[ 38 ] - dendam lama
publish yang dah ada dalam draft laptop, enjoy it! ini adalah bab kedua terakhir kenapa Zhen berubah agak panjang huhu. next chapter, agak menyayat hati, sila sediakan tisu 🫣.
sebenarnya dah tak ada semangat nak keep update tapi sebab salah seorang readers masih menunggu cerita ni, masih sudi vote dan komen walaupun baru je saya hantar karya saya untuk dia review. buatkan saya sebak sampai tak terkata. saya rindu semua notification yang dah berbulan-bulan tak kunjung tiba, komen dan vote yang kian sepi tapi disebabkan dia saya ada semangat untuk itu.
terlalu banyak hint, sila perhatikan betul-betul.
_____________
Sehelai demi sehelai Kalsom kutip biarpun kesakitan di kemal*an menyucuk-yucuk. Air mata yang jatuh bercucuran itu tidak akan dapat menghapuskan mimpi ngeri ini. Andai dia dapat undurkan masa, tidak semudah itu dia akan termakan dengan rayuan bodoh lelaki itu.
Tenaganya untuk menyarung pakaian itu semula sudah tiada, kesemuanya dikerah hanya untuk memuaskan binatang itu. Bukan seorang yang harus dia layani, tapi seramai 8 orang termasuklah manusia durjana itu. Ini tidak adil baginya.
Amir segera menjawab panggilan telefon yang deringan dari tadi sudah memekak koklea telinga. Satu suara yang sudah lama dia tidak dengari, nama yang tidak asing lagi dari ingatan dia.
"Aku nak Kalsom mati itu sahaja. Setelah kerja kau selesai, aku akan bayar kau 2x ganda dari sebelum ini. Itu sahaja yang perlu kau lakukan. Dan budak tu pula, serahkan pada aku. Aku ada rancangan aku."
"Kenapa aku mesti bekerja dengan kau lagi?" balas Amir.
"Sebab nyawa kau ada di tangan aku, itu sahaja. Kau sematkan itu di akal fikiran kau. Kau itu cuma budak suruhan aku jadi tak perlu nak membantah sedikit pun arahan aku!" balasnya kasar. Dilemparkan ke bawah telefon itu, geram dengan jawapan yang diberikan sebentar tadi.
"Siallah orang tua kerepot..." gumam Amir lalu sebatang rokok disuakan ke bibirnya. Dihembus asap itu perlahan sambil dia amati kejadian itu tadi. Jauh di sudut hatinya, dia tidak berniat untuk sakitkan hati Kalsom tapi acapkali gadis itu sering sahaja mencabar kesabarannya.
Rayuan demi rayuan yang diteriakkan pada koklea telinga itu seakan-akan bermain di kepala. Begitu tegarnya dia menjadikan gadis itu tempat dia lempiaskan kemarahan. Penderaan seksual yang dia lakukan hari ini pasti akan menjadi trauma buat gadis itu.
"Amir..."
"Ya?"
"Aku dah lama sangat nak soal kau, kenapa kau benci sangat dengan Zhen? Apa salah dia, aku tak faham. Bukan dulu kita layan dia macam adik-beradik tapi sejak dia mula pindah masuk sini kau layan dia macam binatang yang tiada perasaan..."
"Apa yang menghantui hidup kau? Dan apa kaitan Zhen dalam masa silam kau?" tanya Zakwan. Lama dia diamkan diri melihat semua ini, dia tidak bersubahat dalam ini namun jika mereka tertangkap pasti namanya akan terpalit sekali dan paling buruk nama sekolah akan tercemar. Kerana mereka pelajar Tingkatan 5, tahun akhir.
"Ibu! Ayah!"
"Tengok ni Amir dapat tempat pertama! Ibu ayah suka?"
"Sukalah, tapi ibu tengok keputusan Amir ada perbezaanlah dengan Zhen. Ibu tengok semua subjek dia skor 100% tapi Amir mampu 90% je. Lain kali berusaha lagi ye..."
"Ayah?"
"Zhen itu rajin budaknya nanti ajak dia datang rumah, ayah dengan ibu nak ajak dia makan sekali waktu lunch nanti..."
Amir diam lalu dengan perlahan dia membawa diri ke dalam bilik. Tangisannya lebat, susah sangat ke dia dapat layanan yang baik seperti anak orang lain. Kenapa harus dibanding-bandingkan?
Amir yang mendengar disebalik pintu hanya diam. Tidak mengerti apa yang harus diagung-agungkan kedatangan anak itu ke sini? Sedangkan mereka bukannya sama umur pun. Sekarang dia sudah darjah 6 manakala Zhen baru menginjak ke darjah 3.
"Amir!"
"Amir, mandi siap-siap! Kita pergi ambil Zhen. Nanti pukul 2.00 petang parents dia balik rehat, mereka join kita lunch sekali okay?"
"Baik ibu..." perlahan sahaja suaranya. Tidak suka akan kehadiran Zhen di rumah ini.
Sepanjang hari semuanya berlalu dengan pantas, sekejap sahaja, jam sudah memasuki angka 2. Keluarga Zhen akan bertandang ke rumahnya pada pukul 2:30 petang seperti yang dijanjikan.
Amir mula menyusun beberapa cawan dan pinggan di atas meja dikejutkan dengan bunyi. Dengan langkah yang laju, dia menghampiri kawasan dapur. Alangkah terkejut melihat si ibu terluka kerana pecahan kaca. Cepat-cepat dia ambil penyapu dan penyodok. Disapu sehingga dia yakin bahawa tidak ada lagi serpihan yang tinggal.
"Kenapa ibu tak hati-hati?"
"Ibu, fikirkan apa?"
Puan Farah hanya diam. Dipandang wajah itu kemudian diusap. Dia tahu anak itu sedang tidak baik-baik sahaja.
"Ibu tak fikir apa-apa sayang. Jangan risau, Amir janji dengan ibu belajar rajin-rajin ya. Sebab Amir adalah pewaris yang akan gantikan ibu ayah satu hari nanti. Firma yang ayah kerja sekarang akan berada di bawah tanggungjawab Amir satu hari nanti. Ibu ayah yakin. Cuma ibu harap yang Amir jaga dan sayangkan Zhen macam adik sendiri kerana ibu ayah dah berjanji dengan keluarga dia untuk jadikan Amir dan Zhen sebagai pelapis" ujar Puan Farah sebak.
Seketika itu, terdengar suara Encik Daus ayah kepada Amir, memanggil anaknya.
"Itu ayah dah panggil, Amir pergi ya..." ujar Puan Farah. Sedaya upaya dia menolak wheelchair itu, untuk mendekati cerek panas. Dia mahu bancuh air untuk tetamu walaupun dia tahu bahawa ini akan menjadi hari terakhir di mana dia dan suaminya dapat melihat anak itu lagi.
Bam!
Amir dikejutkan dengan bunyi tembakan dari luar, dia panik. Kelihatan Encik Daus segera masuk dalam bilik untuk mengambil beberapa barang penting dan beberapa buah luggage yang dia sempat siapkan bersama si isteri.
"Ayah?"
"Kita nak ke mana?"
Encik Daus diam, cepat-cepat dia menolak wheelchair si isteri dengan menggunakan pintu belakang. Mujurlah keretanya itu sempat diubah kedudukannya. Amir pula ditarik kemudian diheret anak lelaki itu memasuki kereta. Ini bukan masa yang sesuai untuk bertanyakan soalan sebegitu.
Usai selesai segalanya, cepat-cepat Encik Daus menekan minyak dan menurunkan handbrake lalu memecut keluar dari belakang rumah. Amir tidak faham akan senario ini, bukankah sepatutnya mereka lunch? Dan bukannya lari sebegini.
Digenggam tangan si ibu, Amir ketakutan. Dia tidak faham. Seketika itu, barulah dia perasaan yang ayahnya bekerja dengan ayah Zhen. Bekerja di bawah tanggungan keluarga Zhen. Mereka bukan dari keluarga berada.
Encik X, nama yang begitu gah di dunia lautan kegelapan. Songlap duit, memeras ugut, menjadi ahlong, pengedar dadah dan pengusaha sebuah bar haram itu seperti semua makanan rujinya setiap hari. Siang hari, hanyalah bergelar boss milik syarikat manakala di sebelah malam pula dia digelar sebagai Encik X. Kenapa X, kenapa tak reveal
nama sebenar kerana dia tidak mahu begitu menonjol. Mempunyai seorang anak lelaki yang dia akan jadikan sebagai kambing hitam. Si isteri pula, siang malam bersilih ganti lelaki. Apabila dia sudah puas dengan layanan lelaki itu, dibayar lalu dibunuh. Itu sahaja. Jangan kata, daranya sudah hilang sejak dari kecil lagi, berkahwin pula dengan seorang yang ternama lagilah dia lupa asal usul.
Zhen? Itu nama anak mereka. Tapi bukanlah Khair Zhen seperti diletak oleh ibu ayah angkat Zhen iaitu Puan Liza Tan dan Encik Tan sendiri.
Dihantar Zhen ke sekolah biasa hanya kerana mahu anaknya bergaul dengan ramai orang. Tidak perlu tonjol bahawa dia adalah seorang bapa yang layak digelar iblis. Ya iblis, malahan lebih teruk dari itu, anak yang dijual oleh ibu bapa mereka kerana kesempitan duit dijadikan samseng manakala yang perempuan dijadikan pelacur tahap kelas pertama iaitu Call Girl, merasai kemewahan yang tidak terhingga. Apabila kerja mereka selesai, mereka dibunuh lalu mayat dibuang ke dalam laut dalam. Kadangkala diratah oleh anjing, dibakar atau ditanam hidup-hidup jauh dari kawasan orang ramai.
Zhen, anak yang tidak pernah didengari tangisannya, tidak dihiraukan perutnya jika lapar. Juga tidak disajikan kasih sayang. Zhen memendam segalanya, dia benci untuk berada di situ, dia benci kerana dilahirkan. Dia benci akan semua yang terjadi namun dia siapa? Hanyalah anak yang tiada dayanya, dipaksa kuat mentalnya untuk menghadapi hari-harinya berseorangan.
Walkie-talkie yang diambil sambil memerhati kelibat kereta keluarga Amir yang mula menapak lari dari kejauhan. Satu senyuman sinis dia berikan, "engkau terlalu bodoh Daus. Bodoh sebab kau sanggup gadaikan nyawa anak dan isteri kau sendiri."
"Bos, mereka dah masuk sempadan kita. Perlu kita mulakan?"
"Mulakan, tapi sebelum itu aku nak kau padam semua sistem yang ada pada kereta tu dulu termasuklah radio..."
Dengan secara tiba-tiba kereta yang dinaiki oleh keluarga Amir hilang kawalan lalu terbabas. Belum sempat apa-apa, tali kelendar yang membaluti tubuh Amir dibuka lalu anak itu dilempar keluar oleh ayahnya.
"Ibu!"
"Ayah!"
Belum sempat Amir mahu mendapatkan tangan sang ibu, ledakan bom fosforus putih yang dipasang pada bawah kereta mereka mula meletup. Tidak terbayang dengan mata kepalanya sendiri, berhamburan isi badan yang hancur sana sini. Kalau dibawa ke hospital pun, sudah tiada pengecaman rupa tapi hanya dengan test DNA (Deoxyribonucleic acid) mampu mengecam. Belum lagi, itu cuma satu permulaan. Seketika itu, terlihat dokumen yang sepatutnya berada di tangannya kini bertukar 380 darjah berada di tangan musuh iaitu bapa kepada Zhen.
"Apa yang pakcik dah buat!"
"Apa yang pakcik dah buat? Mak bapak kau tu penipu. Aku tak bodoh 100% untuk serahkan hak syarikat pada kau apatah lagi darah daging aku sendiri. Kau patut bersyukur yang mak bapak kau dah mati. Boleh cepat sikit kau jadi anak yatim piatu. Oh ya, sila tandatangan dokumen ini bahawa kau sanggup serahkan separuh daripada syer arwah bapak kau tu kepada aku. Senang kerja aku lepas ni. Lagi satu, rumah itu kepunyaan aku, aku masih ada belas kasihan so aku bagi kau tinggal dekat situ sehingga umur kau jejak 17 tahun, aku sendiri akan suruh anak aku halau kau keluar. Oh ya, selamat ya kau dah jadi anak yatim piatu..." ujar Encik X.
"Eh orang tua!"
"Kau ingat sampai mampus, aku takkan kerja dengan kau!"
"Oh ya? Mari tengok siapa singa dan siapa yang akan jadi mangsa..."
Cepat-cepat Amir mengutip isi badan ibu ayahnya yang berhamburan itu lalu berlari kencang mendapatkan bantuan dari beberapa kelibat kereta yang sempat dia lihat.
"Perjalanan jauh tak ku rasa...,
Satu-satu tersemat di kalbu..."
Nyanyi Farhan. Lagu kegemaran ketika musim raya menjelma. Air teh o ais ikat tepi dicicipnya. Fuh! Leganya tekakku!
Amir buntu. Amir menangis. Menjerit agar sesiapa mendengari tangisnya. Jatuh tersandung ketika dia cuba berlari kencang. Siapa sangka di hari ini, dia diuji sebegini. Apakah Tuhan sedang menghukum keluarganya atas khilaf dulu?
Hujan lebat membasahi bumi begitu juga dengan hati Amir. Tersedu-sedan di jalan tar meminta pertolongan. Ya Allah..., kenapa dia harus diuji dengan ujian seberat ini?
Isi badan yang hancur itu dibawa masuk ke dalam poket seluar. Jari jemarinya sudah terluka. Letupan mengakibatkan separuh dari pergelangan lengannya cair dan melecur teruk. Meninggalkan parut yang mungkin tidak akan pernah hilang. Begitu juga dengan apa yang dihadapi ini hari ini. Tarikh ini dan tahun ini.
10 tahun pun berlalu, kini Amir sudah memasuki usia 12 tahun. 12 tahun tiada siapa yang tahu apa yang dialaminya. Malam tragedi tragis meragut nyawa ibu ayahnya.
Tipulah dia tidak trauma akan apa yang terjadi, siang malam dia meracau memanggil nama ayah dan ibunya. Dia diam. Dia jadi pendendam. Orang yang buat hidupnya berubah 380 darjah itu harus menerima balasan yang setimpal darinya.
"Zhen..." nama anak itu dibacanya perlahan.
Nama : Kang Li Zhen
Umur : 9 tahun
Tempat kelahiran : xxx
Nama ibu : Zhi Nian
Nama bapa : xxx
Dia benci melihat nama yang tertulis di situ, shit!
Mereka yang memusnahkan kehidupannya. Amir ada agendanya tersendiri. Dia datang membawa dendam lama. Menutut kembali hak yang pernah dirampas suatu ketika dahulu.
"Zhen..." panggil sang ayah. Dia sudah tua, usia makin bertambah. Sudah tiba masanya, Zhen akan menjadi pewaris yang harus mengantikan tempatnya. Namun sahutan itu tidak tersahut.
"Zhen!"
"Mana anak bodoh tu!" marah Encik X apabila mengetahui anak itu sempat melarikan diri. Siapa yang tahan untuk tinggal bersama. Bapa yang tidak kenang budi, kini hidupnya tinggal untuk mengira hati kematian sahaja.
Puan Zhi iaitu isteri kepada Mr.X menjawab,
"Anak itu sudah lari. Kenapa you perlu ambil tahu lagi? Bukankah you yang buat dia benci dengan you. Sudahlah you anggap sahaja anak itu sudah mati..."
sebelum sempat kata-kata itu mahu diteruskan, terdengar balingan pasu yang mengenai kaca memecah sunyi yang ada. Encik X, sudah tidak tahan. Pantas sahaja, wheelchair itu digerakkan laju, menuruni anak tangga yang dikhaskan untuknya. Ini baru balasan pertama Tuhan.
Amir meneruskan agendanya. Pertama sekali, dokumen itu harus dia rampas semula dari tangan kotor itu. Tapi nasibnya tidak begitu baik, dia tiada orang dalam untuk membantu.
Pusing dan pusing lagi ke sana sini barulah dia sedar, ayahnya ada seorang kenalan rapat dan tahu akan isi dalam dokumen itu namun itu sekitar 10 tahun yang lalu. Masih ingatkah lagi kenalan ayahnya itu tentang perjanjian syer yang termaktub dalam isi kandungan pada muka surat kedua.
Diselongkar semula kesemua barang ayah dan ibunya yang sempat dia asingkan sebelum dijumpai oleh konco-konco Encik X yang bodoh itu.
Puas cari dan cari namun tidak ditemui. Amir tidak berputus asa lagi. Semua ruangan bilik arwah diterjah. 'Maafkan Amir ayah ibu, Amir buat untuk tuntut keadilan kita sekeluarga...'
Bunyi ketukan di pintu memeranjatkan Amir. Anak matanya dilarikan ke arah pintu. Sedikit perasaan takut menyelebungi diri. Siapa yang ada di dalam rumah ini melainkan dia? Sudahlah dia dijaga ketat oleh beberapa security guard upahan orang tua kerepot tu.
"Abang Amir..."
"Ini Zhen..."
Amir amati suara itu lama. Bukannya itu suara yang dia benci sekitar 10 tahun yang lalu. Amir berpura-pura untuk tidak memasang telinga. Dipalau. Dia malas nak ambik tahu soal anak itu.
Namun, dia sendiri tidak faham akan tindakan Zhen. Kenapa perlu anak itu berada di sini, pergilah balik pada keluarga bahagia dia tu. Dia tak apalah senang, ibu ayah bodoh itu masih ada bukan seperti Amir.
Ktak!
Akhirnya pintu itu dibuka oleh Amir. Zhen perhati dia, dia perhati Zhen sehingga deheman seseorang menganggu mereka.
"Hai anak anjingku!"
Suara Encik X, menyapa di telinga Amir. That is shit! Kenapa orang tua kerepot ini harus ada! Ganggu betul lah!
Amir mengundurkan diri beberapa langkah. Dia tidak tahu tapi apabila melihat Zhen sudah berada di pelukan ketat Encik X bersama pistol membuatkan dia kecut perut.
"Aku nak engkau pilih, Zhen atau serahkan semula dokumen itu pada aku!"
"Atau kerja dengan aku?"
"Pilih, kalau engkau pilih kerja dengan aku, aku akan lepaskan Zhen dan dokumen itu pada kau. Kalau kau pilih salah satu dari apa yang aku sebutkan tadi, engkau takkan miliki kedua-duanya sekali pun. Aku tahu, kau simpan dendam pada keluarga aku dan anak aku..." Encik X cuba mengelirukan Amir. Dia tahu di hadapan ini hanyalah seorang budak. Budak belasan tahun.
"Baik, aku akan kerja dengan kau asalkan kau biarkan dokumen itu jatuh pada tangan aku, walaupun bukan 100% syer itu aku akan dapat. Aku cuma nak hak yang patut ayah aku tuntut dari dulu..." ujar Amir.
Dokumen itu ditandatangan. Bersetuju akan syarat yang ditetapkan oleh Encik X. Pelukan ketat itu dilepaskan. Jijik dengan darah daging sendiri. Maknanya dia perlu berkongsi separuh dari syer syarikat itu tidak menjadi masalah asalkan semuanya mengikut seperti apa yang dia rancangkan. Zhen akan jadi pelapis yang akan mewarisi zaman kegelapannya itu.
Zhen melemparkan pandangannya pada Amir. Amir pandang Zhen lama kemudian dikerah budak itu untuk melakukan itu ini.
Ini baru permulaan penderitaan kau, Zhen. Terima kasih kepada ayah kau, aku akan balas dendam pada kau. Dendam lama harus dilaksanakan.
-
part last adalah di next chapter. di situ aku akan kembali semula ke bab 35, bahagian Zhen berubah jadi samseng dan macam mana dia boleh berjumpa semula dengan Kalsom setelah bertahun-tahun.
dan juga ke mana perginya Amir, apa sebab syarikat papa Zhen muflis, ibu dia jatuh sakit dan everything (di bab 35 juga part mayat dia dan kalsom dijumpai). penerangannya akan lebih detail di sana. stay tuned! bab 39, di mana salah satu bab yang mungkin akan menyayatkan hati. dan kenapa Zhen ada ibu ayah angkat.
Encik X (nama sebenar) dengan Puan Zhi aku akan reveal juga 😂 jangan risau. siapa Farhan? (dia watak di masa hadapan sila ingat).
bab 40 dan 41, kita masuk semula part anak Kalsom iaitu Haidar (kenapa dia boleh berubah). itu sahaja yang perlu korang tumpukan untuk faham alur cerita ini.
nah reveal sikit bab akan datang :
"assalamualaikum ibu, ini Zhen datang bawakan ibu sesuatu..."
hi, to be continue,
Jumaat, 10 November 2023, jam 21:28pm.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro