Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

O3.


" GWYNETH HAN JIHYE kau ni tak serik serik lagi ke " pecah otak boleh dibuatnya pengawas. sudah kali ke 23 gwyn membawa periuk nasi ke sekolah dan kali ke 23 juga lah periuk nasinya dirampas badan pengawas. kaya juga budak ni eh.

23 periuknya disimpan di dalam stor sehingga berhabuk dijadinya.

bukan apa, dia hanya mahu berbelanja dengan cermat, jadi dia ambil tindakan untuk bawa periuk nasi untuk memasak nasi. bukan dia sahaja dia memakainya, bahkan rakan sekelasnya juga turut menggunakan nasi yang sama. jimat cermat katanya.

gwyn berjalan sayu menuju ke kelas. ah menyebalkan sungguh!

" kau kenapa ni, " tanya PARK JIHOON berhati-hati. kepala gwyn dihempaskan ke atas meja, ouch tak sakit ke kak?

" kau tak siap kerja sekolah?" gwyn hanya menggeleng.

" bias kau tak update selca?"

" kau tak tengok episode drama semalam lepastu kena spoil dengan member ?" semua hanya digeleng gwyn.

" atau periuk nasi kau kena rampas, lagi?" gwyn mengangkat mukanya. mukanya monyok dan merah padam seperti ingin menangis. dia mengangguk kepalanya dengan muka yang monyok.

jihoon menatapnya sendu sebelum mengambil tempat di sebelahnya.

" periuk nasi kau ni nama apa pulak?"

" sung-sungchan "


" kenapa dorang rampas, aku cuma nak ringankan beban orang je " merajuk gwyn.

jihoon sebenarnya terhibur melihat sikap gwyn yang berubah 360 darjah ini. jarang benar nak melihat gwyn bersikap normal seperti orang lain. ada ada saja idea pelik yang muncul di kepala otaknya, misalnya,


" AKU TAHU, "

" AKU AKAN BUAT KEMPEN HENTIKAN DAN SAYANGI PERIUK NASI NCT " begitu.






◎ 🃏 ◎



HARIETT ELYNNETE IM sekali lagi telat ke sekolah. dia didenda lari padang 10 pusingan, memenatkan sungguh! padahal baru 2 kali dia lambat ke sekolah. lagi menambah sakit hati lagi apabila nasib tidak menyebelahi hariett apabila ini merupakan hari kedua datang bulannya, mestilah dia terkena serangan sesunggut.

dia sudah gugup. aduh bagaimana mana nak masuk ke kelas kalau dia sendiri sakit perut akinat sesunggut. kalau dia pergi ke bilik sakit, pasti dicop ponteng kelas. nak tak nak hariett terpaksa masuk ke kelas.

KRING!!

sepanjang pembelajaran berlangsung, dia langsung tidak boleh menumpukan perhatian. seusai sahaja guru bahasa inggeris mereka menjejak kaki keluar dari kelas, hariett terus berlari pantas menuju ke tandas. terkejut guru itu nasib tidak sakit jantung dijadinya.

masuk tandas pun tiada gunanya, dia masih sakit perut. muka hariett sudah pucat, badannya mula longlai dan dia hampir pitam. tak pernah lagi sejarah di dalam hidupnya dia jadi begini.

dinding dipegang untuk membantu menampung badannya yang sudah lemah. oh jika dia memang pitam, dia berharap ada orang yang nampaknya dan menolongnya.

kebetulan pula, CHOI MINWOO atau lebih mesra dikenali amin baru sahaja keluar dari tandas berdekatan. dia melihat hariett yang sudah jatuh terduduk dan cuba bangun namun gagal.

amin pantas berlari ke arah hariett dan memimpin hariett ke sickbay. ish comel betul!




◎ 🃏 ◎


KANEMOTO YOSHINORI merupakan president badan pengawas sekolah. macam sudah saya sebut sebelum ini, president kita ini sibuk dengan aktiviti kokorikulum. cuba teka apa?

semestinya skateboarding! yoshi sangat mahir dalam acara skateboarding menyebabkan dia jarang ke sekolah dan berlatih, berlatih, berlatih dan berlatih.

hari ini dia sudah berazam untuk hadir ke sekolah dia kisah apa pun halangannya. sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya di perkarangan sekolah.


" lah datang jugak president kita sorang ni " sindir eunrah seusai sahaja dia memasuki bilik mesyuarat pengawas. tahu pula nak hadir ke sekolah.

eunrah menghampiri meja yoshi dan meletakkan surat - surat yang banyak ke atas mejanya sebelum beredar.

" ni ada kes. surat tu bukti. awak selesaikan" fuh tidak kalah lawyer cara percakapan eunrah itu.

yoshi duduk di atas kerusinya sambil mengurut kepala. baru saja dia mahu enjoy, ada pulak kes  pelik - pelik yang dia perlu selesaikan.





pada waktu rehat, yoshi kembali ke bilik mesyuarat pengawas dan meneliti surat itu satu persatu. ia menumpukan semua perhatiannya pada isi surat yang dipenuhi kata - kata carutan yang tidak senonoh.

" EUNRAH SAYANG- eh yoshi " ryuha dengan selambanya menerjah bilik mesyuarat tanpa ketuk. terkejut member yang tegah fokus dari tadi tu.

ryuha menghampiri yoshi,

" kes apo pulak nih " tanya ryuha ingin tahu.

" kau bacalah. aku naik sakit kepala ni jadinya " balas yoshi lalu menberikan surat - surat tersebut kepada ryuha yang duduk di atas kerusi disampingnya.

" dah macam beruk dah dorang ni HAHAHAHA " gelak tawa ryuha memenuhi setiap pelusuk ruang bilik itu. nasib hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik itu.

" aku tak tahu macam mana nak urus " yoshi mengeluh pasrah.

" meh aku tolong kau, tapi kau kena ada bayaranya lah " tawar ryuha tersenyum sinis. ah tidak kisahlah, janji dia mahu hidupnya aman dan tenteram saja.




" okeylah, deal "





◎ 🃏 ◎

" aduh sakitnya kepala " ujar hariett yang baru sahaja bangun dari tidurnya. dia melihat amin disebelahnya yang dari tadi hanya termenung memandang hariett.

amin yang tersedar dari lamunannya, terus bangun menutup muka, malu! kantoikah?

amin menyerahkan ubat yang dipegangnya dari tadi kepada hariett.

" nah ubat sesunggut. awak jangan lupa makan " ucap amin sebelum beredar dari sickbay.



bilik sakit itu hening. hanya bunyi kipas dapat didengari. hariett terdiam mengingati kejadian tadi. pipinya merona merah,

" YAAAAAH CHOI MINWOO !! "





◎ 🃏 ◎



chap seterusnya akan jadi panjang sebab saya akan insert everyone! byee

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro