6
Jungkook bergerak pulang. Dia habis kerja awal, tetapi sengaja bersiar-siar di Seoul sebelum pulang.
Jam dikerling.
Hari sudah hampir senja.
Jungkook bergegas menuju ke stesen keretapi. Setelah membeli tiket, dia menaiki perhentian keretapi seterusnya.
Jungkook mengerling melihat sekelilingnya. Ruangan tempatnya sunyi. Tempat yang dia masuki tadi terlalu padat. Hanya dia sendiri di sini. Jungkook longgarkan ikatan tali lehernya dan menyandar pada dinding kereta api.
Jungkook melihat rakamannya pada kameranya. Senyuman puas terpamer. Kota Seoul kelihatan banyak berubah dan bertambah maju. Dia harap dapat melihat semua ini bersama ayahnya.
Lampu bahagian Jungkook duduki jadi malap dan hampir terpadam.
Jungkook mendongak melihat ke hadapan.
Dia dapat merasai aura kesejukan bercampur seram.
"Jeon Jungkook."
Jungkook menoleh perlahan pada bisikan lenbut itu.
Ae Jeong tersenyum nipis.
"Si…siapa awak?"
"Annyeong! Saya datang untuk tuntut janji."
"Hotel Del Luna?"
"Nae! Ppali datang ke hotel itu segera."
"Maaf. Tapi saya menolak untuk bekerja di situ. Terima kasih sajalah."
Jungkook bangun lalu duduk di tempat bertentangan.
Ae Jeong tersengih sinis.
Dia mengeluarkan suara bisikan dalam, "Awak pasti anggap saya gurauan bukan Jungkook?"
Ae Jeong menghampiri Jungkook lalu bahu lelaki itu dicengkam.
Nafas Jungkook jadi menghembus tidak tentu arah. Tersekat nafas itu, melihat antara mereka tiada lagi jarak.
"Saya ada hadiah paling baek untuk awak Jungkook. Hadiah yang lebih baik dari jambangan bunga dan kad yang saya hantar tiap-tiap tahun."
Ae Jeong menghembus mata Jungkook. Automatik mata Jungkook terpejam. Pabila Jungkook membuka mata kelibat Ae Jeong sudah tiada kelihatan lagi.
Jungkook menggosok mata. Dia agak bingung dengan apa yang diperlakukan Ae Jeong. Matanya terasa gatal kadang kala. Mantera apakah yang dibaca wanita itu?
Ae Jeong lesap pulang ke hotel. Manager Yoo Jae Suk ada di sisinya.
Dia bertanyakan hal Jungkook.
"Puan masih tak berjaya pujuk dia?"
"Ah, molla. Berlagak betul gayanya. Tapi geojonghajima. Saya yakin dia akan juga datang ke sini. Lepas ni dia akan boleh lihat dunia yang dia tidak dapat lihat selama ini. Hahaha." Ae Jeong senyum sinis.
"Pasti dia akan terkejut besar nanti mengalami perkara luar biasa macam tu. Silap-silap boleh mati puan. Naya."
"Mati? Ye tak ye jugak. Entah dia ni spesies penakut ke?"
"Dia hanyalah manusia."
"Tapi awak tak takut pun encik manager?"
"Saya dah lama hidup bersama mereka. Tapi bakal manager tu masih baru."
"Haish, menyusahkan betul lah budak ni."
*********
Betul tekaan Ae Jeong. Sebaik saja melihat seorang wanita menanggalkan kaca mata hitam di hadapannya dia mulai menjerit.
Mana tidaknya, hantu bermata darah yamg mengalir. Bebola mata yang lesap, hanya meninggalkan isi kulit merah mata yang terlihat.
Jungkook berlari tanpa henti. Dari kanan ke kiri. Berulang-ulang ke tempat yang sama dengan jeritan nyaring. Mujur saja kawasan blok perumahan itu sepi. Jika tidak mahu dia dicop gila.
Ae Jeong memerhati dari tebing dinding batu salah sebuah perumahan. Dia menggeleng. Ish! Ish!
"Argh…!" Jungkook menjerit dan menjerit buat kesekian kalinya.
Ae Jeong memeriksa beg tangannya. Dia ada sediakan strepsils untuk Jungkook.
Dia merapati Jungkook yang bersembunyi disebalik dinding.
"Hya, main sorok-sorok tak ajak eh?"
"Hotak kau. Tak nampak ke aku tengah kena kejar dengan hantu."
"Dia hotakkan aku hurm."
Perempuan itu menghampiri. Jungkook sudah sedia hendak menjerit.
"Arg…hm…hm…" mulut Jungkook ditekup.
Ae Jeong bersuara, "diamlah bedebah."
Hantu buta tadi menghampiri lalu berlalu begitu saja. Bunyi sudah menghilang.
*********
Jungkook pulang ke rumah. Dia masih tidak dapat melupakan kejadian tadi.
Perbualan mereka bermain semula di minda.
"Kenapa kau buat aku macam ni?"
"Aku cuma tuntut janji."
"Hell."
"Main-main dengan neraka. Kena campak dalam tu tak hot dah. Rentung kaang."
"Hya, lepaskan aku dan jangan ganggu aku."
"Aku boleh je lepaskan kau. Tak perlu risau sebab hadiah yang aku bagi tu berkesan. Kau akan hidup macam tu selamanya."
Jarinya ditunjukkan ke arah sepasang mata miliknya.
"M…mwo?" Jungkook berkerut.
"Kerja di hotel aku."
"Kerja di hotel kau. Layak ke untuk lulusan harvard seperti aku?"
"Harvard havoc apa tu tak pentinglah. Kau boleh nampak hantu. Sijil kau tak laku sudah. Tak payah berlagak sangat."
"Maaf. Aku menolak. Selamat tinggal."
Ae Jeong senyum sinis.
"It's okay babe. Come to mama slow slow ye."
"Jungkook hantu ada belakang kau!"
Berlari lintang pukang lelaki itu.
********
"Jungkook kau buat apa depan pintu?"
"Yoongi hyung."
Tbc…
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro