sekarang ni. Cute gitu!" celah Criss sambil dia membelek-belek apron berwarna pink corak hello Kitty yang dipakai oleh Andrew.
Andrew mendengus geram. Siapa kata aku tengah bersedih sekarang? Tangan mereka berdua ditepis kuat. Lantas, dia menolak kepala Badri dan Criss ke tengah, melanggar dahi sesama sendiri. Mereka mengaduh sakit.
"Aduh! Apa ni, bos?" soal Badri tidak puas hati sambil dia menggosok-gosok dahi yang berdenyut.
"Dah sedar huh?" soal Andrew dengan nada mengejek. Puas hati dia melihat kepala mereka yang mula benjol. Itulah, fikir yang bukan-bukan lagi!
"Sejak bila pula aku ni tengah sedih huh? Kauorang ada nampak mata aku merah ke sekarang ni? Ada nampak badan aku kurus ke sebab depression? Tak ada, kan?!" suara Andrew mula meninggi, geram.
"Habis takkan bos tak cemburu dengan Aisyah?" tanya Criss, bingung.
"Untuk apa aku nak cemburu? Tak ada masa lah!"
"Bos tak cemburu?" kening Badri berkerut. Pelik. Takkan bos langsung tak cemburu dengan isteri yang menjalinkan hubungan dengan lelaki lain? Entah-entah bos dah kena mandrem dengan Aisyah? Dia mula gelabah. Tangan kanan Andrew terus ditarik dan digenggam.
"Bos dah kena buatan Aisyah ke?"
"Buatan apa pula kau cakap ni?"
"Entah-entah dia dah bagi bos makan nasi kangkang? Criss, aku rasa kita kena bawa bos pergi jumpa ustaz!" ujar Badri. Dia memandang Criss di sebelah.
"Okay, jom! Aku bawa kereta!" ajak Criss. Tanpa sebarang isyarat terus Badri menarik tangan Andrew mengekornya ke arah kereta Honda yang terparkir di hadapan pagar rumah miliknya. Dia rasa Andrew dah terkena buatan jahat Aisyah, sebab itulah dia tiada rasa cemburu langsung terhadap wanita itu. Kurang ajar punya Aisyah!
"Ish, apa kauorang ni? Kauorang nak bawa aku pergi mana?"
"Jumpa Ustaz. Bos kena pergi rawat dengan segera. Saya rasa bos dah makan nasi kangkang si Aisyah, sebab tu bos jadi bodoh macam sekarang."
"Siapa bodoh?"
"Bos!"
Membuntang mata Andrew apabila dirinya digelar bodoh. Nak kena betul budak dua ekor ni! Dia pantas memberhentikan langkah. Membuatkan langkah Badri dan Criss turut ikut untuk berhenti. Lantas, dia terus menarik Badri memusing menghadapnya lalu...
Pang!
Diayun penampar berbisanya ke pipi lelaki itu dengan kuat. Biar sedar sikit!
Terkelip-terkelip mata Badri memandang muka tegang bosnya. Terasa seperti baru sahaja sedar dari mimpi yang lena selepas mendapat tamparan si jejaka itu. Pantas tangan Criss naik menekup mulut. Terkejut.
"Nasi kangkang apanya? Si Aisyah tu tak tahu masak pun! Yang dia tahu masak cucur udang, itupun tengok resepi Google! Dia tu tekan periuk nasi pun fikir nak tekan dekat mana? Inikan pula nak buat nasi kangkang!"herdik Andrew. Turun naik nafasnya ketika ini. Pantang sungguh jika seseorang itu menuduh isterinya tanpa bukti yang kukuh. Cukuplah dia sudah salah faham semalam tentang hubungan Aisyah dengan Si Chai Yang itu semalam. Dia tidak mahu mengulangi benda yang sama. Yang makan penampar wanita itu, aku juga!
"Oh, dia tak reti masak ek?" Badri tersengih-sengih menampakkan gigi sambil tangannya menggosok belakang kepala. Andrew menjeling.
"Tapi manalah tahu dia buat cucur kangkang ke dekat bos?"
"Kau nak kena tampar dengan aku lagi sekali huh?"
"Tak nak! Tak nak!" pantas Badri menggeleng kepala. Dia mengundur setapak ke belakang dengan langkah yang besar. Takut pula tangan lelaki itu hinggap ke pipinya lagi sekali. Perit rasanya!
Andrew mendengus kecil. Tahu pun tak nak!
"Tapi bos... kenapa bos tak cemburu pula? Takkan bos langsung tak marah dekat Aisyah? Dia dah tipu bos banyak kali kut?" sampuk Criss.
Lelaki itu mengeluh perlahan. Dia mengatup mata buat beberapa minit. Nafas ditarik sedalam-dalamnya, lalu dihembus. "Dia tak curang pun."
"What?!" Jatuh rahang Badri dan Criss mendengarnya. Tak curang? Habis siapa lelaki yang dipanggil cayang itu?
"Lelaki tu nama dia 'Chai' 'Yang' jadi Aisyah panggil dia cayang. Bukan sayang!"
"Chai Yang? Kenapa nama lelaki tu pelik sangat bos?" soal Criss bingung. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
"Manalah aku tahu! Kau tanya aku kenapa? Kau tanyalah mak bapak si cayang tu! Dan lelaki tu sebenarnya abang susuan isteri aku. Sebab tu lah diaorang boleh sentuh." ujar Andrew menceritakan semula identiti lelaki bernama Chai Yang itu kepada mereka supaya tiada lagi salah faham.
"Oooo..." terangguk-angguk kepala mereka sendiri. Barulah mereka tahu siapa mamat tu. Abang susuan rupa-rupanya.
"Lepas ni aku tak nak kauorang buat cerita lagi tentang isteri aku kalau nampak Chai dengan Aisyah. Disebabkan salah faham kauorang lah aku dapat penampar free semalam! Nasiblah aku dapat sekali dengan free gift." bentak Andrew dengan maksud yang tersirat. Cuma dia sahaja yang tahu maksud free gift itu. Bila teringatkan semula, tiba-tiba bibirnya tersenyum nakal. Hidung pula bertukar merah. Malu.
"Free gift? Untuk bos je ke?" soal Badri. Terus senyuman dibibir Andrew mati. Dia merenung tajam ke arah Badri.
"Untuk aku je. Untuk Kauorang cari sendiri!" keras Andrew. Anak mata dijulingkan ke atas. Menyampah.
Mereka mencebir bibir. Mana aci jika bos sahaja yang dapat free gift! Tapi tak mengapa, nanti mereka cari sendiri saja. Sesekali mereka memandang apron hello kitty yang dipakai Andrew. Ini kalau musuh nampak, jatuhlah nama geng Mafia!
"Bos tak ada apron lain ke?" tanya Criss.
"Apahal? Ada masalah ke dengan apron aku?" soalan dibalas soalan. Dingin suara Andrew saat ini. Dia tidak suka orang lain mempertikaikan pakaiannya. Lebih-lebih lagi apron kesayangan ini. Arwah mama yang beri.
Lengan bajunya yang panjang disenteng hingga ke siku. Sengaja tunjuk gaya garang.
Mereka pantas menggeleng kepala menafikannya. "Eh, mana ada masalah. Cantik! Kena sangat dengan imej bos yang Aumm gitu! Ini kalau musuh nampak, dia lari berdesup macam nampak big boss paling gerun di dunia!" puji Criss. Bukan main melambung tinggi lagi ayatnya. Ah biarlah, asalkan bos sedap mendengar.
Andrew tersenyum berlagak. "Tahu tak apa."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro