2
"Bulan nampak terang malam ni. Hotel ini akan kelihatan dari jauh. Pasti ramai yang datang ke sini. Siap sedia."
Yoo Jae Seok mengangguk.
Ae Jeong berlalu dari situ masuk ke kamarnya meninggalkan pengurus Yoo. Satu-satunya pengurus manusia di situ.
*********
"Huh!" Seribu keluhan dilepaskan.
"Waegurae appa?" Jungkook menoleh ke arah Tuan Jeon.
"Anni, hari ni hari lahir kamu. Tapi appa tak dapat beri apa-apa pada kamu."
"Gwaenchana. Appa dah ada di sini pun dah cukup."
Tuan Jeon dan Jungkook berpandangan sambil tersenyum.
Sepasang kekasih lalu di hadapan tempat mereka duduki di atas bench besi itu. Dompet lelaki itu terjatuh.
Tuan Jeon menjeling dompet malang itu di tanah.
Leher digosok. Sekarang dia berlawan kata di antara mahu mendapatkan dompet itu atau tidak.
Wajah JungKook dipandang sekilas.
'Anni. Kalau Jungkook tahu. Mesti dia kecewa,' bisik hatinya.
Wajah Jungkook dikerling lagi.
'Tapi…bukan dia tau pun kalau aku ambil secara senyap.'
"Jungkook."
"Nae!"
Pandangan yang ditumpukan pada langit itu dihala pada ayahnya.
"Kamu tolong belikan appa rokok sekejap. Jebal juseyo."
"Appa tak boleh merokok."
"Kalau macam tu belikan appa bir satu."
"Andwae."
"Sudahlah! Semua ta boleh."
Tuan Jeon murung.
Jungkook berusia lapan tahun tersengih.
"Mwo? Kamu suka appa sedih."
Jungkook menggeleng dengan senyuman comelnya.
"Uwu, hari yang indah." Teguran suara itu mengalihkan pandangan mereka fokus padanya.
Seorang lelaki berpakaian serba putih memegang bakul berisi bunga. Bunga kapas putih dihulur pada Jeon Jungkook.
"Mahu bunga segar ini?"
Sebelum Jungkook menyambut huluran itu Tuan Jeon menghalang.
"Anniyo. Anniyo! Jangan ambil barang dari orang tak kenal. Gumawo. Tapi kami tak mau beli bunga ni. Annyeong."
Tuan Jeon mengheret anaknya pergi. Jungkook masih dengan mata masih melekat pada lelaki itu.
Suara lelaki itu bergema, "kamu akan terima bunga sebegini lagi suatu hari nanti Jeon Jungkook."
Namjoon menghilangkan diri.
************
Seorang wanita tidak terurus memakai gaun putih menaiki suatu tangga.
Tuan Jeon yang tidak sengaja lalu di situ kehairanan melihat wanita itu cuba untuk masuk sebuah hotel.
Hotel? Di sini ada Hotel macam ni?
Tuan Jeon berkerut.
Dia mengikuti wanita itu masuk ke dalam hotel tersebut.
Penjaga kaunter hadapan lobi itu tertidur, jadi dia tidak tahu kedua mereka memasuki situ.
"Wah!" Tuan Jeon terpegun melihat ruangan hotel itu. Seni binanya sungguh unik. Hotel ini didekorasi ala zaman retro. Permukaan dinding dilitupi kertas dinding coklat dan lantai kaca bercorak.
Hotel ini kelihatan mewah.
Tuan Jeon memberanikan diri menegur wanita itu.
"Tempat apa ni? Nampak mahal untuk orang macam kita."
"Mollayo. Ini juga kali pertama saya."
Tuan Jeon buat keputusan untuk menjelajah situ. Kaki diatur langkah lagi.
Wah!
Tempat ini sungguh unik
Tbc…
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro