7
Jungkook masih berdegil tidak mahu ke Hotel Del Luna. Dia bekerja di Hotel berpestij tersebut. Jungkook menjalankan kerjanya dengan baik sebelum kemunculan hantu tempoh hari.
"Hantu buta tu lagi? Haish."
Jungkook cuba bertenang.
"Geojanghajima Jungkook. Kau cuma perlu diam macam haritu. Jadi dia takkan dekat."
Tiba-tiba majikan Jungkook bersama Klien khas dari luar negara menerpa masuk situ.
Majikannya membawa klien itu untuk bertemu Jungkook. Tika itu, Jungkook jadi buntu.
'Perlu ke aku balas teguran tu atau teruskan diam. Tapi kalau diam itu kan biadab.' Jungkook berlawan dengan kata-kata sendiri.
Tiada pilhan lain.
Jungkook memejam mata lalu tangan didepa luas.
Dia membiarkan dirinya jatuh ke dalam kolam. Semua yang berada di situ terlopong.
Dari sebelah sana Ae Jeong memerhati. Dia ketawa sambil tekan perut. Cukup terhibur. "Ouh Jungkook si dugeun. Ops dungu."
Mujur ada pakaian lebih dia bawa, Jungkook tukarkan dirinya ke tuxedo baru.
Jungkook duduk di lobi dengan wajah kesal.
"Hallo, anak ikan ku. Sihat ke tu?"
Jungkook menjeling Ae Jeong.
"Nampak sungguh menyedihkan. Mau minum coffee panas setelah menyelam ke dalam kolam menjadi penguin Harvard? Pasti menenangkan jiwa awak yang penuh dengan masalah."
Jungkook memejam mata mencari nafas ketenangan.
**********
"Kenapa kau masih tak lepaskan aku?"
Ae Jeong sekadar tersenyum.
"Datang ke Hotel Del Luna dan sa… em…"
Ae Jeong bengong lima saat. Pening dengan pertuturan mereka yang kejap saya. Kejap aku. Kesian reader.
"Em…aku akan lepaskan kau."
"Lulusan Harvard macam aku tak patut berada di Hotel yang tak dikenali seperti Hotel kau. Hotel Del Luna? Ianya tak wujud dalam sebarang laman sesawang mahupun menjadi sebutan para manusia. Kau nak aku kerja di tempat yang pelik tu."
BAM!
Garfu dihentak ke atas meja.
Jungkook meneguk air liur kelat melihat renungan tajam Ae Jeong.
"Apa yang bagus sangat Harvard kau tu. Kau dah boleh nampak hantu. Tak ada guna lagipun benda tu."
"Maaf. Aku masih tetap dengan keputusan aku."
Ae Jeong mencucuk steak daging itu dengan kuat bersama renungan maha tajam lagi.
Dia kemudian menyilangkan tangan pada dadanya.
"Okey, aku akan bagi kau peluang. Pergi dekat kaunter tu ambil pesanan coffee aku. Jika kau berjaya lepasi semua hantu tu tanpa tumpahkan setitik coffee pun. Aku akan lepaskan kau."
Ae Jeong meniup sebatang lilin kaca di atas meja mereka.
Kemudian muncullah jembalang-jembalang menyeramkan. Kepala terputus, ada yang mengendong bayi. Ada juga yang sedang berjalan dengan kaki yang bengkok.
Jungkook mendongak kepala ke atas frust.
Dia berdiri dengan semangat wajanya. Berjalan perlahan melintasi jembalang-jembalang yang cuba menyentuh wajahnya.
Tangan menggeletar tidak dapat dia sembunyikan. Jungkook berjaya tetapi kali ini dia perlu bawa coffee itu pada Ae Jeong tanpa langsung tumpah.
Dia berjalan selangkah demi selangkah. Jembalang-jembalang tadi mulai bertindak nakal, cuba mengusik dan menakutkan Jungkook dengan hilaian tawa bersama wajah buruk mereka yang tersembur biji mata bibir berdarah.
Jungkook kuatkan semangat. Dia memegang tray berisi coffee itu erat. Sedikitpun pandangan tidak dihala pada jembalang tadi.
Ae Jeong menjeling.
Jungkook tiba dengan jayanya.
"Bagaimana?"
"Ah molla. Hotel Del Luna pun tak perlukan kau la."
Ae Jeong nyalakan lilin itu semula. Tas tangan Gucci dibawa merapati bahu. Dia memakai kaca mata hitam lalu meninggalkan situ dengan tenang.
"maghoh kak." Jungkook tersengih.
Ae Jeong melemparkan tas tangan ke meja di bilik kerjanya. Mujurlah kosong tiada apa.
Jae Seok datang menghadap.
"Puan. Masih tak berjaya?"
"Ah, budak Harvard tu memang keras kepala. Agaknya dia minum susu lembu jantan agaknya."
"Kita mesti segera puan. Saya dapat rasa saya tidak akan dapat bertahan lama. Kesihatan saya semakin memburuk hari makin hari. Saya harap dapat pergi dengan tenang."
Jae suk berlalu.
Maanger Yoo akan pergi.
Tbc …
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro