Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6 👻

'Di mana sebenarnya aku berada ketika ini? Aku seperti berada di zaman lain. Zaman sebelum aku dilahirkan. Apa semua ini? Macam mana aku mahu keluar dari sini? Aku terperangkap dalam mimpi atau nyata? Siapa mereka semua? Aku harus cari jalan pergi dari sini. Aku harus kembali ke sungai itu.' Nina berbicara sendiri di dalam hati.

"Jangan pergi dari sini..." ujar satu suara.

Aku menoleh.

"Kamu boleh berkomunikasi dengan atuk di dalam hati." Sambung suara itu lagi.

Atuk? Aku garu kepala. Aku memegang tepi kepala. Otakku bagai mahu pecah.

"Atuk? Siapa? Tolong... Saya mahu keluar dari sini," rintih aku separuh merayu. Aku menangis teresak-esak.

"Jika kamu ingin keluar dari sini. Maka, kamu tidak akan jumpa jalan untuk keluar bersama kawan-kawan kamu yang menanti di sana."

Aku terdiam mendengar kata-kata lelaki yang menggelar dirinya atuk.

"Apa maksud Tok Jali?" tanya aku dengan nada binggung.

"Cucuku... di sinilah segalanya bermula..."

"Lihatlah apa ingin ditunjukan untukmu. Dan jangan sesekali kamu berhenti berzikir dan meningat Allah. Akan ada jalan keluar di setiap ujian yang menimpa." Tok Jali menyelitkan pesanan buat aku.

Suara itu Perlahan-lahan hilang. Aku termangu sendirian. Aku bergerak ke bilik di mana perempuan yang pengsan itu berada. Perempuan itu yang membuat aku ke mari.

Aku menolak perlahan daun pintu bilik. Aku bukan hantu yang boleh menembusi pintu tanpa dibuka. Okey....

Setapak demi setapak aku mendekati tubuh yang terbaring itu. Semakin kuat jantung aku berdebar. Saat aku mahu melihat rupa perempuan itu. Satu suara menghentikan langkahku.

"Mari solat bersama kami," pelawa Pak Daud di depan muka pintu.

Aku pantas berpaling. Tiada siapa di dalam bilik itu melainkan aku dengan wanita itu.

"Pakcik boleh melihat saya?" soalku kehairanan. Seketika aku melihat dia tersenyum dan menanggukan kepala.

"Ini ada baju bersih. Anak boleh tukar dalam bilik itu. Jika mahu bersihkan diri. Di luar sana ada telaganya. Mak kalsom akan bawa kamu ke sana."

Pak Daud berlalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga sendiri. Aku menangkat bahu.

"Kalau nampak aku... jadi boleh la bagi aku makan dan minum. Lapar perut ni...," aku mengusap perut perlahan.

''Jika kamu tidak kisah, kalau apa yang kamu makan itu cacing atau air longkang...,'' suara Tok Jali bergema di dalam fikiranku.

Termati langkah aku. Serious la? Tapi ada betul juga. Dulu arwah ayah ada pesan kalau termasuk dunia, bukan selain dunia kita. Jangan sentuh barang yang bukan milik kita kecuali diizinkan dan berhati-hati dengan apa yang diberi. Sesungguh syaitan itu licik! Hendak makan boleh, pergilah ke hutan makan buah-buahan. Dan makan juga berpada-pada.

Selesai bersihkan diri. Pakaian yang diberi aku sarung ke tubuhku. Sesudah, kain telekung juga aku pakai dan solat mengikut imam iaitu anak lelaki pak Daud.

                      ****

Keesokan hari....

'Berapa lama agaknya aku berada di alam ni? Apa yang cuba mereka ingin sampaikan. Aku betul-betul rindu kawan-kawan aku,' bisik hatiku.

"Aku dekat mana ni?"

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara seseorang. Aku menoleh melihat wajah perempuan yang 'membawa' aku ke sini.

Mulutku terlopong luas.

"Tak mungkin," kataku dengan nada perlahan.

Raut muka dia persis dengan wajah ibu... aaa... aku?"

Tangan kanan naik menutup mulut yang sedikit terbuka. Seakan tidak percaya apa yang terbentang di depan mata.

"Ibu..." Rasa sayu menyelebungi hati. Tubir mata yang terasa hangat, mengaburi pandanganku. Kelopak mata aku pejam. Titisan jernih mengalir perlahan menuruni lekuk pipi.

Bagaimana... ini semua terjadi? Aku lemas dalam drama yang dimainkan di depan mataku. Sungguh aku tidak kuat. Sudah lama aku kehilangan kasih sayang dari seorang ibu.

Aku cuba menyentuh dan memeluk tubuh wanita yang aku rasakan dia adalah orang yang kucari selama ini. Tetapi sentuhan itu ibarat menyentuh angin. Dia juga tidak mendengar suaraku.

"Eh, alhamdulillah. Akhirnya, bangun juga engkau ya, nak. Nak makan? Lapar tak?" soal Mak Kalsom bertubi-tubi.

Gadis itu tersenyum hambar dan kekok. Dia memandang wanita tua di depan bersama suaminya. Dia menunduk kepala sedikit ke bawah, membalas pertanyaan wanita seperti baya ibunya dengan menggunakan isyarat badan sahaja. Tekaknya terasa kesat dan berpasir.

Mak Kalsom menghulurkan secawan air mati. Terketar-ketar tangan perempuan yang sedar dari pengsan itu menyambut dan sekaligus, meneguk rakus minuman yang diberi oleh Mak Kalsom.

"Ma... maaf, sa... saya. Ha... haus," ujarnya perlahan dan anak mata melirik ke arah pasangan suami isteri itu.

Mak Kalsom dan Pak Daud tersenyum manis. Mak Kalsom mencuit hujung lengan pak Daud perlahan. Pak Daud membuat muka. 'Kenapa?'

Mak Kalsom menjeling tajam Pak Daud. Pak Daud tersengih lucu. Takut-takut, Mak Kalsom bersuara.

"Tak apa nak, makcik faham. Maafkan, makcik. Nak tanya, nama anak siapa? Duduk kampung mana?" soal Mak Kalsom dengan nada berhati-hati. Akhirnya terluah jua hasrat di hati Mak Kalsom selama gadis itu berada di rumahnya.

Gadis itu berdiam dan kadang-kala berlapis-lapis kerutan di dahinya. Dia memegang tepi kepala yang tiba-tiba terasa sakit.

"Nama...? Ka...kampung?" Dia menggeleng kepala beberapa kali. Puas dia mendesak otaknya bekerja keras tapi akhirnya kegagalan yang menyengah minda.

Riak wajah Mak Kalsom dan Pak Daud berubah.

"Kenapa nak? Sakit ke?" soal Mak Kalsom perihatin. Dia mengusap lembut lengan gadis yang duduk di hadapannya itu.

Perempuan yang dijumpai oleh anak lelakinya itu tersenyum kelat.

"Macam mana, saya boleh berada di sini."

Anak mata gadis itu meliar memandang seluruh pelusuk rumah kecil milik pak Daud dan Mak kalsom.

"Anak makcik, jumpa anak tak sedarkan diri di tebing sungai," jawab Mak Kalsom tenang.

Aku turut menganggukan kepala. Apa yang dikatakan oleh Mak Kalsom adalah benar belaka. Tetapi aku terlupa, mereka tidak nampak kewujudan aku, melainkan pak Daud.

"Saya tak ingat... siapa saya. Apatahlagi, rumah saya makcik."

Bicara gadis itu bersama linangan air mata. Mak Kalsom dekatkan tubuh dia pada wanita yang menyerupai ibuku. Mak Kalsom memeluk dan mengusap lembut belakang tubuh 'ibuku' itu.

"Makcik panggil nama anak, Orkid. Boleh?" pinta Mak Kalsom dengan nada lembut.

Perempuan yang rupanya seperti 'ibuku' menganggukan kepala. Mak Kalsom dan Pak Daud tersenyum lega begitu juga Baihaqi yang duduk di luar rumah.

Sedari tadi lelaki itu tidak berkelip mata melihat Orkid. Sesekali bibirnya melukis senyuman manis. Baihaqi yang alis matanya cantik dan rupa yang boleh tahan kacak. Kulitnya sawi matang dan tubuhnya tegap. Hati budinya yang baik hatu. Memikat hati  gadis-gadis di kampung kecil itu. Membuatkan beberapa orang pemuda iri hati dengan Baihaqi.

Bersambung...

****

1027 patah perkataan.

*****

Hye guys terima kasih support karya saya dan sudi membaca cerita yang biasa-biasa ini. Part ini akan membawa zaman pada sebelum kelahiran mereka semua. Punca berlakunya kejadian yang menghantui hotel itu.

Stay tuned 😘




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro