Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8 👻


Luna dan Yazid berpandangan. Apa Tok Jali katakan ini? Mana mungkin? Buat lawak ke apa?

Luna ketawa kecil.

"Tok... macam mana kami bertiga nak masuk dalam mimpi Nina? Nak cari dia dalam mimpi lagilah musthail, Tok."

Yazid menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan tindakan Tok Jali. Diam Anaqi kerana lelaki itu sedang berfikir adakah wajar apa yang mereka bakal lakukan atau mengundang sesuatu yang buruk.

"Tok Jali... saya mahu bercakap dengan kawan-kawan saya sekejap boleh?" pinta Anaqi dengan penuh sopan.

Tok Jali mengganguk kepala. "Boleh-boleh, silakan."

Luna memeluk tubuh memandang Anaqi. Yazid juga menunggu bicara kawannya. Anak mata dia jatuh memerhati pada roman Anaqi. Berwajah yang bersih, berkulit kuning langsat. Alis mata yang tebal menambahkan lagi ketampanan Anaqi dia mempunyai hidung yang mancung serta bibir yang berwarna merah jambu.

"Apa kata kita cuba dengan cara ni? Mana tahu, kita boleh tolong Nina? Lagipun, Nina dah terlalu lama tidur. Kita kejut dia dan bawa keluar dari sini," cadang Anaqi pada teman-temannya.

Luna mengeluh. Tidak beberapa lama dia mengganguk kepala. Dia juga harus fikirkan tentang keselamatan Nina dan mereka semua. Apa jadi jika dia tidak mengikut cadangan Anaqi? Apa pula jadi, jika dia setuju sahaja apa kata mereka dan tidak tahu apa yang menanti mereka sebentar nanti.
Jalan seperti sama. Kerana itu, lebih baik dia memilih agar sentiasa bersama-sama dengan kawan-kawannya.

Yazid mengukir senyuman untuk memberi kekuatan sesama mereka.

"Baik, kamu bertiga boleh baring atas lantai yang dah Tok sediakan pembaringan kamu. Ingat! Minda kamu mesti tenang dan jangan celaru," pesan Tok Jali ringkas. 

Ketika Yazid dan Luna ingin membaringkan diri. Anaqi bersuara.

"Yazid, Luna. Aku nak kau orang ingat kita sentiasa ada Allah. Jangan lupa zikir dan berdoa apabila kau orang keliru atau tersepit. Aku tahu kau berdua kuat! Kuatkan semangat walaupun apa pun yang kita bertiga tempuhi nanti. Jangan takut andai kita terpisah, cekalkan hati minta pada-Nya. Manusia tidak akan kekal bersama dengan kita melainkan Allah," pesan dan terselit beberapa nasihat Anaqi panjang lebar.

"Terima kasih Anaqi. Aku akan ingat kata-kata kau, sahabat."

Luna turut tersenyum hingga menampakkan gigi dia yang cantik tersusun. Nina menyarung sarung tangan hitam. Sebelah tangan mengenggam erat tangan kepunyaan Nina. Kemudian telapak tangan Yazid berada di atas tapak tangan Luna begitu juga Anaqi membuat demikian.

          ❀❀❀

"Apa semua ni? Serabut kepala aku! Boleh tak kau biarkan aku dan kawan-kawan aku balik ke rumah kami!" ujar Nina bengang.

Seketika kedengaran tangisan sayu dan mendayu.

"Tolong aku... aku perlukan pertolongan kau," tutur suara perempuan dan seorang lelaki.

"Kau syaitan! Mengapa aku nak percaya kata-kata kau?"

Suara seseorang mengalunkan azan membuat aku tersedar. Dada berombak laju dan peluh-peluh di dahi aku sapu dengan belakang tapak tangan.

"Aku bermimpi rupanya! Lebih baik aku mandi dan solat."

Selepas solat aku berzikir agak lama sedikit. Tiba-tiba hadir suara seseorang mengatakan supaya lebih berhati-hati dan jangan leka. Bibir hendaklah mengalunkan kalimah-kalimah Allah sebagai perisai diri.

Hati aku terasa tenang dan lapang. Satu cahaya putih muncul di depan mataku. Aku bangun dan mengikuti cahaya tersebut. Kelihatan pokok-pokok dan tumbuhan segar di serata tempat dan di susuli dengan bunyi air sungai yang mengalir.

"Subhanallah, indahnya ciptaan Allah..."

Air sungai yang jernih itu aku dekati dan mencangkuk di pinggir sungai itu sambil menghirup air sungai dengan menggunakan kedua belah tapak tanganku berulang kali. Terasa sangat segar badan. Tidak jauh dari anak sungai ada beberapa pokok yang berbuah.

"Waahhh... buah ceri dan rambutan! Alhamdulillah... dapatlah aku alas perut!" ujar aku dengan begitu teruja sekali.

Tetapi, saat tangan aku ingin memetik buah tersebut. Pergerakan aku terhenti.

"Aku mana boleh makan selain minum air sahaja? Kerana yang sekarang ini hanyalah roh aku yang tanpa jasad."

Tiba-tiba aku terdengar derapan kaki lebih pada seorang yang sedang menunju ke arahku. Kedengaran suara seperti orang sedang berbual itu aku amati dengan peka.

'Seperti aku kenal dengan suara ni,' desisku dalam hati.

Segera aku menyorok di tempat yang agak terlindung. Semakin lama mereka semakin hampir dengan aku membuat jantung aku berdetak laju.

Pisau kecil di tepi pinggang, aku capai dan aku menarik salah seorang daripada mereka dengan meletakkan bilah pisau yang tajam itu dibawa lehernya.

"Nina!" jerit seorang lelaki.

Aku mengalihkan pandangan ke arah suara yang menyebut namaku.
   Aku tergamam. Pisau di tangan aku jatuhkan perlahan.

"Aku tak bermimpi bukan? Katakan apa yang aku dengar dan nampak adalah benar!" tuturku dengan nada sebak.

Luna yang terkejut apabila ada orang menyerangnya, menghembus nafas lega. Tangan mengurut dada bagi menenangkan jantung yang berdebar gerun.

"Ini kami, Nina..." ujar Anaqi tenang.

"Kau lupa kawan-kawan kau?" sampuk Yazid kemudian.

Dia membuat muka tidak percaya apabila Nina masih mendiamkan diri.

"Aku takut syaitan menyamar menjadi kawan-kawan aku. Apa kau semua syaitan? Kalau syaitan pergi dari sini sebelum aku hunus dengan mata pisau ni!" kata Nina dengan begitu tegas.

"Lailahaillallah... sampai hati, kau kata kami syaitan," rajuk Luna dengan nada sebal.

"Maaflah... dah si syaitan selalu menganggu aku dekat mana-mana aku pergi. Aku takut termasuk dalam perangkap dia orang je."

Kepala aku tunduk sedikit ke bawah. Menandakan perasaan serba salah dan sedar akan kesilapan dan hampir mencederakan kawan-kawan aku sendiri.

Luna memeluk lembut tubuhku. Suara tangisannya dapat aku dengar. Tangan naik menyentuh belakang badannya dan mengusap perlahan.

"Aku rindu kau orang semua. Terasa begitu lama terperangkap dekat sini," luahku lemah.

Anaqi, Yazid dan Luna mempamerkan raut wajah simpati.

"Macam mana kau orang semua boleh sampai sini?" soalku hairan.

Mereka terdiam lama.

'Jangan kata..."

"Mereka semua ni syaitan!"

Kaki aku terundur beberapa tapak kebelakang. Senyuman sinis di bibir mereka menyakinkan lagi tekaan aku.

"Bodoh! Kau ingat kelakar nak mempermainkan aku?"

Aku menyepak kuat kaki Yazid. Dan menumbuk perut Anaqi. Lalu menampar pipi Luna. Selepas itu, aku mendengar erangan kesakitan daripada mereka.

"Haaa... baru betul kau semua kawan aku," ujarku dengan tawa halus.

Wajah ketiga-tiga mereka merah menahan marah.

"Aku rasa kau yang syaitan, bukan kami!" rungut Yazid dengan nada geram.

"Maaf terkuat sangat pukul," sengihku dan memeluk tubuh Luna. Luna membalas menumbuk belakang badanku berkali-kali.

"Aduh-aduh, sakit!" jeritku perlahan.

"Tahu pun sakit! Habis kau buat kita orang tak sakit?" marah Luna manja.

"Sudah, jangan bermain dan beri tempuan dengan tujuan kamu semua," nasihat Tok Jali.

Kami akur dan memulakan perjalanan kami untuk mencari punca semua yang berlaku.

*****

Assalamualaikum, gaiss sorry lama sangat tak updated. Otak dengan tangan blank. 😂

Enjoy ya guys! ❤️

#staysafe🥰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro