Bab2 👻
Sekejap-kejap dia menoleh ke kanan dan ke kiri. Hembusan nafas yang ditiup di belakang batang lehernya membuatkan langkah dia terhenti. Dia tiba-tiba bersuara.
"Kau orang ada nampak apa-apa, atau rasa ke... beritahu tau," pesan Anaqi sambil berjalan perlahan.
Diam.
Bunyi cengkrik kedengaran agak kuat dan suasana yang sepi. Terhenti langkah Anaqi apabila suara seseorang berbisik dekat sungguh di telinga dia.
"Cakap pada siapa tu? Hihihi..."
Anaqi pantas memusingkan badan ke arah suara itu.
"Allah!" ucap Anaqi terkejut. Di hadapan dia beratusan makhluk jin yang pelbagai, bentuk dan bermacam wajah. Mengerikan. Anaqi terbatuk-batuk kecil kerana bau busuk dan kadang kala bau wangi menerpa rongga hidung dia. Anaqi menggosok-gosok hidungnya bagi mengurangkan bau busuk itu.
"Aaa... abang kacak, marilah... main dengan saya, hi hi hi..."
"Marilah... kalau tak saya beritahu ayah jangan pulangkan kawan-kawan abang," ugut suara kanak-kanak itu perlahan tapi bernada keras.
"Tunjukan diri kau di depan aku. Jangan kau permainkan aku serta kawan-kawan aku."
Anaqi beriak tenang dan pada masa yang sama mata dia tetap mencari bayang kawan-kawannya.
"Shahir! Nina! Qaisara! Mana kau orang semua!" jerit Anaqi sedikit lantang. Tetapi tidak bersahut.
Anaqi masih terus bertahan dan menguatkan semangat terus membaca dan berzikir. Sekali angin lalu dia mendengar sayup suara kawan-kawannya memanggil nama dia.
'Aku yang disorok atau mereka?' desis hati Anaqi.
"Berani kau main-mainkan kami, ya!"
*****
Shahir pov
Sedang kami berborak dan jalan bersama. Tiba-tiba matanya gelap. Dia tak nampak apa-apa.
"Wei! Apa ni? Kau orang buat lawak apa sial tutup mata aku?" marah Shahir. Tangan dia meraba-raba di awangan dan bergerak seperti orang meracau- racau.
Tiba-tiba... tangan dia menyentuh sesuatu.
"Ha ha ha. Aku dah dapat! Cepat la buka mata aku ni. Macam mana aku nak jalan, kalau mata bertutup gila!" kata Shahir sambil tertawa.
Selepas itu, dia terdiam sebentar. Lubang hidung dia kembang kepis.
Wangi!
'Wangi gila minyak wangi dia orang ni. Tetapi asal bau dia pelik semacam, tak seperti minyak wangi yang di jual
dekat pasaran.'
Perlahan-lahan tangan di turun ke sisi. Terasa seperti cairan yang melekit di atas tapak tangannya. Shahir terdiam mencerna apa yang sedang berlaku. Dalam pada itu, dia teringat kejadian-kejadian yang menimpa orang-orang yang pernah duduk atau kerja di dalam hotel ini. Tangan digosok pada seluar.
"Kenapa diam tiba-tiba? Tadi bukan main bising." Provoke satu suara garau.
"Anaqi! Nina! Qaisara! Anaqi aku ada dekat tempat tadi tak kemana pun," pekik Shahir kuat.
"Ke kau dah tahu, hmmm?" ujarnya dengan hilaian nyaring dan halus.
Shahir terdiam kaku. Saat sesuatu tajam menyentuh leher dia. Tubuh dia jatuh rebah ke bumi.
End pov
👻👻👻
"Qaisara... apa-apa berlaku. Jangan henti zikir! Jangan lepaskan tangan aku. Pegang kemas dan kuat tangan aku, jangan terlepas! Aku tak mampu hadap benda ni seorang-seorang," pesan Nina panjang lebar dan terselit nada tegas.
Qaisara menganggukan kepala. "Baik!"
Selepas berkata, tiba-tiba angin dingin menyapa kulit mereka hingga membuatkan bulu roma mereka merinding tegak!
"Ninaa... Ninaa... aku dekat sini," ujar suara seperti kawannya. Luna?
Dalam gelap Nina dan Qaisara berpandangan. Air liur ditelan kesat.
"Kau rasa tu Luna ke, Nina?"
"Entahlah... kita nak buat apa ni? Anaqi dan Shahir tiba-tiba hilang pula dia orang ni!" bentak Nina geram.
"Kita pergi cari suara tu. Mana tahu itu betul suara Luna."
Nina berat hati. Pada masa yang sama dia bimbang jika itu benar kawan mereka. Nina dan Qaisara bergerak mencari arah suara tersebut tetapi langkah mereka terhenti mendengar nama mereka di laungkan. Mereka keliru.
"Anaqi! Shahir! Kau orang dekat mana? Jangan tinggalkan kami berdua!" balas Qaisara dengan nada menjerit.
'Zikir! Zikir! Zikir! Jangan putus.'
Nina mencari suara seseorang yang membisik di telinganya.
👻 👻👻
Yazid sesekali menoleh ke arah Luna. Dia mencuit-cuit lengan Azwan. Azwan buat tak tahu. Mereka kini mula mencari kawan mereka di mana mereka berada. Tetapi mereka seperti berpusing di tempat yang sama berulang kali hingga keletihan. Mereka duduk di atas lantai melepaskan lelah. Yazid terpandang sebelah kanannya.
"Wan... Wan..." panggil Yazid tanpa menoleh ke arah Azwan.
"Apa dia?" sahut Azwan perlahan.
"Tu... Cu... cuba kau ten... tengok."
Jari telunjuk Yazid menghala arah kanan dia. Azwan terdiam. Tak mungkin. Tetapi tidak musthail perkara sedemikian bakal berlaku. Kerana ni melibatkan dunia alam ghaib.
"Panjang juga laluan koridor tu, kan?"
"Hmmm... itu tak jadi masalah. Yang masalah besar sekarang ni, tu... yang tengah berdiri dekat hujung koridor tu," Azwan berkata selamba sambil mengerling lembaga itu yang dia rasa semakin bergerak ke arah mereka!
Jatuh rahang Yazid.
"Weiii... Luna punya masalah kita pun belum selesai lagi. Tambah bala lagi satu." Yazid duduk rapat sebelah Azwan hingga bahu mereka bersentuhan.
Tiba-tiba kedengaran Luna ketawa besar dan kuat membuatkan Azwan dan Yazid teresot sedikit ke belakang. Mengurut dada mereka.
"Astagfirullahalazim... kau dah kenapa ketawa? Gila? Eh lupa pula aku, kau memang gila..." ucap Yazid sambil tergelak sinis.
Azwan ketawa perlahan. Sakit perut dia tahan gelak.
"Kau... kalau la si Luna tahu bila dia dah sedar nanti. Kau cakap dia gila, memang dia kejar kau dengan pam jamban," Yazid menjeling Azwan. Sedap dia je gelakan orang.
"Alaaa... kalau dia tahu, kau la yang mengadu dekat dia." Yazid senyum senget. Senyuman dia pudar apabila lehernya terasa dicekik. Akhirnya dia terkulai lemah.
Sepasang mata mengukir senyuman sinis.
👻👻👻
Nina berhenti melangkah. Ekor mata dia melihat sesuatu sedang merangkak di atas syiling hotel. Butir-butir peluh membasahi dahi. Di laluan hujung deretan bilik hotel juga terlihat susuk seseorang yang sedang berterbangan.
"Ana... Anaqi! Anaqi!" jerit Nina kuat. Tanpa sedar dia melepaskan pegangan tangan dia dengan Qaisara.
Kedua-dua tangan naik menutup telinga. Suara-suara yang memanggilnya dan berbisik.
Qaisara yang berandaian Nina membuat demikian sebab takut itu segera berpaling ke arah Nina. Saat tangan dia sikit lagi ingin menyentuh Nina tubuh dia ditarik laju oleh sesuatu. Mulutnya terkunci rapat. Air mata dia mengalir deras.
'Nina...!' pekik Qaisara dalam hati.
Anaqi yang melihat dengan jelas segera menguatkan semangat dan berlawan dengan makhluk+makhluk di situ.
"Bismillah..."
Sejerus itu, Anaqi mula tenggelam dengan kalam-kalam Allah. Dibaca Surah ayat al-Quran dengan yakin dan penuh tawakal. Suara dia yang kuat itu menyedarkan shahir yang pengsan. Anaqi menutup telinga apabila tempikan demi tempikan suara garau, halus dan bermacam lagi seolah-olah kepanasan atau marah.
Segala yang tertutup kini terbuka kembali. Anaqi zahir syukur pada Allah kerana membantu dia saat dalam kesusahan.
'Berdoalah kalian kepadaku, Nescahaya akan aku makbulkan.'
Bersambung
1126 words
###
Hotel ni asal tajuk bangunan lama dalam cerpen2 seram saya. Bila nak masuk Bowa Awards saya tukar tajuk. Malangnya kesihatan tidak mengizinkan saya tak dapat kejar untuk taip. Jadi saya buat solo cerita hotel ini dalam tiga bab atau empat bab sahaja. 😊
Terima kasih guys baca, vote dan komen. Jika ada kesalahan, jangan malu, jangan segan untuk beritahu saya. 😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro