Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3

Tuan Jeon berjalan tanpa arah.  Dia nampak satu papan tanda melekap di dinding menunjukkan simbol berenang.

Kolam mandi?

Tuan Jeon membuka pintu lalu angin menyembur, menjejaskan penglihatannya. Saat mata terbuka, dia terlopong melihat lautan biru luas yang dikelilingi ramai lautan manusia  seolah berada di pantai.

"M…mwo?  Ada pantai dalam hotel?"

Lutut Tuan Jeon terasa longgar, lehernya digosok

"Omo…omo aku pasti bermimpi."

Dia melangkahkan kaki memijak pepasir pantai. Bagai hendak terjojol mata dari soketnya.

"I…ini be…betul pantai ke?"

"Maafkan saya encik."

Dia menoleh melihat seorang wanita.

"Saya tak pernah lihat encik. Pasti encik masih baru di sini. Ada apa-apa yang boleh saya bantu."

"An…niyo. Gwaen…gwaenchana. Jalga."

Wanita itu, hairan melihat tingkah Tuan Jeon. Tetamu itu kelihatan aneh.

"Aku mesti tengah mimpi. Michin. Mimpi ni aneh betul. Bila aku nak sedar ni?" Tuan Jeon menampar pipi.

Dia berjalan lagi dan terlihat sebuah lounge,  balkoni mewah dihiasi bunga bertatahkan lampu permata berwarna warni, kakinya dibawa masuk ke tempat tersebut.

"Omo omo. Tingginya!  Sesuai untuk orang bunuh diri."

Sejenak dia tersenyum.

Pemandangan dari atas sini nampak cantik. Bangunan tinggi berwarna warni yang menunjukkan keadaan  Seoul dilingkari pencakar langit. Bandar Seoul kelihatan megah.

Tuan Jeon berlalu lagi dari situ, semasa dia hendak melintasi suatu lagi ruang dia terlihat sebuah pasu bertatahkan ular emas.

Tuan Jeon terpegun melihatnya dan terfikir untuk mencurinya. Tetapi memikirkan Jungkook dia batalkan saja niat.

"Appa."

Senyuman Jungkook menyentuh hati Tuan Jeon.

Tuan Jeon masuk ke ruangan yang dia ingin masuk tadi.

Tempat itu dikelilingi bunga ros merah dan putih. Seolah sebuah taman mini yang indah. Taman itu membawa kepada sebuah pohon besar.

Tuan Jeon perasan akan sekuntum bunga putih kembang pada ranting. Dia cuba mendapatkan bunga itu untuk Jungkook.

Terginjat-ginjat, akhirnya dia berjaya mendapatkan bunga itu.

"Wah, pokok dalam hotel?  Menakjubkan. Pokok tanpa ranting dan besar dalam hotel. Ini neraka ke syurga?"

"Ini hotel. Hotel tempat roh-roh berehat sebelum menuju ke alam akhirat."

Tuan Jeon menoleh dan melihat Ae Jeong berjalan ke arahnya. Wanita itu kelihatan cantik dalam pakaian gaun labuh merah. Kasut tumit tinggi kaca putih di kaki menjadi latarnya.

"Apa?  Roh? Sa…saya dah mati ke?" Tuan Jeon melihat tangannya yang mengigil.

"Anniya. Kau belum mati. Tapi kau sedang kritikal dan sedang berjuang menempuh kematian."

Kemudian barulah Tuan Jeon teringat, dia berlari dari Polis tadi. Dia meragut laci kaunter kedai dan sewaktu sedar kaunter itu hanya ada beberapa sen, dia dilanggar kereta.

"Jungkook. Mianei. Appa langgar janji kita."

Senyuman Jungkook terbayang.

"Walaupun hampir mati tapi kau masih  nak mencuri?"

"Mwo?"

Seekor ular emas muncul di telinganya. Tuan Jeon menjerit ketakutan.

"Ma…maafkan saya. Saya menyesal."

"Tak semudah itu. Kau ada anak lelaki kan?"

Tuan Jeon angguk.

"Serahkan anak kau sebagai ganti. Genap umurnya 21 tahun, aku akan jemput dia kerja di sini."

"Mwo?  Tidak!"

"Terpulang. Anak kau sedang menanti kau bangun."

"Jun…Jungkook?"

Tuan Jeon hampir mengalirkan air mata.

"Ba…baeklah." Dia bersetuju.

Ae Jeong kekal wajah tenang.

Tuan Jeon membuka mata. Bila dia sedar, Jungkook sedang menangis disebelah. Dia di hospital.

"Ap…appa."

Tuan Jeon sepatutnya sudah mati. Denyutan nadinya juga sudah tiada.

"Doktor…appa saya masih hidup."

*******

"Ada manusia masuk sini tadi?"

Buk Ja mengangguk.

"Jangan risau. Puan dah uruskan."

Buk Ja dan Seungcheol memandang ke arah Jae Suk.

"Dia tahu ada roh manusia yang belum mati masuk ke sini dan hampir mencuri. Ular emas pasu Puan mengikuti lelaki tu."

Ae Jeong menghampiri mereka.

"Hya?  Masih bergosip. Buat kerjalah!"

Masing-masing kelam kabut berlari.

Jae Suk memandang Ae Jeong.

"Puan, kita ada tetamu."

Wanita berpakaian putih berkaki ayam. Terlihat rambut hitamnya tak terurus lurus kebawah. Mukanya pucat lesi. Dia sedang berdiri di sebelah  Jae Suk. Wanita yang masuk bersama Tuan Jeon tadi.

Ae Jeong memandang tiada berperasaan.

Tbc…

Manusia yang mati tidak ditempatkan lagi di syurga atau neraka. Pabila kiamat berlaku  barulah manusia akan ditempatkan mengikut amalan mereka. Alam barzakh adalah tempat kita pergi setelah mati. Baik amalan maka nikmatlah dia. Jika buruk, maka dia sudah akan diseksa di alam barzakh/ kubur.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro