[ 33 ] - tak sedap hati
done update, enjoy it!
ada yang nak tanya bila this story nak getback arus masa sekarang? this story quiet late sebab aku perlu fokuskan beberapa bab sebelum aku langkah masuk arus masa sekarang.
____________
"Think about this Haidar. Ini melibatkan masa depan kamu dan kamu harus tahu siapa dan apa yang sedang berlaku..."
Itu sahaja yang sedang bermain dibenak fikiran Haidar sekarang ini. Apa yang harus dia ketahui? Apa lagi permainan yang berlangsung di hadapannya sekarang. Envelope itu dipandang lama. Curiga dengan tingkah sang ibu.
Setapak demi setapak dia melangkah, hingga dia dipertemukan dengan seekor kucing. Haidar mula menurunkan badannya lalu mencangkung di situ sekadar ingin mengusap. Kucing itu hanya mengiau sahaja tanda dia kelaparan ataupun menginginkan perhatian.
"Meow..."
"Kau lapar?"
"Meow..."
Usai berkata sebegitu, Haidar memerhatikan sekeliling buat sementara waktu. Ingin membeli sepaket whiskas buat si kucing. Puas matanya menebar ke arah beberapa lot kedai runcit yang jauh dan alhamdulillah salah satu daripadanya buka.
"Meow..."
"Kau duduk sini sekejap, aku belikan untuk kau tau..." ujar Haidar. Si kucing seperti memahami hanya menunggu Haidar di situ malah tidak ke mana-mana.
"Eh kau nampak tu?"
"Apa dia kau ni Salmah..."
"Alah kau tengoklah tv tu. Kesiannya kereta meletup. Orangnya tak sempat diselamatkan."
"Pakcik saya nak bayar..."
Sepaket whiskas diletakkan di hadapan kaunter. Kemudian, Haidar mengira duit dan berharap ianya cukup. Sudahlah dia ke sini hanya sehelai sepinggang. Mujurlah Wanchai ada bungkuskan lauk dan nasi buat dia dan sang ibu untuk disantap pulang nanti.
"RM4.50 dik..."
"Nah pakcik. Pakcik saya nak tanya boleh?"
Pak Wahid yang sedang mengira baki Haidar memandang kanak-kanak lelaki itu lama. Terbit senyuman sayu pada bibirnya, anak ini pasti susah diluar sana. Lihat sahaja pakaiannya, sudah lusuh. Selipar, tercabut sebelah. Mukanya, agak kotor mungkin kerana dia terjatuh waktu berjalan tadi.
"Ya anak, kenapa?"
"Tadi masa saya nak ambil makanan kucing ni. Saya dengar ada dua makcik tu tengah sembang, saya tahu saya agak kurang ajar sebab curi-curi dengar tapi apa yang saya dengar ada kemalangan dekat tv boleh pakcik buka semula berita tu?"
"Oh ok boleh nak, kejap ya pakcik cari alat kawalan tv..."
Seketika itu, hatinya berasa tidak sedap. Namun dia nafikan semuanya. Moga ibu baik-baik sahaja di luar sana.
"Weh!"
"Weh!"
"Kau ni asal?"
"Tengok ni bukan kereta bos ke?" tanya Syafiq setelah lama dia memerhatikan kenderaan itu di saluran YouTube. Live dari saluran YouTube Channel TV9, dikuatkan sedikit volume yang sedia ada. Keropok jenama Pringles berperisa BBQ (barbeque) disuapkan ke dalam mulut. Sambil mengunyah, sambil ambil tahu tentang isu semasa.
Prak!
"Eh kau asal ni?"
Tin keropok Pringles terjatuh dari genggaman Adili. Dia tak sangka, yang dilihat sekarang ni sukar untuk dikatakan. Sungguh itu kereta Zhen! Kereta bos mereka!
"Kau tengok ni, kau tengok status bos..."
Seketika Syafiq membuka privasi telefonnya dengan meletakkan kata laluan dan setelah itu dia membuka aplikasi WhatsApp. Bahagian status diketik. Jam di tangan dipandang,
Sekarang sudah jam 16.57 (4:57p.m.) minit petang dan kemalangan itu, berlaku sekitar jam 16:30 (4.30 p.m.) minit petang.
Ayat di status dibaca.
"Goodbye world,
Anda terlalu kejam."
"Kenapa aku tak sedap hati. Kau jangan bukan-bukan Li..."
"Fiq, aku tengah serius. Kau pun tak tahu kan bos cuma ada satu je kereta. Dengan kereta tu juga dia ke hulur ke hilir. Aku cam body kereta tu, tak mustahillah kalau itu bukan bos. Aku tak sedap hati, boleh kita pergi tempat kejadian then tengok sendiri mayat tu untuk pengecaman?" ujar Adili setelah lama Syafiq berdiam diri. Mereka masih tidak dapat menerima kenyataan yang itu kereta bos mereka.
Handbrake diturunkan, lantas gear N ditolak ke depan. Laju sahaja Mitsubishi Lancer itu bergerak menyusuri jalan. Berdoa agar berita itu tidak benar. Andaikan itu bos mereka, mereka redha. Redha akan ketentuan yang sudah diaturkan.
Seketika itu, Haidar yang sedang memberikan makanan kepada kucing, terkejut apabila bahunya dipegang oleh seseorang dari belakang. Segera dia menjauhkan diri.
"Dar, ini aku Luqman. Luqman, kawan sekolah lama kau. Kita satu sekolah dulu sebelum kau pindah sini. Kau dah tak ingat aku?"
"Luq yang mana eh?"
"Luq yang orang panggil 'si-gila', ya itu aku. Aku je yang sudi berkawan dengan kau eventho orang lain benci kau sebab kau miskin. Sebab kau anak yang tak ada bapa. Tak berbinkan bapa sendiri. Kau jangan kecil hati, selagi kau abaikan kata-kata diorang, aku yakin yang kau akan ok. Don't think about what people say to you."
"Insyaallah. Oh kau luq, kau apa khabar sekarang?"
"Alhamdulillah baik, cuma aku berhijrah sini untuk cari kerja. Kau ada tahu mana-mana tempat yang boleh aku kerja?"
"Err, aku tak tahu sangatlah. Tapi insyaallah untuk kau, aku cuba cari ya. By the way, kau ke sini cuma seorang je ke? Mana parents kau?"
"Ha'ah seorang je. Bapa aku ada cuma tak ikut sebab kondisi dia tak berapa nak sihat sejak kebelakangan ni. Ibu aku...
"Betina itu dah mampus." Monolognya dalam hati.
"Eh jom. Kita pergi makan dulu..."
"Kau mesti lapar kan Dar? Takpa aku belanja kau kali ini ok? Nanti kau dah berduit, kau pulak belanja aku amacam?"
Haidar hanya mengikut. Tipulah dia tidak terasa dengan kata-kata Luqman sebentar tadi. Nak marah, dia sudah penat. Penat dengan realiti yang dia harus hadap acapkali pertanyaan itu keluar dari mulut orang.
"Papa kau mana?"
"Anak takde bapak!"
"Dasar anak tak berbinkan bapa sendiri..."
"Entah-entah kau anak luar nikah.."
"Anak tak sah taraf!"
Tohmahan demi tohmahan dia telan perit. Harus melalui hari-hari yang panjang dengan luka yang semakin hari semakin bercambah lukanya. Sayatan luka tidak pernah sembuh.
Luqman hanya diam sambil memerhati Haidar. Dia faham dan dia juga pernah ada di situasi itu. Tiada tempat untuk meluah rasa dan luka di hati, tiada tempat untuk dia pulang mengadu. Tiada tempat untuk berharap yang pelangi itu akan sentiasa ada.
Mereka juga manusia,
Mereka juga punya hati dan perasaan,
Mereka juga menginginkan kebahagiaan,
Mereka juga mahukan keluarga yang lengkap dan saling menyayangi antara satu sama lain.
Nasi ayam itu dimakan lahap oleh Haidar. Seketika dia tertawa, mungkin kerana dia terlalu gelojoh di hadapan Luqman.
"Ei kau makan lah elok-elok sikit. Tak menyabar betul bukan lari mana pun rumah kau tu."
"Hahaha ok-ok. Terima kasih Luq sebab sudi belanja aku."
"Nasi ayam je kot, kau ni pun. Takde masalah, kita kan kawan. Selagi mana kau ada untuk aku, aku tetap akan ada untuk kau. Sokong kau di belakang. Sama-sama kita cari kebenaran."
Haidar mahu menangis, terharu kerana masih mempunyai kawan yang mahu menerima dirinya seadanya. Tanpa menilai siapa dan apa pun latar belakangnya.
"Kau sahabat dunia akhirat aku. Insyaallah amin..."
-
Hi, to be continue,
Thursday, 18 January 2023.
minta maaf kalau lambat update dan kalau bab ini hambar sangat ')
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro