Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[ 32 ] - dia nak berubah

alhamdulillah 4k viewers! (thankyou). insyaallah lagi dua bab kita getback semula to watak penting. stay tuned!

______________________

"Hello..."

"Ini siapa ya?" ujar seseorang di talian. Pelik dengan suara ini.

"Ini uncle Wanchai ke?" tanya Haidar. Dia nak pastikan apa yang dia lihat sebentar tadi itu benar. Hatinya kecewa taktala si ibu memberikan wang haram padanya selama ini.

"Ya, I Wanchai..." setelah talian disambungkan.

"Saya anak kepada Kalsom. Bekas pekerja uncle. Betul ke ibu pernah di sini?"

"You anak Kalsom? Ya, ibu you kerja dengan I sebelum ini tapi dia dah berhenti tak salah dia baru beberapa hari yang lepas. Mana you dapat nombor uncle?" tanya Wanchai di talian.

"Ya ... bo-boleh Haidar jumpa uncle selepas ini? Atau uncle busy?"

"Boleh, nanti malam dekat kedai mamak around area rumah you. You nak uncle ambik ataupun you datang sendiri?"

Haidar diam. Dia terpaksa lakukan ini. Dia mahu cari kebenaran mengapa ibunya sanggup menipu dan mencari kerja sebegini sedangkan banyak lagi kerja halal di luar sana. Bukannya ibu tidak mempunyai kelayakan malah lebih dari itu, ibunya ada sijil diploma.

Setelah selesai mengunci pintu pagar, Haidar segera bergerak menuruni anak tangga. Wanchai sudah menunggunya di sebuah kedai mamak yang tidak terletak jauh dari kawasan rumah.

Laju langkah kakinya menuruni anak tangga. Dia masih kecil tapi kenapa dia perlu mengambil tahu hal orang dewasa? Bukankah kanak-kanak sebaya dengannya hanya perlu menikmati keindahan dunia sedangkan dia?

Bermati-matian mencari kebenaran yang tidak pernah terungkap dek dendam ibunya terhadap sang ayah yang sanggup meninggalkan mereka semata untuk harta dan wanita. Betullah lelaki itu diuji saat dia mempunyai segalanya. Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa.

Air mata? Dia sudah lelah untuk itu. Bertahun-tahun dia hadam dan pasrah akan seruan takdir. Namun siapa dia untuk menidakkan semua itu?

Hatinya diajar untuk kuat. Dia diajar untuk kuat sebelum dewasa. Dia ajar untuk berdikari tanpa perlu meminta-minta seperti kanak-kanak lain. Keluarga bahagia? Tiada dalam kamus hidupnya. Broken family? Anak broken home?

Keinginannya tidak pernah dipenuhi oleh sang ibu kerana duit itu lebih penting. Apa-apa sahaja kini memerlukan duit. Mahu makan, duit. Mahu pakaian, duit. Kasih sayang? Itu tidak memerlukan duit tapi itu memerlukan seseorang untuk sentiasa berada di sisinya. Memberikan kekuatan.

"Ketawalah kamu, saat segalanya indah,
Menangislah kamu saat semua ini begitu kejam denganmu..."






























"Kal..."

"Kau tahu mati tu indah sebenarnya kan? Kau dah tak perlu nak ambil tahu apa-apa lagi. Kau dah tak perlu jaga hati orang, dah tak perlu fikir rasa sakit kau ditolak sebab kau tak sedar yang selama ni kau sibuk jaga jodoh orang. HAHAHA i'm stupid right? Cintakan kau yang bodoh! Bodoh tak nampak aku yang bermati-matian perjuangkan benda bodoh ni sorang-sorang! Kau manusia ke tak sebenarnya? Kau takde langsung hati untuk aku... no tak usah bermimpilah Khair Zhen! Kau takkan dapat! Sebab apa! Sebab apa perempuan bodoh ni tak pernah nampak kau as orang sayangkan dia separuh mati!" ujar Zhen berserabut.

Tiada guna lagi dia pertahankan apa yang sudah sedia ada. THAT IS STUPID THING!

Khair Zhen meneruskan agenda yang tergendala sebentar tadi. Pisau lipat yang dijumpai di celahan dashboard diambil lalu dipusing-pusingkan. Tajam anak mata memerhati Kalsom yang sedang terkulat-kulat mahu merampas pisau lipat yang berada di genggamannya.

"Asal kau nak ambil?"

"Bukan kau tak suka aku ke?"

"Ada bagusnya kalau aku mati kan, at least hidup aku berakhir. Aku dah tak perlu seksa diri aku untuk ingat orang macam kau!"

Prak!

Pisau lipat terjatuh dari genggaman Zhen. Dia diam menikus. Air mata jatuh kembali. Shit! I hate this! Kenapa dia perlu lemah dalam keadaan sebegini. Layu pandangan matanya menerpa ke arah Kalsom.

Wanita yang dicintai sepenuh hati. Namun dia tiada dalam kisah wanita itu. Layaknya mungkin hanya bergelar antagonis yang kejam.

Kalsom diam. Dia kaku. Dia takut. Dia takut jika Zhen melakukan perkara seperti itu. Dia tak sanggup kehilangan kawan baik yang sudah dianggap seperti abang sendiri. Zhen, ada di waktu susah senangnya. Zhen, perilakunya seakan seorang abang yang melindungi sang adik. Zhen, lelaki budiman yang dia pernah kenal sekitar 5 tahun yang lalu. Lelaki yang penuh tawa. Lelaki yang membawanya kepada kebahagiaan. Tapi nyatanya hatinya masih tidak terbuka lagi buat insan yang bernama Khair Zhen.

Pisau lipat ditikam sehingga mengena urat tangan, cecair yang mengalir lebat tidak diendahkan. Ketawa memecahkan kesunyian yang tercipta. Darah yang memercik keluar memuaskan hatinya.

Hahaha, poor you.





























"Silakan..." ujar Wanchai setelah seorang kanak-kanak menghampiri mejanya lalu mula mengambil tempat dan duduk. Pandangan ditebar menerpa ke arah Haidar. Dari penelitian Wanchai, mungkin umur Haidar sekitar budak sekolah rendah.

"You, Haidar?"

"Ya uncle, saya Haidar..."

"Boleh uncle tahu apa tujuan kamu ke sini? I  tahu yang u anak Kalsom. Tapi mak  you dah lama stop kerja dengan uncle..."

"Sebenarnya bukan itu tujuan Haidar ke sini. Haidar cuma nak tahu dari mana sumber duit ibu. Itu sahaja. Haidar musykil dengan ibu, apa ibu buat belakang Haidar..."

Wanchai memandang simpati. Sebagai seorang penganut agama Buddha, dia juga tahu hukum hakam agama Islam. Dia tahu tentang itu, ada sekali dia mahu bertanyakan kepada Kalsom namun disimpan sahaja niat itu. Khuatir Kalsom ambil hati.

"Kid, sebenarnya your mom ada cakap sesuatu before dia putuskan untuk berhenti kerja. Uncle dengar perbualan dia dengan seseorang. Jauh di sudut hati uncle, I know your mom ada seorang anak yang dia perlu besarkan. Kid, now zaman yang sudah sangat nak cari duit. But kid, you jangan letakkan seratus peratus salah to your mom, dia mungkin terpaksa. Yes, masa dia nak kerja di sini pun uncle nampak dia takut. Hari pertama dia dekat situ, uncle nampak your mom  tak happy with this work. Dia macam terpaksa. Uncle nampak semua itu, satu malam after dia dah selesai buat tugas itu uncle nampak dia ambil wudhuk. Dia bawa telekung ke mana-mana sahaja, uncle  kagum. Dia solat. Dia berdoa semoga u jadi anak yang baik biarpun dia bukan seorang mak yang baik untuk dijadikan ikutan.

... your mom adalah seorang wanita yang always mengingati Tuhan dan letakkan Tuhan itu pertama dalam apa jua perkara. Dia tahu dia just only hamba yang kerdil. Your mom nak berubah, dia pernah usul perkara ini pada uncle. Dia nak berubah. You pun tahukan penghijrahan seorang itu mesti akan diuji, ya mungkin sekarang Tuhan tengah uji you sekeluarga. Mak  you kerja dengan I sebagai pelacur..."

Wanchai mengeluarkan sepucuk surat yang pernah Kalsom beri padanya sebulan yang lalu sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja. Diletakkan surat itu di hadapan Haidar, wajah Wanchai seakan cuba menutup sesuatu dari pengetahuan siapa-siapa.

"That is the correct time uncle serahkan surat ini untuk you. Kid, you buka surat ini after 2 tahun. Dan you akan tahu apa yang your mom sembunyikan. Uncle just only jalankan amanah. Dia sayangkan u, dia tak pernah kesal melahirkan seorang anak lelaki yang dia tahu akan berbakti pada dia nanti. Dia tahu mungkin u akan marah dia bila segalanya terbongkar..."

Haidar hanya mampu mendiamkan diri. Sungguh fikirannya berserabut akan semua yang terjadi.








"Zhen! Zhen!"

"Jangan macam ini..."

Ark!

-

Hi, to be continue,
Thursday, 29 December 2022.

that is last update from me untuk tahun 2022 ini. If ada rezeki insyaallah will meet on 2023. Tahu awal lagi but saya ucapkan selamat tahun baru untuk semua!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro