11
PUKUL sepuluh setengah malam, Aisyah berkira-kira untuk menarik langsir ditingkap biliknya. Seperti biasa dia akan menjenguk dulu keadaan di luar bagi memastikan kediaman itu selamat dan tidak dicerobohi sesiapa. Maklum sajalah, waktu malam adalah paling sesuai untuk penyangak membuat kerja.
Sambil meninjau-ninjau dari atas. Aisyah terpandang kelibat seseorang diluar rumahnya. Susuk tubuh yang sedang mengintai-intai seperti mencari sesuatu. Siapa dia? Orang suruhan ayahandakah?
"Aisyah." tangan Andrew menyapa bahu kiri wanita itu. Terhinjut bahu Aisyah apabila disergah begitu. Pantas dia memusing ke belakang dengan mengangkat sebelah penumbuknya ingin dilayang ke muka lelaki itu. Dan Andrew pula terpana. Terkejut bukan kepalang. Dia menggeleng laju.
"Eh, ni aku! Aku tak buat apa-apa pun. Aku panggil kau je." tertelan air liur Andrew ketika ini. Sudahlah senja tadi dia dah makan penampar daripada Aisyah. Takkan malam nak makan penumbuk pula? Habislah muka tampan aku ni.
Gumpalan nafas yang tersengkang di kerongkongnya dilepas bersama dengusan keras. Membuak-buak geram di dada ini. Dia sangkakan ada penceroboh yang telah memasuki ke bilik rupa-rupanya suami sendiri. Aisyah menjatuhkan penumbuknya ke bawah. Nasib dia tak layang terus ke muka Andrew tadi.
"Tak reti bagi salam ke?" Soal Aisyah, dingin. Sekilas dia berpaling ke arah tingkap. Cis! Susuk tubuh tadi sudah menghilang. Dia baru sahaja berniat ingin turun ke bawah tadi. Tak pasal-pasal mamat tu hilang gara-gara suaminya muncul secara tiba-tiba.
"Aku dah bagi salam. Kau je yang tak dengar. Asyik terjenguk-jenguk tepi tingkap. Kau ingat kau siapa? Cinderella?"
"Suka hati sayalah nak jadi Cinderella ke? Umbrella sekalipun... semuanya tak ada kena mengena dengan awak. Faham?" sinis Aisyah. Dia menjeling sebelum melangkah ke arah sofa.
"Kenapa pula tak ada kena mengena dengan aku? Aku suami kau, okay?" keras Andrew. Dia mengekor isterinya dari belakang. Tak puas hati bila Aisyah kata dia tiada kena mengena dengan hidupnya. Sedangkan aku suami, aku berhak tahu segala-galanya. Dia meletakkan punggung di atas birai katil, menghadap ke arah Aisyah yang melabuh punggung di atas sofa. Wanita itu menepuk-nepuk bantal, gayanya seperti hendak tidur.
"Kau nak tidur dah ke?" tanya Andrew.
Kening Aisyah bertaut pelik. Dia menoleh memandang lelaki itu. "Ada nampak saya tengah bersiap nak pergi berperang ke?" soal Aisyah kembali dengan nada menyindir.
Andrew menjeling. Ish, sabar je lah! Aku tanya baik-baik, dia jawab macam itu pula. Ada juga yang tidur luar sekejap lagi. Dia mengetap bibir, geram. Kemudian nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus sebelum dia mula berbicara semula.
"Aku... Aku nak minta maaf pasal senja tadi." ujar Andrew dengan menunduk kepala memandang lantai. Malu pula ingin bertentangan mata dengan Aisyah.
"Aku tak tahu pula nama abang susuan kau tu Chai Yang. Aku tak pernah dengar pun nama macam itu sebelum ini. But I'm truly sorry..." luah Andrew. Dia mengangkat muka memandang wajah Aisyah yang tersenyum sinis. Kepala tergeleng sendiri. Tanpa menjawab jawapan yang Andrew tunggu, dia terus merebahkan kepala ke bantal.
Kening Andrew berkerut. "Kau tak maafkan aku ke?"
"Tak sangka awak masih menanti penerimaan maaf daripada musuh sendiri?"
"Ini bukan sebab musuh atau apa-apa sekalipun. Tapi tadi tu memang salah aku. Aku tak suka bila aku buat salah dekat seseorang dan aku tak minta maaf dekat orang tu."
"Oh, habis selama ni awak jadi Mafia, awak bunuh orang selepas tu awak minta maaf semula?"
"Itu yang mak aku ajar."
Aisyah menjuih bibir. Anak mak rupanya suami aku ni. Patutlah manja mengalahkan anak kecil umur 5 tahun! Macam manalah boleh terlibat dalam geng Mafia? Paling digeruni pula tu? Tak terbayang betul di benak fikirkan aku.
"So kau maafkan aku tak?"
"Just forget about it. Saya tak kesah pun tentang tadi." Balas Aisyah mendatar.
Tak kesah? Andrew tersenyum menyeringai. Kalau tak kesah hendak sahaja dia ulangi lagi. Peluang dah terbuka luas, untuk apa dilambat-lambatkan?
"Tapi awak jangan nak terfikir untuk buat benda bodoh tu sekali lagi." tegur Aisyah awal-awal. Renungan tajam dipanah tepat ke mata suaminya. Sudah boleh dibaca fikiran nakal lelaki itu. Terus senyuman dibibir Andrew mati. Dia buat-buat tersenyum sinis. Berlagak macho di hadapan wanita itu.
"Ceh, untuk apa aku nak ulang benda tu? Tak ada faedahlah. Daripada aku cium kau, baik aku cium kuda. Bibir dia lagi seksi daripada kau!" ejek Andrew.
Aisyah menjuling anak mata ke atas. Menyampah. Yalah tu...
"Whatever. Saya nak tidur. Selamat malam." ucap Aisyah acuh tak acuh. Dia melelapkan mata.
"Itu je? Ingatkan nak bagi goodnight kiss. Kedekut." Gumam Andrew.
"Awak cakap apa?"
"Tak ada apa. Aku cakap aku rindu nak makan biskut." bohongnya. Dia menjeling sebelum bangkit menuju ke arah suis lampu bilik ingin menutupnya. Tergeleng-geleng kepala Aisyah melayan karenah lelaki itu. Dia ingat aku pekak ke tadi?
“HUH, tak sangka dekat sini rupanya kau bersembunyi Aisyah! Kau fikir kau boleh lari daripada aku?" giginya terkacip geram. Menderu-deru nafas hangat di hidung. Pandangan yang garang masih terhala tajam ke arah tingkap bilik yang sudah gelap itu.
"Aku takkan biarkan kau hidup lama dengan lelaki tu. Kau sanggup tolak aku semata-mata demi lelaki bodoh tu? Kau lihatlah nanti. Mamat tu takkan mampu buat apa-apa dekat kau!" Gerutu lelaki itu penuh dendam. Tak tahan lagi menanggung kemarahan yang memuncak. Hampir berbulan-bulan dia mencari wanita itu bagai nak gila! Rupa-rupanya bersembunyi bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai ketua Mafia.
Licik sungguh permainan Aisyah. Pandai dia cari tempat persembunyian. Tapi jangan harap dia sudah terlepas dari genggamannya! Sekarang dia sudah jumpa, pasti bukan senang untuk dia lepaskan begitu sahaja.
Anak matanya melilau memandang sekeliling jalan kecil yang penuh suram itu. Dia melangkah ke arah kereta Honda berwarna hitam miliknya yang terparkir tidak jauh dari situ. Kotak hadiah dikeluarkan daripada dashboard itu lalu dia melangkah ke arah pagar rumah banglo milik Andrew dan meletakkannya di situ.
"Hadiah untuk orang yang tersayang." ucapnya penuh sinis. Dia tersenyum menyenget. Sekali lagi rumah banglo itu ditatapnya buat kali terakhir sebelum dia kembali memasuki ke dalam kereta.
"See you tomorrow, Aisyah. Aku suka imej baru kau." ujarnya dengan gelak tawa jahat. Tergeleng-geleng kepala lelaki itu sendiri sambil dia memutarkan stereng kereta itu memusing di taman roundabout dan beredar meninggalkan perkarangan rumah banglo milik Andrew.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro