5.
Jungkook berjalan masuk dengan penuh bergaya ke dalam lobi hotel berpestij itu. Dia menegur sapa dengan baik semua yang dilihatnya.
Jungkook menghadiri temu duga di hotel ini.
Si penemu duga yang menilai Jungkook agak berpuas hati dengan Resume miliknya.
"Berlulusan graduan MBA Harvard, Amerika dalam bidang perhotelan. Wah, keputusan cemerlang dalam akademik. Dengar kata, awak ada pengalaman berkerja di sebuah hotel luar negara."
"Tepat sekali. Saya pernah menjadi pengurus di sebuah Hotel di Dubai."
"Wah, sangat hebat."
Tangan dihulurkan.
"Awak diterima Jeon Jungkook."
Jungkook bediri tegak, kot baju dibetulkan lalu huluran tangan disambut lembut
"Terima kasih."
Wanita yang menemu duga itu menutup fail resume Jungkook.
"Apapun awak menetap di luar negara selama bertahun. Mengapa baru umur 22 tahun awak kembali ke Korea?"
Jungkook tersengih, "ya, appa saya yang galakkan saya untuk mulakan kehidupan baru di sana."
Wanita itu mengangguk.
" Er, kalau tak keberatan boleh saya bertanya."
"Ya."
"Ada ke di Seoul sebuah hotel yang dalamnya ada sebuah pantai luas, sebuah balkoni atau longue yang tinggi dapat dilihat pemandangan kota Seoul. Juga sebuah taman yang ada pokok beranting besar?"
"Nae?"
"Geurachi. Saya dah agak. Tak ada kan?"
***********
Sebuah majlis sedang berlangsung. Seorang lelaki dijemput naik ke pentas.
Ae Jeong menolak kedua pintu Dewan Gah itu bersama sniper Rifle di bahu. Ikan segar menanti.
Berpakaian gaya retro berwarna ungu bersama heel kulit menutupi ke lutut.
Mata sniper itu dihalakan ke arah seorang lelaki yang sedang berucap di atas pentas.
Lelaki itu tampak cemas melihat Ae Jeong. Dia menjerit meminta semua melihat ke arah Ae Jeong dan menangkapnya. Amat malang sekali, Ae Jeong tidak dapat dilihat di mata manusia kerana wanita itu menjadikan dirinya halimunan sebagai hantu.
"Membunuh seorang wanita polis untuk menghapuskan bukti. Naik menjadi presiden setelah melakukan jenayah dalam pengedaran dadah. Kau patut rasa malu. Dan menanggung akibat sepanjang hayat. Ini adalah balasan atas ketamakan anda."
Mangsa lock!
Shot!
Picu Sniper ditekan lalu peluru yang diberi oleh wanita bergaun putih pada Ae Jeong itu menembus ke dada lelaki itu.
Semua hairan melihat kelakuan ganjil lelaki itu yang seolah menahan kesakitan. Tangan naik meraba dada bersama kerutan, malangnya peluru itu ghaib.
Ae Jeong tersenyum sinis. Hujung sniper dihembus lalu Ae Jeong keluar dari situ tanpa menoleh sedikitpun ke belakang.
"Hya, jangan pergi. Tangkap wanita itu. Tangkap wanita itu!" jeritan lelaki itu bergema sekali lagi memenuhi ruangan dewan. Lelaki itu rebah tersungkur di atas tangga pentas.
Klik! Klik!
Kamera tidak melepaskan peluang merakam dan menangkap gambar saat-saat luar biasa itu.
Setelah itu, bakal presiden tersebut telah menjadi terpinggir dan hidup melarat. Mereka menganggap dia gila setelah dari kejadian itu.
Wanita bergaun tadi menemui Ae Jeong di ruang kerjanya sebelum melangkah pergi ke Alam Akhirat.
"Terima kasih Puan." Dia menunduk dengan wajah tiada reaksinya itu berlalu ditemani Manager Yoo.
*********
Jungkook duduk di ruangan lobi seketika sebelum dia dibawa mengelilingi hotel itu.
Tetiba datang seorang lelaki penghantar barang menegur dan menghulurkan sejambak bunga bersama kad.
"Dari si…apa?"
Lelaki itu menggeleng.
Jambangan bunga dan kad itu ditatap.
Kad itu dibaca, "jangan lupa janji kita. Janji tetap janji."
Jungkook berbisik sendiri,
"Hadiah yang sama tiap-tiap tahun. Hotel Del Luna. Tepat pada hari lahir aku."
"Encik Jungkook."
Jungkook bereaksi pada panggilan.
Dia berdiri untuk mengikuti jelajah tour hotel. Jungkook campakkan bunga itu dalam tong sampah kosong.
Jungkook ingat kata ayahnya.
"Jauhi hotel tu dan pemiliknya. Mereka pelik dan menakutkan."
Jungkook mengatur langkah pergi.
Di sebalik dinding kaca lobi itu ada yang memerhati.
Senyuman terukir.
Tbc…
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro