Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 1

“A KU nampak dengan mata kepala aku sendiri. Bergelak ketawa, bertepuk tampar… Aku memang tak nak cerita kat kau tapi aku tak boleh sembunyikan perkara sebesar ni dari kau. Yang aku perasan, Rash dengan Danya ada sesuatu sejak dua bulan lepas. Aku dengar dari kawan-kawan lain, dia orang berdua dah bercinta.”

Kata-kata Aiza semalam membuatkan aku tidak lena tidur.

“Kat mana dia orang selalu lepak?” Aku kuatkan hati untuk menyoal walaupun jiwaku sedang berantakan.

Dadaku sesak dan hidupku terasa gelap seperti kehilangan cahaya.

“Kafe depan kompeni kami.”
“Kau dengan kawan-kawan lain nampak?” Nada suaraku semakin bergetar.

“Aku tak tipu, Lisa. Nak buat apa tipu kau? Aku beritahu ni, bimbang kau tertipu lama oleh Rash. Dah 8 tahun kau orang kahwin. Kalau boleh settle lebih awal, lagi elok. Sekarang ni masih sempat nak betulkan hubungan kau dan Rash... Setakat Danya tu, dia tak setanding dengan kau.”

Aku cuba bertenang walaupun hatiku menjerit-jerit. “Apa nama kafe tu?”

“Dian Cake House.”
Dian Cake House?

Air mata yang jatuh ke pipi cepat-cepat kuseka dengan jari. Ini bukan masanya untuk aku menyerah kalah. Aku perlu bertindak. Aku mahukan kepastian. Dan aku tidak mahu kecundang mahupun gagal...
Jika benar dia curang, aku takkan maafkan lelaki itu sampai bila-bila.

⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️

“YOU yang curang! You yang tak setia, Rash! Kalau you tak melayan Danya dari awal, dia tak akan wujud di antara kita berdua!” Jeritku sekuat hati.

Mata Rash mencerlung ke arah wajahku seperti sedang menahan sabar. “Boleh tak jangan menjerit-jerit? Kita kat public, you tak malu ke?” Rash menarik tanganku kasar.

Aku menepis. Jariku terus tertuding ke arah Danya dengan perasaan yang meluap-luap. Ikutkan hati dah berbakul sumpah seranah yang ingin kulepaskan dari bibir ini. Namun akalku menegah. Seumur hidup, aku tak pernah terasa sakit seperti ini. Dadaku seperti terbakar. Wapnya hampir membuat seluruh tubuhku kepanasan. Benciku pada Rash Mikael hampir memecahkan otak.

“Tak payah buat muka macam tu! Berlagak suci konon! Hati kau tu hitam!!!” Aku mengherdik Danya semahu-mahuku.

“Sabarlah Lisa!” Rash merentap tanganku. Sakit, tapi hati ini lebih parah kerana sedar yang lelaki itu tidak berpihak pada diriku. Dia sedang membela wanita lain yang bukan isterinya, bukan miliknya!

“Sabar? Dah tiga kali I perhatikan you date dengan Danya... Setiap kali I berdoa apa yang I lihat ni tipu semata-mata. Tapi kali ini, I tak mampu nak memperbodohkan diri I sendiri, Rash. Patutlah you dah tak macam dulu... Rupanya you dah ada orang lain. You khianati I.” Aku menekup wajah dan mengetap bibir. Benci apabila diriku kelihatan lemah di hadapan mereka berdua.

“You pilih. Antara I dengan Danya sekarang  juga. I tak ingin hidup macam ni, Rash! Kalau cinta tu dah mati, buang I sekali. Jangan jadikan I orang bodoh di sisi you. I ada harga diri!” Aku menolak tubuhnya.

Tapi tubuh Rash lebih tinggi dan tegap. Tolakanku langsung tidak berkesan ke atas lelaki itu.

“Kita bincang di rumah...”
“No I don’t want! You choose! Right now!” Aku menampar lengannya bertubi-tubi.

Danya sudah bangun dari kerusi. “I balik dulu...” Pinta perempuan tak sedar diri itu.

Aku mengetap bibir. Aku cuba menahan Danya dari pergi namun Rash cepat-cepat menghalang. Danya berlalu begitu sahaja seperti langsung tidak bersalah dalam kekecohan ini.

“Siapa I di mata you? I wife you! Mana hak I? Kenapa you jadi lelaki tak guna, Rash? Bila you suka, you senyum, you pegang tangan dia... Sepatutnya tangan yang you pegang tu tangan I! Senyuman you hanya untuk I! Tapi kalau dia, orang yang bukan isteri you dapat semua layanan baik you, then what am I? Anak patung yang you simpan di rumah tapi segan nak buang?”

“Jangan memekik, tak nampak ke ramai orang tengok kita? You tak malu ke? Tak ada harga diri?” Rash bercekak pinggang.

“Biar semua orang tahu siapa diri you! Biar semua orang kat sini sedar you dah beristeri tapi you keluar dengan perempuan lain seperti pasangan kekasih!”

“Nurlisa Nadin!” Dia meninggikan suaranya. Tidak terlalu kuat tapi cukup tegas padaku. Dulu, aku cukup suka mendengar dia menyebut nama penuhku. Tapi hari ini, aku tidak rela mendengar dia menyebut namaku setelah menyebut nama wanita lain dari bibirnya.

“I tak boleh terima kecurangan you... I tak boleh...”
“Memang dia kekasih I, puas hati you?”

Sedetik, dua detik... aku nampak dia dengan pandangan yang berbalam-balam. Tiada luka yang mampu kuzahirkan melalui kata-kata. Jiwaku hancur berderai. Resahku selama ini menjadi kenyataan. Dia dah tak cintakan aku. Dia bencikan aku. Dia tidak menginginkan diriku...
Aku mengangguk beberapa kali.

“Baik... You ada kekasih, I pun akan cari kekasih lain...” ucapku tanpa sedar.
Rash mencapai kedua-dua bahuku. “Apa maksud you?”

“Let me go, bodoh!” Julung-julung kalinya aku tak mampu menahan rasa marah. Dan pertama kali juga aku merasa tapak tangan Rash menyentuh keras pipiku. Dengan rasa sakit itu, aku langsung tak mengalah. Matanya kutatap dengan perasaan meluat.

“Kali ini you tak ada pilihan, Rash. I yang bakal meninggalkan you. Tak akan ada kemaafan buat you sampai bila-bila! You boleh buat apa saja kesalahan, I sudi memaafkan. Tapi apabila you mengkhianati cinta I, kasih sayang I, pengorbanan I, we are over! We are never getting back together!” Aku ibarat hilang pedoman. Jiwaku hancur lebur.

Tergamak dia memperlakukan diriku sebegini...
Aku memegang lenganku yang terasa sakit kerana genggaman tangan Rash tadi. Laju aku mengambil langkah untuk pergi dari tempat ini.

Berpuluh-puluh mata yang menyaksikan pergaduhan kami dan aku tahu ramai yang menangkap video seperti sengaja menambah pedih di hatiku.

“Lisa...” Rash menangkap lenganku kembali.
“Apa lagi?!” Kali ini aku menghentam beg tanganku ke lengannya. Dia melepaskkan pegangannya kemudian menekan tempat yang terkena beg aku berkali-kali. Tentu sakit. Tapi aku peduli apa?

“Dengan perangai you macam ni, you ingat I kekal cintakan you? Tilik diri you sebelum menghukum orang lain... I tak akan menyesal walaupun you meninggalkan I, Lisa...” Sinis bunyi kata-kata Rash.

Dan dengan itu, luka yang tergarit di hatiku bertambah lebar dan luas. Kalau benar itu perasaannya terhadapku, bermakna tiada yang tertinggal walau sekelumit rasa Rash buat diriku. Apa yang pasti, Danya bakal menggantikan tempatku. Aku pula? 

“I menyesal mengenali you, Arash Mikael. Lelaki curang seperti you tak layak hidup di muka bumi! You lebih teruk dari  sampah! Jika diundur semula masa, I tak akan menerima you dalam hidup I. I bencikan you...”

“Betul, jika masa diundur semula, I tak akan melamar you jadi isteri. Never...” Dia berjalan meninggalkan diriku dengan wajah tegang.
Aku terkedu.

Satu ketika dulu, dia berjanji dengan hidupnya akan kekal setia di sampingku sehingga tua. Satu ketika dulu, dia meluahkan perasaan cintanya dengan penuh romantis. Dan hari ini, Rash yang kukenali dulu seperti sudah tidak wujud. Tangan yang dulu memanjakan diriku, hari ini tangan yang sama menampar pipiku...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro