12
"BAIK, Naura. Awak tunggu saya datang. Lagi lima belas minit saya sampai, ya? Okay, bye. Waalaikumsalam." Panggilan ditutup. Helaan nafas panjang dilepaskan. Haih, pagi-pagi lagi mood nya sudah kacau! Baru dia nak ceria sedikit pagi ini, tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada pekerja perempuannya di butik yang mengadu tentang pelanggannya tidak berpuas hati dengan reka bentuk terbaharu yang dibuat sendiri oleh Aisyah.
Entah apa yang tak kena dengan baju yang dibuat. Bagi aku, semuanya dah cukup cantik. Gaun putih yang dihiasai dengan manik kristal. Tapi nak buat macam mana? Memang prinsip di dunia ini adalah customer is always right. Jadi aku kena terima semua pendapat mereka. Nak tak nak, dia terpaksa bertolak awal ke tempat kerja kerana ingin berhadapan sendiri dengan pelanggan cerewet itu!
"Haih, macam-macam..." Gumam Aisyah. Dia memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan itu. Lalu dibawa bersama keluar dari bilik, miniti anak tangga menuju ke tingkat bawah. Sampai sahaja diruang tengah, dia menoleh sekilas ke arah dapur. Dilihat Andrew yang sedang lincah memasak nasi goreng di sana. Aisyah tersenyum menyenget. Entah mengapa setiap kali dia melihat lelaki itu mengenakan apron hello kitty itu kelihatan comel sekali.
Geram pula aku tengok!
"Awak, saya pergi kerja dulu ya? Ada customer nak jumpa."
"Huh?" Andrew menoleh ke belakang. Sekilas dia menunduk memandang jam di pergelangan tangannya. Baru pukul 9 pagi, takkan hendak pergi sekarang? Awalnya!
"Kau tak nak makan dulu ke?"
"Saya dah lambat. Tak apa, nanti saya makan dekat sana aje. Bye." pamit Aisyah.
"Eh, ke... kejap!" kelam-kabut Andrew mematikan api dapur. Penat-penat dia masak, takkan Aisyah hendak makan di kedai pula? Dia mencapai Tupperware berwarna biru yang berada di rak. Lalu dia menyenduk nasi goreng di dalam kuali itu ke dalam tupperware miliknya.
Tanpa mempedulikan Andrew, Aisyah meneruskan langkah ke pintu utama. Dia menyarung stiletto hitam di kaki, lantas meluru ke arah kereta BMW yang terparkir di halaman rumah. Pintu hadapan kereta dibuka, baru sahaja dia ingin masuk ke dalam perut kereta. Anak matanya terpana seketika melihat kotak hadiah yang ditinggalkan di hadapan pagar rumah. Sepasang kening itu mula berkerut-kerut pelik.
"Apa benda pula tu?" Pintu kereta ditutup semula. Aisyah melangkah menghampiri pagar besar rumahnya. Dia membongkok mencapai kotak hadiah bersaiz sederhana itu. Dibelek depan dan belakang kotak itu, curiga pula dia lihat. Sekeping kad yang terselit di atas kotak itu dicapainya.
"To lovely Aisyah from A.A."
A.A? Jantung Aisyah mula berdegup laju. Matanya membulat. Tak mungkin! Tanpa sabar dia membuka kotak hadiah itu ingin dilihat isi di dalamnya.
"Ya Allah!"
Suara cemas Aisyah menyentakkan Andrew yang berada di dapur. Terlalu terkejut sehingga dia terus berlari keluar bersama senduk yang masih digenggam ditangan kanannya. Tanpa memakai kasut, dia terus berlari sepantas kilat ke arah Aisyah.
"Kenapa ni?"
"Awak!"
Membuntang mata Andrew saat wanita itu tiba-tiba memeluknya dengan erat sekali. Tak terasa nafas berlalu. Jantung pula apa lagi? Terus berdegup dengan kencang. Automatic kedua-dua belah tangan Andrew terangkat ke atas. Dia terkesima buat sejenak. Tak berkedip matanya saat ini.
"Ap... Apa kena ni? Kenapa dengan kau?" Kalut Andrew menyoal. Perlahan-lahan tangannya jatuh ke bawah, membalas pelukan isterinya. Ada kala dia menggosok tubuh belakang Aisyah, cuba menenangkan perasaan wanita itu yang kelihatan ketakutan.
"Tu... Tu! Saya tak suka benda tu! Saya geli, tolong buangkan!" Jari telunjuk Aisyah menggigil saat menuding kepada kotak yang ternganga dihujung kaki. Wajahnya masih melekap di dada lelaki itu. Tak berani dia ingin menoleh memandang benda yang sungguh menggelikan itu. Jijik!
Walaupun masih tak mengerti, perlahan-lahan Andrew menunduk melihat kotak yang sudah terbuka luas. Ada tompokan darah berwarna merah pekat yang mencomotkan keseluruhan dinding kotak. Terpalit dan meleset kotor tanpa sebarang corak yang difahami. Dan apabila isinya ditatap tepat, serta-merta Andrew ternganga.
Bangkai burung?!
Bau hanyir yang menusuk kuat ke hidung begitu meloyakan. Tak tertahan busuknya! Andrew masih lagi terkaku.
"Awak!"
Andrew tersentak. Dia menunduk memandang wajah Aisyah. "Cepatlah buang benda tu!"
"I... I can't..."
"Kenapa tak boleh pula? Awak lelaki, kan? Takkan pengecut kot? Kata ketua Mafia!"
"Habis kenapa kau sendiri tak buang je benda alah tu?"
"Saya geli Plus saya tak suka burung! Saya fobia dengan haiwan tu." rungut Aisyah. Entah mengapa dalam-dalam banyak benda yang menakutkan dalam dunia ini, burung juga yang dia takutkan. Ini semua disebabkan peristiwa pahit yang menimpanya sewaktu kecil dulu. Membuatkan dia fobia sehingga sekarang terhadap haiwan itu. Tak kesahlah comel atau tak, dia tetap benci!
"Kau takut burung?" kening Andrew berkerut. Dalam masa yang sama dia turut terkejut.
"Ish, buang je lah! Jangan banyak tanya boleh tak?!"
"Aku tak boleh buang benda tu!"
"Kenapa pula? Awak tu lelaki, bukannya pondan! Ni, badan ni!" dia menepuk-nepuk kuat dada bidang lelaki itu. Harap sahaja badan sado, tapi pengecut!
"Badan bukan main besar, takkan dengan burung macam itu pun awak takut?"
"Hei, ini bukan sebab takutlah..."
"Habis tu apa? Dah kalau pengecut cakap je pengecut! Ada suami pun tak boleh diharap!"
"What?!" Andrew ternganga. Dia panggil aku pengecut? Excuse me?
"Aku tak pernah kecut dengan apa-apa benda pun lah."
"Habis tu?"
"Engkau peluk aku, jadi macam mana aku nak buang benda alah tu?"
Aisyah terkesima. Terus dia menolak dada lelaki itu menjauhinya. Dia berdehem sejenak sambil muka dipalingkan ke arah lain. Menyorok hidung yang mula memerah menahan malu sendiri. Tak sedar pula yang aku tengah peluk dia. Patutlah lelaki itu langsung tak bergerak daripada tadi.
Alahai, malunya...
"Heh!" Andrew mendengus kecil. Dia menjeling, sebelum dia membongkokkan tubuh mencapai kotak berisi bangkai burung itu. Kenapa dia lepaskan pelukan? Peluklah lama sikit. Leceh betullah! getus hati Andrew penuh tidak puas hati. Bukan senang nak dapat kena peluk dengan wanita itu.
Setelah kotak itu dicapai, dia kemudian melangkah ke arah tong sampah di sebelah kanan halaman dan membuangnya di situ. Lantas, dia meluru semula menghampiri Aisyah. Muka wanita itu tampak masih lagi pucat ketakutan. Namun, ada sedikit lega dibibirnya setelah Andrew membuang hadiah tak masuk akal itu.
"Siapa yang bagi kau hadiah tu?" Soal Andrew. Aisyah menjongket bahu.
"Entah. Manalah saya tahu."
"Dia tulis A.A, takkan kau tak tahu? Mesti kau dapat teka kotak tu daripada siapa?" ujar Andrew. Dia sempat membaca kad yang terselit di kotak itu tadi semasa ingin membuangnya.
Aisyah mengeluh kecil. "Entah. Saya tak kenal."
"Tak kenal atau buat-buat tak kenal? Baik kau bagitahu kau siapa mamat A.A ni? Dia ex boyfriend kau atau Diva A.A?"
"Awak merepek apa ni? Manalah saya tahu dia siapa? Kalau saya tahu, dah lama saya bagitahu awaklah. Saya mana ada boyfriend! Awak jangan nak tuduh saya bukan-bukan lagi ek macam semalam. Karang tak pasal-pasal ada yang melekat dekat pipi tu sekali lagi." terketap bibir Aisyah geram.
Andrew mencebik bibir. "Aku tanya je, yang aku nak sentap sangat kenapa? Kalau dia ex boyfriend kau senang sikit aku nak cari dia. Tiba-tiba hantar bangkai burung depan rumah aku. Ya pun nak bagi hadiah sempena perkahwinan, tak payahlah bagi benda macam tu. Bagilah beras ke? Baucer Tesco ke? Bolehlah aku shopping barang dengan sana."
"Awak jangan main-main boleh tak?" tajam renungan Aisyah saat ini. Geram apabila lelaki itu boleh pula main-main dengan situasi macam ini.
"Betullah. Daripada dia bagi bangkai burung, baik dia bagi burung hidup dekat aku. Boleh juga aku masak, bagi kau makan!"
Aisyah menjeling dengan mimik muka menyampah.
Andrew mendengus kecil. "Kau okay tak ni? Nak aku hantar kau pergi kerja ke?" soal Andrew, kali ini nada suaranya agak sedikit kendur. Malah Aisyah menggeleng.
"Tak apa. Saya boleh pergi sendiri."
"Hmm... hati-hati. Eh? Kejap. Aku ada bekalkan makanan dekat kau. Tunggu sini." ujarnya. Dia kembali berlari anak masuk ke dalam rumahnya. Tak sampai beberapa minit, dia kembali ke arah isterinya dengan membawa bekal berisi nasi goreng bersama.
"Nah. Jangan gatal-gatal nak makan dekat kedai. Aku dah masak jadi aku nak kau makan. Faham?"
"Hmm..." Aisyah hanya menggumam sahaja. Bekal itu dicapainya.
"Dah. Pergilah. Nanti customer kau mengamuk pula?"
Aisyah mengangguk kepala. "Saya pergi dulu." pamit Aisyah. Lantas, dia terus memasuki ke dalam kereta BMW miliknya. Enjin dihidupkan. Kemudian, pancuan empat roda itu pun bergerak meninggalkan perkarangan rumah banglo itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro