Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1

   Aku berjalan tanpa arah. Angin bertiup mendayu-dayu. Kepalaku dongak ke atas melihat langit. Pandangan tanpa reaksi aku pamerkan.

Langit?  Walaupun pelbagai perkara telah berlaku langit tetap kelihatan sama.

Aku melihat ke arah padang hijau kosong di hadapan. Rumput-rumput tinggi bergerak melentuk liuk mengikut arah angin. Perasaan ku seperti padang itu. Kosong dan sepi.

"Kim Ae Jeong! Anda tidak dapat melarikan diri lagi."

Segerombolan lelaki berkuda mucul di belakang aku.

Pedang yang aku bawa, aku leraikan dari sarungnya.

Tubuhku pusing menghadap mereka.

Mata pedangku hala ke hadapan.

"Jangan halang aku lagi. Cukuplah aku terseksa disebabkan kau orang."

Mereka saling berpandangan sejenak. Kemudian perlahan turun dari kuda.

Tidak mempedulikan kata aku, mereka berlari diiringi teriakan ke arah aku.

Senyuman sinis ku ukir.

"Jangan salahkan aku. Aku dah pesan awal-awal."

Aku turut berlari ke arah mereka. Pedangku hayun membelah leher dan menikam satu persatu  mereka hingga jatuh ke lantai.

Darah memercik ke wajahku. Cecair merah itu memancut dari tubuh dan memenuhi tanah.

Aku menatap mereka dengan mata berair. Pandangan terasa tidak jelas kerana air mata ini.

Tapak tanganku lihat.

'Aku membunuh lagi Hoseok. Aku melanggar janji sendiri."

Peti besi berisi harta mangsa-mangsa yang mati dipenggal aku bawa di atas penarik beroda itu.

Aku memberhentikan langkah di sebuah gerai kecil untuk meredakan rasa gundah.

Seorang lelaki barangkali pemilik  gerai itu menghampiri aku. Tinggi lampai dan berlesung pipit memakai sepersalinan hanbok hijau.

Suaranya menyapaku, "kau nampak macam bukan dari kawasan ni?  Tersesat?"

Aku menjeling, "bukan hal kaulah.  Tak perlu menyibuk. Kau tu peniaga bukan si penggosip pakcik bawang. Dah! Bagi aku air!"

Dia berlalu kemudian menghampiriku semula. Sebotol arak berbentuk  bekas labu  aku rampas.

Air itu diteguk.

Dahiku berkerut.

"Yerk!  Air apa ni?  Air parit ke?"

Lelaki itu tersenyum tenang menampakkan lesung pipitnya.

Aku berura mahu beredar dari situ. Botol yang masih ku pegang ku siram ke atas peti yang ku bawa.

Suara lelaki itu kembali menyapaku, "peti itu pasti ada barang milik mereka."

Aku mendongak semacam tidak percaya.

"Apa maksud kau?"

"Kau tak keseorangan. Pemilik barang-barang itu ada bersama kau."

Mata aku membuntang luas. Pedang aku tanggal dari sarungnya lalu mata pedang itu ku rapatkan ke kerongkongnya.

"Jangan kau merepeklah tak guna."

Mata aku meliar sekeliling. Tiada siapa di sini melainkan kami berdua. Aku kekal tenang.

Jari lelaki itu perlahan naik mengenggam bilahan pedangku lalu menukarkan pedang itu hancur lebur menjadi angin.

"Kau berjalan tanpa arah. Pasti untuk mencari rumah roh untuk berjumpa mereka. Keputusan yang tepat, " tuturnya lagi.

"Ma…macam mana kau tahu?"

"Aku dihantar tuhan untuk menghukum kau?"

"Kau…siapa?"

Lelaki berwajah iras Kim Namjoon itu sekadar tersenyum.

Angin bertiup kencang, selendang yang terlilit pada leher aku melayang di udara lalu sebuah pohon beranting tumbuh tinggi.

Kayu-kayan kemudian muncul mengelilingi pohon itu dalam angin kencang  menjadikan sebuah rumah.

Rumah yang  dikenali sebagai rumah tumpangan atau Hotel Del Luna.

Tbc…

---------------------------

400+

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro