4.
Ae Jeong membawa wanita itu ke bilik kerjanya.
Sebaik masing-masing duduk, Ae Jeong bersuara, "nae, di sini adalah tempat awak berehat sebelum ke akhirat. Jika awak sudah bersedia untuk pergi, sila pergi ke plattform dan naiki bas ke sana."
Ae Jeong sarungkan kaca mata yang tidak bercermin lalu membuka buku kewangan Hotel. Satu persatu muka surat diselak tanpa arah.
"Urusan saya masih belum selesai. Saya mahukan keadilan."
"Awak mahu membalas semula perbuatan pembunuh yang membunuh awak?"
Ae Jeong tegakkan tubuh di kerusi beroda itu.
Wajahnya kekal mempamerkan riak serius.
"Awak tahu jika awak balas dendam, awak akan menjadi roh abu-abu yang hancur berkecai. Tidak dapat menjalani kehidupan semula. Itu yang awak mahu?"
"Saya hanya mahu dia sedar semua perbuatan dia."
Ae Jeong mengangguk sebelum lama juga dia berjeda.
"Awak tahu, setiap permintaan mestiah ada bayaran."
Wanita itu menyelak ubun rambutnya lalu sebutir peluru dikeluarkan dihulurkan pada Ae Jeong.
Ae Jeong tersenyum.
************
"Appa mana hotel tu?"
Kedua anak-beranak itu memerhati sepi sebuah rumah agam berwarna merah jambu itu.
Tuan Jeon membalas, "appa yakin ada di sini. Hotel tu ada di sini."
"Hotel? Ini hotel?"
Tuan Jeon menunduk menyamakan kedudukannya dengan Jungkook.
"Kook, kita pergi dari sini. Kembali sini semula ke korea bila umur kamu 22 tahun."
"Waegurae appa? Kook yakin appa hanya bermimpi."
Tuan Jeon meneguk air liur kelat.
"Mimpi itu terlalu ngeri untuk jadi sekadar mimpi."
Tuan Jeon mencengkam lembut kedua bahu anaknya.
"Ingat Kook. Appa tak pernah jual Kook. Appa langsung tak berniat untuk gadai kamu. Appa buat semua ni untuk kamu. Appa tak mahu berpisah dengan kamu dan appa mahu besarkan kamu sehingga kamu dewasa."
Jungkook mendakap erat ayahnya. Tuan Jeon tersentuh lalu membalas dakapan itu.
Sebuah kereta hitam mewah yang dipandu Jae Seok melalui situ. Dapat terlihat wajah Ae Jeong dari tingkap kereta.
Kedua mereka sempat bertautan mata sebelum kereta hitam itu lesap setelah membelok sebuah lorong.
Ae Jeong ukir wajah tiada riak
Dari jauh Namjoon bertopi putih memerhati. Bunga Ros Putih ditiup kelopaknya.
Namjoon beredar pergi.
********
14 tahun kemudian
Jae Seok mengantungkan gambar Ae Jeong di dinding. Dapat terlihat banyak bingkai gambar Majikannya selama seribu tahun ini.
Bingkai gambar tersusun dari suatu lukisan ke sebuah foto di zaman Jepun, Zaman Retro, hingga ke Abad ke-21. Jae Seok tersenyum.
Dia berbangga dapat berkhidmat di Hotel Del Luna sepanjang hayatnya.
Melihat kematian dan hidup di tempat yang tidak dapat dilihat orang lain dengan mata kasar mereka, Jae Seok banyak belajar benda penting. Iaitu, hargai lah hidup selagi bernyawa.
Dia juga sedar hidup manusia tidak kekal lama. Hidup manusia ada turun naik.
Jae Seok berkumpul bersama Ae Jeong, Seungcheol, Buk Ja dan Jimin.
"Tuan manager, kemana jer awak pergi. Saya mencari."
"Saya baru gantungkan foto Puan."
Buk Ja kemudian bersuara, "Tuan Yoo baek saja kan. Saya perasan Tuan selalu muka pucat dan nampak tak larat."
Jimin mengangguk.
"Nae Tuan. Saya sangat risau. Tuan nak terapi mandian bunga dari saya? Dengan pakej urutan hangat."
Ae Jeong mengetuk kepala Jimin.
"Hya, kau ingat ni rumah pelayan ke ha? Pergi jaga kaunter depan. Asyik-asyik curi tidur. Aish."
"Aduh, Puan janganlah marah, nanti cepat tua."
Buk Ja menampar lengan Jimin
"Mwo? Kau Jimin. Siaplah!" Jeritan nyaring bergema di ruang lobi hotel itu.
Mujurlah dah jadi hantu semua dalam hotel ni. Kalau tidak mati kali kedua.
Seungcheol membisik, "hya kau lupa ke Puan Ae Jeong memang dah tua. Cuma tu lah muka tak nak kalah. Babyface gitu. Padahal dia dan kami sebaya jer. Kim Seungcheol dari 400 tahun. Cuma Puan sudah 1000 tahun. Uh, memang tua, bayangkan rambut putih dan pipi berkedut dia tu sambil bongkok. Mesti tak lepas nak, naik angin."
Ae Jeong menjeling dan Seungcheol sekadar berdehem.
"Jae Suk siapkan kereta. Hari ni kita ada misi pancing ikan. Umpan baik punya untuk ikan yang baik."
Jae Suk menunduk hormat.
"Puan Ae Jeong makan ikan tak ajak."
Sekali lagi Lengan Jimin ditampar Buk Ja.
Tbc…
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro